II Ukhuwah Salafiyyah 🇲🇾 II
5.77K subscribers
3.24K photos
197 videos
54 files
3.92K links
•✦• Jalinkan Ukhuwah dengan bimbingan Kitab & Sunnah di atas pemahaman Salaf •✦•
Download Telegram
Jika anda baru divaksinasi dan mengesyaki kesan sampingan, jangan berlengah untuk melaporkannya.

Setiap laporan yang diterima akan membantu kami mengenal pasti kesan sampingan baru dan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang kesan yang telah diketahui.

Laporkan semua kesan sampingan supaya kita dapat menambah pengetahuan sedia ada tentang vaksin dan menambah baik penggunaannya.
#ReportSideEffects

Maklumkan ahli profesional kesihatan di fasiliti kesihatan anda untuk membuat laporan AEFI bagi pihak anda;

ATAU

Anda juga boleh ke laman sesawang NPRA www.npra.gov.my untuk melaporkan kesan sampingan sendiri menggunakan borang CONSERF yang disediakan secara atas talian atau menghantar borang laporan melalui emel, pos atau faks. Anda digalakkan untuk berbincang dahulu dengan ahli profesional kesihatan tentang kesan sampingan yang dialami sebelum membuat laporan.

Bersama-sama kita jadikan vaksin lebih selamat untuk semua.
#MedSafetyWeek

Rujuk: FB KKM { bit.ly/3GRP3dH }