Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.77K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
" Kenapa kamu tidak siapkan kerja sekolah?"

" Kenapa kamu tidak bawa buku latihan hari ini?"

Kedua-dua soalan di atas merupakan soalan-soalan popular seorang guru kepada pelajar-pelajar dia yang tidak menyiapkan kerja sekolah atau tidak membawa buku.

Sedarkah para guru sekelian,

Soalan-soalan tersebut sebenarnya lebih banyak memberi impak negatif dalam diri pelajar. Bertanyakan 'kenapa' hanya akan menggalakkan mereka mencipta alasan dan pembohongan demi untuk menyelamatkan diri daripada hukuman.

Justeru itu, apakah soalan yang terbaik jika berhadapan dengan situasi seperti itu?

Gunakan soalan yang mengarah kepada solusi dan jalan penyelesaian.

Contohnya:

" Apa yang kamu perlu lakukan untuk menyiapkan latihan ?"

" Bagaimana kamu nak siapkan latihan ini?"

" Apa yang kamu akan lakukan bagi memastikan latihan ini dibuat?"

Bentuk-bentuk soalan begini lebih melatih pelajar mencipta jalan penyelesaian sendiri terhadap masalah yang dihadapi. Bahkan, soalan-soalan ini juga turut mendidik pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab.

#gurucemerlangitupilihan


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan salam sejahtera

morning πŸ₯°

smlam admin dah update tajuk yg berkaitan JSU dan didik tv

so korang semua mesti dah khatam bab ni kan ?? teringat mase iv dulu .. panel duk tnye soalan ni , mujur admin dapat jawab .. berpeluh2 gak πŸ˜ͺ


jadi tgh hari nnti admin update nota berkaitan bab lain plak ye hari ni ☺️


stay tuned 😍

jgn lupe share nota yg min bagi kat kawan2.. kerana ilmu yg kita kongsi tu ibarat sedekah, sedekah dari segi ilmu βœ… brulah rezeki masuk x terhenti2


semoga admin dapat posting tahun ini. amin βœ…
good luck korang ❀️
🀡🏻ape beza pentaksiran pusat dan pentaksiran bilik darjah ??


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ : πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…



Definisi Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid.

PP mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.


PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT (PENTAKSIRAN TINGKATAN 3)

1 Item
2 Jadual Spesifikasi Ujian
3 Format Instrumen
4 Jadual Penggredan
5 Panduan Pemasangan Instrumen
6 Panduan Penskoran Item
7 Peraturan Pentadbiran
8 Format Pelaporan PT3

* noted bukan stakat peperiksaan Pt3 je ade pentaksiran pusat, tetapi peperiksaan spm, stpm, dan peperiksaan akhir tahun ..



manakala pentaksiran bilik darjah pula


Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) bertujuan menambah baik pembelajaran murid melalui pentaksiran formatif iaitu Pentaksiran Untuk Pembelajaran dan juga Pentaksiran Sebagai Pembelajaran. 

Namun begitu PBD juga boleh berlaku untuk melihat pencapaian atau penguasaan murid selepas sesuatu tempoh yang bersesuaian, melalui pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini dilihat sebagai Pentaksiran Tentang Pembelajaran. 


https://t.me/tipssoalanspp
admin perasaan bila spp buat live , terdapat segelintir graduan yg tanya ape itu ikhtisas πŸ˜…

adui, mcm mana nk jadi cikgu kalau x mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat, seorang bakal guru bila dia x tahu maksud sesuatu sepatutnye cari taw, kalau google banyak keluar informasi yg terkini 🀩 jadi nk jadi cikgu jangan malas2 taw. kena rajin cari informasi πŸ™ˆπŸ™ˆ nah jom baca ape itu maksud ikhtisas ..kan kalau time temuduga panel tanya maksud ikhtisas kalau hampa x ley jawab soalan ni

admin berani jamin panel akan gagalkan anda πŸ€’πŸ€’

sbb ini basic ‼️‼️‼️‼️

ANTARA IKHTISAS DAN BUKAN IKHTISAS

Tahukah anda bahawa "ikhtisas" dalam konteks keguruan merujuk kepada Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan) atau Degree in Education sahaja? Sarjana atau Master degree atau sebarang sijil lain yang lebih tinggi BUKAN sijil ikhtisas.

Hanya pemegang sijil ikhtisas dalam Pendidikan sahaja yang boleh menjadi guru dan mengajar di sekolah (kerajaan).

Ini bermakna seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan contohnya iaitu BUKAN bidang Pendidikan, yang kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana atau Master degree dalam Pendidikan TIDAK BOLEH menjadi guru dan mengajar di sekolah (kerajaan).

Walaupun begitu, keadaan di atas berbeza dengan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam kejuruteraan contohnya, yang kemudiannya mengambil diploma pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI).

Ini menunjukkan bahawa bukan sebarangan pemegang Ijazah Sarjana Muda boleh menjadi guru dan mengajar di sekolah (kerajaan). Calon mestilah dari aliran Pendidikan atau sekurang-kurangnya telah melalui Kursus Perguruan Lepasan Ijazah atau Diploma atau yang setaraf dengannya.

Oleh itu, jika anda terlihat/terdengar iklan pengambilan guru khususnya bagi institusi swasta yang menyatakan bahawa calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam sebarang bidang (selain Pendidikan) TETAPI mempunyai Ijazah Sarjana dalam bidang Pendidikan diterima, maka ketahuilah bahawa syarat tersebut TIDAK menekankan pemilikan sijil ikhtisas dalam Pendidikan.

Apakah isunya jika calon guru yang TIDAK mempunyai sijil ikhtisas dibenarkan menjadi guru dan mengajar di sekolah?

Mempunyai minat mengajar itu satu hal. Mempunyai kelayakan itu satu hal yang lain.

One who teaches with passion alone may have the teacher qualities but may not have the direction and know-hows. So it will be more like the blind leading the blind.


https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from Aja Amir
Bilik 15 / 7.30 pagi / 20.8.2019
Sesi 2
Panel :
1. BHG. Dato’ Hj Mohd Sani bin Mistam (Wakil SPP)
2. Pn Nurul Hidayah (Guru Cemerlang)

Soalan 1
Untuk jawatan apakah temuduga ini dijalankan?

Soalan 2
Perkenalkan diri; Nama, Umur, Status, Latar Belakang Keluarga, Latar Belakang Pendidikan, CGPA, Kokurikulum Tertinggi, Hobi, Pekerjaan.

Soalan 3
Bagi pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada dalam setiap guru?

Soalan 4
Sebagai seorang guru, bagaimanakah kamu menguruskan kewangan dgn berbekalkan gaji sebanyak RM3000++

Soalan 5
Pengetahuan am; Panel akan ajukan soalan berbeza ikut individu. Contoh;
Perjanjian Pangkor
Penjajahan Belanda
Perang Dunia Pertama
Perang Dunia Kedua
Senaraikan 7 benua.
Senarikan 3 sungai terpanjang di dunia.
Senarikan 5 lautan yg terdapat di dunia.

Soalan 6
Pilih satu contoh pengajaran PAK21, berikan kelebihan dan kelemahan pengajaran tersebut.

Soalan 7
Apakah kepentingan Set Induksi?

Soalan 8
Maksud di sebalik bendera Jalur Gemilang.

Total masa : 1jam 30minit
🀡🏻 apakah kebaikan aktiviti kokurikulum di sekolah kepda murid ????


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ : πŸ’ͺπŸ»πŸ€’ x tahu tuan


Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan.


kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak.


Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah.


https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from Kamil Razali
Cikgu, nak kongsi sedikit ni.. Saya baru tahu yang kita ada SPI untuk muat naik media di media sosial.. Saya kongsi beberapa part yang menarik di mana mungkin kita tak sedar apa yang kita buat boleh jadi satu kesalahan. Ini adalah untuk perkongsian untuk semua dan untuk bersama- sama memberi peringatan sesama sendiri.
boleh dowload pdf ni .. baca tentang arahan penggunaan media sosial di kalangan guru dan juga .. πŸ₯°
dan juga murid πŸ˜‚
nak cerita semalam ade member admin yg melaporkan diri.. dia ambik pendidikan muzik tapi sampai masa melaporkan diri , pengetua tnya awak boleh mengajar subjek geografi x ? awak ajar subjek ni la ye πŸ˜‚ sbb kat sekolah dia posting tu x de kos muzik πŸ€—
so sebagai bakal guru .. get ready n prepare 🀭🀭
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned Β«boleh dowload pdf ni .. baca tentang arahan penggunaan media sosial di kalangan guru dan juga .. πŸ₯°Β»
Forwarded from FieZa
Sesi 8 - Laluan Kerjaya PPP.pptx
2 MB
Dikongsikan slide webinar pagi ini untuk makluman & rujukan semua.
good luck ya bgi yg mohon opsyen2 ni πŸ˜… nervous admin.. moga kita sama2 berjaya .. amin ❀️
Forwarded from IV SPP GEO 2021
Hebahan umum.

Kenyataan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) berkenaan Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021.