Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.78K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp 😇 doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
APAKAH KEGUNAAN SAPS?


        Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD.

SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

        Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas.

Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.

https://t.me/tipssoalanspp
🤵🏻 apa tema guru pada tahun ini ?

🧑🏻‍🎓: x ingat 😅


Bertema 'Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu',

sambutan Hari Guru tahun ini menyentuh peranan guru dalam memperkasa keilmuan dan profesionalisme bagi membina generasi baharu negara yang dapat memenuhi matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


https://t.me/tipssoalanspp
apa itu PAJSK ??

PAJSK : Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum Sekolah

Terdapat 3 komponen utama yang ditaksir dalam PAJSK iaitu

SEGAK

Kokurikulum

Ekstra Kurikulum.

https://t.me/tipssoalanspp
❤️kokurikulum terdiri daripada berape kategori ??

kokurikulum terdiri daripada 3 kategori ❗️❗️❗️


Kelab/Persatuan
Pasukan Badan Beruniform
Sukan/Permainan

https://t.me/tipssoalanspp
contoh soalan

apa tindakan yg akan dikenakan pada seorang guru sekiranya tidak menyiapkan buku rekod pengajaran ???


Kegagalan menyediakan BRP merupakan satu kesalahan dan jika disabitkan kesalahan, sesorang itu boleh didenda tidak kurang daripada RM500 – berdasarkan Peraturan 11(b), Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum kebangsaan) 1997 (P.U.A.531)


https://t.me/tipssoalanspp
🤵🏻** Apakah yang perlu dilakukan atau dirujuk sebelum menulis RPH? ??


🧑🏻‍🎓 hmm jap sy nak fikir


yang perlu dirujuk sebelum menulis Rph ialah dskp ( dukumen standard kurikulum pelajaran )
kerana ia mengandungi standard kandungan , standard pembelajaran dan standard prestasi bagi murid


https://t.me/tipssoalanspp
❗️❗️❗️APAKAH YANG PERLU DITULIS DALAM RPH?‼️‼️‼️


1. Mata pelajaran, Tingkatan, Masa
2. Tajuk
3. HSP/SP (DSKP)
4. Objektif
5. Aktiviti
6. Refleksi


NOMBOR 4, 5 & 6 WAJIB ada dalam RPH sebab ada disebut dalam pekeliling Bil.3/1999.

NOMBOR 1 & 2 untuk MEMUDAHKAN RUJUKAN guru yang mengajar pelbagai subjek, kelas dan masa mengajar.


NOMBOR 3 untuk memastikan apa yang hendak dijadikan OBJEKTIF PdPc diambil daripada HSP atau SP, bukan suka-suka. Objektif dibina daripada HSP atau SP (DSKP) yang bersifat umum. Objektif perlu lebih SPESIFIK dan BOLEH DILIHAT (diukur) dan tingkah lakunya mesti jelas.


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan selamat pagi ❤️❤️

tajuk hari ini admin bagi tentang rph je ye


sbb rph ini perkara yg wajib bagi seorang guru .. sesiapa yg ambik pedagogi wajib tahu ape itu rph..

.
.

teringat dulu masa admin nk masuk U, nak ambik kos pendidikan dua kali taw ambik ujian medsi .. yg pertama x lulus .. padahal masa jawab soalan ujian medsi tu mmg sng sgt. 🤣


tapi alhamdulillah kali kedua lulus dengan jayanye .. dan admin harap untuk posting kali ini admin berjaya juga . allahumamin..hampa semua doa la kat admin taw ..semoga perkongsian ilmu ini bermanfaat untuk semua
💪🏻 apakah ciri2 objektif pembelajaran yg baik ???? ‼️‼️


❗️beroreintasikan murid

❗️menghuraikan hasil pembelajaran

❗️jelas dan boleh difahami

❗️boleh terlihat


https://t.me/tipssoalanspp
maksud refleksi 🥰


pengertian refleksi dari sudut keguruan dapat didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula perkara yang terjadi atau dilalui sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi juga dapat ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara bagi memperbaiki dan merancang dengan cara pengubahhsuaian agar proses PdP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menarik.



https://t.me/tipssoalanspp
🤵🏻 bagaimana nk tulis objektif pembelajaran?????


🧑🏻‍🎓 terima kasih kepada yg berbahagia dato di atas soalan tersebut, seperti yg kita tahu, objektif pembelajaran merupakan penyataan yg menerangkan apa yg ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran, kemahiran apa? topik apa ? dari bahan apa ? dan berape banyak soalan atau latihan untuk dinilai dan sebagai kayu ukur dan bagaimana kamahiran itu dapat dinilai secara zahir ..

menjawab tentang persoalan yg berbahagia dato tadi, iaitu bagaimana hendak menulis objektif pembelajaran yg pertama mestilah merujuk kepada dskp, kerana apabila kita tidak merujuk kepada dskp , objektif pembelajaran akan menyeleweng dari topik yg asal

dan yg kedua ialah mesti menggunakan kaedah SMART iaitu

Specific = kemahiran yang ingin dikuasai itu dituliskan dengan jelas mengiktu konteks dan juga panduan bahan. 

- .....menulis perenggan pendek berdasarkan gambar yang diberi
(menulis di sini adalah satu kemahiran yang spesifik, perenggan pendek adalah produk dan gambar yang diberik adalah konteks).


M: Measurable = boleh diukur.
- .....menulis perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat....

A: Attainable/Achievable  = murid mampu untuk melaksanakan tugas ini berdasarkan kemahiran asas mereka.

R: Realistic = sesuai mengikut konteks murid dan bersesuaian dengan keperluan kemahiran pembelajaran.
- ....murid menulis perenggan untuk menghuraikan kejadian dalam gambar (gambar yang murid fahami dan boleh kaitkan dengan kehidupan mereka dan bukan sesuatu yang terlalu abstrak).

T: Timely = boleh dibuat dalam masa yang ada. Bilangan ayatnya boleh disudahkan dalam masa yang diberikan.

Contoh objektif pembelajaran yang lengkap:


Di akhir Pdpc, murid boleh menulis satu perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat dengan tanda baca yang betul untuk menerangkan kejadian yang berlaku dalam gambar yang diberikan.



https://t.me/tipssoalanspp
"Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah swt melainkan Allah swt akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar." (Riwayat al-Nasa'ie)


salam jumaat ya, jom sama2 doakan kita semua dapat posting pada ambilan one off ini .. amin ❤️
❗️❗️bagaimana menulis refleksi ??

ini cara penulisan refleksi

Apakah pencapaian murid?
- Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?
- Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?
(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? 
- Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?- Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?
- Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? 
- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).
Contoh (intervensi) penambahbaikan:
- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata
- mengolah soalan agar murid memahami soalan
- menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras
- mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid
- menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan
- memberi lebih 'wait time' untuk murid respon
- menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation'
dan sebagainya. 


https://t.me/tipssoalanspp
‼️‼️ apakah kepentingan refleksi di dalam RPH ? 🤵🏻

- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan

- Membina intervensi

- Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang

- Memahami prestasi murid

- Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc

- Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas


https://t.me/tipssoalanspp
🤵🏻Set Induksi??apa tu??..


Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang

❤️idea
❤️teknik
❤️proses
❤️aktiviti
❤️sumber


‼️‼️‼️ bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu.

‼️‼️‼️Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit


https://t.me/tipssoalanspp
🤵🏻 apa itu RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan)

Rpt ini merupakan himpunan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dikumpulkan dari semasa ke semasa untuk kegunaan semua guru dalam membantu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan sekaligus menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi RPT bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.


https://t.me/tipssoalanspp
contoh yg kita boleh buat untuk set induksi ..


Guru sediakan beberapa sampul berwarna. Di dalamnya ada beberapa pernyataan samada murid sebutkan atau ulas. Boleh juga menjadi teka teki. Kelebihan cara campul berwarna ialah murid menjadi excited dan berdebar untuk memilih sampul


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan salam sejahtera ..

esok kita belajar tentang topik dasar pendidikan sistem sekolah ❤️

hari ni dah habis bab rph, objektif dan juga refleksi ..


boleh share nota dan link channel kat kawan2 yg sama minta one off ni.


admin x minta bayaran pon untuk perkongsian ilmu ini.. admin hanya minta doakan supaya admin dapat posting pada tahun ini .. amin. 🥰