Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.77K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
maksud refleksi πŸ₯°


pengertian refleksi dari sudut keguruan dapat didefinisikan sebagai gambaran atau bayangan bagi menceritakan semula perkara yang terjadi atau dilalui sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.

Refleksi juga dapat ditakrifkan sebagai proses untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikir atau dialami, menganalisis serta menilai kesannya, memikirkan cara bagi memperbaiki dan merancang dengan cara pengubahhsuaian agar proses PdP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan menarik.



https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻 bagaimana nk tulis objektif pembelajaran?????


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ terima kasih kepada yg berbahagia dato di atas soalan tersebut, seperti yg kita tahu, objektif pembelajaran merupakan penyataan yg menerangkan apa yg ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran, kemahiran apa? topik apa ? dari bahan apa ? dan berape banyak soalan atau latihan untuk dinilai dan sebagai kayu ukur dan bagaimana kamahiran itu dapat dinilai secara zahir ..

menjawab tentang persoalan yg berbahagia dato tadi, iaitu bagaimana hendak menulis objektif pembelajaran yg pertama mestilah merujuk kepada dskp, kerana apabila kita tidak merujuk kepada dskp , objektif pembelajaran akan menyeleweng dari topik yg asal

dan yg kedua ialah mesti menggunakan kaedah SMART iaitu

Specific = kemahiran yang ingin dikuasai itu dituliskan dengan jelas mengiktu konteks dan juga panduan bahan. 

- .....menulis perenggan pendek berdasarkan gambar yang diberi
(menulis di sini adalah satu kemahiran yang spesifik, perenggan pendek adalah produk dan gambar yang diberik adalah konteks).


M: Measurable = boleh diukur.
- .....menulis perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat....

A: Attainable/Achievable  = murid mampu untuk melaksanakan tugas ini berdasarkan kemahiran asas mereka.

R: Realistic = sesuai mengikut konteks murid dan bersesuaian dengan keperluan kemahiran pembelajaran.
- ....murid menulis perenggan untuk menghuraikan kejadian dalam gambar (gambar yang murid fahami dan boleh kaitkan dengan kehidupan mereka dan bukan sesuatu yang terlalu abstrak).

T: Timely = boleh dibuat dalam masa yang ada. Bilangan ayatnya boleh disudahkan dalam masa yang diberikan.

Contoh objektif pembelajaran yang lengkap:


Di akhir Pdpc, murid boleh menulis satu perenggan mengandungi sekurang-kurangnya 5 ayat dengan tanda baca yang betul untuk menerangkan kejadian yang berlaku dalam gambar yang diberikan.



https://t.me/tipssoalanspp
"Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah swt melainkan Allah swt akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar." (Riwayat al-Nasa'ie)


salam jumaat ya, jom sama2 doakan kita semua dapat posting pada ambilan one off ini .. amin ❀️
❗️❗️bagaimana menulis refleksi ??

ini cara penulisan refleksi

Apakah pencapaian murid?
- Berapakah bilangan murid yang telah mencapai objektif pembelajaran?
- Berapakah bilangan murid yang belum mencapai objektif pembelajaran?
(dalam bentuk nombor atau pecahan jika perlu)

2. Apakah aspek/ bahagian / kriteria kejayaan yang masih belum dicapai? 
- Aktiviti yang mana, kemahiran apa, dan sebagainya.

3. Apakah kekuatan dalam PdPc saya (berdasarkan pemerhatian?- Apakah aktiviti yang paling murid enjoy?
- Apakah sesuatu dalam PdPc yang pertama kali / pendekatan baru kita cuba dan membuahkan hasil?

4. Apakah intervensi yang akan saya lakukan? 
- Apa aktiviti yang saya boleh lakukan untuk membantu murid yang masih belum mencapai objektif pembelajaran (nama aktiviti atau intervensi perlu spesifik).
Contoh (intervensi) penambahbaikan:
- menyediakan bahan sumber pembelajaran maujud dan bukannya visual semata-mata
- mengolah soalan agar murid memahami soalan
- menyediakan aktiviti mengikut pelbagai aras
- mengunakan isyarat tangan untuk mengawal murid
- menggunakan sistem penolakan ganjaran jika murid tidak mendengar arahan
- memberi lebih 'wait time' untuk murid respon
- menghadkan masa untuk aktiviti 'running dictation'
dan sebagainya. 


https://t.me/tipssoalanspp
‼️‼️ apakah kepentingan refleksi di dalam RPH ? 🀡🏻

- Guru memberi pendapat dan ulasan tentang PdPc yang telah dijalankan

- Membina intervensi

- Mengenalpasti langkah seterusnya untuk PdPc akan datang

- Memahami prestasi murid

- Mempelbagaikan pendekatan dalam PdPc

- Membuat penilaian PdPc yang lebih jelas


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻Set Induksi??apa tu??..


Set induksi merupakan satu set pembelajaran bagi memulakan sesuatu pelajaran yang melibatkan sebarang

❀️idea
❀️teknik
❀️proses
❀️aktiviti
❀️sumber


‼️‼️‼️ bagi menarik perhatian pelajar supaya bersedia menghadapi pelajaran. Oleh yang demikian, setiap guru perlu merancang set induksi yang menarik dan mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar pada kelas itu.

‼️‼️‼️Tempoh masa bagi setiap set induksi ini adalah 5minit


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻 apa itu RPT (Rancangan Pengajaran Tahunan)

Rpt ini merupakan himpunan Rancangan Pengajaran Tahunan yang dikumpulkan dari semasa ke semasa untuk kegunaan semua guru dalam membantu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan sekaligus menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi RPT bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.


https://t.me/tipssoalanspp
contoh yg kita boleh buat untuk set induksi ..


Guru sediakan beberapa sampul berwarna. Di dalamnya ada beberapa pernyataan samada murid sebutkan atau ulas. Boleh juga menjadi teka teki. Kelebihan cara campul berwarna ialah murid menjadi excited dan berdebar untuk memilih sampul


https://t.me/tipssoalanspp
assalamualaikum dan salam sejahtera ..

esok kita belajar tentang topik dasar pendidikan sistem sekolah ❀️

hari ni dah habis bab rph, objektif dan juga refleksi ..


boleh share nota dan link channel kat kawan2 yg sama minta one off ni.


admin x minta bayaran pon untuk perkongsian ilmu ini.. admin hanya minta doakan supaya admin dapat posting pada tahun ini .. amin. πŸ₯°
🀡🏻🀡🏻🀡🏻 apa itu taksonomi bloom ?

pendidikan ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan.

Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.


Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu:

1 Domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir,

2 Domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri.

3 Domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran.


Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.


https://t.me/tipssoalanspp
‼️‼️apa peringkat di setiap aras taksonomi bloom ?


1) pengetahuan

Soalan aras ini memerlukan pelajar untuk mengingat setiap mata pelajaran yang diajar oleh guru. Perkataan yang biasa digunakan untuk merujuk kepada soalan aras ini ialah siapa,apa,dimana,bila dan beri definisi.

2)pemahaman

pelajar perlu menjelaskan pengetahuan secara bermakna. Soalan ini memerlukan proses mentel berkait dengan kefahaman misalnya terjemahan,tafsiran. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan jenis ini ialah huraikan,bandingkan,nyatakan,bezakan dan nyatakan dalam perkataan anda sendiri.


3) aplikasi

pelajar perlu benar-benar memahami konsep, prinsip, teori, hukum, prosedur dan kaedah am untuk menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Soalan ini melibatkan 3 frasa iaitu prinsip,menyelesaikan masalah dan dalam situasi baru. Perkataan ang sering digunakan ialah pilih,buat,kira,selesaikan.


4 ) analisis

Situasi mestilah baru,tidak biasa atau berbeza dengan situasi semasa. Soalan ini memerlukan pemikiran kritik tetapi bukan mengulang pengetahuan yang dipelajari. Perkataan yang kerap digunakan untuk soalan ini ialah mengapa,kenapa,apakah faktor,buatkan rumusan dan buktikan.

5) sintesis


Sintesis bermaksud keupayaan menggabungkan unsur-unsur dan bahagian-bahagian supaya sesuatu dokumen itu menjadi lebih teratur dan berstruktur. Soalan dalam aras ini tidak perlu teliti kerana akan membataskan kreativiti. Perkataan yang kerap digunakan ialah ramalkan,hasilkan,tuliskan dan cadangkan apa yang akan berlaku


6) penilaian


pelajar perlu membuat pertimbangan untuk sesuatu soalan. Situasi yang hendak dinilai mestilah baharu dan tidak pernah disentuh. Perkataan yang sering digunakan ialah pertimbangkan,tafsirkan,tentukan dan pertahankan.

1) pengetahuan
2) pemahaman
3) aplikasi
4) analisis
5) sintesis
6) penilaian



so wajib ingat taksonomi bloom bagi setiap aras, kerana kebiasannya guru akan membuat soalan pentaksiran berdasarkan taksonomi bloom dan juga anak buah bloom iaitu lorin anderson, nanti admin update pasal anderson ya ? πŸ€— stay tuned guys


https://t.me/tipssoalanspp
salam jumaat ya ❀️ doa banyak pada hari yg berkah ini.. semoga impian kita untuk menjadi guru akan tercapai .. jgn lupe selitkan doa untuk admin jgk ye πŸ™ˆ
Teori anderson ?? apa tu Teori Anderson ?? 😍😍😍


Pada tahun 1994, Lorin Anderson telah menambah baik teori Taksonomi Bloom agar sesuai dengan kemajuan zaman.

Hasilnya pada tahun 2001 Anderson telah membuat perubahan pada domain kognitif iaitu perubahan daripada penggunaan kata kunci daripada kata nama kepada kata kerja.


Perubahan tersebut dapat dijelaskan seperti berikut:


1) mengingati
2) memahami
3) mengaplikasi
4) menganalisis
5) menilai
6) merekacipta



Mengikut pandangan Anderson, tiga aras pertama (terendah) merupakan Lower Order Thinking (LOT). Manakala tiga aras berikutnya (tertinggi) adalah Higher Order Thinking(HOT).

 
Berdasarkan teori di atas dapatlah dijelaskan bahawa:

1. Sebelum kita memahami sesebuah konsep maka kita harus mengingatnya terlebih dahulu.

2. Sebelum kita menerapkan maka kita harus memahaminya terlebih dahulu.

3. Sebelum kita menganalisis maka kita harus mengaplikasikannya terlebih dahulu.

4. Sebelum kita mengaplikasi maka kita harus menganalisisnya terlebih dahulu.

5. Sebelum kita mencipta maka kita haruslah mengingat, memahami, menganalisis, mengaplikasi dan menilainya terlebih dahulu. 


https://t.me/tipssoalanspp
🀡🏻🀡🏻🀡🏻 apa itu pak 21 ???


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“ 😰😰😰


KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.


Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan.


PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid.


Terdapat beberapa elemen yang diterapkan,


✍🏻komunikasi,

✍🏻kolaboratif,

✍🏻pemikiran kritis,

✍🏻kreativiti

✍🏻nilai murni dan etika.


https://t.me/tipssoalanspp
Apakah yang dimaksudkan kelas minda pertama itu?


β€˜Minda Kelas Pertama’ secara mudah difahami sebagai ciri-ciri modal insan yang mampu memenuhi keperluan pembangunan individu, keluarga, masyarakat, negara dan dunia.


Ciri-ciri tersebut merangkumi aspek penguasaan ilmu yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.


https://t.me/tipssoalanspp
❗️❗️aktiviti yg menyamai minda kelas pertama

βœ… gemar membaca
βœ… mempunyai fikiran kbat
βœ…pemikiran holistik
βœ…kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
βœ…pembentukan sahsiah
βœ… pemupupan nilai murni


https://t.me/tipssoalanspp
berape jenis sekolah yg ada di malaysia ??


πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“β€ΌοΈβ€ΌοΈ

19 buah jenis sekolah πŸ˜„


https://t.me/tipssoalanspp