Koleksi soalan dan nota spp (diskusi)
8.78K subscribers
49 photos
1 video
28 files
197 links
perkongsian nota dan koleksi soalan spp πŸ˜‡ doakan admin dipermudahkan urusan dunia dan akhirat
Download Telegram
tahniah kepada yg berjaya sjkc 😊😊 doakan min dapat jgk iv kali ini. 🀩🀩
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saja saya nak kongsi pengalaman Latihan Mengajar.
Semasa LM, saya ditugaskan untuk mengajar beberapa kelas:
1. Sejarah bagi tingkatan 1, 2 dan 4.
2. Geografi tingkatan 2.

Semasa saya LM , alhamdulillah murid saya majoriti memiliki telefon. Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat lari dari masalah capaian Internet. Memandangkan ada masalah capaian Internet, saya berbincang dengan murid tentang kaedah/pendekatan PDPR yang sesuai untuk digunakan LM. Untuk pengetahuan semua, sepanjang LM saya tidak pernah melakukan kelas secara 'sesi video live' (di sinilah penting kita sebagai guru perlu tahu kemampuan murid kita). Boleh dikatakan hampir 65% saya guna 'group WS' sebagai 'kelas baharu' bagi murid saya.

Oleh itu, dalam konteks guru pengamal kemahiran kreativiti maka kita perlukan merancang bagaimana untuk mengatasi kekangan PDPR.

Meskipun hanya menggunakan 'group WS, namun sesi PdP turut merangkumi fasa:
1. Set induksi
2. Penerokaan
3. Perbincangan dan penerangan
4. Pengukuhan

Antara aplikasi lain sebagai BBM saya pernah guna contohnya:
1. Word Cloud
2. Makes Beliefs Comix
3. Eclipse crossword
4. Word Wall
5. Kahoot
6. Google form
7. Aplikasi gambar
8. dll.

*latihan pengukuhan juga guna aplikasi ini.

Tipu lah kalau tiada murid yang tidak aktif kan. Hahaha. Ramai ja sebenarnya, kadang-kadang 3 orang sahaja murid yang yang aktif. Bagi murid yang tidak aktif, saya akan sediakan nota atau latihan menggunakan aplikasi diatas.

Untuk menarik murid sertai sesi PdP, saya buat :
1. Call murid sejam sebelum kelas. (tiap2 hari ada kelas sampai habis LM)
2. Gunakan peneguhan positif. (hadiah dan motivasi)
3. Hubungan dengan ibu bapa yang berterusan.
4. Yang wajib iaitu PdP kena menarik

Antara bentuk hasil tugasan murid iaitu:
1. Infografik
2. Komik
3. Slide
4. Video
5. Nota tulis tangan dalam bentuk komik dan sebagainya (bagi mereka yang betulΒ² tiada kemudahan)
6. Dll.

Sebagai kesimpulan, jangan terlalu ingin nampak lebih hebat berbanding rakan LM lain sehinggakan kita lupa kemampuan murid-murid kita. Jangan sedih dan kecewa bila ada rakan LM kita sering guna 'video live' dan aplikasi lebih canggih daripada kita, apa yang paling penting adalah objektif pembelajaran murid tercapai. Mengajar lah dengan ikhlas dan percaya dengan 'kegembiraan akan hadir setelah usaha'.

Maaf atas kekurangan.
Btw saya dari USM. πŸ’œ


cc upsi confession


https://t.me/tipssoalanspp
❌❌❌❌apakah Visi dan Misi KPM ?? ❌❌❌

VISI
β€œPendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”


MISI
β€œMelestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara”


https://t.me/tipssoalanspp
Pelaksana program TVET di Malaysia (2021):

1) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
2) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM);
3) Kementerian Sumber Manusia (KSM);
4) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT);
5) Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB);
6) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI);
7) Kementerian Kerja Raya (KKR);
8) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC);
9) Kementerian Dalam Negeri (KDN);
10)Kementerian Pertahanan (KEMENTAH); dan
11) Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM)

Sumber: Majlis TVET Malaysia


https://t.me/tipssoalanspp
Apa Itu STEM?


STEM merupakan singkatan kepada bidang Sains, Teknologi, Enginnering dan Matematik.

Keperluan terhadap STEM wujud apabila negara memerlukan tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut.


Sebagai contoh, di Amerika, 80% pekerjaan terlibat dalam bidang ini.


https://t.me/tipssoalanspp
Apa Pula Kaitan STEM Dengan Pembelajaran?


Pastinya anda sudah biasa mendengar tentang pembelajaran Abad ke-21.

STEM dan pembelajaran abad ke-21 berjalan seiringan dalam sistem pendidikan yang semakin membangun.


STEM diperlukan bagi memastikan pelajar dapat berfikir dengan lebih kritis dan inovatif untuk menyelesaikan masalah dan cabaran dunia luar apabila terlibat dalam bidang pekerjaan.



Di universiti juga, bidang ini sangat diberi perhatian. Ini kerana, jumlah pelajar yang mengambil bidang tersebut semakin menurun.

Tidak dinafikan juga, pembelajaran di dalam bidang ini memerlukan daya fikir dan intelektual yang tinggi untuk mendapat kelulusan.


Ini boleh dijadikan faktor utama
kepada kurangnya minat pelajar terhadap bidang ini.
Apabila melibatkan pembelajaran, masalah ini bukan dihadapi oleh pelajar sahaja malah para guru juga.


Mereka terpaksa menyesuaikan diri dengan sistem kurikulum yang baru untuk membantu pelajar menerima ilmu yang ingin disampaikan dengan lebih produktif.


Kementerian pendidkan juga telah menetapkan matlamat untuk mencapai nisbah 60:40 pelajar sains berbanding sastera atau sains sodang sial pada peringkat sekolah dan institut pengajian tinggi.


Jadi, bagaimana pihak yang bertanggungjawab terutamanya ibu bapa dapat menarik minat anak mereka untuk meminati bidang ini?


https://t.me/tipssoalanspp
Beli Gadjet Berkaitan Dengan STEM


Pasti para guru dan ibubapa tertanya-tanya berkaitan kos yang diperlukan untuk membeli barangan tersebut. Anda tidak perlu risau kerana gadjet ini boleh didapati dengan harga yang berpatutan. Sebagai contoh:
β–ͺ Kit Binaan
β–ͺ Buku Eksperimen Sains
β–ͺ Rubix Cube
β–ͺ Puzzle
β–ͺ Kanta Pembesar


Dan banyak lagi. Ini merupakan contoh untuk menarik minat anak-anak pada usia yang masih kecil.


Daripada membiarkan anak-anak bermain gajet(game) setiap masa, adalah lebih elok untuk memperkenalkan mereka dengan permainan yang mencabar minda seperti ini.



Jika mempunyai bajet yang lebih, anda boleh mempertimbangkan untuk membeli alatan seperti teleskop, mikroskop dan alat radas sains yang lain.


3. Menyelesaikan Masalah


Sebagai cotoh, jika di rumah anda mempunyai masalah seperti kebocoran, litar pintas dan sebagainya, sangat digalakkan untuk menyuruh anak anda mencari jalan penyelesaian. Ini sedikit sebanyak membantu mereka berfikir bagi menghadapi masalah yang lebih sukar.


4. Mengadakan Ceramah Motivasi



Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi menjemput pakar-pakar motivasi dalam bidang sains dan teknolgi untuk memberikan pendedahan dan ceramah yang bermanfaat kepada para pelajar.
Sebagai kesimpulan, semua pihak terutamanya Kementerian Pendidikan haruslah terus berusaha mencari jalan penyelesaian supaya pelajar lebih berminat mengambil bidang ini untuk diajadikan sebagai kerjaya pada masa hadapan.



https://t.me/tipssoalanspp
Forwarded from Deleted Account
Pembukaan sekolah mengambilkira PPN :

1. Sekiranya sekolah dibuka 3hb Okt, tiada sesi persekolahan di negeri fasa 1.

2. Negeri fasa 2, kelas yg akan hadir murid Tingkatan 6 sem 2.

3. Negeri fasa 3, buka sekolah utk murid Tingkatan 5 dan 6 shj.

4. Negeri fasa 4, 2 minggu pertama buka utk Ting 5 dan 6. Kemudian 2 minggu berikutnya buka utk Tingkatan 1-4, dan sekolah rendah.

5. Kapasiti sekolah hanya 50%. Cnth, dlm kelas 5A dibahagi 2. (5A1 dtg sekolah, 5A2 buat PdPR). Seblm ni wlaupun ada SOP yg bagus tp berlaku kesesakan sewaktu datang dan pulang sekolah.

6. Pendekatan ini akan terus dipantau. Keselamatan murid diberi keutamaan.

7. Keadaan dlm bilik darjah : Pengudaraan adalah penting. Langsir disimpan, pelitup muka diwajibkan sepanjang masa kpd murid dn guru. Penyuraian murid secara berperingkat. SOP lain akan kekal.

8. Asrama akan dibuka utk negeri fasa 3, murid akan guna test kid dibekalkan KPM.

9. Pembukaan sekolah telah dibincang teliti dgn MKN dan KKM.

10. Takwim akademik : Murid akan kekal dlm kelas hingga Februari 2022. Mac 2022 baru murid naik kelas. Mungkin sesi 2022 akan di ganjak sedikit. Murid Thn 1 2022 masuk bulan Mac.

11. Uniform sekolah boleh pakai pakaian yg sopan jika tiada uniform sekolah. Jgn bebankan ibu bapa, rambut pnjng sikit tu buat2 xnampak. Yg penting mereka hadir ke sekolah

12. Kehadiran murid tidak diberi penekanan ttp perlu ambil tahu mengapa murid itu xhadir. KPM nk tengok trend dan punca murid xhadir.

13. Bagi tahu ibu bapa jika jd kontak rapat Covid-19, jgn benarkan anak dtng ke sekolah. Test kit akan dibekal ke sekolah. Murid dn guru boleh test sekiranya bergejala.

14. Vaksin guru dan AKP dh lebih 80%. Program disusun begitu rapi. Guru yg tidak divaksin tidak dibenarkn mengajar murid bersemuka. Tetapi mereka tetap perlu hadir ke sekolah. KPM dan JPA sedang teliti tindakan yg sesuai diambil kpd 2500 guru yg pilih utk xdivaksinkn. Menteri mohon tindakan perlu disegerakan.

15. Pekerja kantin, pkk, cleaner xboleh bekerja di sekolah jika xvaksin.

16. Vaksin utk murid. KPM dh mohon supaya murid Ting 5 dan 6 diberi suntikan vaksin. Murid umur 12 thn boleh divaksin jika dibenarkan KKM, namun tertakluk kpd bekalan vaksin.

17. Sekiranya berlaku kes positif Covid-19 di sekolah, maka perlu ditutup selama 2 hr. GB bincang dgn PKD ttg penutupan sekolsh. Ikut keputusan PKD selanjutnya. Dlm era endemik KPM akan lihat bgaaimana utk menangani keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

18. Isu Peranti dan data : Sekiranya peranti dh cukup hanya perlu data kpd pelajar. Telco dh byk membantu kerajaan. KPM mempunyai kekangan kewangan, tumpu belanja kpd hal yg lebih penting. Cdgn Internet akan dipasang di
sekolah ttp keadaan belum mengizinkan. Kaedah flip classroom boleh digunakan apabila mengajar bersemuka.

19. Kos penyediaan modul tinggi : Peruntukan jika diizinkan akan di masukkan kedlm akaun PIBG.

20. Jika kelas 20 murid shj tetap perlu digilirkan sebab pendekatannya kehadiran murid hanya 50%. SKM boleh operasi seperti biasa (150 murid kebawah). Pendidikan khas mohon tidak digilirkan sebab murid xramai.

21. Pendapatan sekolah : Sewa kantin dan kedai buku sekolah xdikutip. Pendapatan sekolah berkurang. Buat masa ni keputusan dikekalkan. KPM akan terus melihat bantuan yg boleh diberikan kpd sekolah

22. Amali sains akan diteruskan

23. Kegiatan luar bilik darjah : Buat masa ni fokus kpd akademik dahulu. Atlet boleh buat late starter.

24. Olah kembali peraturan disiplin 1959. Peraturan yg dh lama akan dilihat dn diteliti semula. Pengudaraan kipas perlu ditambah. Design br sekolah akan diberi perhatian. Tentang infrastruktur sekolah, penambahbaikan akan dilakukan secara berperingkat

*Kesimpulan*:
- Cuti guru hujung thn xakan diganggu.
- Mohon jasa baik bila KPM umum pembukaan sekolah berilah sokongan.
- PGB dan semua guru berilah kepercayaan kpd KPM.
- PGB, guru dan ibu bapa perlu sentiasa patuhi SOP.
- Sekolah akan dibuka seperti dijadualkan.
Forwarded from Peah
Tiga aspek perlu ingat ya

1. Sayang ilmu dan berilmu
2. Suka mengajar
3. Suka murid
Forwarded from Mr Perfect 😎🐯
Pengerusi ada tegaskan tadi walaupun calon ada ikhtisas tpi personaliti tiada dalam bidang perguruan still takkan terpilih sebab nk lahirkan guru bkn shaja dari segi akademik tpi sahsiah n akhlak..
🀡🏻🀡🏻🀡🏻anda telah dilantik untuk menjadi guru kelas 5 amanah. jadi apa BIDANG TUGAS GURU KELAS ❗️❗️❗️❗️

πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“πŸ§‘πŸ»β€πŸŽ“
PENGURUSAN DAN ORGANISASI KELAS

 1) Membentuk organisasi kelas yang terdiri daripada Ketua Tingkatan,
Penolong Ketua Tingkatan,           Setiausaha, Bendahari, AJK Disiplin, AJK Keceriaan, AJK Kebajikan, AJK
Kokurikulum, dan AJK Akademik mengikut matapelajaran.

2) Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan tugas.

3) Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di dalam kelas:


a) Jadual Waktu
b) Jadual Tugas Harian
c) Struktur Organisasi Kelas
e) Pelan Larian Kecemasan
f) Gambar-gambar pemimpin
g) Sudut Bacaan
h) Perabot/Alatan seperti Daftar Inventori

4) Menentukan talian elektrik, kipas angin, dan lampu dalam keadaan baik dan selamat

5) Segera melaporkan jika berlaku kerosakan kepada guru yang berkenaan.

6) Mengambil tindakan yang sesuai seperti menyelaras kerja membaik pulih perabot kelas.

7) Mengadakan tabung kelas dengan jumlah yang dipersetujui oleh pelajar bagi tujuan keceriaan kelas dan  kebajikan kelas


https://t.me/tipssoalanspp
Nanti iv akan ada 2 panel
1) panel spp
2) opsyen

Soalan panel spp yg Kita perlu risau sbb pengetahuan am terlalu luas skopnya .merentas ngara . Global .

2) Panel opsyen. Selalu tnya pendapat . Selalu berkaitan dgn murid atau sekolah rph kaedah pngjaran ciri2 guru .

Soalan opsyen kita blh agak.

Soalan favourite sbutkan satu kaeadah yg blh digunakan dlam pdpc @pdpr

Apa tindakan kalau pelajar skian2 .

Fokus soalan pngetahuan am .banyakkan mmbaca.

Namkan Negeri di bawah pbb. Fungsi pbb.

Negara ASEAN apa . Ni smua soalan dari spp

cc : cg hajar

https://t.me/tipssoalanspp
❀️ jadual kedatangan murid

1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat.


2.  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar ditulis dan dikemaskini.


3) Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas.
4) Memastikan kelas mempunyai diari kelas dan diuruskan dengan baik.

5) Mengambil tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi pelajar yang tidak hadir ke sekolah.


❀️REKOD PRESTASI AKADEMIK,SIJIL BERHENTI,SURAT AKUAN DAN KAD 001

1) Memastikan setiap pelajar mempunyai Buku Rekod Prestasi Akademik yang lengkap dengan butiran peribadi yang diperlukan termasuk gambar foto serta berbalut dengan plastik.


2) Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan akademik serta lain-lain maklumat yang terdapat dalam buku tersebut mengikut masa yang ditetapkan (ujian bulanan, peperiksaan penggal, peperiksaan percubaan). 


3) Memastikan buku tersebut disampaikan kepada waris dan ditandatangani oleh waris pelajar,


4) Mengisi buku Rekod Ujian dan Peperiksaan Sekolah dan diserahkan kepada Pengetua bersama dengan buku rekod Prestasi Akademik Pelajar untuk disemak dan ditandatangani sebelum diserahkan kepada waris pelajar.


5) Menyedia dan melengkapkan Kad 001.


6) Menyedia dan mengisi surat akuan pelajar jika diperlukan.

D) MASALAH PEMBELAJARAN,KESIHATAN DIRI DAN DISIPLIN

1) Memberi galakan,motivasi,dan merangsangkan minat pelajar terhadap akademik.


2) Menggalakkan pertandingan yang berbentuk akademik.

3) Sentiasa prihatin terhadap masaah pelajar kelasnya.

4) Melaporkan kepada Kaunselor Pelajar pelajar-pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran/kemerosotan pelajaran.

5) Melaporkan kepada Guru Kesihatan/Guru Bertugas Mingguan jika terdapat pelajar yang menghadapi masalah kesihatan.

6) Menyediakan/menyimpan rekod-rekod kesihatan pelajar dan diberikan kepada pihak berkenaan jika diperlukan.

7) Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar yang melanggar peraturan sekolah.

8) Mengambil tindakan yang ditetapkan yang berkaitan dengan pelajar ponteng.

❀️BUKU TEKS DAN BANTUAN KEBAJIKAN

1) Memastikan buku-buku SPBT diagihkan kepada pelajar yang layak, memastikan buku-buku tersebut dibalut dan dicatat nama pelajar, dan tidak ditinggalkan di dalam kelas.

2) Mengemaskinikan fail SPBT dari semasa ke semasa.

3) Menguruskan pemulangan buku teks mengikut tarikh yang ditetapkan, menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir tahun dan menyerahkan senarai tersebut kepada guru SPBT.

❀️KUTIPAN YURAN DAN DERMA


1) Mengutip yuran persekolahan pada awal tahun dan menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus.
2) Menguitp derma PIBG
3) Mengeluarkan resit bagi semua kutipan yuran dan derma.
4) Menyerahkan kutipan-kutipan dan analisis kutipan tersebut kepada:
a) PK Pentadbiran (Yuran Persekolahan & yuran Peperiksaan)
b) Bendahari PIBG (Derma PIBG)
c) Guru-guru yang berkenaan bagi bayaran-bayaran lain.

❀️PENDAFTARAN PELAJAR BARU


1) Mendaftarkan pelajar baru yang diterima dari Penyelia Tingkatan dalam buku Rekod Kemasukan Pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar dari PK HEM.


2) Menentukan penerimaan borang buku SPBT dari sekolah terdahulu dan jika layak, memastikan pelajar berkenaan mendapat buku teks.


3) Menentukan penerimaan Kad 001 dan Buku Rekod Prestasi Akademik dari sekolah terdahulu.


4) Menyemak jika pelajar berkenaan menerima sebarang bentuk bantuan dan melaporkan kepada Guru           Kebajikan

5) Menentukan rumah sukan.

6) Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.

 β€οΈ MURID KELUAR
1) Menentukan borang SPBT, Rekod Prestasi Akademik Pelajar, dan Kad 001 diserah ke pejabat.

2) Menentukan kelulusan pertukaran telah diterima.


3) Memastikan buku teks tekah dipulangkan serta semua bayaran yuran telah dijelaskan.

❀️ PENDAFTARAN SUKAN, PERSATUAN DAN LAIN-LAIN 


1)Memastikan setiap pelajar

a) mempunyai rumah sukan

b) menganggotai sekurang-kurangnya satu persatuan akademik, satu kelab sukan dan
 2) Menggalakkan setiap pelajar bergiat cergas dalam aktiviti sukan dan kokurikulum.

 β€οΈIKLIM KELAS SECARA KESELURUHAN 

1) Memastikan iklim kelas secara keseluruhannya sesuai untuk aktiviti P&P. permainan, dan satu pasukan unit beruniform.

❀️Guru Bimbingan / Kaunseling dan Guru Disiplin

1. Menjalankan tugas sebagai seorang guru bimbingan dan kaunseling.

2. Menjalankan tugas sebagai seorang guru disiplin.


https://t.me/tipssoalanspp
Koleksi soalan dan nota spp (diskusi) pinned «❀️ jadual kedatangan murid 1. Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan di tempat yang ditetapkan di pejabat. 2.  Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam buku daftar kedatangan pelajar…»
assalamualaikum dan selamat pagi serta salam sejahtera . terima kasih sudi join channel ini.. nnti admin update nota2 ye ❀️


semoga kita semua boleh posting pada tahun ini .. amin
🀡🏻🀡🏻 apakah kepentingan ujian psikometrik ?

Psikometrik ialah suatu bidang yang berkaitan dengan teori dan teknik dalam pengukuran
 pendidikan dan psikologi, merangkumi pengukuran pengetahuan, kemampuan, sikap dan personaliti.


Pentaksiran psikometrik digunakan untuk mendapatkan lebih maklumat tentang
kemampuan, kekuatan, kelemahan, bakat, sikap, potensi, minat dan personaliti seseorang
individu bagi tujuan membantu dalam memperkembangkan potensi dan pertumbuhan
individu itu.


Data yang diperoleh mampu memberikan maklumat yang menyeluruh tentang
seseorang individu supaya individu itu dapat difahami sebagai seorang insan



https://t.me/tipssoalanspp
πŸ€΅πŸ»β—οΈβ—οΈtujuan ujian psikometrik dilakukan di sekolah ?? ‼️‼️‼️

βœ…diperingkat sekolah rendah, tujuan kaunselor menggunakan ujian psikometrik adalah untuk 
mendapatkan maklumat am tentang kemahiran asas murid dalam literasi dan numerasi serta
minat / kecenderungan dalam bidang tertentu.


βœ…Di peringkat menengah rendah, tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang pengetahuan dan kemahiran umum murid
dalam berkomunikasi, berfikir, berinteraksi dengan persekitaran, manusia dan Penciptanya
serta minat / kecenderungan dalam bidang tertentu.


βœ…Manakala di peringkat menengah atas,
tujuan ujian adalah untuk mendapatkan maklumat am tentang kemahiran spesifik murid serta
minat / kecenderungan dalam bidang yang lebih spesifik


https://t.me/tipssoalanspp
sesiapa yg dapat iv semalam .. study btol2 taw.. niatkan diri nk menjadi pendidik yg btol2 ikhlas dan bukan nk mengharapkan gaji semata2 .. πŸ˜‰ insyaAllah Allah akan bantu kita ❀️ semoga dilancarkan lidah semasa menjawab soalan interview ye ? πŸ’ͺ🏻