Tips Rezeki Deras
2.15K subscribers
4.51K photos
457 videos
2 files
2.33K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕
Download Telegram
Tenanglah duhai hati, kerana hidup ini adalah perjalanan di atas takdir Allah.

Sentiasa bersangka baik kepada Allah, kerana setiap pemberian dari Allah kepada kita adalah hadiah yang terbaik buat hamba-NYA.

Assalamualaikum wbt, selamat malam..
Tips Rezeki Deras
Photo
[HARI JUMAAT: SELAWAT KITA DIBENTANG DI HADAPAN RASULULLAH SAW]

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Selawat ke atas Rasulullah SAW merupakan satu tuntutan bagi kita umat Islam.

Terlalu banyak kelebihan bagi orang yang sentiasa berselawat ke atas Nabi SAW sebagaimana yang dikhabarkan oleh Baginda SAW:



Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.”

[Riwayat Muslim (384)]


Hari ini hari Jumaat.... Penghulu segala hari... Hari paling istimewa untuk umat Islam...

Malamnya doa dimakbul ALLAH SWT... Malah amalan sepanjang siang dan malamnya diberi ganjaran yang lebih istimewa.

.
Terdapat satu riwayat di dalam al-Sunan al-Kubra oleh Imam al-Baihaqi bahawa akan dibentangkan setiap selawat daripada umat Nabi Muhammad SAW kepada Baginda SAW pada setiap hari Jumaat:


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً

Maksudnya:

“Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).”

[Riwayat al-Baihaqi (5995)]

.
Jangan risau jangan takut....

Selawat saja sebanyak-banyaknya terutamanya pada hari Jumaat ini...

Kerana selawat yang dibaca Insha ALLAH takkan ditolak dan akan dibentangkan kepada BAGINDA RASULULLAH SAW.

Antara selawat yang pendek untuk jadi amalan ialah SELAWAT JIBRIL:

صلى الله على محمد

Wallahu a'lam.
Hari ini orang terdekat kita diuji, tapi kita rasa biasa-biasa saja kerana di dalam hati tiada keikhlasan berkasih sayang.

Hati yang ada titik hitam kerana menyimpan rasa benci.Jangan kerana ego kita jarakkan diri kononnya ingin membalas dendam kerana hati yang tersakiti.

Sebenarnya kita yang diuji lebih hebat tapi tak pernah ada kesedaran.
NIAT NAK BANGUN 4.00 PAGI

Kita di Padang Mahsyar nanti kita akan menyesal,
"Kenapa aku tak beramal banyak?"

Kita kena berlumba-lumba, kita kena dulu (beramal).
Kita berasa cemburu orang beramal.

Saya pesan pada Tuan-tuan, kalau boleh malam-malam bangun. Pukul 4.00 pagi, bangun.

Sembahyang (sunat):

1. Solat sunat Wuduk - 2 rakaat

2. Solat sunat Taubat - 2 rakaat

3. Solat sunat Tahajud - 12 rakaat (2 rakaat, 1 salam)

4. Solat sunat Hajat - 2 rakaat

5. Solat sunat Witir - 3 rakaat

Dalam solat sunat Hajat, minta satu saja:
"Ya Allah makbulkan permintaan aku yang aku minta pada bila-bila masa, ke arah kebaikan."

Akhir sekali, witir 3.
Semuanya 21 rakaat.

Kalau tak boleh (buat 21 rakaat).. buat satu rakaat je lah, witir 1 rakaat.

Kalau tak boleh, tak payah.
Tidur je lah. 😁😅

Fadhilat (apa untungnya, kelebihan)..?

1. "Diwaktu malam Tahajudlah, semoga Allah utuskan bagimu makam yang terpuji."

2. Nanti kubur kita terang-benderang seperti matahari baru terbit.
Dalam kegelapan kubur, siapa nak teman kita?
Amalan kita.

Amalan kena sentiasa tambah.
Tambah.
Tambah.

Saya selalu pesan supaya kita sama-sama senang dalam kubur.
Mati tak tau bila.

Senang-senang mati.
Tak semestinya orang sakit itu mati.
Tak semestinya orang sihat tak mati.

Silap-silap orang sihat mati dulu sebelum orang sakit.
Orang sakit di hospital bertahun-tahun, tak mati-mati.

Tiba-tiba, orang sihat pulak mati.

Itu sebabnya orang mati kadang-kadang senyum sebab dah nampak balasan, Allah Taala dah tunjukkan.

Ada orang berkerut mukanya sebab Malaikat dah tunjukkan tempat dia di Neraka.

Kita esok bila mati, biar senyum.

TUAN GURU DATO' ISMAIL KAMUS
YouTube: 'Tanda-tanda Hampir Tibanya Ajal'
Al-Kahfi Production
8 Oktober 2018
Pertolongan Allah mungkin tidak datang terlalu cepat, tidak juga terlalu lambat. Tapi pertolongan Allah itu datang disaat yg tepat. Yakin dan sabar.
.
Sabar ketika diuji..Hanya mereka yang redha akan rasai manisnya ujian. Sepahit mana derita sengsara melanda itulah bukti mendapat tarbiyah Allah.
.
Hanya mereka yang kuat dan yakin dengan pertolongan Allah dapat merasakan segala kebaikan yang Allah janjikan.
.
Ujian yang diturunkan oleh Allah adalah untuk meningkatkan darjat dan iman kita di sisiNya.
.
Bersyukur dengan nikmat dan ujian yang di anugerahkan. Hanya orang yang sabar dan ikhlas akan dapat melihat hikmah di sebalik segala ujian yang Allah kurniakan pada kita.
.
Jadikan diri kita salah seorang daripada golongan itu. Nikmat terbaik adalah segala kejadian yang membawa kita semakin dekat kepada Allah, wlaupun ia menyakitkan ingat sabar itu indah.
.
Belajar redha dalam mengharungi ujian, cuba menjadi bahagia walaupun sedang berduka. Kerana kita tahu ada cintaNya di situ bersama ujian yang kita lalui.
.
Moga kesusahan dan kesenangan yang kita lalui tidak berlalu begitu sahaja melainkan mendapat keredhaanNYA dan keberkatan dari Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aamiin..
Tips Rezeki Deras
Photo
TIGA BELAS AURAT WANITA

1. Bulu kening
Menurut Bukhari, Rasullullah Saw melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan.
-Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki
Memakai gelang berloceng – Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.
-Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang.
-Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.
– Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi
Rasullulah Saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.
-Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani.

6. Muka dan leher
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahilliah yang dahulu.
Keterangan: Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis.
Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.
-Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.
– Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
.
9. Mata
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad Saw: Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. -Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
.
10. Mulut (suara)
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.
– Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda Rasulullah Saw: Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.
– Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
.
11. Kemaluan
Dan katakanlah kepada perempuan-perem
puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.
– Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.
– Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
.
12. Pakaian
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
Tips Rezeki Deras
Photo
– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59.Bermaksud: Hai NABI-NABI katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
.
Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat.
Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
.
13. Rambut
Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.
.
.
– Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
.
Kredit kepada Penulis Asal
Kalau memang NIAT nak tolong suami cari duit lebih jangan sampai kewajipan diri sendiri terabai.
.
Contoh AURAT dan SOLAT.
.
Kadang sebab sibuk nak tolong cari duit lebih untuk bantu suami, solat kita pun dihujung-hujung waktu.
.
Kadang kita nak tolong suami sampaikan aurat kita sendiri kita tak amik kisah.
.
Fikir kita tak apalah, suami yang tanggung dosa kita.
.
Yaaa. Suami tu dapatlah dosa sebab DAYUS tak tegur isteri, tak TEGAS jaga maruah isteri.
.
Yang kita ni isteri pun berdosa jugak.
.
Bukan tak tahu jaga aurat tu WAJIB. Kewajipan atas diri sendiri.
.
Takkan nak jaga aurat sendiri pun nak nanti BERSURUH dari suami.
.
Tu PERINTAH Allah kan. JAGA lah. Suami suami lah. Kita ni tak kan nak biarkan diri tu buat maksiat.
.
Sebab tu jangan lah pelik kenapa makin nak ditolong suami tu makin rasa SEMPIT tetap rasa tak CUKUP duit tu.
.
Sebab dalam pencarian rezeki tu sendiri kita dah buat maksiat pada Allah.
.
Tak jaga aurat tu. Solat sambil lewa. Tak jaga TAQWA pada Allah. Lupa nak jaga REDHO Allah. Lupa nak jaga KEBERKATAN REZEKI.
.
Nak rezeki LANCAR kena jaga apa yang Allah SURUH. Kena tinggal apa yang Allah LARANG.
.
Jaga aurat ni kewajipan atas diri sendiri. Kita bertanggungjawab atas aurat sendiri.
.
Suami kalau suruh buka aurat pun isteri WAJIB engkari. Sebab tiada ketaatan kepada suami dalam perkara maksiat.
.
Fikir fikirkan lah. Sebelum nak tolong suami kena tolong diri sendiri dulu. Tolong jaga kewajipan diri sendiri dulu.
.
Jangan aniaya diri sendiri. Kita ni isteri ada HAK untuk dilayan baik, disantuni suami.
.
Tapi kalau diri kita sendiri tak pandai nak hormati, nak sayangi diri sendiri, macam mana Allah nak CAMPAK dalam hati suami tu untuk menyantuni kita sebagai isteri yang selayaknya?
.
Kita isteri kena hargai diri sendiri dulu dengan jaga kewajipan diri.
.
Jaga aurat ni kewajipan diri. Suami sekadar membantu menasihat mengingatkan je. Yang kena BERTINDAK diri kita sendiri.
.
Bila isteri BERHATI-HATI jaga aurat dan maruah diri, nanti Allah GERAK kan hati suami tu untuk menyantuni MARUAH kita pula.
.
Suami kalau nampak isteri yang pandai jaga maruah diri, nanti suami tu akan TIMBUL rasa HORMAT.
.
Dia akan rasa nak hormati kita selayaknya sebagai seorang wanita yang islam sendiri dah angkat maruah wanita ni dikedudukan yang BAIK.
.
Bukan macam wanita zaman jahiliah dulu yang mana wanita nya diperhambakan. Direndah-rendahkan maruah tu.
.
Bila islam datang, islam angkat darjat wanita ni. Jaga lah baik-baik kemuliaan yang Allah dah bagi tu.
.
Jaga aurat sesempurna mungkin. Bukan sebab nak tunjuk kita ni baik. Tapi sebab nak PATUH perintah Allah yang satu ni.
.
Jadi isteri kena tahu hak diri. Mana yang lebih UTAMA kena utamakan 😊
.
Bila isteri BERTAQWA urusan suami Allah bagi jadi mudah
Bermanfaat Bukan Untuk Popular

Hiduplah seperti akar… yang rela memberikan segalanya, meskipun terkadang sang pohon tidak pernah melihatnya ke bawah

Hiduplah seperti akar… yang memberi makanan dan air kepada pohon serta tidak pernah meminta kembali

Hiduplah seperti akar… yang berperanan utama menghidup dan mengukuhkan pohon, meskipun tidak pernah ada yang memujinya

Hiduplah seperti akar… yang menjadi penyebab setiap kebaikan, meskipun tidak pernah ada yang memberikan penghargaan buatnya

Rasulullah SAW bersabda:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain. (HR Ibn Hibban No: 2/48)

Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat kepada orang lain. Sabda Rasulullah SAW:

أحَبُّ النَّاسِ إلى اللهِ أنفَعُهم للنَّاسِ

Orang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain. (Riwayat at-Tabarani) Al-Mu’jam Al-Ausot, no.hadis dan juzu’ : 6/139

Jadilah kita bermanfaat kepada orang lain serta rela berbagi dan ikhlas memberi. Hadirnya kita sentiasa dinanti dan ketiadaan kita amat dirindui.

Jika engkau tidak mampu menjadi akar yang pohonnya menghasilkan buah yang lebat, maka jadilah akar yang menumpang pohon yang memberikan teduhan bagi yang lelah

Jika engkau tidak mampu menjadi akar bunga yang memberikan keharuman bagi dunia, maka jadilah akar rumput yang mengenyangkan haiwan-haiwan penternak

Jika engkau tidak mampu menjadi bunga, maka janganlah menjadi duri

#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
*[Separuh Harga]* Setel Masalah dalam hidup anda‼️

Ingat lagi Nafas Doa? Dah ada 24 ribu peserta yg belajar ND.

Terbaru, ND ada pakej Jimat.

Bukan RM100
Bukan RM90
Bukan RM80
Bukan RM70

Bukan dan bukan.

Yang pasti, ianya lebih *Mampu Milik*.

Boleh terus tengok sini :

https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Doa hari Ahad
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

A’udzubillah – aku berlindung pada Allah dari kekejaman manusia kejam, dari rekaperdaya manusia dengki, dari kezaliman manusia zalim
Aku memuji Dia di atas pujian semua yang memuji
Ya Allah,
Bimbinglah aku untuk mensyukuri segala nikmat-Mu yang memungkinkan aku mencapai ridhaMu
Bantulah aku menaati-Mu dan melazimkan ibadah pada-Mu, memastikan ganjaran-Mu dengan kurnia pertolongan-Mu..
Kasihanilah aku, palingkanlah aku dari maksiat pada-Mu, selama Engkau menghidupkan aku, tuntunlah aku pada apa yang bermanfaat bagiku selama Engkau menghidupkan aku
Dengan kitab-Mu, legakan dadaku
Dengan bacaannya, ringankan bebanku
Kurniakan padaku keselamatan agama dan diriku,
Jangan terlantarkan aku dari semua orang yang menjadi kerinduanku
Sempurnakanlah kebaikan-Mu padaku, pada seluruh sisa umurku, seperti Engkau telah berbuat baik, pada umurku yang telah lalu..
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Tips Rezeki Deras
Photo
Wanita itu...

1. Wanita hebat itu bukanlah yang tidak pernah menangis tetapi wanita itu terus istiqamah di tengah ujian, cabaran dan godaan.

2. Dia tahu...Jauh lebih baik kehilangan sesuatu untuk Tuhan daripada kehilangan Tuhan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Cintanya tidak pernah padam.

4. Memiliki dua kecantikan, zahir yang tertutup rapi dan batinnya yang terhias dengan akhlak terpuji.

5. Menggunakan mulutnya untuk mengucapkan kebaikan, suaranya untuk menyebar kasih sayang, telinganya untuk sifat ihsan dan hatinya untuk tetap mencintai orang yang tidak menyukai dan membenci.

6. Dia seperti perhiasan, cantiknya menyejukkan hati dan lembutnya mendamaikan kemarahan.

7. Wanita yang baik itu bila mata melihatnya memberi rasa bahagia.

8. Mulianya dia kerana setia pada agama dan cinta pada PenciptaNya.

9. Sentiasa dan tidak pernah jemu melazimi lidahnya dengan Zikrullah.

10. Sentiasa mengukir senyuman sekalipun hatinya terluka

11. Berinteraksi dengan Allah adalah jalan dia meluahkan beban dan sengsara.

12. Rumah Allah tempat healing terbaik.

13. Cinta tertingginya bukan untuk makhluk namun pada Allah dan RasulNya.

Aminah Mat Yusoff
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati
[Separuh Harga] Setel Masalah dalam hidup anda‼️

Ingat lagi Nafas Doa? Dah ada 24 ribu peserta yg belajar ND.

Terbaru, ND ada pakej Jimat.

Bukan RM100
Bukan RM90
Bukan RM80
Bukan RM70

Bukan dan bukan.

Yang pasti, ianya lebih *Mampu Milik*.

Boleh terus tengok sini :

https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
*DAPAT HADIAH BARANG KEMAS HABIB SELEPAS AMALKAN TEKNIK ND*

Sebelum masuk dewan akak ni dah buat *Teknik Nafas Doa* siap2 dan berdoa untuk dapat lucky draw HABIB

Tengoklah happy wajahnya dapat sebijik apa yg akak ni nak.

Alhamdulillah Allah yg izinkan..

Nak jadi sebahagian daripada keluarga Nafas doa boleh pm sy personal

Atau daftar di sini
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa
Fokus dan istiqomah pada satu doa iaitu doa yang mana yang menjadi kepentingan pada diri kita.

Jika masalah utama kita adalah sering GAGAL menjaga ISTIQOMAH, maka fokuskan kepada doa khusus bagi tujuan tersebut agar kita tidak terlalai atau tersasar atau terhanyut dari pengaruhi duniawi dan nafsu.

Justeru , fokus pada doa ini iaitu dibaca setiap hari samada di dalam sujud solat, ketika mood menurun, ketika diuji dan ketika di dalam kesenangan.

Kaya harta tetapi miskin amal adalah SIA-SIA.

~MRJ
Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

1. Aku tahu rezeki ku tidak akan diambil orang lain, kerana itu hatiku selalu tenang.

2. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan orang lain, kerana itulah aku sibuk beramal sholeh.

3. Aku tahu ALLAH Ta'ala selalu memerhatikanku, kerana itulah aku malu jika ALLAH melihatku sedang dalam maksiat.

4. Dan aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan ALLAH........

Sahabat2ku...

Jangan tertipu
dengan usia MUDA
kerana syarat Mati
TIDAK harus TUA.

Jangan terpedaya dengan
tubuh yang SIHAT
kerana syarat Mati
TIDAK mesti SAKIT

Jangan terperdaya dengan
Harta Kekayaaan
sebab
Si kaya pun tidak pernah
menyiapkan kain kafan
buat dirinya
meski cuma selembar.

Mari Terus berbuat BAIK,
berniat untuk BAIK,
berkata yang BAIK-BAIK,
Memberi nasihat yang BAIK
Meskipun TIDAK banyak orang
yang mengenalimu dan
Tidak suka dgn Nasihatmu

Cukup lah اللهِ yang
mengenalimu lebih dari
pada orang lain.

Jadilah bagai JANTUNG
yang tidak terlihat,
tetapi terus berdenyut
setiap saat hingga kita
terus dapat hidup, berkarya
dan menebar manfaat
bagi sekeliling kita
sampai diberhentikan
oleh-NYA
Harta yg banyak, status sosial yg tinggi, jabatan yg tinggi tidak akan dilihat oleh Allah Ta'alla bila hanya akan menjauhkan diri dari ibadah kepadaNya.

Sahabat2ku...
"Waktu yang kusesali adalah
jika pagi hingga
matahari terbenam,
amalku tidak bertambah
sedikit pun,
padahal aku tahu saat ini
umurku berkurang"
(Ibnu Mas'ud r.)
🔲 Minta pada Allah sales hari ni 5k, tp Allah bg 10k terus. Alhamdulillah Allah izinkan dapat malah lebih dari itu.


Nk join kelas? Daftar di sini ⬇️
https://tinyurl.com/TeknikMakbulDoa