Tips Rezeki Deras
2.15K subscribers
4.51K photos
457 videos
2 files
2.33K links
Assalamualaikum wbt,
Selamat datang ke Group TIPS REZEKI DERAS Semoga setiap perkongsian ilmu memberi manfaat kepada kita semua dan kita dapat istiqomah beramal dengan ilmu yang kita perolehi. InshaAllah terus upgrade ilmu untuk dunia dan akhirat 💕
Download Telegram
Tips Rezeki Deras
Photo
PESANAN BUAT WANITA

1. Jangan berlebih berkongsi.
Tidak usah menceritakan segalanya tentang kamu, perancangan mu, impian mu, di mana kamu berbelanja, kepada siapa kamu memberi, siapa teman-teman baik mu, sedang usaha untuk apa. Privacy is power.

2. Jangan mudah berkecil hati untuk hal-hal yang remeh temeh.
Jika kamu tidak diundang untuk ke majlis boleh jadi ianya adalah kerana kekangan kewangan tuan rumah. Boleh jadi itu adalah acara tertutup dan hanya untuk keluarga. Boleh jadi juga mereka terlupa. Don't take everything personally. Fikir yang baik-baik selalu.

3. Sesiapa yang suka menyampaikan cerita orang lain kepada mu akan juga suka bercerita tentang kamu kepada orang lain.
Fikir berkali-kali tentang ini. Pilih kawan mu dengan baik.

4. Kekurangan berbicara boleh membunuh sebuah hubungan.

5. Semakin kita tidak terlalu bimbang akan banyak perkara dalam hidup, semakin kita mudah bahagia.
Just go with the flow. Jika ada kita bersyukur, tak ada kita berlapang dada.

Kredit : Dzuriasikim Dzulkefli
Untuk muhasabah diri samada kita insan yang baik atau sebaliknya  ialah dengan menilai rasa hati  terhadap  insan di sekeliling...

Jika banyak sangka baik, insyaAllah... mudah-mudahan kita baik.

Jika sebaliknya, berhati-hatilah... yang kita lihat itu, itulah diri kita.

Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik kepada orang lain.

Manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk kepada orang lain dan tertanam dalam hatinya dengki kepada orang lain!

Wallahua'lam.
Dalam kita berniat untuk berhijrah, kadang-kadang ada angin munafik sepoi-sepoi hadir dalam hati kita.

Bisikan ke halwa telinga sehingga akal menerbitkan rasa ingin bertangguh dan bertangguh lagi.

Dari situ, bermulalah perdebatan antara akal yang terbatas dengan kebenaran yang sudah terang lagi bersuluh.

Mengapa jadi begitu? Bangkitlah!

Dengarkan tangisan jiwa yang meronta-ronta meminta kita kembali kepada Tuhan.

Usah biarkan jiwa-jiwa kita terperangkap dalam penjara nafsu dan godaan syaitan yang lemah.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah, sekalipun harus merangkak.

Tanya pada diri dari jiwa yang paling dalam, sampai bila aku harus begini?

Sampai bila aku harus terus derhaka pada ALLAH yang telah menciptakan aku dari air mani yang hina?

Istighfar dan menangislah.

Ingatlah bahawa sakaratul maut itu kiamat yang paling hampir dengan diri kita.

Itulah hakikat yang tidak boleh kita sangkal lagi, boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja!

Berhijrahlah.

Usah ditangguh lagi. Usah tertipu lagi.

Mulakanlah langkah untuk berhijrah kepada ALLAH dan RasulNya dengan hati dan jiwa yang terbuka.

Sebelum memulakan langkah, berniatlah untuk berhijrah keranaNya semata-mata, bukan kerana nafsu.

Usah berkira-kira denganNya untuk memulakan langkah. Usah memilih jalan berhijrah yang didorongi hawa nafsu!

Agama itu bukan untuk dipilih-pilih yang mana satu pilihan qalbu.

Agama itu bukan selayaknya dipilih menurut hawa nafsu kita.

Hijrah ke arah kebaikan itu pengorbanan yang sukar, tapi juga perjalanan paling indah dalam hidup kita!

In sha ALLAH. 🤲🏻😭
Allah sudah meletakkan kita pada tempat yang betul dan tepat. Dia Ya Barik. Maha Mengaturkan sesuatu.

Dia Maha Tahu!

Bahagia itu apabila kita berdamai dengan takdir yang sedang tempuh sekarang.
Jatuh dahulu, luka sudah pun sembuh.

Kini bangkit, hati-hati supaya tidak jatuh di tempat yang sama.

Syukur dengan nikmat yang sedang kita pegang. Tidak perlu julang dan tayang.

Bahagia sangat, tersenyum ikhlas dengan kebahagiaan orang.

Tidak perlu fikir nak penuhkan
bakul kita dengan buah bahagia orang.

Cukup sekadar kita ucapkan alhamdulillah dengan bakul kecil kita yang sarat kasih sayang.

Dan...

Memberi sebutir ihsan dari bakul kasih kita walau hanya sebutir kurma semanis senyuman..

.

.

Credit : Norwati MD Zain
Tips Rezeki Deras
Photo
30 TANDA-TANDA HATI KOTOR

1. Gelisah walaupun tiada masalah.

2. Selalu berbangga dengan diri sendiri.

3. Angkuh serta sombong dengan pandang hina terhadap orang lain.

4. Tidak amanah dan mungkir janji.

5. Selalu mengintai keaiban orang dan sebarkannya.

6. Suka mengumpat dan membuka aib orang lain.

7. Gembira melihat orang lain susah dan rendah daripada dirinya.

8. Lidah yang tajam atau tidak menjaga hati orang.

9. Suka menyakiti hati orang dengan sindiran.

10. Berlagak alim semata-mata untuk dipuji orang.

11. Menyampaikan ilmu dengan riak.

12. Menganggap diri lebih hebat daripada orang lain.

13. Berpakaian elok untuk dipuji Serta menunjuk-nunjuk.

14. Derhaka kepada kedua-dua ibu bapa.

15. Talam dua muka (manis di depan tapi jahat di belakang)

16. Suka menjatuhkan dan memijak orang dengan kuasa yang ada.

17. Solat yang tidak khusyuk.

18. Kagum terhadap diri sendiri. Merasa diri bagus serta cerdik.

19. Selalu mengeluh serta tidak redho dgn suratan takdir.

20. Cinta kepada duniawi dan materialistik.

21. Mudah bersangka buruk terhadap orang.

22. Membesar besarkan hal yang remeh temeh.

23. Suka bergosip dan menabur fitnah.

24. Menggunakan agama dan berdengki atas perkara duniawi.

25. Cinta dunia melebihi cintanya pada akhirat.Membesarkan dunia serta berangan-angan untuk dunia.

26. Pendendam.

27. Penting diri dalam semua hal.

28. Berpura-pura dan suka membodek.

29. Tamak haloba serta bakhil serta sangat berkira dengan orang lain.

30. Nafsu serta kehendak syahwat yang tidak terbendung.

Kesemua sifat di atas adalah sifat Mazmumah (terkeji). Mari bermuhasabah diri samada hati masih terhijab kepada Allah dengan sifat-sifat buruk di atas atau tidak, jika masih maka hendaklah membersihkannya dengan mengenal Allah, banyak mengingati Allah, berdamping dengan guru pembimbing dan sentiasa bersangka baik kepada Allah dan makhlukNya.
Takdir itu milik Allah,
tetapi usaha dan doa itu milik kita.

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu..."

(Surah Ghafir, ayat 60)
"Jika kamu mendapati Allah menahan dunia dan menimpamu dengan kesusahan yang banyak, yakinlah kamu seorang yang mulia di sisi-Nya"

-Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala-

Kredit quotephotovideo
Hidup dan mati kita sangatlah rapuh, tiada jaminan apa pun untuk esok masih ada.Hayat bagaikan api pelita yg menanti padam.Setiap hari, kita berjalan sambil menunggu giliran utk kembali pulang demi pertemuan dgn Ilahi.  Apabila hayat dicabut, terputuslah segala hubungan dgn alam dunia. Maka, janganlah bertangguh lagi untuk HIJRAH, bersedia atau tidak, kita tetap akan mati.

Saat tiba detik ini,Kaki jasad bersendiri,
Terdiam sunyi,Di pelantaran sepi,Tanpa nafsu tanpa nafas.Mata hidung tertutup kapas,Jiwa raga terlepas,Ruh melayang bebas

Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad); maka jikalau kamu mati, apakah mereka akan kekal?
(QS Al-Anbiya: 34).
4 DETIK WAKTU DALAM SOLAT MUSTAJAB DOA

.
.
Saya dapat in dari Ustaz Adi Hidayat. 4 detik itu ialah :
.
.
1) Dalam surah Al fatihah ketika sampai ayat إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
berdoa dalam hati APA yang dihajatkan
.
.
2) Selepas surah Al fatihah, ketika membaca surah pilih surah atau ayat yang kena dengan masalah atau hajat Kita tadi. Sebab setiap ayat Al Quran ini adalah solusi kepada sekian masalah Kita.
.

3)Dalam sujud. Bukan saja dalam sujud terakhir bahkan dalam setiap sujud Kita boleh berdoa
.
.
4) Saat sebelum memberi salam
.
.
Waktu2 ini sangat mustajab doa. Yang Allah berikan pada Kita. Firman Allah "Wahai orang-orang yang beriman ! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan Salat; sesungguhnya, Allah beserta orang-orang yang sabar."
.
Bila Kita perlu pertolongan mohonlah dengan SABAR & SOLAT.
.
.
Syaratnya solat Kita itu haruslah solat yang benar dari mulai wudhuknya sampailah memberi Salam.
.
.
Kalau DOA kita itu belum makbul setelah sekian lama Kita praktikkan tips ini boleh jadi Ada yang Tak kena Dan perlu diperbaiki dengan SOLAT kita.
.
semoga bermanfaat 💕
Sahabatku sekalian

Berikut ini 3 tamu yang pasti akan datang dalam kehidupan kita:

1. Rezeki

وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ
"Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya..." (QS. At-Talaq [65]: 3)

2.Takdir

"Sesungguhnya Allah telah menciptakan takdir-takdir seluruh makhluk lima puluh tahun sebelum menciptakan langit dan bumi." (HR Muslim No. 2653)

3. Kematian
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةٌ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan," (QS Al-Anbiya [21]: 35)
Semakin umur meningkat, kita mulai sedar dulu waktu muda banyak buat silap. Memang ikutkan hati, menyesal sungguh. Kalau ada pilihan, nak je kita undurkan masa pi balik zaman muda & elakkan maksiat tu berlaku.

Namun, masa tidak mungkin dapat diundur. Maka yg boleh dilakukan hanyalah memperbanyakkan taubat & istighfar.

Ulama menyarankan, jika ingin segala dosa & khilaf diampuni, elok amalkan doa nabi Adam a.s. kerana ia memiliki keistimewaan tersendiri. Saya share doanya dulu. Kemudian saya share keistimewaannya.

Ini doa tersebut :

رَبَّنَا ظَلَمۡنَآ أَنفُسَنَا وَإِن لَّمۡ تَغۡفِرۡ لَنَا وَتَرۡحَمۡنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَٰسِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan, kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampunkan dan merahmati kami, pasti kami termasuk dalam golongan orang yang rugi”.

Doa ini dipetik dari Surah Al-A’raaf, ayat 23.

Keistimewaannya begini : ketika awal penciptaan, ada 2 makhluk membuat kesilapan :

1. Iblis. Dosanya ialah tak mahu menuruti arahanTuhan utk sujud hormat pada Adam.
2. Nabi Adam & Hawa : melanggar perintah Tuhan dengan mendekati pohon khuld di syurga.

Setelah nabi Adam sedar kesilapannya, baginda cepat memohon maaf & mengaku salah dengan membaca doa di atas. Syukur, dengan doa ini Tuhan menerima taubatnya.

Kata tok guru kami, keistimewaan doa ini terletak pada kalimah ’zolamna anfusana’.

Darinya kita faham, baginda melafazkan doa tersebut dengan mindset yg tepat : baginda jujur MENGAKU SALAH, tidak berdalih atau beralasan & menyesali sungguh2 segala khilafnya.

Sementara Iblis pula berbeza, Tuhan murka pdnya hingga kiamat kerana mindsetnya KUFUR : sudahlah buat salah, sombong pula tu tak mahu mengaku salah. Minta maaf pun tidak. Nak pertahankan ego & degil sampai kiamat.

Kita tahu kesudahannya : Nabi Adam akan kembali semula ke syurga, sementara iblis akan dibenam ke neraka terdalam pada hari kiamat.

Semoga begitulah taubat kita. Diharapkan ketika memohon ampun kepada Ilahi, kita renungi setiap kesalahan, sesalinya sepenuh hati & berikrar untuk kembali kepada Tuhan (taubat) sesungguh hati.

Tuhan kita amat baik, dirinya penuh dengan sifat ’al-Ghafur’ : Maha Pengampun.
InsyaAllah, dengan perbanyakkan taubat, hati kita akan lebih lapang & nyaman.

Ust Asraff.
".. KERANA TIDUR SELEPAS SUBUH.."

Tulisan ni pernah kena kritik teruk dulu. Apa-apa pun sila ambil pelajaran. Yang baik datang dari Dia. Kita saja yang suka buat ikut kepala sendiri dan ikut suka.

Semuanya balik kepada niat. Siapa rasa tertampar dan perlu ubah, ubahlah. Terima kasih kerana berkongsi tulisan ni Tuan. ( ala Kakak lupa nama dia )

Nice sharing untuk mak-mak yang jaga anak kecik 24 jam hatta dalam masa tidur macam Kakak.

Dan tulisan ni lebih tertakluk kepada siapa yang keje normal hour siang hari juga buat mereka yang sudi diperingatkan, tapi lepas subuh bantai tidur balik kerana... ( hanya kita yang tau )

Kalau kau rasa kau keja syif malam, berjaga malam susun strategi marleting because of kau ialah marketing person or gapo ever, it's u gaiss.

Hati manusia Allah juga yang punya.

.
.
.

Siapa yang suka tidur lepas subuh tolong baca. Dan siapa suka tidur lepas subuh then bangun nak solat dhuha pon tolong baca.

Sentap dan muhasabah sesama. Tak ada ruginya In shaa Allah.

"... TIDUR LEPAS SUBUH BAGI PANDANGAN ORANG SOLEH.. "

Sedikit perkongsian.

Sebelum ini, aku sempat berjumpa dengan seorang soleh.
Hatinya itu terlekatnya ilmu basyirah yang tinggi iaitu ilmu firasat yg sangat kuat.

Jadi sesiapa yg dekat dengannya, hati-hati. Apa yang terlintas di hati dan fikiran, pastikan niatkan perkara yang baik.

Aku perbetulkan niat, adab aku, tingkah laku bila tiap kali berdepan dengan beliau ini.

Diberi peluang, aku terus bertanya.

" Ustaz, macam mana nak buat supaya tak tidur lepas subuh?"

Dia menjawabkan,

" Tak pernah wujud istilah tidur lepas subuh".

Ohhh.

" Jadi ustaz, apa hukum tidur lepas subuh?

"Kau nak aku jawab dalam mazhab kau atau mazhab aku?

Dia bertanya.

Aku bisik dalam hati

" Ada byk mazhab ke dia ni?"

" Jangan kau nak menyatakan perkara yang kau tak boleh sorokkan dengan aku."

Astaghfirullah, dia baca lintasan hati aku.

" Maaf ustaz. "

Aku cakap dekat dia,
" Dua-dua mazhab lah ustaz."

Dia kata, kalau dengan cara hidup kau, cara amalan kau, mazhab kau, kau teruskanlah tidur lepas subuh dan jadilah kau seperti anjing mati.

Pheuww. Aku nak menangis.

"Tapi kalau dalam mazhab aku, cara aku, amalan yang aku tau, orang yang macam ini dia jatuh KUFUR!"

Aku senyap.

"kenapa ustaz?"

Dia menjawab, orang yang macam ini SOMBONG dengan Allah. Dia berlagak depan Allah! Dia menolak pemberian Allah.

Bagaimana dia boleh tidur sedangkan Allah itu menurunkan rezekinya, rahmatnya setiap pagi selepas terbit fajar, tapi dia boleh tidur.

Umpama macam kalau kau seorang yang jutawan, bawa duit yang berjuta-juta berjumpa dengan seorang miskin papa kedana setiap hari.

Tetapi apa yang dilakukan oleh fakir tadi kepada kau? Dia tidur dan tak mempedulikan langsung duit kau sedangkan dia miskin. Jadi apa yang ada pada fikiran kau? Mesti kau akan kata

"Dia ni dah lah miskin nak mampus, sombong pulak tu".

Aku tersentak.

Dia berkata lagi

" Orang yang tidur lepas subuh dan lepas itu bangun, ada hati lagi nak Dhuha, Allahuakbar. Orang macam ini lagi tak malu depan Allah.

Tadi dia tolak pemberian Allah. Sekarang mahu tarik semula rezeki dan rahmat Allah. Sesungguhnya manusia itu jahil. Sepatutnya orang ini perlu bertaubat dulu sebelum nak solat dhuha".

Allahuakbar.

Bila duduk dengan orang yang setiap masa takutkan Allah, baru sedar macam mana amalan kita selama ni. Betapa hinanya fikiran aku selama ini.

Jauh beza nak banding amalan kita yang tak tau Allah terima ke tak. Tapi hidup setiap hari macam tak rasa banyak dosa.

Allah.

Kita ni banyak dosa, bukan setakat banyak dosa bahkan bermandikan dosa.

Dia kata lagi

" Orang yang riak kalau bertaubat Allah ampunkan. Kalau orang yang sombong, tapi tak nak berubah apa kau rasa Allah nak ampunkan sedangkan itu adalah sifat iblis? "

Allahuakbar.

Aku tanya tentang tidur lepas subuh je dah rasa macam nak ke neraka. Belum tanya hal lain lagi.

Dia kata lagi
" Ramai orang muda kata perlu tidur lepas subuh sebab tak cukup tidur malam tadi sebab main futsal lah, jalan-jalan. Apa kau tak pernah fikir siang dan malam itu adalah sunnatullah?"

"Allah dah kata dalam Al-Quran, siang aku jadikan untuk kau bekerja, malam untuk kau berehat. Kalau sunnatullah kau ubah ikut kepala kau sendiri, sebab itulah hidup kau tunggang langgang. "

Kau siapa nak ubah sunnatullah?

Allahuakbar, jauhnya beza pemikiran kita dengan orang yang takut dengan Allah. Orang yang dekat dengan Allah. Hidup memang kena pandu Al-Quran dan hadis.

Tapi, carilah orang yang boleh memperjelaskan lagi apa yang ada dalam Al-Quran dan hadis itu. Janganlah asyik meminta dalil dari orang itu orang ini dan memproses dengan kepala sendiri.

Ada orang bawa Al-Quran ke hulu ke hilir. Tak salah, tapi carilah panduannya dengan baik supaya tak tersalah tafsir hukum ikut nafsu.

Sentap beb. Rase macam potong bawang halus. Tapi benar setelah aku mula sedar fakirnya aku jika aku tidur lepas subuh.

Lantaran itu aku mula sedar dan tidak tidur lepas subuh. Aku baca surah Al Waqiah dan solat dhuha setiap hari.

Dan aku rasakan rezeki ku melimpah-limpah sampai aku rasakan, Ya Allah, Murahnya rezeki MU jika aku tidak tidur lepas subuh.

Kredit dan inspirasi : Dari sahabat facebook.

Dan Rasulullah S.A.W sendiri menggalakkan umatnya berpagi-pagi dalam urusan seharian demi sebuah rezeki bernama keberkatan.

Credit Maria Ismail
Seksaan paling berat di muka bumi ini tapi yang diseksa tidak terasa diri diseksa?

Tidak diizin Allah untuk ada kelapangan masa menjaga solat,zikir,selawat,membaca AL Quran,bersedekah bangun tahajud, kerana sibuk dan penat mengejar dunia.

Begitulah

#BankIdea
"KALAU PENAT JANGAN BERHENTI, TAPI BEREHATLAH".
.
Manusia ada pasang surutnya. Sama ada emosi atau tenaga. Kita bukannya robot. Ada masa kita bersemangat, tapi ada ketika kita rasa “down” sangat.
.
Jangan mudah putus asa jika sedang belajar atau bekerja. Jika kita usahakan sesuatu, buat sampai habis. Jangan tinggalkan separuh jalan.
.
Jika penat dan lelah, berehat lah! Jangan berhenti melainkan sudah selesai. Teruskan selagi masih bernafas di dunia ini.
.
○ Kebergantungan hidup sepenuhnya hanya kepada Allah biasa mencambahkan pengharapan semata- mata kepada Allah bukan kepada manusia.

○ Manusia itu hanyalah perantaraan sahaja.

○ Setelah kita berdoa dan berusaha maka hanya kepada Allah tempat berserah dan apa jua ketentuanNya selepas itu, maka itulah yang terbaik.

○ Terimalah segalanya dengan hati yang terbuka dan berlapang dadalah.

○ "Sesiapa yang berserah diri bulat-bulat (bertawakal) kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya ( untuk menolong dan menyelamatkannya).

(QS At-Talaaq : 3).



#islamitu_indah
"Allah TIDAK MEMBERI apa yang kita HARAPKAN tapi DIA beri apa yang kita PERLUKAN.

Kadangkala kita sedih, kecewa, terluka.

Tapi

jauh di atas segalanya, DIA sedang MENGATURKAN yang TERBAIK dalam kehidupan kita.

Jalan yang dipilih Allah .
itu akan indah pada masanya.."

Assalamualaikum wbt, selamat malam semua...

Al-Mulk jgn lupa. InsyaaAllah 💚
Dalam hidup ni kita kena buat pilihan.

Nak ke depan atau ke belakang, nak ke kiri atau ke kanan, nak ke atas atau ke bawah, ya atau tidak, untuk membenci atau memaafkan, untuk melawan atau menyerah.

Kita kena buat pilihan.

Dan kalau pilihan tu tak seperti yang kita harapkan, kita kena terima apa yang dah ditakdirkan untuk kita. Jangan banyak bertanya dan mempersoal, sebaliknya terima saja apa yang telah terjadi, dan melangkahlah seiring masa.

Selagi kita tak terima apa yang dah tertulis, selagi itu kita akan terperangkap di masa silam, selagi itu dada kita tak akan lapang, selagi itu hati kita tak akan tenang.

#akuislam