Group Tips Parenting by Nad Masrom
1.52K subscribers
160 photos
21 videos
63 links
Komuniti ibu ayah yang nak berkongsi tentang tips parenting, pendidikan dan aktiviti bersama anak-anak, pengalaman mengajar, pengalaman menjaga anak special need dan lain-lain. Jom terus sebarkan kebaikan.
Download Telegram
Berguna juga tips stokin untuk anak belajar pegang pensil.

Saya tak ada pengalaman guna tips ni sebab Khadijah dan Fatimah sebelum ni agak pandai pegang pensil sejak kecil. Agaknya sebab saya dulu cikgu, mereka selalu nampak saya menanda kertas.

Semalam saya guna trick stokin ni. Saya ambil stokin Isa yang terpakai, lubangkan untuk masukkan ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu Ali. Baru Ali faham macam mana nak pegang pensil warna tu.

Dan lepas beberapa ketika (bila saya cabut stokin), Ali terus tahu cara betul nak pegang. Ibu ko terus excited. Simpan sini buat kenangan.

Nad Masrom
Kaunselor Susu
Sekali sekala suka share pengalaman parenting dengan anak-anak โœจ
๐Ÿ‘3
Kenapa langit berwarna merah?
"Kenapa langit warna merah?", tanya Fatimah dalam perjalanan hantar saya ke airport pagi tadi.

"Sebab bumi ni bulat, dan kita lebih banyak nampak gelombang cahaya warna merah..", jawab saya ringkas.

Fatimah diam. Mesti dia tak puas hati. Selalunya nak kena lukis, nak kena tunjuk video. Haish, sebagai bekas cikgu Sains, topik ni memang selalunya anak murid tanya dulu, "why sky blue?", "kenapa daun warna hijau?"

Teringat pensyarah saya Dr Johari pernah cakap, "Cikgu kena pandai jawab. Janganlah nak senang bagi jawapan - itu kejadian Allah!" - tegas Dr Jo beri ingatan kepada kami masa tu.

Masa tu saya belum ada anak lagi. Saya selalu pesan kat suami, "Ingat tau, kena explain. Jangan senang je jawab ni kejadian Allah. Anak-anak kita kena tahu sebab setiap kejadian..", pesan saya sebab lelaki ni nak senang je dalam fikiran saya. Haha.

Dan bila dah ada anak-anak ni, suami saya selalu gelakkan saya. Sebab sungguh anak-anak saya akan bertanya setiap kejadian. "Hah, apa lagi, jawablah..", sindir suami. Nangis jap nak explain.

Berbalik kepada soalan Fatimah, ibu cuba jawab ya nak. Pagi tadi tak sempat nak jawab panjang sebab ibu bekejar ke airport.

Cahaya matahari ni asalnya warna putih. Bila berlaku penyerakan cahaya (refraction), warna putih tadi akan 'dipecahkan' kepada warna-warna pelangi. Proses penyerakan ni kita selalu lihat straw jadi bengkok dalam air, air nampak cetek, manusia nampak pendek waktu berenang dan lain-lain.

Dalam udara, ada banyak zarah halus yang bantu proses penyerakan cahaya ni berlaku. Senang kata habuk-habuk (dust) selain molekul air, bantu juga cahaya tu 'terpecah' bila masuk ke ruang udara kita.

Cahaya biru panjang gelombang dia lebih pendek berbanding cahaya merah. Sebab tu, cahaya biru lebih mudah tersebar oleh molekul udara. Penyebaran ini menyebabkan langit kelihatan biru pada waktu siang apabila matahari berada tinggi di langit dan cahaya melalui laluan atmosfera lebih pendek.

Apabila matahari berada rendah di kaki langit (waktu terbit atau tenggelam), cahaya matahari perlu melalui lapisan atmosfera yang jauh lebih tebal.

Ini menyebabkan lebih banyak cahaya biru tersebar keluar, dan cahaya merah serta kuning yang tinggal lebih mudah sampai ke mata kita. Inilah sebabnya Fatimah nampak langit berwarna merah pagi tadi atau petang nanti.

Ok jelas tak Fatimah? Nanti kita buat simulasi sama-sama. Ibu tulis untuk kenangan dan rujukan Fatimah kalau-kalau ibu dah tak ada nanti.

Eh kalau saya salah yang lain betulkan. Saya guna bahasa mudah je ni sebagai bekas cikgu dulu. Hehe.

Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Bukan pakar parenting
โค2๐Ÿ‘1๐Ÿ‘1
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Malam ni jom belajar tentang potty training bersama Kak Syud bersama Wemoms.

Potty Learning - Rahsia Elak Potty Training Jadi Trauma & Drama
Saturday, June 14 ยท 8:30 โ€“ 9:30pm
Google Meet joining info
Video call link: https://meet.google.com/snj-dmxi-apk
โค1
Jom belajar english dengan mudah ๐Ÿ˜
โค6๐Ÿ‘1
"Trouble Two" (atau lebih dikenali sebagai "Terrible Two") merujuk kepada fasa perkembangan kanak-kanak sekitar usia 2 tahun yang sering dicirikan dengan:

- Tantrum/mengamuk secara tiba-tiba
- Suka menolak arahan
- Cepat marah bila tak dapat apa yang dimahukan
- Mula mahu berdikari, tapi belum cukup kemahiran
- Emosi dan komunikasi belum matang
Channel name was changed to ยซGroup Tips Parenting by Nad Masromยป