─ qalbihasanah 🍓
11 subscribers
17 photos
1 video
2 links
tulisan ini ikhlas buat mu sahabat dari hati ke hati
💌
https://t.me/theclover
Download Telegram
Forwarded from Ebit Lew Channel
Bismillahirrahmanirrahiim...
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Perkongsian bersama semoga manfaat ...
IN SYAA ALLAH.

Ciri-ciri Pengamal Shalawat
⁣.
Ada ciri-ciri yang tampak dari pecinta sekaligus pengamal bacaan shalawat kepada Rasulullah ﷺ. Diantaranya : ⁣
⁣.
1. Terpancar cahaya mahabbah pada Rasulullah ﷺ dari wajah mereka. Orang yang berakal dan berhati bening bisa melihat cahaya tersebut.⁣
⁣.
2. Selalu tersenyum dan wajahnya berseri-seri setiap kali bertemu orang lain.⁣
⁣.
3. Berbalas kasih kepada sesama dan selalu berharap kebaikan untuk umat Islam.⁣
⁣.
4. Selalu menjaga kesucian diri baik dzahir maupun batin.⁣
⁣.
5. Dicintai dan dikasihi irang-orang mukmin dan hanya orang munafik yang membencinya.⁣
⁣.
6. Selalu sabar atas cacian & hinaan orang lain.⁣
⁣.
7. Menjadikan sikap tawadhu' sebagai mahkota yang selalu dikenakan di atas kepalanya.⁣
⁣.
8. Badannya senantiasa harum karena suka berharum-haruman. Dan setelah mati pun tetap harum karena berkah dari shalawat yang selalu dibacanya semasa hidup.⁣
⁣.
9. Berkepribadian lembut ceria dan penuh ketenangan.⁣
⁣.
10. Selalu bersikap khusyu', khudhu' dan banyak menangis jarena kecintaan dan kerinduan kepada Rasulullah ﷺ.⁣
⁣.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ الفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ ۞ وَالخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ ۞ نَاصِرِ الحَقِّ بِالحَقِّ ۞ وَالهَادِي إِلَى صِرَاطِكَ المُسْتَقِيمِ ۞ وَعَلَى آلِهِ حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ العَظِيمِ ۩⁣
⁣.
Semoga bermanfaat⁣
Aamiin⁣ 🙏
.
#UlamaNusantara
Forwarded from Himpunan Doa dan Zikir (Bonda Siti Muzaimah)
Ada 11 amalan harian yang dijamin membuat kita tak miskin.

1. Menjaga solat
2. Membaca Surah Waqiah ba'da shubuh
3. Bersedekah di awal hari
4. Solat Dhuha di pagi hari
5. Solat sunnah rawatib di tiap waktunya
6. Ikhtiar yang diniatkan ibadah
7. Tidak menyakiti orang lain
8. Sebelum tidur memaafkan insan yang menyakiti kita
9. Solat taubat
10. Qiyamul Lail
11. Memperbanyak istighfar
Forwarded from Himpunan Doa dan Zikir (Bonda Siti Muzaimah)
AMALAN RASULULLAH SOLLALLAHU ALAIHI WA SALLAM SEBAGAI PERISAI

Diceritakan oleh Syeikh Wahid Abdussalam Bali di dalam Kitab Sorim al-Battar fi Tasoddi Li al-Saharat al-Asyrar:

"Seorang suami telah datang membawa isterinya kepadaku, dan menceritakan bahawa isterinya sangat membenci dirinya, dan berasa selesa ketika suaminya tidak berada bersama-sama di rumah.

Maka tatkala aku tanyakan kepada isteri tentang beberapa gejala sihir, ternyata wanita tersebut terkena sihir pemisah (sihir Tafriq).

Tatkala dia mendengar ayat-ayat ruqyah, maka jin yang ditugaskan untuk menjayakan sihir tersebut berbicara melalui lisan wanita tersebut, dan terjadilah dialog sebagaimana berikut. Aku akan sebutkannya secara ringkas.

Aku kata: Siapa namamu?

Jin: Aku tidak akan memberitahu kepadamu siapa namaku.

Aku kata: Apa agamamu?

Jin: Islam.

Aku kata: Apakah seorang muslim diharuskan untuk menyakiti seorang wanita muslimah?

Jin: Aku mencintainya, dan aku tidak bermaksud menyakitinya, tetapi aku ingin agar suaminya menjauhinya.

Aku kata: Kamu ingin memisahkan antara keduanya?

Jin: Ya, benar.

Aku kata: Tidak harus kamu melakukan begini. Keluarlah dari jasad wanita ini, demi ketaatan kepada Allah.

Jin: Tidak, tidak...aku mencintainya.

Aku kata: Tetapi wanita ini membencimu.

Jin: Tidak, dia mencintaiku.

Aku kata: Kamu bohong. Wanita ini membencimu, dia datang ke sini untuk mengusirmu dari jasadnya.

Jin: Aku tidak akan keluar.

Aku kata: Baiklah kalau begitu, aku akan membakarmu dengan ayat-ayat al-Quran. dengan pertolongan dan kekuatan Allah.
Kemudian aku bacakan kepadanya ayat-ayat al-Quran. Maka dia pun menjerit kesakitan.

Aku kata: Adakah engkau akan keluar?

Jin: Ya, aku akan keluar, tetapi dengan satu syarat.

Aku kata: Apa syaratnya?

Jin: Aku akan keluar dari jasad wanita ini, dan akan masuk ke dalam jasadmu.

Aku kata: Tidak mengapa. Keluarlah darinya, dan masuklah engkau ke dalam jasadku jika engkau mampu.

Kemudian aku menunggu sejenak, lalu Jin tersebut menangis.

Aku kata: Apa yang menyebabkan engkau menangis?

Jin: Hari ini, tiada satu jin pun yang mampu masuk ke dalam jasadmu.

Aku kata: Kenapa?

Jin: Kerana pada hari ini, engkau telah membaca 100 kali di waktu pagi :

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير

“Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, Zat Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya pula segala pujian, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu…”

Aku kata: Benarlah Rasulullah sollallahu alaihi wa sallam yang telah bersabda:

مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ. فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ، وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ، يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ، وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ بِأَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ إِلَّا رَجُلٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْهُ

“Sesiapa yang membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ ، وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ ، وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدْيرٌ

sebanyak 100 kali pada suatu hari, pahalanya menyamai membebaskan 10 orang hamba, dituliskan baginya 100 kebaikan dan dipadam 100 kejahatan, serta menjadi perisai baginya daripada syaitan pada hari tersebut sehingga petang. Tiada seorang pun yang melakukan amalan lebih afdhal daripada amalannya melainkan orang yang melakukan amalan lebih banyak daripada itu."(Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Aku kata: Apabila aku mengeluarkannya daripada wanita itu, kami berjanji dan dia pun keluar.

Segala kurniaan hanya bagi Allah semata-mata."
Pesan pada diri..
Jangan berasa iri dengan ape yg orang lain miliki..
Allah sudah aturkan yang namanya rezeki..
Kurang disana Allah lebihkan untuk mu disini...
Adilnya Allah pada hambaNya yang hina ini😌
Yang terbaik bukanlah datang dengan segala kelebihan tapi yang terbaik adalah yang tidak pergi kerana segala kekurangan yang kita ada.

@TheClover🍀
Forwarded from Ebit Lew Channel
SIFAT-SIFAT WANITA YANG BAIK AGAMANYA

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah mengatakan:

Wanita yang baik agamanya senantiasa:
✓ menegakkan perintah Allah Ta'ala
✓ menjaga hak-hak suaminya dan ranjangnya
✓ menjaga anak-anak dan harta suaminya
✓ membantunya dalam ketaatan kepada Allah
✓ jika suaminya lupa, ia akan mengingatkannya
✓ jika suaminya malas, ia akan menyemangatinya
✓ jika suaminya marah, ia akan berusaha membuatnya redha

📚 Az-Zawaj hal 20

#elewschannel
I want to be positive
I want to be productive
I want to be active
😁👍
Forwarded from Ebit Lew Channel
TIAP TIAP PENYAKIT ADA UBATNYA KECUALI MATI.

*Demam Panas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa {Bismillahil Kabir ...}
4. Doa Penyejuk

*Selesema*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Penyejuk

*Penyakit Kulit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Sakit Kepala*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Sakit Kepala {al-Waqi'ah : 19}
4. Doa {Bismillahil Kabir ...}

*Sakit Sendi*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}

*Sakit Mata*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penyakit Mata
a. Doa Kesembuhan Penyakit
b. Surah Qaf : 22
c. Surah al-Qalam : 5

*Buta Seluang*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Buta seluang

*Sakit Mata Sebab Sihir*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Ayat Menentang & Melawan Sihir
a. Surah Yunus : 81-82
b. Surah al-'Araaf : 118-122
c. Surah Taa Haa : 69
d. Surah al-Nissaa' : 84
e. Surah Yusuf : 64
4. Doa Menghindar Syaitan
5. Doa Penyakit Mata

*Tahi Mata Berlebihan*
1. Surah al-Fatihah
2. Doa Tahi Mata Berlebihan

*Mata Dimasuki benda*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penyakit Mata

*Sakit Perut*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7 Kali}
4. Doa Sakit Perut

*Batuk*
1. Surah al-fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}

*Bisa*
1. Surah al-Fatihah
2. Bismillah Tujuh
3. Bismillah Lima

*Sesak Nafas*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq & Surah al-Nas}
4. Surah al-Insyirah
5. Doa Melegakan Sesak Nafas
a. Surah al-An'am : 125
b. Surah al-Zumar : 22

*Dada Berdebar-Debar*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Kursi
3. al-Mu'awwizat
4. Doa Melegakan Debaran Dada
a. Surah al-Ra'd : 28
b. Surah al-An'am : 13
c. Surah al-Syura : 33
d. Surah al-Furqan : 45

*Sakit Gigi Biasa*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Doa Penghilang Sakit {Baca 7X}
4. Doa Sakit Gigi

*Sakit Gigi Bernanah, Gusi Bengkak & Barah Gigi*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah Kebuntuan {al-Hasyr : 21-24}
3. Doa Pengecil
4. al-Mu'awwizat

*Kencing Malam*
1. Surah al-Fatihah
2. Ayat Pemecah {Surah al-Mukminun : 115-118}
3. Ayat Penahan {Surah Hud : 44}

*Cirit-Birit*
1. Surah al-Fatihah
2. Selawat Syifa'
3. Selawat Tafrijiyyah
4. Doa Penghalang sakit {Baca 7X}
5. Doa Sakit Perut

*(INSYAALLAH DENGAN IZINNYA ALLAH SWT SETIAP PENYAKIT ADE UBATNYA,SEMOGA PERKONGSIAN INI UNTUK KITA BERSAMA)*

#elewschannel
Forwarded from Ebit Lew Channel
Berhati-hatilah dengan syaitan.

Syaitan tidak mencuri harta, wang ringgit, pangkat mahupun barangan berharga di rumah kamu tetapi syaitan mencuri keyakinanmu kepada Allah swt!

(Dipetik daripada facebook Ustaz Wadi Annuar Ayub)

#elewschannel
بَلِّغُوا عَنِّي وَلَوْ آيَةً

Maksudnya: Sampaikanlah kalian daripadaku walaupun sepotong ayat.


Jangan tunggu jadi baik baru nak berdakwah.. Tapi berdakwahlah untuk manjadi yang terbaik☺️

@TheClover🍀
Forwarded from Ebit Lew Channel
8 kata-kata Syekh Ali Jaber
yang harus selalu kita ingat

1. Jangan tinggalkan Ayat Kursi selepas solat 5 waktu. Jarak syurga dan kita hanyalah kematian.

2. Banyakkan selawat kepada baginda Rasulullah pada hari jumaat melebihi zikir lain.

3. Baca 10 kali surah al ikhlas setiap hari. Allah akan membangunkan istana megah untuk kita di syurga.

4. Sedekah subuh setiap hari. Allah akan memudahkan urusan dan menambah rezeki.

5. Membacalah dan mencintai al quran.

6. Membaca surah Al Mulk setiap malam sebelum tidur. Surah itu menjadi penghalang dari siksa kubur.

7. Jangan sekali-kali tinggalkan solat meski dosa kita banyak.

8. Kalau tidak mampu mengerjakan yang lain, minimum jangan tinggalkan sunat qobliyah subuh. Pahalanya lebih besar dari dunia dan seisinya.

Semoga kita dapat mengambil sedikit ilmu dan mengamalkannya

Aamiin 🤲🤲

#elewschannel
Antara tanda kita selalu berharap kepada manusia adalah kita sering berasa kecewa🥺
@TheClover🍀
Forwarded from Himpunan Doa dan Zikir (Bonda Siti Muzaimah)
SUSUNAN SOLAT-SOLAT SUNAT

Tidur sebentar dan kemudian bangun malam seawal 2 pagi - 5 pagi (sebelum masuknya waktu subuh). Pilihlah mana-mana yang dihajati.

1 - Solat sunat wudhu'.
2 - Solat sunat tahajud.
3 - Solat sunat taubat.
4 - Solat sunat tasbih.
5 - Solat sunat hajat.
6 - Solat sunat istikharah.
7 - Solat sunat witir.

Sebelum Waktu Subuh
1 - Solat sunat fajar.

Selepas Azan Subuh
1 - Solat sunat subuh.
2 - Solat fardhu subuh (bacaan terbaik ialah Surah Waqiah).

7.15 pagi - 8.15 pagi
1 - Solat sunat isyrak.

8.15 pagi - 11.00 pagi
1 - Solat sunat dhuha.

Apabila Gelincir Matahari
1 - Solat sunat zohor.
2 - Solat fardhu zohor.
3 - Solat sunat selepas zohor.

Selepas Azan Asar
1 - Solat sunat asar.
2 - Solat fardhu asar.

Selepas Azan Maghrib
1 - Solat sunat Maghrib.
2 - Solat fardhu maghrib.
3 - Solat sunat selepas maghrib.
4 - Solat sunat awwabin.
5 - Solat sunat taubat.

Selepas Azan Isya'
1 - Solat sunat isya'.
2 - Solat fardhu isya'.
3 - Solat sunat selepas isya'.
4 - Sola sunat witir.

Hari Jumaat
1 - Solat sunat Tahiyatul Masjid (apabila tiba di masjid).
2 - Solat sunat wudhu'.
3 - Solat sunat taubat.

Bersama kita istiqomah mengamalkannya

Aamiin 🤲
Forwarded from Himpunan Doa dan Zikir (Bonda Siti Muzaimah)
*DOA TERBAIK* - Hari Arafah

❇️ Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan di negeri dunia dan negeri akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.

❇️ Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan di dunia ini dan di akhirat, sama ada yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui.

❇️ Ya Allah", aku memohon kepada-Mu akan syurga dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku kepadanya, *baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.*

❇️ Dan aku berlindung dengan-Mu daripada api neraka dan segala amalan yang dapat menghampirkan aku ke dalam api neraka, *baik perkataan, perbuatan, niat dan iktikad.*

❇️ Ya Allah!, aku memohon kepada-Mu akan segala kebaikan yang telah dipohon oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.

❇️ Aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan yang telah berlindung daripadanya oleh hamba-Mu dan Rasul-Mu Muhammad ﷺ.

❇️ Ya Allah! Apa jua keputusan yang Engkau berikan kepadaku daripada segala urusanku maka jadikanlah akibatnya membawa aku mendapat petunjuk.

❇️" YAA RAAB SERTAI KAMI DARI SEGALA DOA- DOA YANG BAIK DARIPADA HAMBA - HAMBA MU YG SOLEH DI PADANG ARAFAH."

*رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.*