#TerkiniPalestin ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
27.5K subscribers
11.1K photos
6.13K videos
19 files
2.27K links
Melaporkan berita yang sahih dan terkini di Palestin.

Untuk sumbangan kemanusiaan ke Palestin, salurkan ke ยป

http://mycare.qrd.by/palestin
Download Telegram
Lebih daripada 9,500 ahli akademik, guru dan kakitangan perubatan professional negara haram Zionis termasuklah dengan ibu bapa menandatangani petisyen yang menggesa agar kerajaan di Tel Aviv mendapatkan perjanjian pembebasan tawanan di Gaza walaupun ini bermakna kena menamatkan perang.

โ€œKami, ahli akademik di institusi pengajian tinggi, menyertai seruan para tentera Udara dan menuntut agar tawanan segera dikembalikan, walaupun ia memerlukan peperangan dihentikan serta-merta,โ€ demikian kenyataan dalam petisyen tersebut.

Para akademik berpendapat bahawa โ€œpeperangan ini sebahagian besarnya hanya untuk kepentingan politik dan peribadi. Penerusan perang akan menyebabkan kematian tawanan, tentera, serta orang awam yang tidak bersalah, dan akan melemahkan pasukan simpanan.โ€

Mereka turut menambah bahawa โ€œseperti yang terbukti sebelum ini, hanya satu perjanjian rundingan yang mampu menjamin kepulangan mangsa culik ke Israel dengan selamat.โ€

#TerkiniPalestin
Ahli biro politik Hamas, Suheil Al-Hindi memaklumkan kepada Palestine Today:

โ–ช๏ธ Senjata pihak pejuang bukan sebuah alatan untuk dirunding atau dibincangkan. Kami tetap berkomited kepada hak rakyat kami yang akan terus berjuang.

โ–ช๏ธ Gerakan untuk meneliti cadangan terbaharu telah dilaksanakan oleh delegasi kepimpinan Hamas dan kami akan bertindak balas sejurus kami selesai melakukan perbincangan dalaman.

โ–ช๏ธ Pihak pejuang tidak akan menyerah pada penyerahan diri sepenuhnya perang dan tetap mahukan pengunduran sepenuhnya penjajahan. Sebarang idea atau cadangan baharu yang tidak menjamin syarat ini pasti akan gagal.

โ–ช๏ธ Penjajah memikul tanggungjawab penuh menggagalkan proses rundingan selepas Netanyahu menarik balik perjanjian tersebut.

โ–ช๏ธ Kembali kepada perjanjian yang ditandatangani Januari lalu dan melengkapkan pelaksanaan semua fasal dan fasanya adalah jalan sebenar bagi mendapatkan tawanan penjajah di Gaza.

#TerkiniPalestin
Beberapa kakitangan perubatan dilaporkan cedera di Hospital Al-Kuwait setelah rejim Zionis menyasarkan serangan ke atas pagar belakang hospital tersebut yang terletak di kawasan Al-Mawasi, Khan Younis.

#TerkiniPalestin
AS membekukan $2.2 Billion Pembiayaan kepada Universiti Harvard

Keputusan tersebut diambil setelah universiti tersebut menolak tuntutan pentadbiran Trump agar pihak universiti mengubah pentadbiran, kemasukan pelajar dan juga dasar mereka sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengekang gerakan anti-Semetik (dalam erti kata lain menyekat sebarang sokongan pelajar kepada Palestin).

Namun Presiden Harvard enggan untuk menuruti syarat tersebut sambil mengatakan bahawa universiti mempunyai hak kebebasan bersuara.

#TerkiniPalestin
Ingatkan dah Insaf bila jadi tawanan di Gaza ๐Ÿ˜ก

Masih lagi dengan perangai yang sama apabila Eli Cohen, bekas tawanan yang dibebaskan oleh Mujahideen hari ini bersama dengan puak-puak pendatang haram yang lain menceroboh masuk Masjid Al-Aqsa

#TerkiniPalestin
Statistik terkini genosid rejim Zionis di Gaza.

Sumber: Al Jazeera

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Sama-sama kita mendoakan kebaikan dan keselamatan untuk saudara kita di sana ๐Ÿคฒ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

***

Teruskan mengikuti perkembangan terkini di #TerkiniPalestin

SHARE berita-berita kami agar lebih ramai cakna dan maklum.

SUBSCRIBE #TerkiniPalestin di ๐Ÿ‘‰ https://t.me/terkinipalestin

Ikuti ANALISIS terkini Taufan al-Aqsa di ๐Ÿ‘‰ https://www.7oktober.net/

TONTON Podcast kami di ๐Ÿ‘‰ https://www.youtube.com/@AkademiAqsaSyarif2

Untuk MENYUMBANG ke Palestin, KLIK ๐Ÿ‘‰ https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
RANGKUMAN TERKINI
16 April 2025, 10:00 pagi

๐Ÿ“Œ Serangan udara rejim Zionis di seluruh Gaza telah mengorbankan sekurang-kurangnya 23 rakyat Palestin sejak awal pagi Selasa ketika sekatan penuh selama lebih tujuh minggu telah mula menyebabkan kebuluran di wilayah itu.

๐Ÿ“Œ Perdana Menteri Zionis, Benjamin Netanyahu dalam lawatannya ke utara Gaza dilaporkan berjanji bahawa Hamas akan menerima "pukulan yang dahsyat" dalam serangan kali ini.

๐Ÿ“Œ Sayap bersenjata Hamas, Briged al-Qassam berkata pihaknya telah terputus hubungan dengan pasukan yang mengawal tawanan dwinegara AS-Israel, Edan Alexander selepas serangan udara rejim Zionis ke atas lokasi mereka.

๐Ÿ“Œ PBB berkata sekurang-kurangnya 71 orang awam, termasuk 14 wanita dan 9 kanak-kanak, telah dibunuh oleh rejim Zionis di Lubnan sejak gencatan senjata yang dipersetujui dengan Hizbullah pada November 2024.

๐Ÿ“Œ Ratusan pendatang haram Zionis di bawah perlindungan tentera dan anggota Knesset sayap kanan Zionis melakukan ritual Talmud sempena perayaan Paskah di perkarangan Masjid Al-Aqsa untuk hari ketiga.

๐Ÿ“Œ Maldives mengumumkan ia mengharamkan semua warga Israel dari kepulauan pelancong mewah itu, keputusan yang disambut baik Hamas sebagai "langkah berani".

Sumber: Al Jazeera

#TerkiniPalestin
Angka korban/syahid setakat jam 7:30 Malam, 16/4/2025, Rabu.

Hari ke-30 sejak runtuhnya perjanjian gencatan senjata pada 18 Mac 2025 akibat daripada kerakusan Netanyahu untuk terus melakukan serangan ke atas Gaza.

Dalam tempoh 24 jam yang terakhir ini sahaja, seramai 25 penduduk awam disahkan syahid dan 89 lagi yang cedera telah dilaporkan tiba di hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Hasbunallah Wanikmal Wakil

Sama-sama kita mendoakan segala kebaikan untuk saudara kita di sana ๐Ÿคฒ๐Ÿ‡ต๐Ÿ‡ธ

***

Teruskan mengikuti perkembangan terkini di #TerkiniPalestin

SHARE berita-berita kami agar lebih ramai cakna dan maklum.

SUBSCRIBE #TerkiniPalestin di ๐Ÿ‘‰ https://t.me/terkinipalestin

Ikuti ANALISIS terkini Taufan al-Aqsa di ๐Ÿ‘‰ https://www.7oktober.net/

TONTON Podcast kami di ๐Ÿ‘‰ https://www.youtube.com/@AkademiAqsaSyarif2

Untuk MENYUMBANG ke Palestin, KLIK ๐Ÿ‘‰ https://mycare.qrd.by/kecemasanpaestinaqsa
Mencari Kebanggaan dalam Sujud, tidak takut melainkan kepada Allah.

Pemuda ini bersujud menghala ke arah kiblat dalam masjid al-Aqsa di laluan pencoroboh dalam kalangan pendatang haram Yahudi.

Selepas itu, datang lagi kumpulan pencoroboh kedua melalui jalan yang sama. Pemuda ini masih tidak bangun daripada sujud.

Selama beliau bersujud itu, beliau diawasi oleh seorang polis Yahudi. Beliau langsung tidak mengakat kepalanya.
Sampailah polis disebelahnya itu mengangkat tubuh beliau secara paksa.

Inilah penduduk P^lestin. Mereka mengajarkan kepada kita perjuangan mereka untuk mendapatkan kemerdekaan Bait al-Maqdis dan kesucian Masjid al-Aqsa sebagai sebuah kebanggaan dan kemuliaan bagi diri mereka.

Dalam perjuangan ini juga, mereka tidak takut langsung kepada musuh.
Ketakutan mereka hanya kepada Allah seperti yang ditunjukkan oleh pemuda dalam gambar ini.

Peristiwa ini mengingatkan admin sebuah hadis sahih yang melarang umat merendahkan diri sendiri sebaliknya perlu untuk menunjukkan keberanian walau apapun keadaan kerana ketakutan itu hanya kepada Allah.

ู„ุง ูŠูŽุญู‚ูุฑูŽู†ู‘ูŽ ุฃุญูŽุฏููƒู… ู†ูŽูู’ุณูŽู‡ ุฃู†ู’ ูŠูŽุฑูŽู‰ ุฃู…ู’ุฑู‹ุง ู„ู„ู‡ู ููŠู‡ ู…ูŽู‚ุงู„ูŒุŒ ูู„ุง ูŠูŽู‚ูˆู„ู ููŠู‡ุŒ ููŠูู‚ุงู„ู ู„ู‡: ู…ุง ู…ู†ูŽุนูŽูƒูŽุŸ ููŠู‚ูˆู„ู: ู…ูŽุฎุงูุฉู ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุŒ ููŠู‚ูˆู„ู: ูุฅูŠู‘ูŽุงูŠูŽ ูƒูู†ุชูŽ ุฃุญู‚ู‘ูŽ ุฃู†ู’ ุชูŽุฎุงููŽ!

"Janganlah salah seorang daripada kamu meremehkan dirinya sendiri, apabila dia melihat sesuatu perkara (kemungkaran) yang patut dikatakan sesuatu kerana Allah, lalu dia tidak berkata apa-apa.
Maka akan dikatakan kepadanya: 'Apa yang menghalangmu (untuk berkata)?'
Dia menjawab: 'Aku takutkan manusia.' Lalu dikatakan kepadanya:
'Maka kepada Akulah (Allah) yang lebih patut kamu takut."

Hadis sahih dinilai oleh Imam Syuaib al-Arnauth.

Kongsi-kongsikan, semoga lebih ramai mendapat manfaat daripada kisah ini dan hadis yang dikongsikan.

Ini bukan kisah lama, ia baru berlaku semalam di Jami' al-Qibli, salah satu tempat solat dalam Masjid al-Aqsa. Boleh lihat saluran al-Bousolah.

#AqsaSyarif #TerkiniPalestin
#Rangkuman : Antara yang terjadi sepanjang semalam iaitu pada 16/4/2025

โœ๏ธ Rejim Zionis telah menyerang sekitar Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 35 rakyat awam dalam waktu terdekat ini termasuklah denagn 15 orang yang kebanyakannya adalah wanita dan kanak-kanak dalam sebuah serangan di kem Al-Mawasi.

โœ๏ธ Wartawan Palestin, Fatima Hassouneh dan 10 lagi ahli keluarganya turut dibunuh dalam bedilan udara Laknatullah yang menyasarkan kediaman mereka di bandar Gaza.

โœ๏ธ AS meneruskan serangan ketenteraan mereka di Yaman dengan seorang lagi penduduk awam terbunuh dalam serangan udara di ibu negara Sanaa.

โœ๏ธ Manakala di Tebing Barar, tentera Zionis telah menembak dan membunuh dua orang awam Palestin dan menahan jenazah mereka daripada dituntut keluarga.

โœ๏ธ Menteri Pertahanan Pengganas, Israel Katz berkata Israel akan menuruskan sekatan kepada mana-mana bantuan kemanusiaan daripada memasuki Gaza.

โœ๏ธ Melalui kenyataan yang sama, Katz turut menyebut bahawa askar pengganas mereka akan kekal di โ€˜zon penampanโ€™ walaupun perang berakhir.

โœ๏ธ Katz juga berkata tentera pengganas akan kekal di Gaza, Lubnan dan Syria selama-lamanya, disaat tentera terus mengetatkan cengkamannya ke atas beberapa wilayah yang dicerobohi.

โœ๏ธ Pejabat Media Kerajaan Gaza telah, memberikan amaran bahawa wilayah yang terkepung itu semakin menuju kepada "fasa kehancuran kemanusiaan sepenuhnya" dikala Zionis terus menyekat bantuan.

โœ๏ธ Sekurang-kurangnya 1,233 pendatang haram Israel menceroboh masuk ke halaman Masjid Al-Aqsa pada hari keempat perayaan, dalam satu lagi tindakan provokatif yang berisiko mencetuskan ketegangan di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi, lapor Al Jazeera Arabic.

โœ๏ธ Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah meminta Hungary menjelaskan mengapa ia gagal menangkap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu semasa lawatannya baru-baru ini, walaupun terdapat waran aktif ICC untuk dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

#Rangkuman
(Terjemahan dan Susun Kata oleh #TerkiniPalestin)
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bridged Al-Qassam telah menerbitkan sebuah video yang bertajuk,

โ€œBersedialah, kelak anak-anak kau akan pulang dalam keranda hitamโ€

#TerkiniPalestin
Apa yang terjadi di bumi Gaza semalam dengan keganasan Zionis masih tidak terhenti:

โญ•๏ธ 7 orang dari keluarga Asila telah disahkan syahid selepas rejim Zionis mengebom sebuah khemah di Jabalia. Seramai 15 orang lagi cedera.

โญ•๏ธ Di Beit Lahia, seramai 6 orang syahid daripada keluarga Al-Atal juga khemah mereka dibom.

โญ•๏ธ Manakala di Al-Mawasi, Khan Younis, seramai 10 orang ahli keluarga Abu Al-Rus kebanyakannya kanak-kanak telah disahkan syahid setelah khemah mereka dimamah api akibat pengeboman Zionis.

#TerkiniPalestin
Bridged Al-Qassam | ๐Ÿซก๐Ÿ”ป

Dalam tempoh 24 jam yang terakhir, pejuang kami telah menyasarkan 3 kereta kebal Merkava 4 yang menceroboh ke kawasan Hospital Al-Wafa di kejiranan Al-Tuffah menggunakan peluru berpandu Al-Yassin 105.

#TerkiniPalestin
Peguam kepada Dr Hussam Abu Safiya berkata:

โ–ช๏ธDr Hussam Abu Safiya dilaporkan telah diseksakan dan didera dengan begitu teruk di penjara Zionis.

โ–ช๏ธTahanan Palestin yang lain terutamanya mereka yang dari Gaza menderita akibat keadaan yang begitu zalim dan teruk dalam penjara tersebut.

โ–ช๏ธDr Hussam Abu Safiya telah diserang beberapa kali, kepalanya telah dihentak ke tembok batu dalam penjaranya.

โ–ช๏ธTahanan Gaza telah diklasifikasikan sebagai "pejuang yang menyalahi undang-undang" di bawah undang-undang "Zionis", dan tiada pertuduhan rasmi telah difailkan terhadap mereka.

#TerkiniPalestin
Anak berkeperluan khas (OKU), Ahmed Abu Rous juga tidak terlepas menjadi mangsa kezaliman ZIonis.

Kanak-kanak ini tidak mampu untuk melarikan diri mahu pun menjerit meminta bantuan apabila tubuh kecilnya hancur dimamah api selepas bedilan si Laknatullah menyasarkan khemah-khemah di Al Mawasi, Khan Younis.

#TerkiniPalestin
Keganasan Netanyahu membakar anak-anak di Ghazzah dengan izin AS yang memijak undang-undang antarabangsa sambil diperhatikan oleh negara-negara Arab yang lain.

Seni oleh: Kamal Sharaf

#TerkiniPalestin