St David's Channel
3.06K subscribers
398 photos
34 videos
107 files
90 links
To update the parents with latest information of the school (Memberi maklumat terkini kepada para ibu bapa)
Download Telegram
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Untuk makluman, semua ibu bapa / penjaga boleh membuat pengemaskinian maklumat anak jagaan di Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) melalui log masuk di https://idme.moe.gov.my/

Pilih Aplikasi > Pengurusan Awam > Pengurusan Profil > Maklumat Anak Jagaan > Klik Untuk Terperinci

Ibu bapa / penjaga boleh mengemaskini maklumat yang boleh dikemaskini seperti tambah anak jagaan, pendapatan dan sebagainya.

TARIKH AKHIR untuk KEMASKINI adalah pada 23.02.2025.

Disertakan 2 video panduan sebagai rujukan ibu bapa / penjaga.

Sekian, terima kasih.

A) Video panduan bagi ibu bapa / penjaga yang KALI PERTAMA  hendak LOG IN ke dalam sistem ini.

https://youtu.be/u70m1SOSSmY?si=fL-hhsK0a00-pnKD



B) Video panduan CARA MENGEMASKINI MAKLUMAT MURID
https://youtu.be/avQD7KW88RY?si=nc9tA1GHbSCnbgrG
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera,

Peringatan mesra kepada ibu bapa / penjaga.

Pihak sekolah telah membuat ketetapan mulai bulan Disember 2024 “Program Intervensi Cakna Ponteng” TIDAK menerima surat daripada ibu bapa yang TIADA BUKTI  KONKRIT & SAHIH bagi menyatakan ketidakhadiran anak ke sekolah.

Hal ini BERPUNCA daripada KETIDAKHADIRAN MURID ke sekolah yang SEMAKIN MENINGKAT.

Untuk makluman ibu bapa / penjaga, PIHAK SEKOLAH hanya MENERIMA :-

1. SIJIL CUTI SAKIT(MC) drpd doktor bertauliah

2. SURAT MAKLUMAN IBU BAPA / PENJAGA dengan SYARAT :
* surat berkenaan ditulis mengikut format SURAT KIRIMAN RASMI
* TULIS TANGAN / BERTAIP SEPENUHNYA
* ada NOMBOR TELEFON ibu bapa / penjaga selepas tandatangan
- beserta BUKTI ketidakhadiran
Antara contoh² bukti ialah sijil kematian (melibatkan saudara mara) / tangkap layar (screenshot) tiket penerbangan (sekiranya bercuti / pergi melancong) @ surat kerja luar kawasan

Pihak sekolah sangat² mengharapkan kerjasama ibu bapa / penjaga untuk memastikan kehadiran anak² tuan puan ke sekolah SETIAP HARI

Kerjasama semua amat dihargai demi memastikan kecemerlangan anak² kita dalam semua bidang. Terima kasih.

Nota Tambahan :-

1. TIADA sijil MC / surat makluman ibu bapa / penjaga : dikira PONTENG ( jalani Intervensi Cakna Ponteng)

2. ADA sijil MC / surat makluman ibu bapa / penjaga BESERTA BUKTI : dikira TIDAK HADIR BERSEBAB ( jalani Intervensi Cakna Ponteng

3. Surat makluman ibu bapa / penjaga TANPA BUKTI : dikira TIDAK HADIR BERSEBAB ( jalani Intervensi Cakna Ponteng)


Sekiranya ada KEPERLUAN  yang MENDESAK, ibu bapa / penjaga boleh berhubung dengan guru kelas / pihak sekolah terlebih dahulu.
Jadual Waktu Pentaksiran 1 2025 Tingkatan 4 & 5. Pada 7 Mac 2025, Jadual ini telah diedarkan (salinan hardcopy) ke setiap kelas dan softcopy ke group e-learning kelas
Pemakluman
Cuti Perayaan Raya Aidilfitri
2025
Pemakluman Cuti Peristiwa
Sempena Good Friday :
18 April 2025 (Jumaat)
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Untuk makluman semua, pihak sekolah akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SMK Tinggi St David Kali Ke 51 Tahun 2025 dan Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik 2024 seperti ketetapan berikut :

Hari     : Sabtu
Tarikh : 26 April 2025
Masa  : 8.30 pagi (8.00 pagi – Pendaftaran)
Tempat : St. David Square SMK Tinggi St. David
Pemakluman Cuti Hari Pekerja
Pemakluman Cuti Hari Wesak :
12 Mei 2025, Isnin
Pemakluman Cuti Penggal 1
Pemakluman Kelas Tambahan T5 telah edar & terang kepada semua murid pada 23 Mei 2025, Jumaat
26 Mei 2025, Isnin - Hantar borang kebenaran kepada Guru Kelas
Pemakluman Cuti Umum
sempena Cuti Awal Muharam
pada 27 Jun 2025
Hari Temu Mesra T4 & T5
pada 4 Julai 2025
Pemakluman
Ujian Lisan Bahasa Cina
SPM Tahun 2025
Pemakluman UTQH 2025
Pemakluman Cuti pada 25 Ogos 2025
Pemakluman Cuti Hari Kebangsaan
pada 1 September 2025