[ HIJRAH WANITA: DARI RUTIN DUNIA, KE RUTIN SYURGA ]
Sempena Sisters Of Heart Emergence Festival (SHEFest) kali ini, Jawatankuasa SHEFest berbesar hati menjemput semua mahasiswi menyertai program penuh pengisian rohani iaitu Hijrah Wanita: Dari Rutin Dunia, ke Jalan Syurga.
Program ini mengetengahkan pengisian rohani yang menyentuh hati, mengajak mahasiswi berhenti sejenak dari kesibukan dunia untuk menyusun langkah menuju kehidupan yang lebih tenang, terarah dan berpaksikan reda Ilahi.
Ayuh sama-sama kita manfaatkan waktu cuti dengan mendengar perkongsian ilmu dan pengalaman daripada penceramah jemputan yang hebat!
🎙️Penceramah Jemputan:
• Puan Nazatushima binti Osman
(Penguasa Baitul Ehsan, Majlis Agama Islam Selangor)
🗓️Tarikh: 25 Mei 2025 (Ahad)
⏰Masa: 8.00 AM – 12.30 PM
🏢Tempat: Dewan Kuliah Utama, FPQS, USIM
💵Yuran penyertaan: RM2 sahaja
Menarik untuk anda:
🍱Makanan tengah hari disediakan
✅Tullabiyah dan E-Sijil disediakan
🎁Cabutan bertuah menanti buat semua peserta!
Daftar sekarang melalui imbasan kod QR pada poster.
📲Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:
https://www.instagram.com/shefest2025?igsh=MWw2ZWk2eHV3MTJscg==
Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir
JAWATANKUASA SHEFEST
ADIK BERADIK PUSAT ISLAM 2024/2025
#HijrahWanita
#SHEFEST
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMukhriz

[ IRSYAD HUKUM: HUKUM CABUTAN BERTUAH YANG BERYURAN TETAPI SEMUA PESERTA PASTI MENERIMA HADIAH BERNILAI MELEBIHI HARGA YURAN ]
Soalan
Penganjur mengadakan acara cabutan bertuah yang mengenakan bayaran yuran untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Walau bagaimanapun, semua peserta akan memperoleh hadiah dan hadiah yang diperoleh melebihi nilai yuran yang dibayar. Adakah ia diharuskan?
Jawapan
Pada asasnya, cabutan bertuah yang mempunyai yuran adalah termasuk dalam judi yang diharamkan. Imam al-Bujairimi berkata dalam mentakrifkan judi:
وَالْمَيْسِرَ هُوَ الْقِمَارُ وَهُوَ مَا يَكُونُ فِعْلُهُ مُتَرَدِّدًا بَيْنَ أَنْ يَغْنَمَ وَأَنْ يَغْرَمَ
Maksudnya: "Al-Maisir ialah sesuatu perbuatan yang bergantung kepada kemungkinan antara mendapat keuntungan atau menanggung kerugian."
Berdasarkan takrif di atas, jika peserta cabutan bertuah itu mempunyai kemungkinan untung iaitu dengan memperoleh hadiah yang melebihi bayarannya dan kemungkinan rugi jika dia tidak mendapat apa-apa atau mendapat hadiah yang nilainya kurang daripada bayaran yang dikeluarkan, maka ia merupakan judi yang jelas. Oleh itu, perbuatan tersebut adalah haram.
Namun, berbeza situasinya apabila peserta cabutan bertuah secara pasti akan menerima hadiah yang nilainya melebihi yuran yang dibayar. Kebiasaannya, penganjur akan menggunakan duit yuran peserta ditambah dengan duit tajaan atau sumbangan daripada penganjur sendiri untuk membeli hadiah-hadiah tersebut. Perbuatan ini tidaklah termasuk dalam perjudian yang ditakrifkan di atas kerana ia tidak mempunyai kemungkinan untung atau rugi bagi peserta.
Walau bagaimanapun, hakikat perbuatan ini boleh disifatkan sebagai jual beli walaupun ia disebut sebagai cabutan bertuah dan ia juga tidak sah kerana terdapat unsur ketidaktahuan dan kesamaran (gharar) pada barang yang dibeli. Dalam situasi di atas, yuran yang dibayar oleh peserta seolah-olah harga untuk membeli hadiah yang hanya akan diketahui melalui cabutan bertuah.
Imam al-Nawawi ketika menjelaskan tentang contoh-contoh jual beli gharar yang diharamkan menyebutkan bahawa jual beli dengan membaling batu adalah salah satu daripadanya, beliau berkata:
ولا يجوز بيع الحصى وهو أن يقول بعتك ما وقع عليه الحصى من ثوب أو أرض
Maksudnya: "Tidak diharuskan menjual barang dengan cara melempar batu iaitu dengan mengatakan: Saya menjual kepada kamu apa yang terkena batu ini daripada kain atau tanah."
Kesimpulan
Jika peserta cabutan bertuah itu mempunyai kemungkinan untung iaitu dengan memperoleh hadiah yang melebihi bayarannya dan kemungkinan rugi jika dia tidak mendapat apa-apa atau mendapat hadiah yang nilainya kurang daripada bayaran yang dikeluarkan, maka ia merupakan judi yang jelas. Oleh itu, perbuatan tersebut adalah haram.
Manakala jika semua peserta akan mendapat hadiah yang bernilai melebihi yuran, maka hukumnya juga haram. Hal ini kerana walaupun dinamakan sebagai cabutan bertuah untuk mendapat hadiah, ia pada hakikatnya merupakan jual beli yang mengandungi unsur kesamaran (gharar) dan ketidaktahuan pada barang yang dibeli iaitu hadiah yang akan diterima.
Rujukan
https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/6221-irsyad-hukum-siri-ke-896-hukum-cabutan-bertuah-yang-beryuran-tetapi-semua-peserta-pasti-menerima-hadiah-bernilai-melebihi-harga-yuran#_ftnref1
Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2024/2025
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#irsyadhukum
#rndspmm
#spmm2425

Linktree
@spmm.official | Instagram, Facebook, TikTok | Linktree
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
Universiti Sains Islam Malaysia
[ HEBAHAN FENOMENA ISTIWA’ ADZAM🕋☀️ ]
Assalamualaikum wbt.
Semua pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dijemput untuk menyaksikan Fenomena Istiwa’ Adzam yang akan berlangsung seperti berikut:
Tarikh: 28 Mei 2025
Masa: 4.00 – 6.00 petang
Tempat: Kompleks Islam Tuanku Mukhriz (KITM), USIM
Nak semak kiblat sendiri dengan cara semula jadi? Ini masanya!
Semua warga USIM dijemput hadir!
Link pendaftaran : https://forms.gle/sUtoU4UdB8kQwj5i9
——————————————————
“Sains Rahmatan Lil’alamin”
SEKRETARIAT SAHABAT PERINTIS YOUTH 24/25

[ TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN ]
Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) mengucapkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Sahibus Samahah Ustaz Ahmad Fauwaz bin Dato' Fadzil atas pelantikan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan.
Firman Allah SWT:
إِنَّا عَرَضْنَا الْأَمَانَةَ عَلَى السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَالْجِبَالِ فَأَبَيْنَ أَن يَحْمِلْنَهَا وَأَشْفَقْنَ مِنْهَا وَحَمَلَهَا الْإِنسَانُ ۖ إِنَّهُ كَانَ ظَلُومًا جَهُولًا
Maksudnya: "Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi, dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang tidak mampu melaksanakannya (berat), lalu dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu sangat zalim dan sangat bodoh."
(Surah Al-Ahzab 33: 72)
Semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan taufik, hidayah dan inayah-Nya kepada Sahibus Samahah dalam menjalankan amanah ini dengan penuh kebijaksanaan dan keadilan. Mudah-mudahan lidah yang menuturkan fatwa adalah lidah yang diberkati, hati yang memutuskan hukum adalah hati yang tunduk kepada al-Haqq, dan setiap langkahnya menjadi suluh buat ummah mencari cahaya kebenaran.
Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2024/2025
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#mediaspmm

🕌 MABIT KELUARGA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 🕌
Assalamualaikum WBT.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) akan menganjurkan program Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) Keluarga SPMM seperti ketetapan berikut:
🗓️Tarikh: 30 dan 31 Mei 2025 (Jumaat dan Sabtu)
⏰Masa: 8.30 Malam (Jumaat) - 9.00 Pagi (Sabtu)
🏫Tempat: Ruang Atas, Kompleks Islam Tuanku Muhriz (KITM)
🔗Pendaftaran boleh dibuat melalui google form di bawah:
https://forms.gle/WykEyNKhBsB9gder8
(sebelum 30 Mei 2025, jam 5 petang)
Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan sahabat SPMM bagi memeriahkan lagi program kita kali ini.
📞Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi:
👳🏼Saudara Azrie:
https://wa.me/60108185103
🧕🏼Saudari Maisarah:
https://wa.me/60135346945

Google Docs
🕌 MABIT KELUARGA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 🕌
Assalamualaikum WBT.
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) akan menganjurkan program Malam Bina Iman dan Takwa (MABIT) Keluarga SPMM seperti ketetapan berikut:
🗓️Tarikh: 30 - 31 Mei 2025 (Jumaat dan Sabtu)
⏰Masa: 8.30 Malam…

TARIKH PENTING BULAN ZULHIJJAH 🕋
Zulhijjah merupakan bulan yang sangat istimewa dan mempunyai banyak kelebihan, terutamanya pada 10 hari awal bulannya.
Selain bulan Ramadan, bulan Zulhijjah juga merupakan bulan yang mempunyai banyak rahmat dan pahala ✨
Mari sama-sama kita memperbanyakkan amal kita di bulan Zulhijjah pada tahun ini.
"Bersama Memartabatkan Syiar Kemuliaan Islam"
📲 Dapatkan maklumat terkini melalui media sosial kami:
👉 [https://linktr.ee/spiusim]
#mediaabpi
#abpi2025
#pusatislamusim
#KompleksIslamTuankuMukhriz
Ta'abud | Tazkiyah | Ta'amir
SEKRETARIAT PUSAT ISLAM 24/25
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 24/25
RAKAN SISWA YADIM 24/25

Dimaklumkan bahawa satu Ceramah Perdana sempena Program Tadhiyah 1446H akan diadakan seperti berikut:
Tarikh : Isnin, 2 Jun 2025
Masa : 8.30 malam (MY) | 3.30 petang (TR)
LIVE : Facebook Jawahir Iğdır Official
Penceramah: Al-Fadhil Sheikh Mohd Nazrul bin Hj. Abd Nasir
Tajuk: “10 Hari Teragung: Kunci Taqwa, Korban dan Kemenangan Rohani”
Ayuh bersama menyelami makna taqwa dan pengorbanan dalam 10 hari teragung Zulhijjah.
“Menjulang Ilmu Sebagai Cahaya Perjuangan, Menyatukan Hati Sebagai Asas Kekuatan”
#Tadhiyah1446H
#IlmuDanTaqwa
#ZulhijjahMulia
#MahasiswaMalaysiaIğdır
DIRGAHAYU TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-tinggi Tahniah KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM
sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 2 Jun 2025 bersamaan 5 Zulhijjah 1446H.
#DirgahayuTuanku #USIM

"Sesungguhnya amalan seseorang hamba yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat ialah solat. Jika solatnya baik, maka baiklah seluruh amalannya, dan jika solatnya rosak, maka rosaklah seluruh amalannya.”
— (Riwayat al-Tirmizi, no. 413)
❓Bagaimanakah bentuk kesempurnaan sesebuah solat yang akan diterima oleh Allah SWT?
❓Bagaimanakah solat yang perlu dilaksanakan bagi orang yang mempunyai kekangan dalam melaksanakan solat kerana kesihatannya?
Buat julung kalinya, Akademi Nafahaat ingin menjemput semua Muslimin dan Muslimat untuk menghadiri Seminar Pemantapan dan Penghayatan Fiqh Solat Siri 2.0 yang akan berlangsung pada 14 Jun ini‼️
🌙 Butiran Seminar :
📅 Tarikh: 14 Jun 2025 (Sabtu)
📍 Lokasi: Dewan Orkid, Masjid Sultan Azlan Shah, Shah Alam
🎟 Harga Tiket Istimewa Pelajar IPT terpilih
- Universiti Teknologi Mara
- Universiti Putra Malaysia
- Universiti Sains Islam Malaysia
(boleh tampilkan kad pelajar waktu pendaftaran)
❗️Hanya Serendah RM39 Seorang❗️
Seat adalah terhad! Jangan lepaskan peluang untuk meraih majlis ilmu yang kian lama menanti.
Untuk pendaftaran :
https://seminarpemantapanfiqhsolat.wasap.my/

WhatsApp.com
Akademi Nafahaat
Business Account
[ KETIKA KAABAH DIPERLEKEH, DI MANAKAH PEMBELA SYIAR ISLAM? ]
Umat Islam di seluruh dunia dikejutkan dengan penularan satu video yang memaparkan sekumpulan individu menari di hadapan Kaabah. Walaupun video tersebut merupakan hasil suntingan digital dan bukan kejadian sebenar di Masjidil Haram, ia tetap mencetuskan kemarahan umat Islam kerana dianggap menghina kesucian Kaabah dan mencabar syiar agama secara terang-terangan.
Lebih membimbangkan, unsur tarian tersebut dikaitkan dengan simbol dan ideologi yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam, termasuk agenda LGBTQ. Walaupun dilakukan secara maya, tindakan menyunting dan menyebarkan video seperti itu tetap merupakan provokasi visual terhadap kesucian Tanah Haram dan lambang perpaduan umat Islam.
Kaabah bukan sekadar binaan fizikal, ia adalah kiblat solat umat Islam, tempat berhimpunnya jutaan jemaah saban tahun untuk menunaikan haji dan umrah, serta lambang ketundukan mutlak kepada Allah SWT. Sebarang usaha mempermainkan atau memperlekehkan kesuciannya walau secara maya tetap dianggap melampaui batas dan mencemarkan kehormatan agama.
Firman Allah SWT:
ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَـٰٓئِرَ ٱللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى ٱلْقُلُوبِ
Maksudnya: "Demikianlah perintah Allah. Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul daripada ketakwaan hati."
(Surah Al-Hajj 22: 32)
Ayat ini menjelaskan bahawa menghormati perkara-perkara suci dalam Islam adalah cerminan ketakwaan. Maka, mencemarkan kesucian Kaabah sama ada secara fizikal atau visual adalah perbuatan biadab dan bercanggah dengan nilai iman dan adab Islam. Apabila syiar Islam diperlekehkan di tempat paling suci, seharusnya umat Islam bangkit bersatu bukan dengan emosi kosong, tetapi dengan tindakan yang berprinsip, berhemah dan tersusun. Adakah cukup sekadar mengecam tanpa sebarang usaha mendidik, mencegah dan melindungi maruah agama?
Lebih membimbangkan, ideologi songsang kini semakin berani menonjol sama ada secara halus mahupun terbuka, terutamanya di media sosial. Fahaman liberal dan sekular giat menyebarkan idea-idea yang menyimpang daripada syariat. Justeru, tanggungjawab mempertahankan agama tidak boleh dipikul oleh pemerintah dan ulama sahaja, tetapi wajib disahut oleh setiap Muslim yang mencintai agamanya.
Sehubungan dengan itu, Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) menyeru semua umat Islam agar bangkit menyuarakan kebenaran serta mempertahankan kesucian agama daripada dicemari oleh ideologi dan tangan-tangan yang menghina agama ini. Tanggungjawab mencegah kemungkaran adalah amanah bersama yang perlu dipikul dengan kesedaran, ilmu, dan semangat dakwah yang berterusan.
Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
MUHAMAD BAHARI BIN ABU BAKAR
EXCO LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

[ IRSYAD FATWA: HUKUM MANDI DI KOLAM MANDI TERBUKA ]
Soalan
Apakah hukum mandi di kolam bersama keluarga di tempat terbuka?
Jawapan
Islam telah mewajibkan setiap Muslim supaya menutup auratnya. Islam sentiasa menyuruh umatnya menutup aurat walaupun bersendirian dan jauh daripada pandangan masyarakat supaya sifat kesopanan diri itu menjadi akar umbi peribadi dan moralnya.
Islam juga telah menetapkan adab-adab antaranya berkaitan mandi, hendaklah setiap Muslim itu bersembunyi daripada penglihatan orang lain agar tidak nampak atau kelihatan auratnya.
Islam turut menetapkan larangan daripada memasuki tempat permandian umum yang akan terlihat auratnya kecuali dengan memakai kain. Begitu juga seseorang dilarang membiarkan isteri atau anak perempuannya untuk memasuki tempat permandian umum kecuali selamat daripada penglihatan dan pandangan orang lain. Diriwayatkan daripada Jabir r.a, Nabi SAW bersabda:
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يَدْخُلِ الْحَمَّامَ إِلاَّ بِمِئْزَرٍ مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُدْخِلْ حَلِيلَتَهُ الْحَمَّامَ
Maksudnya: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah seorang lelaki memasuki bilik mandi umum kecuali dengan memakai kain. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka janganlah dia mengizinkan isterinya masuk ke tempat permandian umum."
(HR Ahmad)
Kesimpulan
Kami berpandangan bahawa lebih utama mencari tempat-tempat yang sesuai untuk mengelakkan pendedahan aurat berlaku.
Sebagai contoh usaha yang dilakukan oleh pihak Hotel Tabung Haji yang memisahkan kolam mandi lelaki dan wanita dari satu segi amat baik kerana dapat mengelakkan percampuran antara lelaki dan perempuan lebih-lebih lagi dengan pakaian yang sukar dikawal. Apatah lagi membabitkan dengan orang bukan Islam atau mereka yang merasa hak kebebasan.
Begitu juga kawasan kolam mandi wanita ditutup dengan dinding yang tinggi dan seolah-olah kolam mandi dalam sebuah bangunan.
Rujukan
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-hukum/umum/2708-irsyad-al-fatwa-260-hukum-mandi-di-kolam-mandi-terbuka
Terus ikuti perkembangan kami di:
https://linktr.ee/spmmofficial
"Pioneering Dakwah, Empowering Ummah"
LAJNAH PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA 2024/2025
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
#irsyadfatwa