Dr Mardiana MAPhDMommy
1K subscribers
467 photos
28 videos
173 links
Where Supermom Malaysia get together, to complete each other! Pengurusan Masa Ibu Sibuk-Kisah Kejayaan-Inspirasi Ibu Master Ph.D-Penulisan- Business- Pengurusan Rumahtangga
Download Telegram
“SOLAT COMBO”- Trend Baru Wanita Muslim?
.
Ada 1 video ni keluar kat saya. Tentang POV a day #corporatelife. Agak terkejut sebenarnya bila dia tulis 4.20 Zuhur & Asar. Gap 1.00-2.00 lunch & coffee.
.
Posting ni bukan untuk video tersebut. Tapi ingatan untuk kita semua, mungkin ada yang buat perkara yang sama. Samada tidak perasan atau tidak tahu.
.
Saya perasan satu trend yang makin biasa. Bukan dalam bab solat jamak.
.
Tapi apa yang dinamakan sebagai “solat combo.” Contohnya Asar masuk 4.40 petang. Dalam Pukul 4.20 petang baru ke surau, bersihkan muka, ambil wuduk dan solat Zuhur.
.
Lepas bagi salam, duduk sekejap. Scroll telefon, tunggu azan. Masuk Asar, terus sambung solat Asar.
.
Mungkin pada kita “Senang. Sekali wuduk. Sekali telekung. Sekali jalan.”
.
Nampak macam midah dan bijak urus masa, tetapi sebenarnya, bukan begitu.
.
Sebab bagi sesetengah orang, ini bukan lagi berlaku sekali-sekala.

Ini sudah jadi rutin & habit.

Ada yang sibuk kerja. Ada yang urus anak.

Ada yang meeting berturut-turut. Ada yang shopping.

Ada yang berniaga. Ada yang penat.
Ada satu sebab yang mungkin wanita sahaja faham,

Nak jaga makeup.

Pagi-pagi dah siap cantik.

Foundation.
Concealer.
Blusher.
Eyebrow.
Mascara.

Nak ambil wuduk tengah hari, rasa sayang.

“Nanti makeup rosak. Leceh. At solat jugak kan daripada tak solat langsung..”

Jadi tunggu, tangguh Zuhur.

Biar dekat-dekat Asar, sekali ambil wuduk, sekali touch-up.

Jika sengaja dilewatkan solat, ada satu soalan yang mungkin sedikit pedih untuk kita jawab:

Sejak bila makeup lebih susah untuk dikorbankan berbanding solat yang sengaja kita lewatkan?
.
Kita takut foundation hilang.

Kita takut eyebrow luntur.

Kita takut muka nampak pucat.

Tapi kita tidak takut apabila hati semakin biasa berkata kepada Allah:

“Tunggu sekejap. Aku belum bersedia.”
.
Allah.. Na’uzubillahminzalik. Saya bukan tulis ini sebab saya sempurna.
.
Saya tulis sebab saya takut budaya ini makin dinormalisasikan dalam masyarakat muslim kita. Bukankah muslim itu bersaudara?.
.
Yang saya risau bukan sekali dua terlewat.
.
Kita manusia.
Ada kecemasan.
Ada mesyuarat yang benar-benar tak boleh ditinggalkan.
Ada anak sakit.
.
Ada keadaan di luar kawalan. Tetapi tidaklah sampai di penghujung waktu solat.
.
Yang bahaya ialah apabila kita memang merancang (sengaja) untuk melewatkan Zuhur supaya boleh “combo” dengan Asar.
.
Setiap hari Zuhur pukul 4 lebih.

Setiap hari tunggu hujung waktu.

Setiap hari strategi yang sama.

Sampai akhirnya hati sudah tidak rasa bersalah.

Kerja kita susun dalam calendar.

Meeting kita letak reminder.

Appointment kita datang awal.

Flight pukul 8 pagi, pukul 6 dah sampai airport.

Tapi bila Allah panggil…
“Nanti.”

Mungkin masalah kita bukan tak cukup masa.

Mungkin kita sudah terlalu biasa memberikan Allah baki masa.

Baki selepas kerja. Baki selepas anak. Baki selepas customer.

Baki selepas shopping. Baki selepas scroll. Baki selepas makeup.

Kemudian kita pelik kenapa hati makin penat.

Kenapa hidup rasa kosong.

Kenapa jiwa rasa jauh.

====
Solat ni bukan sekadar checklist harian. Solat ialah deklarasi. Ibarat kita kata:

"Ya Allah... walau sesibuk mana hidupku, Engkau tetap nombor satu."

Sebab itu apabila azan berkumandang, perkataan “Allahu Akbar”- أكبر (Maha Besar). Dalam bahasa arab- “Lebih Besar”.
.
Bermaksud, the moment kita dengar tu, terus letakkan dalam kepala: Allah itu LEBIH BESAR dari Kerja aku ni, Masalah aku ni dll. (Bab rukhsah isu lain)
.
Kita tinggalkan dunia kita sekejap semata-mata kerana Allah memanggil.

Bukankah itu tanda cinta?

Apabila Rasulullah ﷺ ditanya apakah amalan yang paling dicintai Allah;

Baginda menjawab:
الصَّلاةُ في أوَّلِ وقتِها

"Solat pada waktunya." (Riwayat al-Bukhari, no. 527; Muslim, no. 85)

Saya menulis ini untuk diri saya sendiri juga.

Jangan sampai kita terlalu pandai menjaga wajah di hadapan manusia, tetapi terlalu cuai menjaga waktu pertemuan dengan Allah Azzawajalla.

Makeup boleh touch-up.

Kerja boleh sambung.

Telefon boleh tunggu.
Tetapi kita tidak pernah tahu,
Zuhur yang sengaja kita tangguhkan hari ini, sempat atau tidak untuk kita tunaikan nanti.
.
Muhasabah untuk dirisaya. Mungkin juga untuk kita semua.

Wallahu'alam.

P/S: Saya harap isu ni dapat sama-sama disampaikan oleh ustazah2 kekanda adinda yang lain juga in sha Allah. Cc Ustz Noraini Mat Din Ustazah Nony , Nazirah Abu Bakar , Fatimah Syarha , Asma Harun , Ayu Suhana, Ustazah Nor Hafizah Musa. Juga sesiapayang tidak ditag, yang turut rasa bertanggungjawab untuk sama-sama sampaikan.

#MMI
#DrMardianaShares
#LifeBalance
#corporatelife
Ya Allah, permudahkanlah urusan semua rakan kenalanku disini. Bukakan jalan yang terbaik buat mereka, lapangkan hati mereka untuk menuntut ilmu dan jadikan setiap langkah mereka sebagai ibadah di sisiMu. Aamiin.
Umur 63 Tahun. Correction PhD Siap Dalam 4 Hari?

Baru-baru ni 6 Ogos 26 kan saya ada berkongsi tentang seorang lagi Platinum Premier Dr Roket yang telah berjaya menamatkan PhD beliau di UPSI. Alhamdulillah..

Dr Nani Menon . Berusia 63 tahun, merupakan "otai" dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak, Jurulatih dan Penulis Modul PERMATA sejak tahun 2007.

Saya masih ingat hari saya & Dr Mohd Khairul Nizam ke UPSI sebelum beliau masuk Viva. Terkejut beliau bila nampak kami datang. Hehe 😊

Kami tumpang gembira melihat perjalanan seorang insan yang begitu istiqamah mengejar ilmu sehingga ke penghujungnya.

Apa yang lebih menarik perhatian saya. Beliau maklumkan baru-baru ni.

Correction PhD beliau dah siap & hanya ambil masa dalan 4 hari sahaja!. Umur 63 tahun! Nenda tu…! MasyaAllah Tabarakallah! Tahniah Dr Nani!

Mesti beliau Lega kan.. Bukan berbulan-bulan. Bukan bertahun-tahun.

Dulu bila "Dr Roket" berkongsi tentang ini, ramai yang tak percaya. Iaitu tesis Master PhD berkualiti boleh siap cepat(kalau betul caranya) & mudahkan SV serta examiner.

Hakikatnya, apabila seseorang belajar strategi yang betul sejak awal dan buat apa yang dia belajar, lebih memahami dan menghayati kajian sendiri, proses ketika+ selepas Viva boleh menjadi jauh lebih mudah & mengembirakan. In sha Allah.

Jangan target sekadar "asal lepas Viva".

Ramai orang ingat "nak tulis tesis Master PhD ni senang... Guna Chatgpt je"!

Ha.. Tidak semudah itu kawan! Tau tak ada pelajar yang kena major correction setahun sebab "hasil tesis Chatgpt" ni?

Selalu Dr Khairul pesan,
Targetlah untuk hasilkan tesis yang terbaik, benar-benar berkualiti.

Kalau akhirnya Allah letakkan tiada rezeki tidak mendapat Tesis Cemerlang Tanpa Pembetulan pun, sekurang-kurangnya correction yang diterima itu sangat minimum.

Malangnya, ramai pelajar Master & PhD yang kami jumpa berkata,
"Saya tak target cemerlang. Tak kisah major correction pun, janji habis."

Mungkin yang sedang baca ni pernah terfikir macam itu juga kan?
Jom kita ubah sedikit cara berfikir.

"Straregi Buat Sehabis baik ke arah Tesis Cemerlang" inilah yang tak ramai tahu. Ada yang tahu pula, tapi mungkin tak buat... hehe

Buat sehabis baik bukan kerana mahu dipuji. Bukan kerana mahu menunjuk hebat, tetapi kerana kita mahu mengurangkan kesakitan di hujung perjalanan.

Bayangkan, dah bertahun-tahun berkorban masa & tenaga. Kurangkan masa dengan keluarga.

Ambil cuti. Berhabis duit. Tidur lewat. Kemudian selepas Viva...

Masih perlu bergelut berbulan-bulan lagi kerana menerima major correction.

Itulah yang menyebabkan ramai pelajar akhirnya hilang semangat walaupun sebenarnya mereka sudah melepasi Viva.

Itu yang kami taknak anda semua lalui pengalaman tu.

Alhamdulillah, sehingga hari ini, strategi yang kami gunakan telah membantu melahirkan 12 penerima Tesis Cemerlang, termasuk seorang penerima PhD Cambridge Without Correction.

Sudah tentu kejayaan mereka bukan kerana "Dr Roket" seorang.
Ia adalah gabungan usaha pelajar, bimbingan supervisor, doa ibu bapa, pasangan, rakan-rakan dan rahmat Allah SWT.

Dr Roket sama sekali tak ambil pun tugas SV. Tanyalah tuan badan sendiri. Jangan dengar dari orang yang tak pernah pun join pun program Dr Roket atau yang datang sekejap lepas tu balik.

Untuk pengetahuan anda, mereka semua ni mempunyai SV yang sangat bagus dan banyak membantu.

Apabila kita belajar daripada mereka yang telah berjaya melaluinya, kita dapat mengurangkan banyak trial & error.

Orang-orang berjaya ni ada "pattern", jejak langkah mereka.

In sha Allah, pada 22–23 Ogos 2026 ni, kami akan mengadakan:
THESIS MASTERY BOOTCAMP 2.0 👉

Bootcamp ini sesuai untuk pelajar yang:

✅ Baru nak mula Master atau PhD
✅ Masih belum ada tajuk
✅ Proposal masih belum siap
✅ Tak pasti research gap
✅ Masih keliru struktur tesis
✅ Sedang menulis tetapi rasa "stuck"
✅ Mahu menghasilkan tesis yang lebih berkualiti, bukan sekadar siap.

NILAI SEBENAR kelas ini adalah RM 8900-RM9300 (bukan harga kena bayar banyak ni). Cuba lihat apa yang anda akan dapat:
Boleh klik link, tengok dan baca betul-betul apa hasil yang anda bakal bawa balik. in sha Allah. Ada harga kat situ. Berbaloi tak dengan investment yang anda keluarkan.

✔️ 2 hari kelas intensif hands-on

✔️ Dibimbing oleh 3 penerima Tesis Cemerlang, termasuk penerima PhD Cambridge Without Correction

✔️ Framework langkah demi langkah daripada memilih tajuk sehingga strategi menyiapkan tesis chapter demi chapter

✔️ Diadakan di Nilai Springs Resort Hotel, bukan sekadar kelas biasa

✔️ Dan paling penting...

✅ 7-Day Money Back Guarantee.

Kalau anda
✔️ Hadir sepenuhnya,
✔️ Fokus sepanjang kelas,
✔️ Siapkan semua tugasan yang diberikan,
tetapi masih gagal menghasilkan structured first draft proposal/thesis menggunakan framework TMB, Kami pulangkan semula yuran program!.

Sekarang cuba fikir betul-betul, mana lebih mahal?

RM XXXX belajar sistem yang betul yang boleh diulang pakai sampai bila-bila, atau...

❌ Tambah satu semester.
❌ Bayar yuran universiti lagi.
❌ Risiko perlu pulangkan biasiswa.
❌ Tekanan keluarga rakan sekerja yang asyik bertanya, "Bila nak habis?"

Di sesetengah universiti, pelajar yang Graduate On Time (GOT) turut menerima insentif khas.

Jadi pelaburan ilmu ini bukan sekadar tentang kelas. Ia adalah pelaburan untuk menjimatkan masa, wang dan emosi.

Baki tempat tinggal hanya 5 orang lagi.

Kelas ini memang dihadkan kepada 50 peserta sahaja kerana ia bersifat hands-on.

First come, first served.

👉 Daftar sekarang di sini:
https://drroket.onpay.my/order/form/TMB-THESIS-MASTERY-BOOTCAMP/1

Semoga Allah SWT mempermudahkan perjalanan Master & PhD anda dan mengurniakan tesis yang terbaik. Amiin!

Semoga anda mendapat inspirasi dari beliau!

Jumpa di Thesis Mastery Bootcamp 2.0, inshaAllah. 🌹

#DrRoket
#ThesisMasteryBootcamp
#MasterPhDMommy
🎙️ PODCAST DR KHAIRUL (DR ROKET) x DR HANZALAH MIZI @ArRasyidin Academy

Semoga perkongsian memberi manfaat untuk semua. Terima kasih Dr Hanzalah dan Team ArRasyidin Academy untuk sesi perkongsian podcast kalini.

Pandai  Dr Hanzalah "korek" cerita dari Dr Mohd Khairul Nizam.

Cerita tentang perjalanan, cabaran, pengalaman membina sesuatu dari bawah dan apa yang berlaku di sebalik perjalanan Dr Khairul a.k.a "Dr Roket" selama ini.

Ada cerita yang mungkin ramai tak pernah dengar. 😊

Hatta saya sendiri pun baru tau!! 😅

Nantikan perkongsian penuh podcast ini. Semoga bermanfaat dan ambil sebagai refleksi dan inspirasi. In sha Allah..

🎙️

Tiktok ArRasyidin Academy:
https://www.tiktok.com/@arrasyidinacademy?_r=1&_t=ZS-99cOt2wQFpk

Tiktok Dr Hanzalah:
https://www.tiktok.com/@hanzalahmizi?_r=1&_t=ZS-99cP1v9pP0P

Tiktok Dr Roket:
https://www.tiktok.com/@dr_roket?_r=1&_t=ZS-99cP5P81Y1s

Full Podcast YT:
https://youtu.be/y7ZSTTeUo8A?si=B5Yj1y7g2rgbJzir

#DrRoket
#arrasyidinacademy
#inspirasi
#podcast
#ummidenamoments
Apa Punca Kesihatan Mental & Solusinya
Boleh bantu saya?

Pada pandangan anda, buku yang mana sesuai dan menarik untuk dicetak fizikal? Blh bg cadangan at least 3 buku pilihan? 😊

Terima kasih.


P/S: Tengah kemaskini buku-buku yang ditulis, baru sedar dah pernah menulis 12 buku+ebook. Alhamdulillah.. Semoga bermanfaat. Siapa yang pernah baca? Atau baru tau? 😅😆
🚨 RUGI SANGAT KALAU GENG MASTER & PhD TAK JOIN KELAS MALAM NI!

Tak kisahlah anda baru merancang nak sambung Master/PhD, sedang belajar atau dah berada di fasa kritikal nak siapkan tesis.

Kelas ni memang sesuai untuk anda!

🎯 SIAPA YANG PATUT JOIN?

1️⃣ Belum sambung Master/PhD – Nak buat persediaan awal supaya tak tersalah langkah apabila mula belajar nanti.

2️⃣ Semester 1–3 – Masih di peringkat awal, sedang mencari hala tuju kajian, menyusun proposal dan strategi pengajian.

3️⃣ Semester 5 ke atas – Sedang bergelut dengan penulisan tesis, progress perlahan dan tak pasti bila boleh siap.

4️⃣ Fasa kritikal – Masa pengajian semakin singkat, tesis belum siap, deadline makin dekat dan mula rasa tertekan.

Kenapa penting sangat belajar GBT Flow ni?

Ramai pelajar Master & PhD sebenarnya rajin dan ada usaha.

Tetapi kenapa masih ramai yang tak dapat tamat pengajian mengikut perancangan?

Ada yang bertahun-tahun masih tak siap tesis. Ada yang mula burnout, stres, anxiety, hilang motivasi, malah masih keliru dengan academic writing.

Antara puncanya ialah kurangnya persediaan dan strategi Thesis Management yang jelas sejak awal pengajian.

Kita sibuk belajar cara menulis tesis, tetapi terlupa belajar cara MENGURUS perjalanan Master & PhD itu sendiri!

Sedangkan kedua-duanya sangat penting.

🚀 MALAM NI! 28 OKTOBER 2026
Jom luangkan 2 jam untuk belajar:

🔥 G.B.T. FLOW: Cara & Strategi Graduate Before Time

Dalam sesi Amazing Postgrads: Thesis Freedom Blueprint ini, kita akan belajar bagaimana untuk:

✅ Membina hala tuju pengajian yang lebih jelas.
✅ Merancang strategi Master & PhD mengikut fasa pengajian.
✅ Mengurus masa, komitmen kerja, keluarga dan penulisan tesis.
✅ Mengenal pasti perkara yang melambatkan progress pengajian.
✅ Menyusun langkah yang lebih strategik ke arah GRADUATE BEFORE TIME dengan formula G.B.T!

Tak semestinya kena tunggu sampai tesis dah kritikal baru nak cari strategi.

Lagi awal anda buat persediaan, lagi baik!

🎙 Speaker: Ts. Dr. Nur Hidayah Ahmad
📅 Tarikh: 28 Oktober 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 malam
🔓 Platform Zoom dibuka 8.15 malam
📍 Platform: Zoom Meeting

💡 Ingat! Sambung Master & PhD bukan sekadar tentang menyiapkan tesis. Tetapi bagaimana kita mengurus keseluruhan perjalanan pengajian supaya lebih terancang, terarah dan tidak berlarutan.

Jangan tunggu sampai masa semakin suntuk!

🚀 DAFTAR SEKARANG!

https://bit.ly/AmazingPostgrads_TFB

Jumpa malam ni, inshaAllah! 💛

#DrRoket
#GraduateBeforeTime
#GBTFlow
#MasterPhD #ThesisFreedomBlueprint