SK Kota Warisan Official (Ibubapa)
2.06K subscribers
852 photos
23 videos
103 files
219 links
Download Telegram
Forwarded from farahdiba}
Assalamualaikum w.b.t

Perkara : SEMAKAN KEPUTUSAN PRASEKOLAH SESI 2025/2026

1) Keputusan boleh disemak melalui laman sesawang https://eprasekolah.moe.gov.my mulai 5 Ogos 2024

2) Bagi mereka yang tidak berjaya, ibu bapa atau penjaga boleh membuat rayuan melalui laman sesawang seperti di atas dalam tempoh 2 minggu sebaik sahaja keputusan diumumkan iaitu dari 5 hingga 20 Ogos 2024.

3) Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cikgu Farahdiba ( 012-4375144 )

Harap maklum
Terima kasih
*🔊𝗠𝗔𝗞𝗟𝗨𝗠𝗔𝗡 & 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 📣*

◼️KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA◼️

NO SEBUTHARGA: SKKW 400-6/1/2 (03)
Tarikh tutup: 13.09.2024 (JUMAAT)

Sila rujuk kenyataan tawaran sebutharga tersebut untuk keterangan lebih lanjut.
*Tindakan Ibu Bapa:*
▶️ Cetak surat penempatan.
▶️ Hantar cetakan ke sekolah yg diluluskan
▶️ Pihak sekolah akan membuat pengesahan
▶️ Ibu bapa boleh buat RAYUAN di sistem idme setelah pengesahan dibuat oleh sekolah dan tunggu keputusan dalam sistem idme kemudian
Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam Karamah Insaniah.

SAMBUTAN HARI  KANAK-KANAK, SAMBUTAN HARI LAHIR PERDANA & JAMUAN AKHIR TAHUN MADANI PERINGKAT SK KOTA WARISAN 2024

🗓TARIKH : 20.12.2024 / JUMAAT

🦸TEMA PAKAIAN : KERJAYA IMPIAN

📣Murid dibenarkan memakai pakaian bertemakan KERJAYA IMPIAN masing-masing dari rumah. Pakaian hendaklah sopan dan tidak menjolok mata. 
📣 Pertandingan pakaian terbaik akan diadakan. Kepada murid yang tidak sertai, dibenarkan memakai baju PJ sekolah.
📣 Jamuan untuk murid secara potluck. Jadi semua murid amatlah dialu-alukan untuk membawa makanan bagi memeriahkan jamuan akhir tahun ini
📣 Murid juga dialu-alukan menyumbang kek hari lahir untuk diraikan bersama.
📣Murid perlu meletakkan kek / makanan tersebut di stesen jamuan berikut:
Tahun 1 & 4 - Dewan PIBG
Tahun 3 & 5- Dewan Terbuka
Tahun 2 & 6 - Kantin
Prasekolah- Kelas Prasekolah
PPKI - Kelas PPKI
📣 Bawa pinggan plastik/bekas plastik, cawan plastik, sudu dan garfu plastik.
📣 Murid juga digalakkan membawa bekas makanan bertutup sekiranya ada makanan berlebihan yang ingin dibawa pulang.

UBK SKKW
Cc: GB
Forwarded from Ruzana
🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉🎉
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT SK KOTA WARISAN TAHUN 2025

Assalamualaikum, Salam Malaysia Madani dan Salam SKKW Towards Excellence

📅 Tarikh: 25/4/2025 (Jumaat)
📍 Tempat: Dewan Terbuka
👕 Tema Pakaian: Baju Raya dan Kasut Sekolah

Peringatan Mesra:
🎊Pakai baju raya yang sopan, tidak ketat, kemas dan berkasut sekolah
🎊Dilarang bawa telefon bimbit ke sekolah
🎊Dilarang bersolek / mekap
🎊Jamuan raya akan diadakan secara potluck di dalam kelas masing-masing
🎊Murid dikehendaki membawa bekas makanan/minuman, sudu dan garfu sendiri
🎊Terima kasih kepada ibu bapa/penjaga yang menyumbangkan makanan/minuman untuk anak-anak

Unit HEM SKKW

cc : Guru Besar
Assalamualaikum semua.
Dengan rasa rendah diri, saya nak mohon sokongan daripada semua.

Bantu saya tekan butang LIKE pada video ini. Tak perlu tonton pun tak apa, cukup sekadar tekan LIKE sahaja memandangkan ini salah satu kriteria penjurian.
Target = 1000 LIKE

Link video:
https://youtu.be/Kgy3nLG-ipw?si=_YslNyMCgQzu1l92

Doakan saya ya.
Terima kasih banyak atas sokongan semua. Semoga sentiasa dipermudah segala urusan.😊
Mohon LIKE ya. inovasi guru SKKW Cikgu Nurul Amira. Tkasih
Forwarded from Ruzana
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada ibu bapa/penjaga yang dihormati,

PENDAFTARAN PROGRAM PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT TAHUN 2025

📌Pusat GENIUS@Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia sedang mencari murid-murid berpotensi yang pintar dan berbakat serta mempunyai keupayaan IQ yang tinggi.
📌Pencarian ini dilaksanakan menerusi Ujian Saringan UKM1 secara dalam talian yang menyasarkan penyertaan murid-murid berumur 9 hingga 15 tahun di seluruh negara.
📌Berikut adalah butiran berkaitan:

Tarikh ujian dibuka : 10 Mac hingga 31 Mei 2025
Kaedah : Dalam talian
Pautan Ujian : https://ukm1.permatapintar.ukm.my

📌Murid yang berminat boleh mengambil ujian saringan UKM1 secara individu di rumah masing-masing atau secara berkelompok di sekolah.

📌Sekiranya ingin didaftarkan secara berkelompok (jawab ujian di sekolah), mohon ibu bapa mengisi borang pendaftaran berikut sebelum 11 Mei 2025 (Ahad) jam 6.00 petang :

https://forms.gle/t2bXXa9gPHFUaaoV8


📌Kepada yang telah menjawab saringan UKM1 secara individu di rumah sila isi link gf berikut: 

https://forms.gle/LXNCwuY877PSpQF68

Harap maklum. Terima kasih

cc : GB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

HEBAHAN 📍

- Murid perlu menyertai aktiviti kokurikulum dengan menggunakan emel DELIMA.

- Murid tidak perlu hadir ke Sekolah pada tarikh tersebut.

Terima Kasih atas kerjasama.
link group telegram Sukan dan Permainan bersama ibubapa.

1. Kelab Badminton
Link : https://t.me/+xJHEggzJuGswNzI1

2. Kelab Bola Baling
Link : https://t.me/+2B32sj3nOxE5NDA1

3. Kelab Bola Jaring
Link : https://t.me/+hH1OXK0qIM5iZjg9

4. Kelab Bola Sepak
Link : https://t.me/skkwkkbs25

5. Kelab Permainan Dalaman
Link : https://t.me/+ye7ljqCi0BVkYzc1

6. Kelab Ragbi
Link : https://t.me/+gnun-pxCs445NTFl

7. Kelab Bola Keranjang
Link : https://t.me/+VP3w5a3KRz04OWFl

8. Kelab Pingpong
Link : https://t.me/+FfcYbGiJ_Ts5Mjc1
Link Group Telegram - Kelab Dan Persatuan Bersama IbuBapa

1. Kelab STEM
        Link: https://t.me/+bXNvZw-zgX9jNDhl
   
   2. Kelab Pencegahan Jenayah
        Link : https://t.me/+wf_jid4bZ_Y1ZDJl
  
   3. Kelab SPBT
        Link: https://t.me/+xiwrLIJ3aVIyNDA1

   4. Kelab Doktor Muda
       Link : https://t.me/+7pRs9HBbC1A4Y2M1

   5. Kelab Usahawan Muda    
       Link :https://t.me/+3LF2tCj4ilg1MGJl

6. Kelab Kerjaya
        Link : https://t.me/+40buwQR2nLpmNTk1

7. Kelab Kesenian dan Kebudayaan
     Link : https://t.me/+G2dDa2-amjc1YmZl

  8. Persatuan Bahasa Inggeris
       Link : https://t.me/+zUwYt842hQQzMDA9

9. Persatuan Bahasa Melayu
        Link : https://t.me/+80RrvjlnqUdlMzBl

  10.  Persatuan PIBA
          Link :https://t.me/+95xZp_yVK61iMTg1