Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
50.2K subscribers
17.4K photos
1.59K videos
53 files
7.27K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
Download Telegram
Hari Malaria Sedunia disambut pada 25 April setiap tahun bagi mengiktiraf usaha-usaha global dalam mengawal Malaria.

Tema pada tahun ini adalah 'Memperkasa Kesaksamaan Kesihatan Sejagat Dalam Memerangi Malaria'.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaysia berjaya mencapai SIFAR kes Malaria manusia jangkitan tempatan untuk enam tahun berturut-turut bermula tahun 2018 hingga 2023.

Walau bagaimanapun, negara masih terdedah kepada risiko jangkitan Malaria manusia kerana terdapat kes Malaria import daripada negara endemik Malaria.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
2 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hampir 249 juta manusia dijangkiti Malaria setiap tahun diseluruh dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mensasarkan penurunan 90% kes Malaria global menjelang tahun 2030.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Terdapat dua jenis penyakit Malaria di Malaysia iaitu Malaria Manusia dan Malaria Zoonotik.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Golongan berisiko mendapat jangkitan Malaria

Penduduk kawasan pedalaman berhampiran hutan
Pelancong yang menjalankan aktiviti rekreasi di hutan
Pekerja di sektor perladangan, pembalakan dan penerokaan tanah
Warganegara yang mengunjungi negara endemik Malaria

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Nasi lemak 🍚 juga merupakan menu sarapan yang bukan sahaja popular dalam kalangan rakyat Malaysia, malah ianya terkenal sehingga ke peringkat antarabangsa.🌍

Secara asasnya nasi lemak adalah beras yang dimasak bersama santan 🥥 dan daun pandan bagi menaikkan rasanya. Kemudian ianya dihidang dengan sambal tumis yang sedap dan pedas, hirisan timun 🥒, telur rebus🥚, ikan bilis dan kacang yang digoreng.

‼️Namun, nasi lemak juga perlu diambil dengan cara yang "sihat". Anda boleh nikmati nasi lemak tanpa rasa bersalah dengan mengamalkan konsep Suku Suku Separuh. ⚠️ Selain itu, kawal pengambilan lauk tambahan dan sebaiknya pilihlah jenis lauk yang rendah kalori dan kurang lemak. Jangan lupa juga untuk kawal kuantiti nasi dan sambal anda supaya tidak terlebih-lebih kalori yang diambil.
1 hari lagi menjelang One Hour Malaysia Clean Up.

Tarikh : 27 April 2024 (Sabtu)

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaria boleh membawa maut

Penyakit Malaria boleh diubati namun sekiranya lewat dikesan untuk rawatan, ia boleh membawa maut.

Tanda dan gejala Malaria adalah seperti demam panas berpanjangan, sakit kepala dan cirit-birit.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Jangan lupa! Sabtu minggu ke-4 pada setiap bulan adalah aktiviti One Hour Malaysia Clean Up.

Berikut adalah kalendar One Hour Malaysia Clean Up sepanjang tahun 2024.

Laksanakan aktiviti kebersihan persekitaran & kitar semula selama 1 jam di kawasan anda.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Malaria manusia adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium yang disebarkan dalam kalangan manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Berjalan 10,000 langkah bersamaan membakar 380 kalori.

Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64g lemak dalam badan.

Jom pastikan kita dapat mencapai 10,000 langkah sehari demi kesejahteraan kesihatan.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hari ini team WOW turut turun ke Flat Seri Sabah, Cheras KL untuk sama-sama support Karnival Cegah Jenayah anjuran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Bukit Aman.

Dalam usaha untuk mencegah jenayah di negara kita, komitmen yang sama juga perlu untuk mencegah penyakit bagi memastikan kesihatan yang maksimum.

Pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan oleh team WoW hari ini seperti saringan kesihatan, skipping challenge, gelung kitaran hidup nyamuk Aedes.

Jom luangkan masa untuk turut serta, barulah WOW!

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/VuEd1ACNS6622gat/?mibextid=oFDknk
27 April 2024 - Sedang berlangsung sekarang di Nexus International School, Presint 15 Putrajaya, Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2024.

Bahagian Pendidikan Kesihatan turut serta di Zon Aktif dengan menawarkan pelbagai aktiviti fizikal seperti soft archery, hopscotch, PS4 dance challenge, nintendo dan banyak lagi.

Jom sertai kami di sini!

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/qNRFaLktoiKuiVti/?mibextid=oFDknk
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia | 27 April 2024

Isu Tular Penggunaan Benzoil Peroksida Dalam Tepung Gandum
Penyakit Malaria zoonotik adalah penyakit Malaria disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi yang disebarkan dalam kalangan monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Nyamuk terinfeksi boleh menyebarkan jangkitan kepada manusia.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku
Antara menu yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan penyejuk tekak ialah air tebu.

👍🏼Jom semak tip membeli air tebu dengan selamat. Jangan lupa untuk pastikan pengambilan gula anda sentiasa terkawal.
Jangkitan Malaria zoonotik lazimnya berlaku pada populasi monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Manusia boleh mendapat jangkitan Malaria Zoonotik sekiranya berada berdekatan dengan populasi monyet dan digigit nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi
#JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama