Sihat Milikku - Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM
50.5K subscribers
17.3K photos
1.58K videos
53 files
7.24K links
Saluran ini adalah untuk Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia berkongsi maklumat pendidikan kesihatan dengan masyarakat.
Download Telegram
Antara menu yang sering menjadi pilihan untuk dijadikan penyejuk tekak ialah air tebu.

👍🏼Jom semak tip membeli air tebu dengan selamat. Jangan lupa untuk pastikan pengambilan gula anda sentiasa terkawal.
Jangkitan Malaria zoonotik lazimnya berlaku pada populasi monyet melalui gigitan nyamuk Anopheles.

Manusia boleh mendapat jangkitan Malaria Zoonotik sekiranya berada berdekatan dengan populasi monyet dan digigit nyamuk Anopheles.

#ANMS #healthequitymalaria #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Longkang dan sistem pengumpulan air hujan yang tersumbat dan menakung air berisiko menjadi tempat pembiakan Aedes.

Lakukan pembersihan. Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi
#JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁 Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.
Tahukah anda

Pemeriksaan mata 👁👁 perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik.

Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan 𝗮𝘁𝗮𝘂 swasta.

Sayangilah mata anda.
Pendaftaran Temujanji Klinik Kesihatan di Aplikasi Mysejahtera

Dengarkan di nasionalfm pada pukul 10.30 pagi esok bersama Dr. Hanisah binti Shafie, Pakar Perubatan Keluarga dari Klinik Kesihatan Seksyen 19, Shah Alam.

#ANMS #sihatmilikku
Sampah yang tidak diurus dengan baik berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Amalkan etika buang sampah yang betul.

Musnahkan tempat pembiakan nyamuk Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp
#TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Takungan air pada alat penapis air di kediaman anda mampu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Musnahkan tempat pembiakan Aedes.

#ANMS #OneHourMalaysiaCleanUp #TiadaAedesTiadaDenggi #JomKitarSemula #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Elakkan tabiat makan lewat malam. 🕕 Waktu yang sesuai untuk makan malam 🌙 adalah antara pukul 6️⃣ petang sehingga 8️⃣ malam.

Amalkan pengambilan makanan 🥗🍜 mengikut waktu yang teratur setiap hari bagi menjamin fungsi tubuh yang optimum 👍🏼.
Sambutan Hari Imunisasi Kebangsaan Tahun 2024

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Jamiatul Aida binti Md Sani dari Bahagian Kawalan Penyakit dan Dr. Rozita binti Ab Rahman dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟒
𝐙𝐎𝐍 𝐔𝐓𝐀𝐑𝐀

‼️ Semua dijemput hadir ‼️

Jom ramai-ramai datang memeriahkan Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang akan berlangsung pada 3 - 5 Mei di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang.

Jumpa anda di sana 👍🏻

🗓 Tarikh : 3 hingga 5 Mei 2024 (Jumaat hingga Ahad)
🕘 Masa : 9.00 pagi hingga 6.00 petang
📎 Tempat : Tapak Pesta, Sungai Nibong, Pulau Pinang

‼️ Semua dijemput hadir ‼️

https://www.facebook.com/jknpenang/posts/pfbid0H2BWEDrbAVJ6ATxC5sGrmbtoHYB4Fsj1VGkFRY6kuoyY1Qbv3BLoVSxPL3kUFkqvl
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Syawal tinggal beberapa hari sahaja lagi. Hujung minggu ini pasti ramai yang buat rumah terbuka memandangkan minggu ini minggu terakhir Syawal.

Kawal pemakanan anda dan kekal aktif untuk memastikan anda kekal sihat. Amalkan pembudayaan hidup sihat sepanjang masa. Jom ikut Makcik Kiah dan Rosnah ke rumah terbuka Gayah. SYS! 😄

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
t.me/sihatmilikbersama
Hai orang Kedah. Didi & Friends nak mai sana bulan depan, pakat mai ramai-ramai nohhh!🥳

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau, yang penting boleh menari dan menyanyi bersama Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

Tarikh : 10 -12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 😁

#didiandfriends #kedah #villagemall #sungaipetani #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #hepili
SENARAI PENUH JADUAL KEMBARA SIHAT SEJAHTERA HEPILI BERSAMA DIDI & FRIENDS 🤩

Jom rancang aktiviti bersama anak-anak dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI bersama Didi & Friends. Banyak aktiviti yang menarik tau sepanjang 3 HARI INI. Pasti anak-anak gembira!

Tarikh : 10 - 12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah.
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 🥳

#didiandfriends #hepili #kembarasihatsejahtera #hepili #kkm #muzikaldidiandfriends #villagemall #sungaipetanikedah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
TINGGAL BEBERAPA HARI SAHAJA LAGI DIDI & FRIENDS DAN KAK MIN NAK MAI KEDAH! 🥳

Banyak aktiviti menarik untuk anak-anak tau, yang penting boleh menari dan menyanyi bersama Didi, Nana, Jojo dan Kak Min dalam Kembara Sihat Sejahtera HePiLI dan Didi & Friends.

Tarikh : 10 -12 Mei 2024
Hari : Jumaat - Ahad
Tempat : Village Mall, Sungai Petani Kedah
Masa : 10.30 Pagi - 10.30 Malam

Masuk adalah PERCUMA. Jom bawa anak-anak jumpa Didi & Friends jom? Hora Horey! 😁

#didiandfriends #kedah #villagemall #sungaipetani #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #hepili
Tahukah anda

Penyusuan susu ibu bukan sahaja dapat membekalkan pelbagai nutrien penting malah dapat menyuburkan jiwa. Teruskan pemberian susu ibu sahaja kepada bayi daripada lahir sehingga 6 bulan dan meneruskan penyusuan sehingga 2 tahun.

Banyak manfaat yang boleh diperolehi oleh kedua ibu dan bayi melalui penyusuan susu ibu.
Hipoglisemia adalah apabila glukosa darah menurun dibawah paras normal. Glukosa adalah satu sumber tenaga yang penting untuk badan, berasal dari makanan.

‼️Ketahui gejala-gejala dan cara untuk menguruskan Hipoglisemia.