𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗿𝗶, 𝗛𝗶𝗷𝗿𝗮𝗵 𝗛𝗮𝘁𝗶
1.09K subscribers
300 photos
731 videos
47 files
1.4K links
┏━━━━━°❀•°:🌺:°•❀°━━━━━┓
❤️ ╔..✦ .══════════╗ ༄
𖧷 Will sharing when I'm free

❀ Contest for Subscribers Only 💌

❁ Random Quotes & Video 🥀

❀ Since ; 13/01/2021 🕊️

𖧷 Share, Repost Halal with Credit
❤️ ╚══════════.✦ ..╝ ༄
┗━━━━━°❀•°:🌸:°•❀°━━━━━┛
Download Telegram
Jadual Waktu Solat
📍 Hulu Terengganu (Terengganu)
🗓 Jumaat, 21 Mac 2025
🌟 20 Ramadhan 1446H

 🌥 Imsak   : 05:55 AM
⛅️ Subuh : 06:05 AM
🌤 Syuruk : 07:13 AM
🌞 Zohor : 01:19 PM
☀️ Asar : 04:26 PM
🌙 Maghrib : 07:21 PM
⭐️ Isyak : 08:30 PM


Selamat menunaikan solat fardhu dan menjalani ibadah puasa! 😄
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Kita telah masuki 10 malam terakhir Ramadan.

Inilah masa untuk menggandakan ibadah, berdoa dengan penuh keikhlasan, dan mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Di fasa terakhir Ramadan, inilah peluang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan doa, dan malam mencari Lailatul Qada iaitu malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

‎Antara doa yang boleh diamalkan pada 10 malam terakhir ini adalah:

1️⃣ Doa Memohon Keampunan & Lailatul Qadar

‎اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

📖 (HR. Tirmizi, 3513)

‎“Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”

2️⃣ Doa Mohon Kebaikan Dunia & Akhirat

‎رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

📖 (Surah Al-Baqarah: 201)

‎“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, serta lindungilah kami dari azab neraka.”

3️⃣ Doa Memohon Istiqamah dalam Ibadah

‎اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

📖 (HR. Abu Dawud, 1522)

‎“Ya Allah, bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan memperbaiki ibadahku kepada-Mu.”

‎Semoga Allah SWT menerima setiap doa dan amalan kita. InsyaAllah!

Kredit X 📸 : fedtriyahya

@sigadisqowiy
Jadual Waktu Solat
📍 Hulu Terengganu (Terengganu)
🗓 Ahad, 30 Mac 2025
🌟 29 Ramadhan 1446H

 🌥 Imsak   : 05:51 AM
⛅️ Subuh : 06:01 AM
🌤 Syuruk : 07:09 AM
🌞 Zohor : 01:16 PM
☀️ Asar : 04:18 PM
🌙 Maghrib : 07:20 PM
⭐️ Isyak : 08:29 PM


Selamat menunaikan solat fardhu dan menjalani ibadah puasa! 😄
Jadual Waktu Solat
📍 Hulu Terengganu (Terengganu)
🗓 Isnin, 31 Mac 2025
🌟 01 Syawal 1446H

 🌥 Imsak   : 05:51 AM
⛅️ Subuh : 06:01 AM
🌤 Syuruk : 07:09 AM
🌞 Zohor : 01:16 PM
☀️ Asar : 04:17 PM
🌙 Maghrib : 07:19 PM
⭐️ Isyak : 08:29 PM


Selamat menunaikan solat fardhu dan Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Assalamualaikum semua. Sy Izzah Nabilah atau lebih dikenali sebagai owner channel ini dan wakil kepada admin ii yang lain ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada seluruh umat Islam yang meraikan kemenangan ini !! 🥰🤍

Di kesempatan ini, sy ingin meminta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang sy mengendalikan channel ini. Juga buat sesiapa yang mengenali sy sama ada secara online mahupun realiti, sy minta maaf atas kesalahan sy selama ini sepanjang kita berkawan, berkenalan dan bersahabat. Semoga ukhuwah kita bukan hanya terjalin di dunia, malah sehingga ke syurga-Nya aamiin.

Taqaballahu minna waminkum.

Mohon maaf sekali lagi,
Selamat Hari Raya Aidilfitri ! ❤️
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Alhamdulillah. Ketibaan Syawal merupakan satu kemenangan yang terbesar bagi setiap umat Islam yang berjaya menjalani Ibadah Puasa sepanjang bulan Ramadan.

Memandangkan sekarang ini hari raya, marilah kita ingat bersama apabila kita nak ucapkan selamat hari raya kepada saudara seumat Islam kita yang lain, alangkah baiknya juga kita ucapkan kepadanya ;

" تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال،
وكل عام وأنتم بخير "

Maksudnya :
"Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita (kembali dalam keadaan suci) dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan".

Semoga Ramadhan tahun ini bukanlah Ramadhan yang terakhir buat kita dan semoga kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang akan datang. Aamiin ya rabbal alamiin 🤲🏻

@izzah_nblhh159
@sigadisqowiy
Sy rasa dah lama tak buat contest dekat korang. Alang² raya ni, sy nak kongsi rezeki lah. Sebelum sy start, sy nak bagitahu yang contest kali ni sy buat bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan juga bersempena birthday sy dan ma sy 16/3 haritu. In shaa Allah, sy akan comeback balik buat khas utk subscribers channel ni 🤩 Okay ! 🥰

Contest kali ni sy akan buat macam sebelum ni iaitu pilih secara random 2 orang yang bertuah. Agak ii siapalah yang bertuah tu en ? Rezeki takkan salah alamat. 🤗

Get ready sy akan pilih 2 orang pemenang yang bertuah pukul 10.30 malam ni ! 😍
Tahniah sy ucapkan kepada ;
@sassymelon
@Aliyaaafd
kerana terpilih untuk menang contest sempena Hari Raya Aidilfitri & sempena befday sy, ma sy haritu ! 😍🥳

Sy akan pm diorang untuk beri hadiah topup/duit bernilai Rm5 seorang. 🤩

Last but not least, suka sy nak ingatkan. Kalau boleyh korang letak username korang tu ha dekat profile. Senang sikit sy nak tag korang. 😥

Btw, yang tak terpilih tu jangan risau. Ada banyak lagi contest yang sy akan buat akan datang. Stay tuned je. Okay ! ❤️

#contest #contestbyzahh
Sy akan tunggu diorang reply dalam masa 24 jam. Kalau salah seorang or dua ii orang tak reply dalam masa tersebut, sy akan pilih orang lain pula. Sy akan bagitahu dari semasa ke semasa. Okay, settle yea semua.

- Latest
Alhamdulillah settle. 2 orang latest yg sy mention reply sebelum 24 jam dan mereka adalah pemenangnya 🥳 Stay tuned for the next contest! 😍❤️
Jadual Waktu Solat
📍 Hulu Terengganu (Terengganu)
🗓 Sabtu, 05 April 2025
🌟 06 Syawal 1446H

 🌥 Imsak   : 05:48 AM
⛅️ Subuh : 05:58 AM
🌤 Syuruk : 07:07 AM
🌞 Zohor : 01:14 PM
☀️ Asar : 04:16 PM
🌙 Maghrib : 07:19 PM
⭐️ Isyak : 08:28 PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

BETAPA BERHARGANYA RAHMAT ALLAH : AIBKU DITUTUPI-NYA

Kadang-kadang, bila termenung sendirian, terlintas dalam fikiran — betapa banyaknya dosa yang telah kita lakukan. Betapa banyaknya kesilapan yang kita cuba sembunyikan daripada pandangan manusia. Namun, sampai ke saat ini, Allah masih memelihara kita. Aib kita ditutup, keburukan kita tidak didedahkan. Masih ramai yang memandang kita baik, walaupun kita tahu, hakikatnya, kita tak sebaik itu.

Pernah tak terfikir, bagaimana kalau satu persatu dosa kita dibongkar? Bagaimana kalau segala maksiat dan kejahatan yang kita pernah lakukan, disiarkan di depan orang ramai? Bagaimana kalau manusia tahu betapa banyaknya salah dan silap kita? Pasti malu yang tak terungkap. Pasti hina yang tak terbayang.

Tapi Allah, Tuhan yang Maha Pengasih, Dia tahu semuanya. Setiap saat kita tersasar, setiap kali kita terleka, setiap kali kita melakukan dosa — Allah tahu. Namun, dengan rahmat-Nya, Dia tutupi semua itu. Allah menjaga maruah kita di depan manusia. Allah lindungi kita daripada dihina dan dikeji. Allah masih beri kita peluang untuk berubah, walau berkali-kali kita jatuh.

Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menutup aib seorang Muslim, Allah akan menutup aibnya di dunia dan di akhirat.”
(HR Muslim)

Hadis ini bukan sekadar peringatan untuk kita menjaga aib orang lain, tetapi juga peringatan bahawa Allah menutup aib kita setiap hari. Sungguh, kalau bukan kerana kasih sayang Allah, mungkin kita sudah terdedah, terhina, dan terasing daripada masyarakat.

Sebab itu, jangan pernah berhenti bersyukur. Jangan pernah lupa untuk meminta keampunan. Setiap kali teringat dosa-dosa lama, jangan rasa putus asa. Sebaliknya, jadikan ia motivasi untuk bertaubat dan berubah. Allah tidak akan membuka aib hamba-Nya yang benar-benar bertaubat dengan ikhlas.

Syukur juga, Allah masih memberi kita ruang untuk memperbaiki diri. Hari ini kita masih hidup, masih boleh solat, masih boleh meminta ampun. Selagi nyawa belum berpisah dari jasad, masih ada peluang untuk kita kembali kepada-Nya. Jangan biarkan rahmat ini berlalu tanpa kita manfaatkan.

Bayangkan kalau satu persatu kesilapan kita ditayangkan di akhirat kelak. Malu di dunia mungkin kita boleh hadapi, tapi di akhirat nanti? Di hadapan Allah, di hadapan manusia seluruhnya? Alangkah ruginya jika kita tidak memohon keampunan sekarang, sementara Allah masih memberi kita waktu.

Jangan pernah memandang rendah pada diri sendiri walaupun kita pernah melakukan dosa besar. Jangan pernah merasa terlalu kotor untuk kembali kepada Allah. Sebab, Allah tidak pernah menutup pintu taubat selagi kita benar-benar ingin berubah.

MasyaAllah, betapa besar rahmat Allah kepada kita. Jangan sia-siakan peluang ini. Setiap kali terasa berat dengan dosa, ingatlah — Allah Maha Penerima Taubat. Kita tak akan pernah terlalu kotor untuk disucikan, asalkan ada keinginan untuk berubah.

Ya Allah, kami hamba-Mu yang lemah, penuh dosa dan kesilapan. Terima kasih kerana masih menutup aib kami. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang lalu, sekarang, dan akan datang. Jangan biarkan kami terus dalam kejahilan. Berikan kami kekuatan untuk memperbaiki diri sebelum terlambat.

Teruslah berharap pada rahmat Allah. Sesungguhnya, Dia lebih tahu isi hati kita, lebih memahami betapa kita ingin berubah. Jangan berhenti bertaubat, jangan berhenti memperbaiki diri. Selagi ada hayat, selagi itu ada harapan.
___
Kredit : Ceramah Ustaz dan Ustazah
@sigadisqowiy
Dalam kemeriahan menyambut Syawal, janganlah kita lupakan satu sunnah yang mulia ini. Ganjaran berpuasa enam hari dalam bulan Syawal amat besar di sisi Allah SWT. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.

Kredit : Ustaz Wadi Annuar Official
Jadual Waktu Solat
📍 Hulu Terengganu (Terengganu)
🗓 Khamis, 24 April 2025
🌟 25 Syawal 1446H

 🌥 Imsak   : 05:39 AM
⛅️ Subuh : 05:49 AM
🌤 Syuruk : 06:59 AM
🌞 Zohor : 01:10 PM
☀️ Asar : 04:24 PM
🌙 Maghrib : 07:17 PM
⭐️ Isyak : 08:28 PM


Selamat menunaikan solat fardhu! 😄
⛅️ PERINGATAN SUBUH! ⛅️

(05:49 AM) bagi kawasan Hulu Terengganu (Terengganu).

🔜 Waktu Syuruk: 06:59 AM