Semasa saya tak tahu nak buat kerja apa selepas di berhentikan kerja,
Saya hanya pinjam duit isteri RM10 dan ke Plaza Imbi dan Low Yat. Kalau anak isteri tanya saya ke mana dan buat apa,
"Ayah ada kerja"
"Ada orang minta tolong di kedai"
Berbekalkan duit itulah, buat tambang pergi balik RM4.80 dan baki beli roti dan air. Balik nanti InsyaAllah adalah kadang RM50 atau RM30 duit belanja.
Bertahun-tahun begitulah sampai saya rasa macam nak berhenti sahaja kerja-kerja begini. Penatnya tak tahu nak cerita macamana. Kadang bosan datang, saya tidur saja di surau.
Nak dapatkan kerja tetap, kebanyakan kedai masa tu dah ada pekerja, tapi ada seorang bos kedai yang baik. Dia kata boleh tolong-tolong. Dia bagi upah.
Satu hari saya datang tolong kemaskan laptop dan komputer baru sampai, bos tiba-tiba tarik pagar nak tutup kedai. Sedangkan baru buka.
"Bos, tutup ke?"
"Yelah. Sudah satu minggu tak jalan. Laptop satu pun tak dapat jual ni. Jomlah ikut saya"
Saya pun ikut saja.
Dia naik kereta. Saya duduk sebelah dia. Dia telefon isteri.
"Jom pergi makan. Bawa anak-anak sekali"
Sepanjang perjalanan dia diam je. Saya pun ikut diam sekali. Pening mungkin tiada jualan. Nak hujung bulan.
Mesti banyak hal nak diselesaikan.
Sampai rumah dia, anak-anak isteri naik. Kami pergi ke shooping mall. Dia belanja makan. Bawa isteri anak-anak belikan apa mereka suka. Saya perhati je.
Dia sembang gelak-gelak dengan isteri dia. Macam tiada masalah, sedangkan kat kedai murung je.
Selesai semua, dia hantar saya ke stesen bas. Kami pun berpisah.
Esoknya dia telefon awal pagi.
"Abu, datang awal boleh? Tolong saya"
"Kenapa bos?"
"Ada orang order 50 komputer ni. Kena siapkan semua. Saya kasi lebih duit lah. Ok?"
Ya.
Apa yang saya belajar dengan bos ni? Sebab saya tanya dia. Pelik rasa. Bila tiada jualan, rasa down, mesti dia tutup kedai dan bawa anak isteri berjalan.
Pesan dia yang saya ingat sampai sekarang,
"Kalau kita down, takde sale, penat, tutup sebentar perniagaan. Baliklah rumah. Jumpa anak isteri. Hiburkan mereka.
Sebab kadang takde sale bukan sebab apa, mungkin kita terlalu sibuk sampai kita lupa, apa yang kita buat ni sebenarnya untuk apa.
Kita cari duit untuk keluarga kan? Tapi duit itu tak pernah cukup untuk kita. Tapi bila cari rezeki untuk keluarga, dan kita yakin Allah yang bagi, jadi kita takkan penat dan kita ada masa untuk berehat"
Rupanya begitu.
Selepas bertenang, selepas menghiburkan ahli keluarganya, Allah balas esoknya juga pada dia.
Dan itulah yang saya ikut dan buat.
Kalau dah penat sangat, sibuk sangat, saya "pause" sebentar, dan pergi kepada keluarga saya. Kerana sesungguhnya,
Di mana ada bahagia, disitu pasti ada keluarga.
Wahai Allah, jadikanlah rumahtangga kami syurga sebelum syurga.
Jadikanlah rumahtangga kami masjid untuk kami mengingatiMu.
Tempat sumber kekuatan dan hiburan, serta ketenangan.
Amin.
#sweeterapi
Cnp

Janganlah kita sekadar kata:
“Saya sayang ibu bapa saya”
“Saya hendak buat ibu bapa saya bahagia”
Tetapi, kita tidak pun melaksanakan, menterjemahkan kata-kata kita. Bila kita menjadi pelajar luar negara, kita tidak selalu pun menelefon mereka. Bila kita berkahwin, kita jarang-jarang bersama mereka. Kita tidak sentiasa wujud bersama mereka, dan kadang-kala, kita melenyapkan mereka dari kehidupa
n kita. Seakan-akan kita berkata, “ Sekarang aku sudah besar, jadi kau sudah tiada guna”
Abu Bakar RA meriwayatkan bahawa, “Utusan ALLAH(Rasulullah SAW) menyebut tiga kali: Adakah aku patut memberitahumu dosa yang terbesar antara yang terbesar?. Maka kami menjawab, Patut wahai Utusan Allah. Maka baginda berkata, Itulah dia mensyirikkan Allah dalam ibadah, dan tidak berkhidmat kepada ibu bapa” Hadith Al-Bukhari.
Sebenarnya, ibu bapa adalah antara sumber kebahagiaan kita. Letaknya dalam carta manusia, adalah tertinggi selepas Rasulullah SAW.
Ada satu kisah, berkenaan seorang lelaki yang membawa ibunya, anak dan isterinya menaiki sebuah bot. Kemudian bot itu karam, dan semua mereka kelemasan. Si Lelaki pandai berenang, terus memilih menyelamatkan ibunya tanpa banyak berhitung. Isteri dan anaknya, mati begitu sahaja. Bila orang tahu akan ceritanya, orang bertanya, kenapa dia bertindak sedemikian rupa?
Dia berkata: “Isteri dan anak, insyaALLAH akan aku dapat cari ganti. Tetapi ibuku, aku hanya ada satu ibu sahaja dan itu tidak boleh dicari lagi”

#TabungHidup
"JIKA TERPIJAK KAKI ORANG LAIN, PASTIKAN KASUTNYA TETAP BERKILAT".
Jika kita perlu menegur, tegurlah jangan sampai melukakan orang yang menerima teguran.
1. Setiap dari kita adalah pemimpin, pimpinlah diri kita dengan baik.
2. Pandai guna kata kata dan akan bercakap bila perlu sahaja.
3. Mengetahui bila dan bagaimana menyenangkan dan bahagiakan orang lain.
4. Ketika kita membenci, kita tidak mempamerkan kebencian kita.
5. Bagi orang hebat, kuasa bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada akal fikirannya.
6. Jangan pernah sampaikan berita buruk, tutuplah berita buruk dengan berita baik yang menyenangkan.
7. Jangan terlalu yakin bahawa pandangan kita paling tepat dan baik, tidak berjaya sesuaikan diri dengan pandangan orang lain juga satu kegagalan.
8. Lakukan kerja kita dengan baik, cepat dan spontan hingga orang yakin kita bijak.
9. Jangan terlalu banyak bercerita tentang kerja kita, ia membuat orang ragu dengan tanggujawab kita.
10. Jangan pamerkan kebahagian dan kekayaan kita atas dasar motivasi katanya, takut riak dan ujub datang kehati kita.
Credit =Azizul Azli Ahmad
#SelamatBekerjaKawan
#Senyum

Hari ini 1,392 tahun yang lalu, wafatnya Nabi Muhammad SAW.
Di penghujung tahun ke-11 penghijrahan umat Islam ke Madinah, Nabi Muhammad SAW kembali ke kota Mekah buat kali terakhir untuk menunaikan ibadah haji, yang menjadi satu-satunya haji yang dilaksanakan Baginda semasa hayatnya.
Pada 9 Dzulhijjah 10H (6 Mac 631M), Rasulullah SAW menyampaikan Khutbah Terakhir di Jabal Rahmah, di mana Baginda menyeru umatnya supaya tidak kembali ke cara hidup lama yang jahil serta berpegang kepada Al-Quran & sunnah sebagai cara hidup terbaik.
Sebelum pulang ke Madinah, Baginda menziarahi makam isteri pertamanya, Saidatina Khadijah RA, insan pertama yang mempercayai penerimaan wahyu pertama Allah SWT kepada Baginda & yang pertama memeluk Islam, buat kali terakhir.
Sehari selepas 2 bulan sekembalinya ke Madinah, Baginda mengalami demam & sakit kepala. Untuk beberapa hari Baginda masih boleh mengimamkan solat sehingga sakitnya semakin teruk & meminta sahabatnya Abu Bakar RA untuk menggantikannya.
Pada 8 Jun 632M, bersamaan 13 Rabiulawal 11H, Muhammad bin Abdullah menghembuskan nafas terakhir pada usia 62 tahun di pangkuan isterinya, Saidatina Aishah RA. Rasulullah SAW dimakamkan di lokasi wafatnya Baginda di dalam bilik Aishah RA.
Selepas kewafatan Baginda, kepimpinan Islam diambil alih oleh Abu Bakar RA, memulakan dinasti Khulafa al-Rasyidin yang diteruskan oleh Umar al-Khattab RA, Uthman bin Affan RA & Ali bin Abi Talib RA dalam mengembangkan syiar Islam ke seluruh tanah Arab.
Sumber: Biography, The Life of the Prophet Muhammad (Ibn Kathir)
#PeristiwaHariIni

Tips menjadi ayah yang hebat :
1. Cintailah isterimu.
Terima segala baik buruknya saat menikahinya. Dia lah yg melahirkan dan menjaga zuriatmu hampir siang dan malam. Pengorbanan yang sangat jelas tidak mampu ayah lakukan. Saban hari berperang dengan perasaan dan pengorbanan dalam mengasuh zuriat mu sejak lahir... Jika anda menyayangi isterimu..maka kasih dan cintailah keluargamu..
2. Luang masa bersama
Sesekali bawa lah keluarga anda bersiar-siar2. Bersantai ditepi pantai ditemani angin sepoi-sepoi.. 'Bonding time'.. Sesi bersantai dan bermersa bersama-sama. Sambil mendengar luahan hati masing-masing.. Saling memperingati dan memperbaiki kesilapan diri..
Jika punya bayi kecil.. Saat bayi anda berjaga malam. Ambil peluang untuk menjaga dan mengasuh bayi anda. Biarkan isteri anda tidur dan ambil tempat isteri anda. Saat bayi anda 3bulan adalah masa yang tepat untuk anda memainkan peranan anda sebagai bapa supaya pertumbuhan pembesaran bayi anda sejajar dengan perkembangan.
3. Jadilah teladan
Saling menjaga dan memperbaiki diri supaya anda menjadi ikutan yg baik untuk anak anda..
Tunjukkan perilaku dan perbuatan yang baik kerana anak anda melihat setiap tingkah laku anda dan mungkin anak anda akan menjadikan anda sebagai IDOLA suatu hati nanti..
4. Fahamilah karakter setiap anak anda.
Saling berkomunikasi dan menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing tanpa membezakan antara satu dengan yang lain.Berikan bimbingan mengikut cara yang bersesuaian dan tidak terlalu memaksa. Biarkan pertumbuhan mereka selaras dengan alirannya.
5. Tunjuk kasih sayang
Terjemahkan kasih sayang anda pada anak anda. Jangan biarkan mereka berasa sendiri dan sepi. Saling berinteraksi dan saling memberi antara satu sama lain supaya mereka berasa dihargai dan disayangi..
6. Disiplinkan anak anda dengan kelembutan
Ajar dan didik anak anda dengan kelembutan dan bukan terlau memaksa dan mendesak. Dikhuatiri mereka akan memberontak suatu hari kelak.
Memberikan penterjemahan dengan kelembutan dan bukan dengan amarah..
7. Tabungan masa hadapan.
Sebagai ayah yang bijak. Anda sebgagai ketua keluarga hendaklah bijan merancang perbelanjaan kewangan dalam keluarga. Wang bukanlah segalanya akan tetapi ia amatlah berguna untuk masa hadapan anak anda. Bijaklah menabung dan menyimpan untuk kegunaan kecemasan dan masa hadapan.
8. Makan bersama keluarga
Nikmatilah saat makan bersama keluarga anda. Saling bermesra dan berbual. Tunjukkan rasa penghargaan anta satu sama lain supaya mereka rasa disayangi..
9. Berdoa dan beribadah bersama
Sebagai imam dan ketua keluarga, didiklah anak supaya mentakuti Allah S .A.W.. Ajarkan mereka tentang solat,dosa dan pahala supaya kelak mereka menjadi solleh dan solehah dan takut kepada Allah
10. Nikmatilah saat menjadi seorang ayah yang kekal selamanya
Saat anda menjadi seorang ayah, Maka selamanya akan menjadi seorang ayah. Jadilah seorang ayah yang sabar dan bertanggungjawab dan mendidikan anak anda supaya pertumbuhan anak anda sejajar dengan perkembangannya

Pesan kat adik-beradik kita!
Bila dah besar, dah ada kerja, dah ada pendapatan, dah ada duit, cari harta sendiri. Beli rumah, beli tanah, beli aset.
Bagi ada harta dengan nama sendiri.
Jangan direbutnya tanah sekangkang kera dikampung tu nanti. Jangan disebabkan harta tak seberapa itu, kita adik beradik bergaduh, bermasam muka, bertelagah.
Tak guna.
Kita ni sulung ke, kita ni lelaki ke, nanti bahagian kita lebih dari adik beradik yang lain ke, jangan fikir, jangan berharap. Jangan letak target yang kita nak rumah, kita nak tanah, kita nak kebun atau kita nak harta.
Jangan.
Sebab nanti bila tak dapat, kita mula la nk marah, nak bergaduh dan nak menuntut. Walhal ketika "harta" tu ada, bukan kita yang jaga, bukan kita yang usahakan, bukan kita yang berbakti. Tup² bila harta tu dah tiada pemiliknya, kita nak sangat² "hak" kita.
Hak apa yang kita nak? Hak apa yang kita tuntut? Kita berhak ke?
Usaha sendiri untuk kumpul harta sendiri tanpa perlu meletakkan harta pusaka sebagai matlamat kita, cita² kita yang lebih utama ialah menjaga ibubapa kita, baik sihat mahupun sakit tanpa perlu mengharapkan apa² dari mereka.
Ini tak, kita buat mereka seperti bola. Sekejap pass sana, sekejap pass sini.
Kita sebagai anak yang perlu bagi "sesuatu" kepada orang tua kita dan bukannya menunggu dan berebut "sesuatu" hasil penat lelah mereka.
Kalaulah kita berebut menjaga org tua kita sebagaimana kita berebut harta pusaka, mesti untung orang tua kita kan. Tapi banyak yang jadi bod0h dan hilang akal hanya disebabkan sesuatu yang bernama "harta pusaka". Time sakit taknak jaga, time dah tiada datang menuntut pula.😥
Wallahu A'lam.
In sha ALLAH. Sama-sama kita mengambil ibrah dan muhasabah.
Kredit : Shahros

Ini meja belajar seorang pelajar cemerlang tingkatan 4. Ayah di penjara dan ibu kerja 2 kerja menyara 5 anak.
Tapi yang best adalah semangat anak ni sentiasa dengan buku sekolah dan banyak dapat A.
Banyak ke masalah keluarga ni?
Banyak!
Orang mengata, di pulaukam dan di sisihkan.
Tapi dia lawan dengan solat tak tinggal dan sentiasa asingkan diri dengan belajar belajar belajar.
Dia tak mintak apa apa dari Mi cuma kak Na mintak Mi bagi kata kata semangat aje. Seriously itu sahaja.
Tapi banyak Mi belajar dari keluarga ni.
Post ni bukan mintak bantuan ye. Asalnya saya rasa terinspirasi

Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.
Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.
Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dlm kehidupannya.
Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.
Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.
Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui..
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah..
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.
Dan satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.
Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.
Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku.
Tapi rezekiku tahu di mana diriku berada.
Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak 4 bulan 10 hari aku dalam kandungan ibuku.
Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya..
Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda..
Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati.
Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.
Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya.
Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.
Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan.
Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, "Dari mana dan digunakan untuk apa"
Kerana rezeki hanyalah "hak pakai", bukan "hak milik"...
Halalnya dihisab dan haramnya diazab.
Maka, aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain...
Kredit : Fathul Hanz

“Doktor, macam mana nak tahu cinta ni masih hidup… atau dah nazak?”
17 tahun saya kahwin.
Saya tak belajar semua ni dari textbook.
Tapi dari silap sendiri (paling byk, selamat la dapat isteri super sabar kan Dr Rosmaliza Kamaruddin , air mata pesakit, dan doa yg sunnah dari Al-Quran & Hadith.. & masih belajar dgn abg sy mcm Tengku Fazli Tengku Yahya & Ustazah Asma' Harun
Sy listkan.
#1 – “Not everything is that deep, bro.... ”
Kadang pasangan kita salah,
kadang kita lebih salah,
tapi yang paling salah — dua-dua ego nak menang.
"Kalau kau menang hujah, tapi kalah pasangan... kau kalah semua."
Al-Quran sebut..
“...dan apabila orang jahil menyapa mereka, mereka berkata: ‘Salam.’”
(Surah Al-Furqan: 63)
“Yang kuat itu bukan yang menang bergusti, tapi yang mampu kawal marah.” (Sahih al-Bukhari)
Ni sy pun sentiasa terbabas😔..marah sokmo. Tp skrg ok sikit kot..
Saya pernah tengok pasangan yang gaduh sebab ‘anak-anak asyik sakit, siapa yg kena sacrifice kerja nak hantar anak ke klinik pagi2... ’
Tapi endingnya? Berpisah..
Sebab tiada siapa nak beralah atau bergilir..
#2 – Be the player that carries the team
Jangan tunggu pasangan “ubah”.
Awak dulu ubah.
Macam Mobile Legends — kadang kita kena “carry the game.”
Allah sebut dah kan..
“Jika kamu berbuat baik, kamu buat baik untuk diri sendiri.” (Surah Al-Isra’: 7)
“Sebaik-baik kamu adalah yang paling baik kepada isterinya.” (Tirmidzi)
True story: Saya pernah tgk patient sy handle isteri yang jaga suami lumpuh more than 5 years..
Dia tak pernah merungut.
Dia kata: “Saya buat ni bukan sebab dia sempurna. Tapi sebab saya sayang Allah yang pinjamkan dia.”
#3 – Intimacy bukan cringe. It's commitment.
Let’s be real.
Love tanpa intimacy = friendship.
Marriage tanpa intimacy = roommate level.
Tak faham?
Camni..
Cinta ni macam api.
Kalau tak jaga, dia sejuk.
Kalau terlalu abaikan, dia mati.
Dalil Al-Quran
“Mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”
(Surah Al-Baqarah: 187)
Nabi SAW ajar belaian sebelum bersama. (Ibn Majah)
Pengalaman sy as doctor.
Ramai pasangan muda yang mengadu hilang rasa.. Rasa pe?
Tapi bila ditanya last time pegang tangan isteri pun tak ingat bila. Sentuh sbb salam je lah.. Itu pun kalau nak jalan jauh😅
Sentuh itu sunnah, bukan geli.
#4 – Jangan buat akaun ‘Shopee rahsia’... trust issues nanti.
Spending tanpa plan = jalan pintas ke neraka emosi.
“You’re not broke, you just have expensive taste with low discipline.”
Punyalah detail al-Quran kata pe..
“Jangan terlalu kedekut, dan jangan terlalu boros…”
(Surah Al-Isra’: 29)
My case: Pasangan datang bergaduh sebab suami beli PS4 ke PS 5, sy x ingat sbb sy x main game (untung ko dapat laki camni🤣)
Bila saya tanya kenapa tak bincang?
Dia jawab:
“Saya takut dia tak setuju.”
Well bro, now you’re sleeping on the couch🤣
#5 – Pray like your marriage is hanging by a thread. Because it is.
Cinta bukan tahan sebab muka flawless.
Ramai je laki x ensem, isteri dia MasyaAllah..
Ada je isteri kurang comel, suami macam Bread Pit..
Tapi sebab Allah pelihara. Yes! ALLAH yg pelihara..
Bila kali terakhir doakan pasangan awak dengan air mata?
Kalau belum… start malam ni.
“Ya Allah, kurniakan kami pasangan dan anak-anak penyejuk mata...”
(Surah Al-Furqan: 74)
Ni doa boleh selalu amal
Seorang pakcik umur 78 tahun jaga isteri Alzheimer (nyanyuk)
Dia panggil isteri tu “sayang” setiap hari walaupun isteri tak ingat nama dia pun.
Dia bisik dekat saya:
“Saya sayang dia bukan sebab dia kenal saya… Tapi sebab saya janji dengan Allah untuk jaga dia.”
Perkahwinan bukan survive sebab dua orang baik.
Tapi sebab dua orange sanggup berubah… dan terus berdoa.”
Kalau tengah rasa cinta makin jauh,
jangan tengok salah siapa dulu — tengok siapa yang kurang berdoa.
Habis baca? Mesti tgh bosan dalam jem tuuu 🤣
Belakang tabir pic sy ni semua kawan2 sy yg comel2 n kecoh laki bini.. sarat dgn ilmu bg sy yg masih 'muda' ni🤭..
Credit # Azfar hussin

PENDARAHAN OTAK
Antara faktor risiko terbesar untuk seseorang terkena pendarahan di dalam otak tanpa apa-apa hentakan pada kepala adalah...
Darah tinggi
Sebab itu darah tinggi dipanggil pembunuh senyap (silent killer). Sebab waktu tekanan darah meningkat lebih dari normal, kita tak rasa apa pun. Tapi ia merosakkan salur darah dan merisikokan salur darah itu pecah. Bila berlaku, masa tu baru ada tanda-tanda. Dan waktu itu, mungkin dah terlambat.
1 dari 3 rakyat Malaysia ada darah tinggi.
Malah, separuh dari mereka ni, tak sedar pun mereka ada darah tinggi.
Cuba pergi check tekanan darah dekat farmasi. Kalay lebih 140/90, besar kemungkinan anda ada darah tinggi lah tu. Jumpa doktor. Buat saringan kerosakan organ lain. Dapatkan rawatan.
5 tips untuk kawal tekanan darah dari saya.
1. Kurangkan penggunaan garam dan perasa tambahan dalam masakan. Tak kisah lah garam bukit ke, Himalaya ke, MSG ke, sos cili, tomato, ikan ke, kurangkan. Ganti dengan rempah ratus.
2. Kurangkan makanan berproses dan makanan segera. Tak kira lah dia tulis pilihan lebih sihat ke apa.
3. Berhenti merokok dan vape. Nikotin dalam keduanya akan meningkatkan tekanan darah dan merosakkan salur darah.
4. Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari. Kalau boleh, cuba capai 10 000 langkah sehari.
5. Kalau anda dah kena makan ubat untuk darah tinggi, mohon patuh. Separuh dari penghidap darah tinggi tak patuh dengan ubat. Mereka hanya menyesal bila organ dah rosak. Jangan jadi seperti ini.
Jaga diri. Jaga kesihatan. Darah tinggi adalah pembunuh senyap.
Dr Amirul Amzar
Pakar Perubatan Keluarga
Medical Mythbusters Malaysia, M3

Murid ini waktu tingkatan 4, hampir dibuang kerana sangat kerap ponteng, atas usaha GPK Hem dan kaunselor, dia datang semula ke sekolah. Seorang murid baik dan lurus, tiada masalah disiplin, cuma kerap tidak hadir ke sekolah. Mungkin dunia persekolahan tidak mesra padanya, bidang akademik yang penuh persaingan dan perbandingan mungkin menyebabkan dia menjauh disebabkan kelemahannya untuk memahami dan mengingat.
Tapi dia suka menyanyi. Aku masukkan dia dalam kumpulan puisi dan lagu sekolah. Kami tak menang, tapi dia mula suka ke sekolah, mungkin sebab rasa dihargai. Mungkin itu juga menjadi antara memori terbaiknya di alam persekolahan.
Dalam subjek landskap yang aku ajar, dia tak pernah lulus pun peperiksaan, tapi dia rajin dan ringan tulang menyiapkan tugasan. Walaupun tidak sempurna, tetapi dia berusaha. Aku tak marah pun sebab aku tau kelemahannya, dan kadang-kala bila dia ditinggalkan bas selepas tuisyen petang, waktu aku hantar pulang, sempat juga aku titip kata-kata.
Hari ini dia dapat A-.
Tapi aku tak dapat jumpa dia
untuk ucap tahniah.
Dia dah pergi isnin lepas
kerana jangkitan kuman selepas pembedahan apendiks.
Awak tak banyak dosa
nanti tolong saya
kalau saya di sebelah satu lagi
pinta pada Tuhan
supaya saya diampunkan.
Credit Muslim Ismail