π™°πš‘πš‹πšŠπšŠπš‹πšžπš—π™½πšŠπš‹πš’πš’
397 subscribers
1.58K photos
141 videos
5 files
128 links
Ψ¨Ψ³Ω€Ω€Ω€Ω… Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ€Ω€Ω‡ Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω…Ω€Ω€Ω€Ω† Ψ§Ω„Ψ±Ψ­Ω€Ω€Ω€ΩŠΩ…

Menyebarkan dakwah Rasulullah ﷺ untuk menyenangkan hati Baginda ﷺ. Semoga ALLAH qobul dan ridho dengan usaha yang kecil ini 🀲🏻

Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω€Ω€Ω… ءلِّ ΨΉΩ„Ω‰ Ψ³ΩŠΨ―Ω†Ψ§ Ω…Ψ­Ω…Ψ―

@ummuhammadsalim
Download Telegram
MA'AHAD TAHFIZ MIFTAHUL ULUM, SG SERAI HULU LANGAT SELANGOR.

Siapa yang berminat untuk mempelajari pengajian alim/alimah, boleh hubungi no yang tertera.

Mempunyai sanad hadith yang tertinggi di malaysia, dengan jalur yaman ( 11 orang ) dan deoband (20 orang) utk sampai ke Rasulullah ο·Ί. Jom, jangan lepaskan peluang.
Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† Ω‘

Ya Allah, jadikanlah puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Jadikanlah ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar mendirikan solat malam. Jauhkan aku dari kelalaian orang-orang yang lalai. Ampunilah dosaku, wahai Tuhan semesta alam, dan maafkanlah aku, wahai Yang Maha Pengampun.

🩷
Bulan Ramadhan bukan bulan yang perlu dihitung "bila lah nak habis ramadhan, penatnya puasa, penatnya tahan lapar, bila nak raya ni."

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, yang padanya terdapat banyak kelebihan, satu amalan sunat ganjarannya seperti amalan wajib. Dan amalan yang wajib digandakan 70 kali apabila dikerjakan.

Para soliheen terdahulu kalau boleh nak setiap hari adalah bulan Ramadhan πŸŒ™. Begitu luasnya rahmat Allah
Nikmatilah bulan Ramadhan dengan penuh pengharapan dan keampunan. Mengharapkan rahmat, taufiq dan hidayat agar dibimbing selalu hati kepada ketaatan. Belum tentu ramadhan akan datang masih diberi kesempatan. Just enjoy the vibes 😊🩷🀲🏻
Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† Ω’

Ya Allah, cintakanlah hati kami untuk selalu melaksanakan solat dan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan ini dan anugerahilah kami istiqomah sehingga kami menghadapMu 🀲🏻🩷
Ψ±Ω…ΨΆΨ§Ω† Ω£

Ya Allah, kami meminta denganMu di bulan mulia ini keadaan yg terbaik, doa yg terbaik, amal yg terbaik, kehidupan yg terbaik dan kematian yg terbaik.
Di saat dunia memalingkan wajah, Allah tetap memanggil namaku dengan lembut.
Aku datang membawa dosa setinggi langit,
Dia menyambutku dengan rahmat seluas samudera.
Aku sering lupa, namun Dia tak pernah lelah menunggu. Cinta manusia mengenal syarat,
Cinta Allah hanya mengenal kembali.

Maka jika hatimu retak hari ini,
ketahuilah itu bukan tanda kau jauh dari-Nya,
tetapi ruang agar cahaya-Nya masuk perlahan 🌹
Ramadhan ke 4

Ya Allah, anugerahilah kepada kami ikhlas dalam melakukan amal soleh di bulan Ramadhan ini. Jauhkan kami dari riya' dan pujian manusia. Terimalah ibadah kami hanya keranaMu. Aamiin.

❀️
Ramadhan ke-6

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Berkatilah kami di bulan ini. Jadikanlah hati kami sentiasa tunduk dan patuh kepadaMu sehingga kami bertemu denganMu. Lindungilah kami dari kejahatan di dunia dan azab di akhirat.
Ya Allah, hisailah baki-baki dari hari ramadhan kami dengan keindahan lantunan ayat suci Al-Quran, teguhnya kaki berdiri mendirikan solat yang panjang, lidah yang selalu dibasahi dengan butir permata zikir dan selawat. Ya Allah, jangan biarkan ramadhan meninggalkan kami dalam keadaan kami masih lalai. Teguhkan lah iman kami dengan amal soleh yang istiqomah ❀️πŸ₯ΉπŸ€²πŸ»
Selalulah berpesan kepada diri sendiri bahawa kehidupan di dunia ini tidak mempunyai nilai di sisi Allah jika ia melalaikan kita. Dunia ini hanya sementara, kemewahan harta, tingginya pangkat, dan segala kebanggaan hanyalah bersifat duniawi yang akan ditinggalkan. Ingatlah selalu bahawa kehidupan yang sebenar ialah di akhirat. Di sanalah tempat yang kekal abadi, dengan nikmat syurga yang tidak terhitung dan kebahagiaan yang tiada bandingannya. Semoga hati kita sentiasa terpaut kepada akhirat, bukan terpesona dengan sementara indahnya dunia.
" Bunuh anak zaman sekarang"

Tadi dibacakan hadis dari kitab MΓΉkhtΓ sΓ r Ibnu Abi JΓ’mrΓ’h, hadis riwayat daripada Sayyiduna Ubadah bin Shomit رآي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΨΉΩ†Ω‡ , bahawasanya mereka berbaiah dengan Baginda Rasulullah ο·Ί ketika di Mina, antaranya Baginda berpesan:

*Janganlah kalian mencuri, janganlah kalian berzina, janganlah kalian membunuh anak kalian*...

Syeikh Feras Hafizhohullah mensyarahkan bahawa:

"Membunuh anak zaman sekarang ialah dengan membiarkan mereka bermain handphone dan internet sehingga melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Akhirnya anak-anak tidak dapat membaca Al-Quran, tidak dapat mengenal dan memahami agama ini dengan baik.

Inilah membunuh anak zaman sekarang.

Allah, semoga ibu ayah tidak mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak dengan agama

Catatan pengajian MΓΉkhtΓ sΓ r Ibnu Abi JΓ’mrΓ’h di Ribat Ahlil Quran
πŸŒ™ IBADAH QURBAN 1447H πŸ„πŸ
Anjuran Persatuan Kebajikan Fitratul Insaniyyah

Ingin melaksanakan ibadah qurban dengan tenang, mudah & dipercayai?
Kami sedia membantu anda!

βœ… Berpengalaman sejak 2019
βœ… Pengurusan telus & amanah
βœ… Agihan kepada golongan yang memerlukan
βœ… Laporan, E Sijil & gambar disediakan

πŸ’« Jadikan qurban anda lebih bermakna β€” bukan sekadar ibadah, tetapi juga kebajikan ummah.

πŸ“Œ Tempat adalah terhad.
πŸ“² Hubungi kami sekarang untuk tempahan & maklumat lanjut.
https://www.wasap.my/60193553769/qurban

β€œDaging-daging dan darahnya itu tidak sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.” (Al-Hajj: 37)

#Qurban1447 #IbadahQurban #FitratulInsaniyyah #KongsiRezeki #UmmahPrihatin
ο·½

Salam Maal Hijrah 1448H. Semoga tahun baru ini menjadi titik hijrah ke arah iman yang lebih teguh, akhlak yang lebih baik, dan kehidupan yang lebih diberkati.

β€˜Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.’ (Ar-Ra’d: 11).

حسبي Ψ§Ω„Ω„Ω‡ و Ω†ΨΉΩ… Ψ§Ω„ΩˆΩƒΩŠΩ„ ❀️
Bulan Rabi'ul Awwal bulan kelahiran Baginda Rasul ﷺ ❀️

Sambutlah bulan ini dengan penuh cinta dan rindu kepada Baginda ο·Ί, mengharap syafa'at Baginda di akhirat nanti.

Ajak ahli keluarga membaca kitab sirah Baginda ο·Ί, syamail Baginda ο·Ί. Semoga asbab semua itu Allah pandang kita dengan pandangan rahmatNya, berkat Baginda, Allah berkenan untuk menyatukan kita bersama Baginda di sana nanti. Ameen Ya Rabbb πŸ₯Ί
Lazimi istighfar, maka Allah akan ampunkan dosa2 serta dibukakan pintu rezeki dari arah yang tak disangka.

Kita ni banyak dosa dah, lazimilah mulut dan lisan dengan istighfar moga-moga Allah bersihkan hati kita, apa yang terkeluar dari mulut kita hanyalah hiasan zikir2 kepadaNya
Marhaban Ya Rabi' 🀲❀️

Semoga dengan kehadiran bulan yg dinanti-nantikan ini, semakin bertambah cinta dan rindu padamu wahai kekasih Allah πŸ₯°πŸŒ·