Emas & Kewangan | Thehazwanihashim
1.03K subscribers
3.82K photos
154 videos
8 files
2.03K links
Group in ditubuhkan bagi memberi
motivasi, inspirasi dan galakan untuk orang
ramai menyimpan emas dan perak dengan
cara yanq betul. Saya juga ada berkongsi
ilmu kewangan kerana ramai yang buat
kesilapan dalam kewangan. Semoga
bermanfaat.
Download Telegram
Sebab utama kita tidak boleh simpan duit adalah masalah kebocoran. Oleh itu emas antara simpanan yang sangat membantu untuk masalah kebocoran ini. Tak percaya kena tgk video ni๐Ÿ‘‡๐Ÿฝ

https://vt.tiktok.com/ZSrKMKpDR/
Kelebihan Simpan Emas Fizikal

โœ… Emas aset yang mudah untuk diwariskan
โœ… Merupakan benteng pertahan terakhir dalam portfolio kewangan seseorang individu
โœ… Tidak bergantung pada mana2 institusi untuk memberi nilai padanya. Termasuk BANK.
โœ… Company bankrup pun emas di tangan kita selamat kerana tak bergantung pada sesiapa.
โœ… Aura emas yang cantik menyebabkan kita rasa nak tambah dan kumpul emas. Sedar2 savings kita pun bertambah.

Pilihan di tangan anda.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
*50/50 atau 100% Pasti Untung?*

Tertarik dengan perkongsian mentor Tuan Mohd Zulkifli Shafie, teringat masa saya mula-mula involved dalam dunia pasaran saham.

Saya percaya ramai mula beremosi bila tengok harga emas naik turun.

Hakikat pahit yang perlu kita telan, pakar saham pun ada yang terduduk bila mana kerugian ratusan ribu gara-gara termakan dengan emosi sendiri, โ€œno one can predict the marketโ€. Jadi kenapa saya memilih dan terus fokus beli emas fizikal 999.9.

Walaupun dalam hidup kita sentiasa berhadapan dengan pilihan "high risk high return", orang berjaya tak akan ambil risiko membuta tuli.

Tapi risiko yang boleh dikira dan diurus (dikurangkan)...

Siapa pilih risiko rugi lebih tinggi berbanding potensi untung, itu satu kebodohan.

Kalau risiko rugi dan untung 50-50, itu perjudian.

Orang bijak sentiasa pilih pilihan yang potensi untungnya lebih besar berbanding rugi.

Emas bukan sentiasa untung. Tapi potensi untungnya lebih tinggi berbanding risiko rugi.

Bahkan risiko rugi hampir tiada bila kita ada ilmu yang cukup tentangnya...

Alhamdulillah, pengalaman mengajar saya. Betullah sebenar kita tak perlu fokus melabur untuk jadi kaya. Malah kita sebenarnya boleh jadi lebih kaya daripada harini jika tak melabur.

Konklusinya, baik fokus tambah income supaya kita boleh tambah tabungan lebih banyak.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
"Saya ni tak minat simpan emas tapi nak tanya dulu ."

Sering kali saya dapat wasap sebegini.

Sebenarnya, kita simpan emas ni bukan soal minat tapi sebab perlu.

Ya,sebab perlu.
Sama macam kita berkerja, walapun kita tak minat pun nak bangun awal pagi atau kena marah dengan bos.

Eh, pernah ke kena marah?

Kita kerja juga kan, sebab perlu.

Begitu juga dengan emas
Emas perlu untuk backup hasil penat lelah kita bekerja dari dirompak oleh inflasi setiap tahun.

Kita rasa duit kita bertambah bila kita menyimpan setiap bulan, hakikatnya kuasa beli pada duit kita tu jatuh setiap tahun.

Contoh mudah, duit R M 100 kita hari ni dan 10 tahun lepas. Dah tak sama nilai kan? Dulu dengan nilai duit tu kita boleh dapatkan banyak barang, sekarang boleh dikira dengan jari.

Bukan tu sahaja.

Kita perlu simpan emas supaya diri kita tak jatuh miskin setiap kali dapat gaji.

Ya lah kan, simpan awal bulan, tengah bulan korek balik.

Orang yang ada gaji, ada peluang buat simpanan sebulan sekali, tapi orang yang berniaga, mereka ada peluang buat simpanan setiap hari.

Bila dah simpan emas, baru kita bertambah kaya setiap bulan. Sebab simpanan susah nak bocor.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Prinsip dalam simpanan emas ni simple sahaja.

Beli dan tunggu harga naik.
Bukan tunggu harga turun baru beli.

Fokus tambah gram emas...kerana orang yang banyak gram emasnya merekalah yang untung bila harga emas naik setiap tahun.

Beli emas, pastikan dapat emas fizikalnya. Jangan pilih emas digital kerana ia tidak patuh syariah.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
๐—œ๐—ฆ๐—ง๐—œ๐—ค๐—”๐— ๐—”๐—› ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—”๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก - @highlight

Kalau kita amalkan sesuatu amalan yang memberi kebaikkan kepada kita, pastikan kita buat secara ISTIQAMAH...

InShaALLAH kita akan nampak hasil dan kebaikkan amalan tersebut akan datang kepada diri kita sendiri...

Nak ISTIQAMAH bukan satu perkara yang mudah tetapi tidak mustahil untuk dicapai kerana ia perlu kepada paksaan pada peringkat awal...

Contoh terdekat dengan kita semua adalah amalan gosok pagi di awal hari dan saya amat yakin perkara wajib yang kita akan buat setiap pagi adalah gosok gigi...

Kita diasuh sejak kecil lagi oleh ibu ayah kita supaya bangun pagi saja terus gosok gigi dan kita juga selalu dididik akan manfaat amalan ini...

Mula-mula itu memang kita akan berat nak amalkan dan kadang-kadang kita terculas nak buat sebab kita tak berapa faham manfaatnya ketika itu...

Tapi asbab kita terus dipaksa untuk gosok gigi setiap pagi semasa kecil dan dibebel oleh ibu ayah kita kesan tidak gosok gigi, akhirnya ia menjadi amalan yang sebati dalam diri kita...

Hari ini walaupun ibu ayah kita sudah tiada atau berjauhan, kita akan tetap gosok gigi di awal pagi dan kita akan rasa ganjal jika tak gosok gigi...

Kita akan rasa hari tersebut tidak lengkap dan jadi tak seronok kalau kita tak gosok gigi. Nak bercakap pun jadi segan sebab takut mulut kita berbau busuk oleh kawan-kawan...

๐—ฆ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐—บ๐—ฎ๐˜€...

Jika kita nak berjaya, kita perlu paksa diri untuk mula langkah pertama menyimpan Emas walaupun dengan simpan serendah RM100...

Yang penting mula dahulu dan dalam masa yang sama kita perlu mencari ILMU manfaat menyimpan Emas...

Paksa diri untuk istiqamah menyimpan Emas setiap bulan dan amalkan kaedah "๐˜€๐—ถ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—น๐˜‚ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ป" ๐˜€๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ด๐—ฎ๐—ท๐—ถ...

InShaALLAH... Apabila amalan menyimpan Emas ini sudah sebati dalam diri kita, perkara pertama yang kita akan buat apabila dapat gaji adalah simpan Emas.

Percayalah, waktu itu kita akan simpan Emas tanpa perlu sebarang peringatan mahupun paksaan...

Kita akan rasa ganjal dan tak selesa jika kita tidak menyimpan Emas pada bulan tersebut. Dunia akan jadi tak lengkap tanpa menyimpan Emas ๐Ÿ˜Š

Manfaatnya adalah duit simpanan dan aset Emas kita akan bertambah setiap bulan tanpa gagal...

InShaALLAH, kita mampu menjadi seorang yang bebas kewangan dan penyumbang dana zakat simpanan kepada masyarakat.

Barulah indah hidup kita kan... Begitulah...

Sekian... Semoga bermanfaat untuk kita semua...

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Ramai orang  berangan mahukan simpanan yang banyak untuk masa hadapan.

Tapi tak ramai sebenarnya yang betul-betul mengambil tindakan untuk BERMULA menabung hatta RM1 sekalipun.

Lebih ramai Mat Jenin di luar sana. Bila susah dia menyalahkan orang lain. Pinjam sana sini sampai menyusahkan seluruh ahli keluarga.

Sahabat, menabunglah bermula SEKARANG, bukan untuk kesenangan dan manfaat orang lain, untuk diri sendiri juga.

Simpan duit itu bagus, sebaiknya laburkan sedikit agar ia terus beranak jadi banyak. Tambah simpanan emas fizikal juga kerana tabungan yang lebih baik adalah tabungan EMAS.

Emas ini nilainya kekal dan Kalis Inflasi.
Emas memegang nilainya yang tersendiri, manakala tunai terdedah kepada ketirisan dan inflasi.

Maka itulah emas adalah pilihan paling bijak untuk simpanan yg lebih berharga ๐Ÿ‘

Ayuh konsisten menabung emas ๐Ÿ’ช๐Ÿผ

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Berapa yang patut saya mulakan simpanan sebagai orang baru?

Jawapan:
Sekarang mudah.
Boleh ikut bajet masing-masing sahaja.

โœ…Ada Rm100 menabung Rm100.
โœ…Ada bajet 1gm terus menabung 1gram
โœ…Ada bajet beli RM1000 boleh terus top up RM1000
โœ… Ada bajet 10gram boleh terus dapatkan secara full payment

Sangat fleksibel dan mudah! Ini yang seronok jadi penyimpan emas di Public Gold.

Yang penting kita dah mula dan kena terus konsisten.

Tahniah yang dah mulakan simpanan emas hari ni!

๐Ÿ“ Nak mula simpan emas denagn mudah, murah & patuh syariah

๐Ÿ“ฒWhatsapp saya utk saya guide wasap.my/60137047922/naksimpanemast
โ€œSaya dah start beli emas, adakah saya penyimpan atau pelabur emas?โ€

Ada ramai orang bertanyakan soalan ini pada saya, tidak kurang pula bagi yg tak pernah beli goldbar atau dinar keliru tentang posisi mana yg sesuai dengannya.

Baik, saya terangkan secara ringkas dan mudah:

1. Pelabur emas adalah orang yang beli emas minima 100 gram dan ke atas. Mereka jenis beli โ€œbuy low dan sell highโ€. Kenapa kena beli 100 gram baru di consider sebagai pelabur?

Sebab emas ada susut nilai, goldbar 100g ada susut nilai yg rendah sekitar 6% sahaja dan harga per gram jauh lagi murah berbanding emas 1 gram.

Maksudnya beli emas dengan harga rendah dan boleh jual dengan harga yg lebih tinggi, beli emas yg ada spread rendah untuk kita untung cepat dan maksimum!

2. Penyimpan emas adalah orang yang baru mula simpan 1 gram sebulan, beli 10 gram sebulan atau beli 1 dinar setiap bulan. Soal harga nombor dua, fokus penyimpan emas nak selamatkan duit simpanan ke dalam bentuk emas sahaja.

Lebih banyak gram ada lagi bagus, cukup target simpanan boleh jual emas tersebut untuk buat travel, umrah, kahwin, beli rumah, beli kereta dan banyak lagi.

BONUS! BONUS! BONUS!
Simpanan yg konsisten boleh automatik jadi pelaburan bila emas terkumpul lebih dari 100g!

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
N I L A I W A N G

Pada tahun 1930an 1/2 sen mungkin bernilai untuk beli 3-4 biji kuih karipap.

Pada zaman saya bersekolah dulu sekitar hujung 70an sebiji karipap berharga 5sen.

Kini di tahun 2025, sebiji karipap berharga 60sen. Jangan kata syiling setengah sen, syiling 1sen pun kita dah tak jumpa.

Nilai wang tunai tak seiring dengan peredaran zaman. Bayangkan 20 tahun lagi, mungkin sebiji karipap berharga RM3.

Ini berbeza dengan emas. 1400 tahun yang lalu 1dinar emas boleh beli seekor kambing. Sekarang di tahun 2025, 1dinar emas masih boleh beli seekor kambing. Kini 1dinar emas bersamaan RM2,100+

Emas bernilai hingga ke syurga. Emas tak perlu diletak tanda harga untuk menentukan nilainya. Emas dinilai mengikut beratnya.

Ayuh mulakan simpan emas dengan 1gram sekarang, untuk matawang masa hadapan. Hari ini 1gram emas 999.9 bersamaan RM507

Ha lg senang simpan 1 Dinar dari seekor kambing kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿฅฐ

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Emas ni istimewa.

Nilainya melekat pada emas tu sendiri. Nilainya berdiri dengan sendiri, tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.

Ia tak perlukan 'marketing' hanya semata-mata nak bagitahu ianya bernilai.

Sebab itu, bila simpan emas, kita sebenarnya simpan kekayaan yang sebenar.

Tiada siapa boleh musnahkan nilai emas. Walaupun dalam bentuk debu sekalipun, ia tetap emas dan ia tetap bernilai.

Ianya satu-satunya aset kewangan yang nilainya tak sesekali akan jatuh kosong.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
๐ƒ๐€๐‡ ๐‰๐€๐ƒ๐ˆ ๐‚๐”๐’๐“๐Ž๐Œ๐„๐‘ ๐๐”๐๐‹๐ˆ๐‚ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ ๐“๐„๐“๐€๐๐ˆ ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐€๐Š ๐“๐€๐‡๐” ๐‚๐€๐‘๐€ ๐๐€๐Š ๐‘๐„๐•๐ˆ๐’๐„ ๐€๐Œ๐Ž๐”๐๐“ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“? ๐Œ๐€๐’๐ˆ๐‡ ๐“๐€๐Š ๐“๐€๐‡๐” ๐๐„๐™๐€ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“ ๐†๐€๐ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“ ๐„๐๐?

Hadirkan diri anda dan tanyakan apa sahaja soalan berkenaan dengan transaksi dan prosedur secara langsung dalam sesi "๐๐ฎ๐›๐ฅ๐ข๐œ ๐†๐จ๐ฅ๐ ๐&๐€" bersama, ๐ƒ๐จ๐ฎ๐›๐ฅ๐ž ๐’๐ญ๐š๐ซ ๐Œ๐š๐ฌ๐ญ๐ž๐ซ ๐ƒ๐ž๐š๐ฅ๐ž๐ซ, ๐…๐š๐ญ๐ข๐ง ๐๐ฎ๐ซ๐ก๐š๐ณ๐ฐ๐š๐ง๐ข ๐๐ข๐ง๐ญ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ก๐ข๐ฆ.

Ini bukan seminar, tapi soal jawab santai. Anda tanya, beliau jawab.

๐“๐š๐ซ๐ข๐ค๐ก: ๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐‘๐š๐›๐ฎ)
๐Œ๐š๐ฌ๐š: ๐Ÿ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ - ๐Ÿ.๐Ÿ‘๐ŸŽ ๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐ก๐š๐ซ๐ข
๐๐ฅ๐š๐ญ๐Ÿ๐จ๐ซ๐ฆ: ๐™๐จ๐จ๐ฆ ๐Œ๐ž๐ž๐ญ๐ข๐ง๐ 

Program ini terbuka kepada ๐’๐„๐Œ๐”๐€ ๐‚๐”๐’๐“๐Ž๐Œ๐„๐‘ ๐๐”๐๐‹๐ˆ๐‚ ๐†๐Ž๐‹๐ƒ berdaftar, tak kira dari mana-mana network sekalipun.

Daftar kehadiran anda DI SINI : https://g100.my/public-gold-q-n-a/
Hati-hati gais

Jangan mudah tertipu dengan penjual emas
Saya Blur Sekejap.

Begini kisahnya.

Saya ternampak satu live di TT.

Live tu tengah jual emas 999. Saya lihat penonton ada sekitar 400 orang.

Kata juru jual dia akan mengadakan lelongan emas sebentar lagi. Semua diminta bersedia sebab emas seperti dalam gambar di bawah tak banyak. Yang cepat akan dapat. Begitulah.

Tak sampai 20 minit berniaga, beg kuning telah ditutup tanda sold out.

Hebat!

Pembeli berebut-rebut membeli sebab murah.

Berapa harga yang dijual?
Sekeping emas seperti dalam gambar di bawah dijual pada harga RM60.

Lelongan yang dibuat, 10 keping HANYA berharga RM300. Sebab itulah penonton berlumba-lumba membeli.

Pada ruangan Komen masing-masing meluahkan rasa syukur kerana mampu memiliki emas sebagai simpanan masa depan.

Time ni saya rasa macam aku yang bodoh atau pembeli yang terkena pukau????

Emas tu nampak macam murah.

Berat sekeping hanya 0.01 gram. 0.01 gram tu mungkin seberat sebutir beras kot. Saya agak jer. Emas itu dicanai supaya nampak besar walaupun nipis.

Kalau beli sepuluh keping bersamaan 0.1 gram. Harga RM300.

Maksudnya kita perlukan 100 keping untuk jadikan 1 gram.

Harga 100 keping RM3000 selepas diskaun. Kalau tak diskaun harga 100 keping RM6000.

Saya tepuk dahi.

Apabila membeli dengan kejahilan maka kita akan dibodohkan depan-depan.

Emas 999 Dari planet mana yang berharga 1 gram RM3000?? Atau RM6000 sebelum diskaun?

Emas 999 hari ini berharga RM511 sahaja satu gram.

Nampak tak?

Maksudnya sekeping emas 0.01 gram itu berharga sekitar RM5 sahaja. Sekiranya ditambah kos tukang, bekas Dan sebagainya pun tak akan sampai RM20 sekeping.

Kalau nak beli satu atau Dua sebagai koleksi oklah.

Tapi apabila beli banyak-banyak untuk investment, sangatlah tidak cerdik.

Nak buat apa-apa pun ilmu kena ada.

Tak ada ilmu, kita sekadar menjadi bilis habuan si jerung.