Emas & Kewangan | Thehazwanihashim
1K subscribers
3.72K photos
153 videos
8 files
1.95K links
Group in ditubuhkan bagi memberi
motivasi, inspirasi dan galakan untuk orang
ramai menyimpan emas dan perak dengan
cara yanq betul. Saya juga ada berkongsi
ilmu kewangan kerana ramai yang buat
kesilapan dalam kewangan. Semoga
bermanfaat.
Download Telegram
Gais.

Goldman Sachs telah menaikkan ramalan harga emas untuk penghujung tahun 2025 kepada USD $3,700 per auns, berbanding ramalan sebelum ini iaitu USD $3,300.

Kenaikan ini didorong oleh permintaan yang lebih tinggi daripada bank-bank pusat serta peningkatan aliran masuk ke dalam dana dagangan bursa (ETF) emas, terutamanya ketika risiko kemelesetan ekonomi semakin meningkat.

Bank pelaburan tersebut juga menjangkakan harga emas akan berada dalam julat dagangan sekitar USD $3,650 hingga $3,950 sepanjang tahun tersebut.

Jika kemelesetan benar-benar berlaku, aliran masuk ke dalam ETF emas dijangka akan bertambah dan ini boleh melonjakkan harga emas kepada USD $3,880 per auns menjelang akhir tahun.

Sekiranya pembelian emas oleh bank-bank pusat mencecah purata 100 tan sebulan, harga emas berpotensi untuk meningkat kepada USD $3,810 per auns.

Institusi kewangan lain turut berkongsi pandangan yang optimis.

UBS dan Bank of America masing-masing telah menaikkan ramalan harga emas mereka kepada USD $3,500, dengan alasan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi global yang semakin meningkat.

Kesimpulannya, ramalan harga emas yang semakin tinggi ini mencerminkan kebimbangan terhadap ketidaktentuan ekonomi, peningkatan permintaan daripada bank pusat, dan minat pelabur terhadap emas sebagai aset selamat.

Kesimpulan, emas berpotensi untuk menaik banyak lagi sehingga hujung tahun ini.

Simpan emas dengan senyuman 😃

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Dulu saya ingatkan sekali tekap sahaja terus siap gold bar 1 gram.

Tapi bila tengok gold bar 1 gram ni ditimbang dan dikikis berkali hingga dapat berat 1.000 gram, barulah saya faham kenapa caj premium (kos cetak) lebih tinggi.

Kena timbang dan kikis berkali-kali SECARA MANUAL.

(Aduh... Macam manalah staff boleh kerja terbongkok-bongkok hari-hari kerja kikis emas tu. Saya duduk lama-lama depan komputer pun boleh sakit badan)

Kalau terlebih kikis; dapat berat 0.9999 gram, emas ni dianggap rosak. Kena lebur balik!

Kena melalui proses awal daripada lebur, rolling, blanking dan minting balik.

Begitulah proses diulang-ulang untuk dapat finished product gold bar 1.000 gram.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
1. Kalau tak simpan emas = DUIT HABIS.

2. Kalau simpan emas = DUIT HABIS.

Saya dah pilih no 2.
Awak? Awak dah pilih mana?

Kalau belum pilih dan nak no 2 moh kita mulakan 😁

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Allah....

Jika tak mahu simpan duit dalam Tabung Haji, maka bekukan duit itu menjadi emas. Jangan sampai duit di makan anai-anai.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Harga emas yang kita anggap mahal hari ni pasti akan dianggap murah beberapa tahun akan datang.

Harga emas confirm akan naik. Persoalannya, adakah kepingan emas kita makin bertambah dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun?

Itu persolan paling penting.

Ini 3 petanda penting kita bertambah kaya hasil menabung emas (dengan ilmu) ;

1. TABUNGAN sudah cukup 6 - 12 bulan gaji,
2. HUTANG langsai satu per satu, dan
3. HARTA (yang menjana pendapatan pasif) makin bertambah dari tahun ke tahun.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Ikuti G100 Talk Show setiap hari Rabu pukul 9.00 malam di FB Page Public Gold By G100 Network dan saluran You Tube kami.

Forum yang membincangkan pelbagai dunia emas dan kewangan.

🖥 Tonton di:

FB : https://www.fb.com/pgg100network (LIVE DI SINI)

YouTube : https://youtube.com/c/pgg100network (LIVE DI SINI)

Ajak ahli keluarga dan kenalan-kenalan untuk ikuti sama.

#G100TalkShow, setiap Rabu jam 9.00 malam.
Sebenarnya, kita tak akan faham seronoknya simpan emas selagi kita tak mula.

Sebab 2 benda yang buat kita menang dalam simpanan emas ialah:

1. Bermula bertindak

2. Konsisten tambah

Kalau bermula sahaja namun tak konsisten, memang susah juga nak cakap apa.

Susah nak ke mana-mana.

Jumlah gram emas tak akan bertambah dengan sendiri nya kalau kita sendiri tak tambah.

Walaupun emas naik tinggi, sudah tentu untung nya tak sama berbanding dengan orang sentiasa tambah dan tambah simpanan emas nya.

Dalam 3 tahun simpan emas. Dan ada kenaikan RM 100 segram.

Seorang hanya ada 1 gram.Untung RM 100

Dan seorang lagi ada 250gram. Untung RM 25,000

Jauh bezanya.

Itulah sebab, bila kita simpan emas, fokus kita pada pertambahan gram emas.

Bila emas sentiasa bertambah. Apa kita dapat?

1. Memiliki aset yang banyak
2. Duit simpanan tak mudah bocor.
3. Untung pada pemurataan harga
4. Menikmati kenaikan harga emas untuk jangka masa panjang.

Dah fahamkan? Ambil tindakan hari ni.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Pada April 2021, ada dua sahabat berminat dengan pelaburan dan simpanan emas. Masing-masing ada RM25,000 boleh digunakan untuk membeli emas.

Seorang rajin membaca sebelum membeli emas. Seorang lagi hanya ada impian nak kaya cepat. Jadi pendapat dan cara pemikiran mereka tidak sama. Yang rajin membaca hanya beli emas cara konvensional dengan Public Gold sebanyak 100 gram. Seorang lagi beli emas dengan syarikat pelaburan untung 10 kali ganda.

Kalau harga emas naik jadi RM500 segram, yang nak kaya cepat dah kira dia akan ada setengah juta ringgit. Dah boleh beli rumah tunai tanpa perlu kerja keras. Pada waktu itu, cerita emas RM500 segram dah mula kedengaran, jadi tidaklah mustahil.

Hari ini harga emas dah capai RM500 segram. Sahabat yang beli emas Public Gold pada nilai RM25,000 emasnya hari ini dah bernilai RM50,000. Kawannya yang masuk ke skim emas ganda-ganda masih bergenang air mata mengenangkan withdrawal yang tak kunjung tiba.

Ingat tuan puan, beli emas mesti dapat emas. Tidak ada skim ganda-ganda dengan emas. Emas tidak ada dividen.

Kisah sekadar rekaan bukan untuk mengeruhkan suasana, tapi untuk kita semua beringat di luar sana ramai orang yang berniat jahat nak pergunakan mereka yang tamak.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

wasap.my/60137047922/naksimpanemast
𝗦𝗘𝗞𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗥𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 - 𝗗𝗮𝗻𝗮 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗞𝗶𝘁𝗮

Tahun Pertama kerja... Masih Kosong

Tahun Ke-5 kerja... Masih Kosong

Tahun Ke-10 kerja... Masih Kosong

Tahun Ke-20 kerja... Masih Kosong

Alamak dah bersara dah... Tapi Masih Kosong

Cepat sungguh masa berlalukan... Macam mana nak bersara kalau Dana Simpanan duit ringgit masih kosong dan tidak kukuh...

Usia makin singkat tetapi hutang pula makin bertambah. Hutang rumah, hutang kereta, hutang pinjaman peribadi, hutang kredit kad dan macam-macam lagi hutang. Semua masih berbaki yang perlu diselesaikan...

Kalau nak mengharap duit KWSP sahaja saya yakin belum cukup 3 tahun persaraan, kita pasti terpaksa pergi mencari kerja semula...

Banyak kajian ilmiah menunjukkan ramai yang akan kehabisan duit persaraan KWSP selepas 3 tahun bersara... huhuhu... Penatkan...

Nak ka kita terpaksa menghadap semula hiruk pikuk sesak jalan raya, maki hamun boss dan tekanan politik tempat kerja ketika umur kita sudah berusia lebih 60 tahun...

Masa itu la kita akan berasa tekanan yang amat sangat dan ditambah pula usia yang semakin senja. Belum di ambil kira lagi bab sakit demam asbab usia...

Masa itu jugalah anak sulong kita perlukan duit nak mendirikan rumah tangga dan anak bongsu pula baru nak sambung belajar ke Universiti. Semua itu perlukan duit yang banyak...

Nak tak nak kita terpaksa kembali bekerja semula sebab nak tampung keperluan kita dan impian anak-anak kita... Nak biarkan saja ka? Mana mungkinkan... Huhuhu

Kalau masa itu kita baru nak menyesal, bagi saya sudah tidak berguna lagi sebab masa dan usia yang terbuang tidak boleh dikembali lagi...

Ingat lagi kata-kata Tuan Mentor Mohd Zulkifli Shafie “𝗠𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗶 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗺𝗶𝘀𝗸𝗶𝗻 𝗱𝗶 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝘂𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗽𝗲𝗻𝗷𝗮𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻”

Sebab itu semasa kita masih kuat berkerja ini, uruslah duit gaji dan kewangan kita sebaik mungkin supaya kita mampu menikmatinya ketika kita memerlukan nanti...

Tuan Mentor Mohd Zulkifli Shafie selalu cakap "𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗿𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝘂𝘀𝗶𝗮 𝘁𝗲𝘁𝗮𝗽𝗶 𝘀𝗼𝗮𝗹 𝗸𝗲𝘀𝘁𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗶𝘁𝗮". Kalau kita sudah capai Financial Freedom, kita sudah mampu bersara dengan tenang tanpa perlu tunggu usia 60tahun... Seronak kan 😊

Jom sama-sama kita rancang Dana Simpanan kita supaya kita bersedia lebih awal untuk bersara dengan tenang kelak...

Tak perlu banyak... Kita cuma perlu paksa diri untuk istiqamah menyimpan duit setiap bulan minimum 10% daripada pendapatan kita. Baki lagi 90% kita boleh buat belanja untuk beli keperluan harian...

Kaedah terbaik untuk bina Dana Simpanan ini adalah dengan menyimpanan duit dalam bentuk gram Emas supaya:
Duit simpanan akan kekal bernilai selepas bersara nanti.
Duit simpanan bertahan lama dan tidak bocor dek kerana nafsu boros

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua. Ayuh kita simpan Emas sekarang. Jangan bertangguh lagi...

wasap.my/60137047922/naksimpanemast