Santai Bersama Mazhab Copywriting
2.4K subscribers
114 photos
7 videos
1 file
102 links
Download Telegram
"Bagaimana cara nak tarik prospek berkualiti supaya closing rate dapat dinaikkan?"
.
Ini dia cara nak mudahkan tim sales buat banyak jualan dan keuntungan dapat dinaikkan.
.
Hai semua, hari ini saya nak kongsikan ilmu copywriting simple dan actionable.
.
“Kira lepas anda baca, boleh terus amal.”
.
Ilmu yang saya nak kongsikan ini, anda hanya perlu adjust di bahagian headline sahaja.
.
Cuba tukar 2-3 baris ayat dan lihat hasilnya. Insyaallah, positif dan mudah nak buat.
.
Okay, dah sedia?
.
.
1
.
.
2
.
.
3
.
.
Mulaa...
.
Langkah pertama untuk tarik prospek berkualiti. Anda kena tentukan dengan JELAS siapa segmen market #DESPERATE yg perlukan produk anda.
.
Orang kampung saya kata: “Starving Crowd” (a.k.a pelanggan kelaparan)
.
Ramai peniaga sambil lewa dekat bahagian ini.
.
Perkara yang kita kena faham:
.
“Prospek ni, dia TAK KISAH pun produk kita power boleh selesaikan macam-macam masalah”
.
Prospek hanya nak tahu…
.
“Produk atau servis kita ini, adakah boleh bantu selesaikan masalah dia?”
.
Jika dia nampak boleh bantu dia, dia akan fokus untuk baca iklan kita.
.
Jelas setakat ni?
.
.
======
Persoalan seterusnya; “Macamana nak tentukan pelanggan kelaparan tu? Bagaimana kriteria mereka?”
======
.
Okay, mudah jer sebenarnya.
.
Anda pilih segmen yang TERDESAK nak selesaikan masalah dengan segera.
.
Jika anda jual UBAT KURUS, jangan target orang yang acah-acah nak kurus jer. Cari yang terdesak nak kurus.
.
Jika anda jual pakej UMRAH, jangan target segmen yang biasa-biasa. Cuba target yang kena pergi umrah dengan segera.
.
Jika anda dalam niche SERVIS, target orang yang gila-gila perlukan servis anda. Jangan target yang tengah survey jer. Penat tim sales nak layan 😂
.
.
Sebabnya simple, orang terdesak ni MUDAH NAK CLOSE!
.
Mari saya bocorkan rahsia sikit...
.
Manusia ini akan terdesak bilamana berlaku beberapa keadaan, antaranya:
.
.
Kriteria #1 - Mereka MAHU tapi TAK MAMPU
.
Contoh: Wanita bam bam
.
Mereka nak bergaya. Nak pakai baju cantik-cantik. Tapi fesyen yang ada, banyak yang tak muat. Ia membuatkan mereka sedih.
.
Soalan saya: “Ramai tak kelompok ni dekat Malaysia?”
.
Ramai tuan-puan. Tapi tak ramai peniaga yang cuba serve kelompok ini.
.
Kelompok ini kalau target, mudah nak close.
.
Macamana nak target?
.
Tapis di HEADLINE: “Susah nak cari seluar kerja yang saiz besar? Jeles tengok orang lain pakai cantik-cantik”
.
Checkmate!
.
Anda dah berjaya tapis kelompok kelaparan. Tim closing senyum jer kalau dapat orang macam ni.
.
.
Kriteria #2 - Mereka MAHU tapi TAKDE PENGALAMAN.
.
Contoh: Golongan “First Timer”.
.
Kita ambil niche kerjaya. Orang yang first time nak hadir temuduga.
.
Kenapa kelompok ni dikatakan terdesak?
.
Logiknya mudah. Mereka nak lulus temuduga kerja. Tapi TAKDE PENGALAMAN untuk hadir temuduga. Tak tahu apa persiapan perlu buat.
.
Anda target kelompok ini, mudah nak close.
.
Siapa yang sudi bantu mereka. Automatik mereka ikut jer. Automatik jadi CIKGU mereka. Bila anda dah digelar cikgu, apa ada saran, mereka ikut.
.
Termasuklah kena beli produk yang anda jual. Hihi Belajar sesuatu?
.
So, macamana nak target?
.
Macam biasa, tapis di HEADLINE: “Tak tahu nak prepare apa masa temuduga kerja PTD hujung minggu ni?”
.
Checkmate!
.
Kawan saya guna headline ni bertahun-tahun, sampai jadi jutawan dah. Tak tukar headline. Proven of the year!
.
.
======
Apa actionable plan yang anda boleh buat hari ini?
======
.
1) Tentukan siapa segmen market yang desperate untuk produk anda.
.
2) Cuba semak, adakah segmen tersebut menepati kriteria yang saya beritahu di atas
.
3) Panggil & tapis mereka di headline
.
.
Saya harap anda belajar sesuatu pagi ini.
.
For your info, sebenarnya ada 4 lagi KRITERIA pelanggan kelaparan yang saya kongsikan dalam Copywriting Junior 3.0.
.
Total ada 6 KELOMPOK siap dengan contoh.
.
Bagi mereka yang nak belajar lebih lanjut dengan saya, boleh tekan link di bawah.
.
Klik >> farisosman.com/mc
Klik >> farisosman.com/mc
.
p/s: Yuran bermula RM70 sahaja seumur hidup (tak termasuk support)