Sajian Hati 1
91 subscribers
792 photos
39 videos
1 file
20 links
Himpunan resepi masakan
Download Telegram
RESEPI MEE GORENG DAGING MELETOP

BAHAN-BAHAN :

Mee 1 paket di basuh
Sayur sawi basuh dan potong.
Cili padi 5-6 biji di ketuk
Cili bow 1 sudu besar
Sos tomato 4 sudu besar.
Kicap manis 5 sudu besar.
Gula 3/4 sudu besar
Serbuk perasa
Daun sup bawang
Bawang goreng
Daging di rebus hingga empuk dan hiris nipis. Simpan sedikit air rebusan daging.
Kalau nk letak sotong/udang/ayam pun boleh.

CARA MEMASAK :

Bawang putih 3 ulas di ketuk dan tumis
hingga kekuningan.

Masukkan cili boh 1 sudu besar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.

Masukkan sos tomato 4 sudu besar.

Masukkan kicap manis 5 sudu besar, gula 3/4 sudu besar dan serbuk perasa.

Tumis sehingga pecah minyak.

Masukkan daging dan
masak sekejap.

Masukkan mee, sayur dan cili padi.

Masukkan sedikit air rebusan daging.

Kacau sebati sehingga sayur layu dan mee basah berkilat.

Tabur bawang goreng dan daun sup bawang.

Perah asam limau.

Siap untuk di hidangkan.

Kredit : Empunya Resepi.

SELAMAT MENCUBA 👍 — with Lisa Aisha.
❤️ RESEPI PUDING SIRAP LAICI❤️

📌Bahan - Bahan :

LAPISAN SIRAP
- buah laici disusun dalam loyang 8 inci dan sejukkan salam peti selama sejam
- 3 cawan air (350ml)
- 5g serbuk agar agar
- 1/2 cawan gula (100g)
- 1 sudu makan sirap

LAPISAN LAICI
- 2 cawan air (200ml)
- 1/2 cawan gula (100g)
- 1 cawan air laici tin (250ml)
- 1 tin susu cair sebatikan bersama sama 1 biju telur + sedikit garam + sedikit essen vanila
-5g serbuk agar agar
- 30g white chocolate ( optional)

📌Cara - Cara:
Lapisan Sirap
- susun buah laici dalm loyang 8 inci dan sejukkan dalam peti selama sejam
- masukkan bahan lapisan sirap dan kacau hingga mendidih
- tuang atas susunan buah laici yg disejukkan tadi
- sejukkan selama sejam di dalam peti
Lapisan Laici
- masukan semua bahan lapisan laici dan kacau hingga mendidih
- tuang atas lapisan sirap tadi . Jangan lupa cucuk dengan garpu dulu agar melekat
- sejukkan selama 4 jam
- siap dan boleh makan. Ketahanan 4 hari sahaj di dalam peti.

Kredit: Mr. Ali
RESEPI KUIH PUTU BERAS

BAHAN-BAHAN :

1 kg beras pulut
1 kg gula
125 ml air

CARA MEMBUATNYA :

1. Beras disangai hingga menjadi rapuh dan sedikit kekuningan dan apabila dikisar apabila telah sejuk.

2. Didihkan air bersama dengan gula dan dimasak sehingga bertali. Biarkan sejuk dan dikikis menjadi serbuk.

3. Campurkan dengan beras yang telah dikisar hingga mesra sebati.

4. Masukkan ke dalam acuan dan ditekan-tekan hingga padat dan mampat.

5. Keluarkan dari acuan dan sedia untuk dihidang.

Kredit : Empunya Resepi

SELAMAT MENCUBA 👍
Masak Lemak Ikan Masin Nenas

Bahan:
300 gram ikan talang masin (ikan masin lain juga boleh) - dipotong nipis
200 gram nanas - potong dadu
1/2 kg santan - gunakan 600ml (400ml santan cair & 200ml santan pekat)
1 batang serai - dititik
serbuk kunyit secukupnya
garam / gula secukup rasa

Bahan tumbuk / kisar:
10 biji cili padi
1 labu bawang besar

Cara:
Masukkan santan cair ke dalam periuk, campurkan serai, serbuk kunyit serta semua bahan tumbuk. Masukkan ikan masin dan kepingan nanas. Didihkan sehingga nanas layu. Tuangkan santan pekat, garam dan gula. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih. Kuah hendahlah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.
𝐌𝐄𝐄 𝐑𝐄𝐁𝐔𝐒

Bahan - Bahan

1 Paket mee kuning
1/2 kg daging
Sedikit Tauhu
Telur ( direbus )
Tauge ( dicelur )
Sawi
Cili hijau ( hiris halus )
-
Bahan - Bahan Kuah

1/2kg keledek ( direbus & dikisar )
6 biji kentang ( direbus & dikisar )
4 biji bawang besar ( dikisar )
4 ulas bawang putih (dikisar )
5 sudu makan serbuk kari
20g udang kering ( rendam & kisar )
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam & Gula secukup rasa
-
Cara Membuat:

1. Rebus daging sehingga empuk. Ketepikan dan potong daging mengikut selera. Simpan air rebusan daging
2. rebus kentang & keledek. Kisar atau lenyek sehingga halus. ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam periuk
4. Tumis bawang, dan masukkan rempah kari dan serbuk kunyit. Masak sampai pecah minyak
5. Masukkan campuran kentang & keledek.
6. Gaul sekata, dan tuangkan air rebusan daging tadi.
7. Sedia dihidang bersama mee & sayur yang dicelur, tauhu & telur rebus
7. Masukkan gula & garam secukup rasa
-
Sumber & kredit: parit raja ayer hitam
RESEPI SOS CHEESE ALA KFC
Kredit : Puan Riesha Iman

BAHAN-BAHAN
6 keping cheese
150g marjerin
1 ketul kiub ayam
1 sudu jecil lada sulah
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu besar gula
1/2 cawan susu full cream
1 sudu tepung gandum dibancuh dengan air suam (lebih kirang setengah cawan selepas dibancuh)
Sedikit pewarna kuning (*optional)

CARA-CARA
1. CAIRKAN MARJERIN BERSAMA SUSU
Mula-mula panaskan periuk kecil dan cairkan marjerin di atas api.
Masukkan susu full cream dan kacau sebati.

2. MASUKKAN CHEESE
Seterusnya masukkan kepingan cheese satu persatu hingga cair.

3. CAMPURKAN BAHAN LAIN
Sekarang masukkan semua bahan lain iaitu kiub ayam, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, dan gula.
Akhir sekali masukkan bancuhan air bersama tepung. Fungsi tepung ni untuk jadikan sos kita lebih pekat.

4. TUTUP API
Bila dah likat dan nampak mula berketul, bolehlah tutup api.
Tunggu kejap bagi sejuk dan kisar dalam blender untuk jadikan teksturnya halus dan tak berketul. Rasa pun makin gebu. Fuh, memang layan.

5.DAH SIAP!
Resepi Ayam Buttermilk Simple

Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada
susu cair
bawang putih, hiris halus (xguna bawang besar)
Butter
daun kari
cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung serbaguna bestari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya

Potong dadu isi ayam, bersihkan dan toskan air.
Masukkan telur dan garam ke dlm mgkuk pastu masukkan ayam dan gaulkan sebati.
Masukkan tepung serbaguna bestari (pedas) dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali, panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau. (Kalau xmau pedas jgn boh cili)
Masukkan susu cair. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.Masak sehingga kuah sedikit pekat. Boh garam dan gula secukupnya. Siap ! ❤️
*Sotong masak Lemak kesum*..

U alls pernah buat Tak? Try la.. sedap Tau...

Resepinya...:

*Sotong masak Lemak kesum*

Bahan bahan;
1kilo sotong
1kotak Santan segera (kecik)
Daun kesum ( ikut suka nak byk Mana)
Sedikit lengkuas
linci Halia
1inci kunyit hidup (guna yg serbuk pun ok)
1 keping asam keping
Garam

Bahan tumbuk/blander:
7-8 tangkai cili api - ikut pedas disukai
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara masak...
Tumis bahan kisar tadi... Dah Naik bau Masuk
sotom Dan masak hingga kering sedikit airnya.
Masukkan asam kpng, garam gula(kalau nak),
masukkan Santan, last skali Masuk daun kesum.
Siap. Tq
#Mazola

*Resepi Biskut Mazola*

Bahan2
Tepung gandum 1 kilo
Kacang tanah 300g
Gula 2 gelas
Minyak mazola / Minyak jagung 2 cwn ( xkisah brand apa)
Soda bikarbonat 1 sudu besar
Kuning telur + pewarna kuning

Cara2
1. Goreng kacang tanah tanpa minyak tggu sejuk buang kulit dan blend kering smpai hancur
2. Blend kering gula
3. Sekalikn tepung gandum + kacang + gula + soda bikarbonat dan gaul rata.
4. Masuk minyak mazola dan gaul smpai jd doh.
5. Tekap dgn acuan ( yg ni guna acuan tutup botol ja) dan sapu kuning telur.
6. Masuk oven bakar suhu 170°C msa lebih kurang 10 minit atau ikut jnis oven masing2.
Assalamualaikum, saya minta doakan saya dimurahkan rezeki dan sihat tubuh badan 😘

Resepi ni juga saya ada kongsikan kpd beberapa kawan2 saya di lain2 negeri yg baru nak mula niaga, alhamdulillah..rezeki mereka mencurah2 sbb customer mereka makin ramai yg jatuh cinta sampai terpaksa close order sbb list order full (sbb seller akan buat setakat yg mereka mampu)..sekali dah cuba, customer pasti carik lagi..betul x ❤️

*RESEPI TAUHU BERGEDIL DAGING*
(Untuk 50pcs)

Bahan2 :
👉🏻Tauhu kering size kecil 50pcs (isi dalam saya x keluarkan ya)
👉🏻Kentang 3kg dibuang kulit, dibelah 4, dibasuh bersih, gaul dgn garam, digoreng, toskan dan dilenyek waktu panas2 tu
👉🏻Daging burger Ramly 2 pek yg ada 6pcs (digoreng skjp jgn garing ye, lepas suam2 tu hancurkan daging tu jadi mcm daging hancur)
👉🏻Secukup rasa Maggie (agak2 shj)
👉🏻Minyak masak

Bahan Celup :
- Telur ayam 4 biji dipecahkan dan letakkan sedikit secukup rasa Maggie dalam secubit, lalu dikacau2.

Bahan Sambal Kicap :
👉🏻Cili merah besar 10 tangkai dibuang tangkainya.
👉🏻Cili api merah kecik 5 tangkai dibuang tangkainya (nak pedas boleh tambah)
👉🏻Kicap lemak manis JALEN yg botol kecil tu buh setakat tenggelam semua bahan2 dalam tu ya.
👉🏻Gula pasir 3 sudu besar.
👉🏻Sos cili KIMBALL 1 senduk.
👉🏻Bawang putih 5 ulas
(Klu nk sambal kicap kita sedap, ikut brand kicap dan sos yg saya gunakan diatas tu ya)

*blendkan kesemuanya bahan sambal kicap tersebut dan simpan dlm bekas yg sesuai.
(Nak masak boleh sambal kicap tu, tak nak masak pun boleh, ikut kesesuaian kita ya)
Pastikan sambal kicap kite pekat sbb nk bg sambal tu lekat dkt tauhu bila cicah nnt.

Dan sambal kicap ni klu kita simpan dlm peti ais bahagian chiller, tahan 3 bulan ye..simpan dlm bekas bertutup.

Cara-cara buat tauhu bergedil :

1) Masukkan daging burger hancur tadi ke dalam kentang yg kita dah lenyekkan bagi sebati.

2) Ambil sebiji tauhu dan guntingkan bentuk X diatasnya..cara gunting tu cucuk ke dalam ya.
Barulah disumbatkan inti kentang dgn daging tadi ke dalam tauhu tu..sumbat penuh2 sampai rasa berat bila dilambung slow2 dan jaga2 jgn sampai terkoyak tauhu kita.
Ulang langkah tersebut hingga siap 50pcs tu ya.

3) Celupkan tauhu yg dah siap sumbat tu ke dalam bancuhan telur tadi. Telur tu letak secukup rasa ye bagi ada rasa sikit je..buh sikit je tau.
Bagi bancuhan telur kena keseluruhan permukaan tauhu.

4) Panaskan minyak dalam kuali, masukkan tauhu yg bahagian kita sumbat tu pandang ke bawah. Kuali ika boleh goreng sekali goreng 30pcs. Pastikn minyak masa kita goreng tu mesti sampai tenggelam 30pcs tauhu tu. Ikut size kuali boleh berapa biji utk goreng sekali jalan ye bagi cepat. Pastikan terbalikkan pulak tauhu tu ye, goreng sampai sedikit garing keemasan. Jgn sampai hangus.

5) Setelah siap digoreng, toskan dalam penapis stainless steel yg diletak atas mangkuk besar bagi minyak turun bawah.

6) Boleh susun dalam pinggan atau bekas yg sesuai jika meniaga, dan taburkan daun sup/daun bawang hiris tadi bersama bawang goreng dan cili merah hiris.

7) Boleh dicicah dgn sambal kicap meletop tersebut.. 😋😋

Bawah ni sebahagian dari gambar2 masa ika niaga. 😁