Rumah Buku
286 subscribers
2.52K photos
71 videos
30 files
1.51K links
perkongsian perkara berkaitan buku, seni, rekabentuk, dan berita semasa.
t.me/rumahbukuu
Download Telegram
Forwarded from KOLUMPOART
Forwarded from KOLUMPOART
Rakan-rakan dan penyokong kedai buku indie Tokosue,

Tahun ini genap 3 tahun kedai buku fizikal kami beroperasi—sebuah ruang yang menyokong penerbit kecil, zine, kebebasan bersuara, serta aktiviti komuniti untuk memupuk budaya membaca dan kesedaran sosial.

Seperti semua perniagaan kecil yang bergerak dengan dana sendiri, kami telah melalui pelbagai cabaran turun naik perniagaan dan telah mencuba pelbagai cara dan gaya untuk kekal berdaya saing. Namun sejak beberapa bulan ini kami sedang mengalami cabaran kewangan yang ketara.

Pada mulanya kami membuat keputusan pasrah untuk menutup kedai buku indie ini setelah mencuba sedaya upaya kami selama 3 tahun, namun ramai rakan dan pelanggan menghubungi, melawat dan meminta supaya cuba bertahan lagi.

Atas cadangan yang diterima dan pertimbangan yang teliti, kami membuat keputusan untuk memberi peluang terakhir kepada Tokosue selama 90 hari (3 bulan) untuk mengumpul dana yang akan digunakan untuk menyelesaikan beberapa bayaran tertunggak dan memperbaiki aliran tunai. Buat pengetahuan semua, Tokosue tidak memiliki pendana dan berdiri secara mandiri maka bantuan anda yang mencintai buku dan apa yang Tokosue lakukan selama ini sangat dihargai.

Dengan ini kami melancarkan kempen SAVE A BOOKSTORE—di mana sumbangan anda bukan sekadar membantu kami mengumpul dana, tetapi menerima buku sebagai balasan!

Dalam kempen ini kami menawarkan semua judul terbitan Rocky Press—imprin penerbitan Tokosue sendiri dengan margin yang lebih membantu kelangsungan kedai. Untuk yang sukakan kejutan, anda boleh pilih Pakej Blind Date Book dalam Bahasa atau Inggeris dan terima buku misteri rawak pilihan kami (termasuk penerbit lain)!

Setiap pembelian anda menyokong kedai buku indie ini serta penerbitan kecil, suara alternatif, dan budaya membaca yang lebih inklusif.

Di samping itu, pengasas Tokosue Sue Emoqwin juga kini sudah kembali ke ruang pekerjaan dan komited untuk mencari dana tambahan bagi kelangsungan toko buku dan seni kecil yang telah memberikan banyak kenangan manis dan bermakna kepada ramai orang sejak 2021.

Anda boleh imbas QR untuk memilih pakej belian/sumbangan yang sesuai untuk anda. Sokongan anda amat bermakna bagi kami, dan kami sangat menghargainya. Terima kasih setulus hati. ❤️

Boleh juga klik link di sini >> bit.ly/helptokosue

#SaveABookstore

TOKOSUE
Sejak Mac, 2022
Wisma Central
Forwarded from KOLUMPOART
Forwarded from PENA_BERDURI🥀
Assalammualaikum semua,
Semoga semuanya dlm keadaan baik2 saja..

Kak wana ada 2 good new nk share dgn uollss, hope korang smua excited mcm mna kak wana excited dpt siapkan projek ni..

1st, alhamdulilah, kak wana ad bt zine baru.. Belum publish lg sbb masih dlm fasa perbaiki.. In shaa Allah dlm masa terdekat.. Mgkin publish sempena birthday kak wana 12 julai nanti. Doakan yea.

2nd, kak wana mencari 3org yg bertuah dr korang semua utk kak wana jadikan 3pembaca terawal zine ni. Free shj tp ada few agreements yg perlu korang persetujui utk menjaga hakcipta zine tersebut.

Bg sesiapa yg berminat, korang blh follow 3 step mudah ni utk join. Kak wana akn pilih secara random tauu. Pemilihan akan di tutup jam 12.30mlm ni. Dn akan diumumkan esok pagi jam 10.

Step 1 : follow ig dan tiktok kak wana
Ig : https://www.instagram.com/wanna.shamsafri?igsh=enp1MXVkN2hhZzB6
Tiktok : https://www.tiktok.com/@wandaalwani?_t=ZS-8xqRBW1E9XG&_r=1

Step 2 : komen di ig post berikut knp awak nk bca zine ni.
Ig post : https://www.instagram.com/p/DL1MDmlSsdS/?igsh=MXZ0bnRxMTY3bXFmbw==

Step 3 : tag 2orang kwn2 yg korang rasa patut baca zine ni.

Simple je kannn.. Korang join tauu. Kak wana dh lama sgt x menulis. Zine ni adalah curahan seluruh jiwa raga kak wana yg dh lama terpendam.. 🥲

Semoga korg semua baik2 saja dn sudi support kak wana lg. Terima kasih pd yg setia menanti 💐
Forwarded from PENA_BERDURI🥀
Forwarded from KOLUMPOART
Please share with friends and art enthusiasts
Forwarded from KOLUMPOART
SELAMAT HARI GURU - GURU BITARA NADI NEGARA