RPIPSIS
56 subscribers
1.16K photos
29 videos
2 files
130 links
Bumi PSIS yang barakah menjadi impian kami ✨
Download Telegram
INFORMASI JUMAAT 🕊

"Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu! Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar kepada-Ku!"

[Al-Baqarah 2:152]

Jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan zikir, doa dan rasa syukur kepada Allah SWT.
Setiap amalan kecil yang dilakukan dengan ikhlas, pasti mendapat perhatian dan balasan daripada-Nya.

✨ Ingat Allah, Allah pasti ingat kita.
Jom sama-sama perbaiki hubungan dengan Allah, tingkatkan keimanan dan terus istiqamah dalam kebaikan.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam The Great PSIS.

[TAHNIAH & SELAMAT DATANG PELAJAR BAHARU DIPLOMA SESI 1: 2025/2026]

Kami Barisan Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam (RPI) Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar baharu Diploma ke Politeknik Sultan Idris Shah bagi Sesi 1 2025/2026.

Semoga kehadiran anda membawa kejayaan yang cemerlang serta diberkati dalam menempuh perjalanan ilmu di PSIS.

Ikhlas daripada:
Barisan Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam (RPI)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🕊️ INFORMASI JUMAAT🕊️ AMALAN SUNAT

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari, maka hiasi ia dengan amalan-amalan sunat.
Antaranya ialah mandi sunat dengan niat dalam hati:
"Sahaja aku mandi sunat Jumaat kerana Allah Ta‘ala."

Kemudian, berpakaian kemas dan bersih, serta memotong kuku sebagai tanda menjaga adab dan kebersihan diri.

Disunnahkan juga untuk memakai wangian yang sederhana, demi menyenangkan diri dan mereka di sekeliling.

Jangan lupa untuk memperbanyakkan selawat ke atas Nabi ﷺ dan berdoa, kerana Jumaat adalah hari yang penuh dengan keberkatan dan waktu-waktu mustajab.

🌸 Hidupkan Jumaat dengan sunnah, semoga keberkatan mengiringi setiap langkah kita.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Malaysia Madani,
Salam The Great PSIS.

[SELAMAT MENJALANI SEMESTER BAHARU KEPADA MAHASISWA/I POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH SESI 1: 2025/2026]

Kami Barisan Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam (RPI) Politeknik Sultan Idris Shah mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar.

Dalam Surah Al-Mujadilah, ayat 11
"يَرْفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ آمَنُوا۟ مِنكُمْ وَٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ دَرَجَٰتٍۗ"
Bermaksud: "Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat." Ayat ini menekankan pentingnya menuntut ilmu dan kelebihannya di sisi Allah.

Semoga ilmu yang anda pelajari diberkati Allah SWT serta membawa masa depan yang lebih cerah.

Ikhlas daripada:
Barisan Majlis Tertinggi Rakan Pusat Islam (RPI)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🌟GERAKAN TABUNG MASJID🌟

📢 Makluman kepada seluruh warga pelajar!
Tabung Masjid kini disediakan di Pusat Islam . Ianya adalah satu inisiatif kecil, namun membawa harapan besar.

Setiap sen yang anda sumbangkan bukan hanya membantu mengimarahkan rumah Allah,
tetapi juga menjadi saham akhirat yang terus mengalir.

Ayuh kita suburkan jiwa dengan sedekah, mantapkan iman dengan amal, dan jadikan infak ini sebagai langkah pertama menuju redha Ilahi.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
JOM BERINFAK HARI JUMAAT 🌙

"Perumpamaan orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai; pada tiap-tiap tangkai terdapat seratus biji."

(Surah Al-Baqarah: 261)

Hari Jumaat, hari penuh rahmat dan keberkatan. Ayuh kita hidupkan sunnah memberi dengan amalan infak secara konsisten setiap minggu.

Sedikit daripada kita, mungkin seluruh harapan buat mereka yang memerlukan.

📌 Sasaran:
Semua pelajar & staf PSIS
📌 Cara Infak:
- Tabung fizikal di Pusat Islam PSIS
- QR code

“Sedekah tidak akan mengurangkan harta.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Jadikan Jumaat anda lebih bermakna dengan memberi.
Konsisten Berinfak, Gandakan Pahala.

Anjuran RPI PSIS

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🕌 INFORMASI JUMAAT🕌

Berdasarkan hadis riwayat Muslim, waktu dimakbulkan doa pada hari Jumaat adalah ketika imam berada di atas mimbar sehingga solat Jumaat selesai dilaksanakan.

Marilah kita mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan doa, mudah-mudahan segala hajat kita diperkenankan oleh Allah SWT.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
❇️ HARI PROMOSI KELAB RAKAN PUSAT ISLAM❇️

Assalamualaikum w.b.t.,

Dengan sukacitanya kami ingin mengundang semua warga Politeknik Sultan Idris Shah untuk menghadiri Hari Promosi Kelab Rakan Pusat Islam yang akan diadakan pada:

📅 Tarikh: 20 Ogos 2025 (Rabu)
🕓 Masa: 10.00 Pagi - 3.30 Petang
📍 Tempat; Parking JHEP, Politeknik Sultan Idris Shah

Jangan lepaskan peluang untuk menambah ilmu serta merapatkan ukhuwah sesama kita.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
PENCARIAN PERANTIS RAKAN PUSAT ISLAM BAHARU 🕌

Rakan Pusat Islam PSIS kini sedang mengadakan Pencarian Perantis Baharu bagi sesi 1 2025/2026 !

📅 Tarikh: Sabtu, 23 Ogos 2025
⏰ Masa: 10.00 pagi – 1.00 tengah hari
📍 Lokasi: Pusat Islam PSIS

Ayuh sertai kami dalam usaha membentuk generasi peneraju yang berwibawa, berakhlak mulia dan berjiwa kepimpinan.

"Apabila seorang pemimpin ditunjuk atas suatu kaum, dan dia menegakkan keadilan, dia akan mendapatkan pahala. Tetapi jika dia berlaku zalim, dia akan menanggung dosa."
(HR. Ahmad, Tirmidzi)

✨ Mahabbah Insani, Ukhuwah Islami✨

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
PENCARIAN JAWATANKUASA IMAM & BILAL

Assalamualaikum wbt.
Pusat Islam PSIS kini membuka peluang kepada pelajar semester 1 hingga 3 untuk menyertai jawatankuasa sebagai Imam & Bilal.

Ciri-ciri yang diperlukan:
1️⃣ Pelajar Semester 1 hingga 3 sahaja
2️⃣ Mempunyai sahsiah yang tinggi
3️⃣ Bacaan Al-Quran yang baik

📌 Bagi yang berminat, sila imbas QR code pada poster untuk membuat permohonan.

Jom sertai kami dan jadi sebahagian daripada penggerak dakwah serta mengiramahkan Pusat Islam✨

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊

Doa Sebagai Senjata Mukmin

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Berdoalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu yakin bahawa Allah SWT akan memustajabkannya."

(Riwayat al-Tirmizi, 3479)

✨ Doa adalah tanda kebergantungan kita kepada Allah SWT. Ia bukan sahaja menjadi sumber kekuatan rohani, malah menjadi senjata terkuat seorang Mukmin dalam menghadapi cabaran hidup. Yakinlah, setiap doa pasti didengar oleh Allah.

🌸 Jadikan doa sebagai amalan harian, agar hati sentiasa tenang, jiwa dipandu iman, dan hidup diberkati Allah SWT.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
HEBAHAN FIT BAROKAH💪🏻

🔥 Nak sihat + ilmu + ukhuwah?
Sertai kami dalam FIT BAROKAH💪🤠 anjuran Rakan Pusat Islam PSIS(RPIPSIS) !🚀

Siap ada ceramah, games, explorace & hadiah menarik! 🎁

📅 Tarikh:6 September 2025 (Sabtu)
⏰ Masa:8:00 am- 5:00 pm
📍 Tempat:Pusat Islam
👥 TERHAD 60 peserta sahaja!

✅Sarapan & makanan tengahari turut disediakan!

Ayuh kita bina ukhuwah, semangat patriotisme dan fahami erti riadah dari sudut Islam 🌸

👉 Daftar segera melalui paparan QR Code di poster sebelum tempat penuh!

Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya badanmu mempunyai hak ke atasmu.
(HR. Bukhari & Muslim)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam #rpibukanbiasabiasa #rujukanpilihanikutan
🌸 SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1447H / 2025M🌸

Kami dari Kelab Rakan Pusat Islam PSIS ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada seluruh warga PSIS.

Sempena sambutan penuh bermakna ini, semua warga PSIS dijemput hadir ke Program Maulidur Rasul bersama:

Tarikh: 4 September 2025 (Khamis)
Masa: Selepas Solat Maghrib
Tempat: Pusat Islam PSIS
Penceramah Jemputan: Daie Muda YADIM, Aiman Khair

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan meneladani akhlak Rasulullah SAW sebagai panduan hidup. Kehadiran anda amat dialu-alukan untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
🌸 PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H 🌸

Bersempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H, warga Politeknik Sultan Idris Shah dijemput untuk turut serta dalam Perarakan Maulidur Rasul.

📌 Makluman Penting:
Setiap kelab DIWAJIBKAN menghantar 6 hingga 8 orang wakil bagi menyertai perarakan ini.

Marilah kita bersama-sama memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan penuh kecintaan serta semangat ukhuwah.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊

Dosa Yang Menggelisahkan Hati

Daripada al-Nawwas bin Sam’an RA, Rasulullah SAW bersabda:

"Kebaikan adalah dengan berakhlak yang mulia. Sedangkan dosa adalah sesuatu yang menggelisahkan hatimu. (Ketika dosa tersebut dilakukan), tentu engkau tidak suka hal itu nampak di tengah-tengah manusia."
(Riwayat Muslim, 2553)

✨ Dosa itu hakikatnya mengganggu ketenangan hati. Jika sesuatu perbuatan membuat hati resah dan tidak mahu orang lain mengetahuinya, maka jauhilah ia.

🌸 Jadikan akhlak mulia sebagai hiasan diri, kerana ia tanda kebaikan seorang Mukmin dan jalan menuju keredaan Allah SWT.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
NFORMASI JUMAAT 🕊

Doa & Istighfar Membawa Tenang

Doa adalah senjata mukmin, penghubung hati seorang hamba dengan Allah SWT. Setiap kali kita berdoa, sebenarnya kita sedang meluahkan harapan, pergantungan, dan kebergantungan hanya kepada-Nya.

Allah SWT berfirman:

“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu...”
(Surah Ghafir: 60)

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊

Tidak Boleh Berbuat Baik, Jangan Halang Orang Lain Berbuat Baik

Allah SWT berfirman:

“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah, sungguh, Allah sangat berat siksa-Nya.”
(Surah Al-Ma'idah: 2)

Maka, Marilah kita bantu mendoakan rombongan kapal Sumud Flotilla semoga selamat sampai ke Bumi Gaza dan Marilah kita doakan saudara saudara kita di Palestin supaya mereka dikuatkan jiwa dalam menentang kekejaman Zionis.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
INFORMASI JUMAAT 🕊

Apa Nilai Agamamu Jika Solatmu Tidak Bernilai di Sisi Dirimu?

Rasulullah SAW bersabda:
“Amalan seseorang hamba yang pertama kali akan dihisab pada hari kiamat ialah solatnya. Jika baik solatnya, maka baiklah seluruh amalannya. Jika rosak solatnya, maka rosaklah seluruh amalannya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

Kita mungkin belum mampu menjadi hamba yang sempurna dalam segala hal. Namun, jangan sampai kita tergolong dalam kalangan yang lalai menunaikan solat. Solat adalah tiang agama — dan solat jugalah yang akan menjadi penentu nasib kita di akhirat kelak.

Ayuh saling mengingatkan dan saling menyokong; bermula dengan memperbaiki solat diri sendiri, kemudian membantu orang di sekeliling agar turut memelihara solat mereka.

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI KEPADA PELAJAR PSIS 💫

Rakan Pusat Islam (RPI) PSIS ingin mengucapkan selamat menjalani minggu ulang kaji kepada mahasiswa/i PSIS. Semoga minggu ulang kaji ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar bagi mempersiapkan diri bagi menempuhi peperiksaan pada minggu hadapan.

Doa Supaya Mudah Faham Pelajaran

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman para nabi dan hafalan para rasul, serta ilham para malaikat yang hampir dengan Engkau, kurniakan kami kesihatan, wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan
SELAMAT TAHUN BAHARU 2026 🎊

Rakan Pusat Islam (RPI) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2026. Semoga tahun ini membuka lembaran baharu yang lebih bermakna, dipenuhi peluang, kejayaan dan kenangan indah

Sempena kedatangan Tahun Baharu 2026, marilah kita menadah tangan memohon kepada Allah SWT agar tahun ini dipenuhi dengan keberkatan, ketenangan jiwa dan kejayaan dalam setiap urusan.

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan untuk menjadi insan yang lebih baik, istiqamah dalam amal, dipermudahkan urusan pembelajaran dan pekerjaan, serta dilindungi daripada segala keburukan. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. ✨

✨ Ikhlas daripada Rakan Pusat Islam PSIS

MAHABBAH INSANI, UKHUWAH ISLAMI

#rpipsis
#rakanpusatislam
#rpibukanbiasabiasa
#rujukanpilihanikutan