- 𝒓𝒆𝒇𝒍𝒆𝒄𝒕𝒆𝒅 𝒓𝒖𝒉 πŸ•Š
1.17K subscribers
27 photos
1 video
4 links
We are travelers; this world isn’t ours. One day, we leave everything behind.
Download Telegram
Q&A = β€œmaaf nak tanya, boleh ke kambing disembelih utk 2 anak lelaki dengan bahagian yang sama dikongsi (contoh 7 bahagian utk 2 anak gitu) atau perlu asingΒ² jadi 14 bahagian?”

Tidak mengapa bertanya, kita sama-sama belajar.

Cuma saya keliru, ini untuk aqiqah atau korban haji ya? Sebab hukumnya berbeza.

Kalau aqiqah, seekor kambing hanya untuk seorang sahaja dan tak boleh dikongsi dua nama. Jadi kalau untuk dua anak lelaki, perlu asingkan sama ada dua ekor kambing atau guna lembu/unta dan bahagi ikut bahagian masing-masing.

Kalau korban haji pula, kambing juga hanya untuk seorang penama sahaja. Yang boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian hanyalah lembu atau unta. Jadi tak ada istilah kambing 7 atau 14 bahagian. Kalau ada yang tak faham, boleh tanya lagi. Saya bimbang apa yang saya sampaikan ini tidak jelas.

β€œ(Dan seekor kambing mencukupi bagi seorang) iaitu: tidak lebih daripada seorang. Maka jika seseorang berkongsi dengannya pada seekor kambing, ia tidak memadai (tidak sah).” - Kitab Feqah (Hasyiah al-Bajuri)

#questionandanswer@reflectedruh
❀1
1. Aqiqah: Seekor kambing = 1 anak sahaja. Dua anak lelaki = Perlu 2 ekor kambing tersendiri atau kongsi bahagian lembu/unta.

2. Korban: Seekor kambing = 1 penama sahaja. Hanya lembu/unta yang boleh dibahagi kepada 7 bahagian.
❀4
Q&A = β€œAssalamualaikum, alhamdulillah pejuang 5A ada 1A-!! yang lain semua alhamdulillah cuma ada dua fail akaun & math hehe tapi takpe, saya tahu apa yang perlu diperbaiki alhamdulillah!! 🀍🀍 terima kasih kakfi dan semuanyaaa”
Waalaikumussalam. MasyaAllah, tahniah sayang. Alhamdulillah dah ada 1A, itu permulaan yang sangat baik. Tak apa pasal Akaun and Matematik. Dua-dua ni memang perlukan sikit masa dan cara belajar yang betul baru lekat, saya faham sangat. Sama-sama kasih, awak.

#questionandanswer@reflectedruh
❀3
Masa Perang Dunia Kedua sekitar tahun 1940, Jerman di bawah pimpinan Hitler sudah berjaya menakluki hampir seluruh negara di Eropah. Kini, Britain sahaja yang tinggal belum jatuh.

Jerman tahu kalau nak serang dan duduki Britain, mereka mesti kalahkan tentera udara Britain dulu. Jadi, Jerman hantar beribu-ribu kapal terbang untuk serang pangkalan tentera, bandar dan kilang di Britain. Tujuannya? Musnahkan sepenuhnya kuasa udara Britain.

Masa itu, Tentera Udara Diraja Britain (RAF) cuma ada sekitar 3,000 orang juruterbang sahaja. Jumlah ini sangat kecil berbanding kekuatan tentera udara Jerman yang jauh lebih besar dan banyak pesawatnya. Ramai juruterbang ini masih muda, ada yang baru berumur 19 atau 20 tahun sahaja.

Tapi walaupun sedikit dan kurang pengalaman, mereka berjuang dengan sangat berani. Mereka terbang berlawan di langit, bertempur setiap hari, tidak takut mati dan sanggup berkorban nyawa. Akhirnya, mereka berjaya menahan serangan Jerman dan memenangi pertempuran ini yang dikenali sebagai Pertempuran Britain.

Kemenangan ini sangat penting sebab:
- Ia menyelamatkan seluruh negara Britain daripada dijajah.
- Ia memastikan rakyat Britain selamat dan negara mereka kekal bebas.

Semasa kejayaan ini, Winston Churchill (Perdana Menteri Britain ketika itu) ucapkan ayat terkenal itu di Parlimen.

Sebab itulah mereka dikenang sebagai The Few (Si Sedikit itu). Jasa mereka sangat besar walaupun bilangan mereka kecil.
❀7
Apa ibrah yang boleh diambil? Banyak ibrah yang sangat berharga boleh diambil.

1. Bilangan kecil tidak bermaksud lemah.

Walaupun cuma 3,000 orang lawan beribu-ribu musuh, mereka menang sebab semangat, keberanian dan kesungguhan. Kekuatan bukan kira jumlah, tapi hati dan tekad. Kalau kita yakin dan berjuang bersungguh-sungguh, halangan besar pun boleh ditewaskan.

2. Pengorbanan sekecil kumpulan boleh selamatkan ramai.

Satu tindakan atau pengorbanan sekumpulan kecil orang boleh beri kesan besar, selamatkan negara, nyawa dan masa depan semua orang. Jangan rasa diri tak penting. Sumbangan awak walau kecil, ada nilai besar untuk orang lain.

3. Hutang budi dan kenang jasa.

Kita hendaklah hargai orang yang berjuang, berkorban dan berusaha demi kebaikan kita. Jasa mereka tak boleh dibayar, cuma boleh dihargai dan dikenang selamanya. Seperti rakyat Britain tak lupa "Si Sedikit itu", kita pun mesti kenang jasa orang yang bantu kita.

4. Bersatu padu kunci kejayaan.

Bukan saja juruterbang, tapi semua rakyat. Pekerja kilang, tentera, orang awam, semua bantu. Kalau kita bersatu, kekuatan berganda, musuh susah nak kalahkan kita. Perpaduan sangat penting bila hadapi cabaran besar.

5. Teguh berdiri walaupun keseorangan.

Masa itu Britain seorang diri, semua negara Eropah sudah jatuh. Tapi mereka tak menyerah, terus bertahan. Pengajarannya, jangan putus asa walaupun rasa keseorangan atau berdepan musuh lebih kuat. Bertahan, Insya-Allah akan ada jalan keluar.

6. Tanggungjawab dan cinta akan negara.

Mereka berjuang bukan untuk diri sendiri, tapi demi keluarga, rakyat dan kebebasan negara. Cinta tanah air dan rasa tanggungjawab sanggup berkorban nyawa. Ini ingatan: kita juga ada tanggungjawab jaga apa yang kita ada.

Semua ni boleh jadi panduan dalam hidup kita, bukan saja dalam peperangan, tapi bila hadapi masalah, cabaran atau nak buat kebaikan untuk orang ramai.
❀7
β€œSi fulan itu berkulit gelap... tengok hidung si fulanah, tengok dahinya, tengok mulutnya, tengok rambutnya, tengok tangannya, tengok kakinya, tengoklah, betapa gemuknya dia atau betapa kurusnya dia, tengok pula betapa tingginya atau betapa pendeknya dia... baik terhadap lelaki mahupun perempuan...”

Ketahuilah, perbuatan sebegitu sebenarnya adalah tanda kurang adab. Ia adalah ghibah dan ia adalah tanda buruknya adab terhadap Allah. Kerana apabila kita mengejek rupa bentuk saudara kita sesungguhnya kita sedang mengejek Allah Yang Menciptakannya.

Hal ini bersesuaian dengan firman Allah SWT:
β€œDan Dialah yang membentuk rupa kamu di dalam rahim ibu sesuka hati-Nya.”

Dan firman-Nya lagi:
β€œDan Dialah yang menciptakan kamu, lalu menyempurnakan rupa bentuk kamu.”

Maka siapakah diri kita sehinggakan kita berani mencela ciptaan Allah? Jika diminta kepada kita untuk mencipta sekecil sayap seekor nyamuk pun, mampukah kita membuatnya dengan baik? Atau adakah kita mencela makhluk lain itu kerana kita menganggap diri kita begitu cantik dan sempurna? Jika benar begitu, siapakah pula yang menciptakan rupa cantik kita itu? Tidakkah kita takut Allah menguji kita lalu tiba-tiba keadaan dan rupa diri kita berubah menjadi apa yang kita tidak sukai?

Ingatlah, seringkali satu perkataan yang kita rasa remeh dan tidak penting itu menjadi punca kebinasaan kita di akhirat kelak. Maka jagalah percakapan dan jangan sesekali mencela atau menyalahkan bentuk ciptaan Allah Yang Maha Indah Ciptaan-Nya.
❀‍πŸ”₯5πŸ’―1
Q&A = β€œapa hukum kita doakan orang yang kita suka pada hari arafah? tapi Allah dah tunjuk bukan dia jodoh kita tapi kita masih tunggu dia :/”

Hukumnya boleh dan tidak berdosa. Kita digalakkan berdoa apa sahaja kebaikan pada hari Arafah. Namun, ingatlah pilihan Allah adalah yang terbaik. Jika Dia sudah tunjuk dia bukan jodoh awak, mohonlah agar Allah beri kekuatan hati dan gantikan dengan insan yang lebih baik. Tidak salah berharap tetapi jangan sampai menolak takdir yang telah tertulis.

#questionandanswer@reflectedruh
❀6πŸ‘1
Q&A = β€œkak fina takpe ke saya tak puasa tarwiyah tapi esok saya puasa arafah..”

Boleh sebab dua-dua ibadah sunnah yang berdiri sendiri. Tak ada syarat yang kata kalau nak puasa arafah kena puasa tarwiyah dulu. Teruskan je niat awak.

#questionandanswer@reflectedruh
❀5
Overthinking? Menulislah.
Burnout? Membacalah.
Penat? Tidurlah.
Marah? Dengarlah Al-Quran.
Malas? Jauhkan diri dari skrin seketika.
Cemas? Tenangkan hati dengan doa.
Stress? Berjalan atau beriadahlah.
Terdengar perkataan tak elok sehingga membuatkan fikiran ke arah yang tak elok? Bacalah surah An-Naziat serta fahamilah maknanya.
❀7
Surah An-Nazi'at adalah teguran mendalam untuk cuci balik fikiran yang dah dicemari dengan bayangan bukan-bukan.

Surah An-Nazi'at sangat powerful sebab dia cerita pasal malaikat pencabut nyawa, hari kiamat dan keadaan orang yang melampaui batas. Ia seolah-olah nak sentak balik jiwa supaya sedar dari kelalaian.
❀5
أَعُوذُ Ψ¨ΩΨ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡Ω Ω…ΩΩ†ΩŽ Ψ§Ω„Ψ΄Ω‘ΩŽΩŠΩ’Ψ·ΩŽΨ§Ω†Ω Ψ§Ω„Ψ±Ω‘ΩŽΨ¬ΩΩŠΩ…Ω
بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­Ω’Ω…ΩŽΩ†Ω Ψ§Ω„Ψ±ΩŽΩ‘Ψ­ΩΩŠΩ’Ω…Ω

Ψ₯ΩΩ†Ω‘ΩŽΩ…ΩŽΨ§ Ψ£ΩŽΩ…Ω’Ψ±ΩΩ‡ΩΫ₯Ω“ Ψ₯ΩΨ°ΩŽΨ§Ω“ أَرَادَ Ψ΄ΩŽΩŠΩ’Ω€Ω”Ω‹Ψ§ Ψ£ΩŽΩ† ΩŠΩŽΩ‚ΩΩˆΩ„ΩŽ Ω„ΩŽΩ‡ΩΫ₯ كُن ΩΩŽΩŠΩŽΩƒΩΩˆΩ†Ω

β€œSesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya: β€˜Jadilah!’ maka jadilah ia.”

Ψ΅ΩŽΨ―ΩŽΩ‚ΩŽ اللهُ Ψ§Ω„Ω’ΨΉΩŽΨΈΩΩŠΩ…Ω

Surah Yasin, ayat 82
❀6
Q&A = β€œkak fina apa hukum kita tak qadha solat time period tu macam contohla kan time tu saya ada seminar sekolah sampai pukul 5 pastu saya mandi wajib, saya tak larat nak qadha zohor, saya solat asar je, boleh ke”
Hukumnya wajib qadha dan tak boleh tinggal macam tu sahaja. Ikut mazhab Syafi'i, kalau haid kita berhenti dalam waktu Asar kita bukan hanya kena solat Asar tapi wajib juga qadha solat Zohor. Ini kerana waktu Asar adalah waktu darurat bagi Zohor (boleh dijamakkan).

#questionandanswer@reflectedruh
❀4
Q&A = β€œallahu kakfi baru saya tahu selama ni saya solat asar je lepas bersih 😭 macam mana ni?”

Setiap manusia akan ada silapnya. Kalau awak ada masa lapang, setiap kali masuk waktu Zohor awak cuba buat solat Zohor 2 kali. Kali pertama untuk solat Zohor waktu sekarang yakni tunai dan kali kedua awak solat Zohor sekali lagi untuk ganti solat yang lepas yakni qadha.

Nak kena ganti sampai bila? Awak kena ganti dengan anggaran usia baligh awak sehinggalah hati awak berasa yakin dan tenang yang semua solat yang tertinggal dulu dah diganti sepenuhnya.

#questionandanswer@reflectedruh
❀4πŸ₯°1
For kaum hawa, ingat ini:

Kalau kamu suci dari haid waktu Subuh maka Subuh sahaja sebab tiada perkaitan jamak dengan solat Isyak.

Kalau kamu suci dari haid waktu Zohor maka Zohor sahaja.

Kalau kamu suci dari haid waktu Asar maka kena ganti Zohor sebab Zohor dan Asar boleh dijamakkan.

Kalau kamu suci dari haid waktu maghrib maka maghrib sahaja sebab tiada perkaitan jamak dengan Asar.

Kalau kamu suci dari haid waktu Isyak maka kena ganti maghrib sebab Maghrib dan Isyak boleh dijamakkan.
🫑5
Orang yang berjaya adalah orang yang mula mengubah dirinya dengan agamanya kerana apabila agama sudah tertanam kukuh di dalam hati nescaya segala perbuatan, percakapan dan tingkah lakunya akan terarah ke jalan yang benar. Dia tidak akan sesekali melanggar batas Allah, berusaha melakukan yang terbaik dalam setiap urusan dan sentiasa menjaga amanah serta tanggungjawab. Inilah kejayaan sebenar. Bukan sekadar kaya harta atau tinggi pangkat tetapi berjaya membentuk diri menjadi insan yang mulia, diredhai Pencipta dan membawa keberkatan di dunia mahupun di akhirat.
❀5
O Thou, The Most Majestic... I come before Thee not with offerings, but with the fragments I have gathered from the wells of my own neglect. I come unprovided without provisions, without a surplus of deeds to knock upon the gates of Heaven, without a prostration humble enough to summon Thy Mercy and without tears that are truly purified from the dust of all corruption.

My Lord, I arrive as a servant unworthy of such a name for too often have I bartered my devotion for the fleeting shadows of this world. How frail am I; that even within Thy profound Silence, I still tremble. Amidst the abundance of Thy blessings, I still find breath to murmur in discontent. Within the radiance of Thy Light, I remain blind.

β€œWhy dost Thou still hold me fast, while I, time and again, strive to break free?”
❀2
I do not comprehend it, yet I know... this is a Love without condition. A Love that does not require me to be worthy of being loved. A Love that waits, even when I myself know not when I shall truly return home.

O Light of all sight... illuminate the dark corridors of my heart, where the moths of greed, the flies of ostentation, and the shadows of worldly deception have made their dwelling. I long to return to stillness, to become clear, to be as pure as I was before I knew anything other than Thee.

O The Wondrous One... let me be broken, if only in that brokenness I may find Thee completely. I seek no healing from this world, for the world understands nothing of my hidden wounds. I desire only Thee, The One who understands pain without the need for words; who wipes the tear before it has the chance to fall, who listens when I no longer have the strength to weep.

If there be but one plea... it is not for Paradise, nor for the splendours of existence. Only this: never leave me, though the entire universe casts me away. For though I may lose all things, I can still stand; but to lose Thee... that is the true death, a burden I cannot bear.
❀2
Q&A = β€œakak: (semalam saya penat sangat, terlepas nak buat selawat zikir apa semua untuk arafah tu huhu tapi harini saya puasa arafah la tapi sedih takdapat ikut sebab tertidur”

Jangan sedih, tidur itu juga rezeki dan keizinan Allah bukan awak sengaja nak tinggalkan. Walaupun terlepas nak buat selawat dan zikir malam tu, niat awak nak buat tu je pun dah dikira ibadah di sisi Allah. Allah tengok hati awak yang nak berbuat baik bukan sekadar apa yang sempat awak buat je.

Dan Alhamdulillah, hari tu awak tetap bangun dan teruskan puasa Arafah kan? Itu yang paling besar pahalanya, yang boleh hapuskan dosa kecil setahun lepas dan setahun akan datang. Allah terima usaha awak tu, Allah terima keredhaan awak tu.

Tak ada hilang apa-apa pun, Insya-Allah. Allah ganti apa yang terlepas tu dengan keberkatan lain, mungkin dalam bentuk tenaga yang awak dapat bila tidur tu supaya awak kuat semula untuk beribadah hari seterusnya. Senyum ya awak, Allah sayang orang yang berusaha macam awak ni.

#questionandanswer@reflectedruh
❀2
Q&A = β€œassalamualaikum kakfi sy nak tanya kawan sy ada masalah sakit mental dalam bahas kasar kalau sy chat dia lambat reply kdg berjamΒ² berhariΒ² knp ya? tapi sy tgk story social media dia nmpk happy je kdg geram n sy rasa sy ni disingkirkan sebab sy letak dia sbg tempat selesa sy untuk berkomunikasi”
Waalaikumussalam. Bila kita ada mental health problems, tenaga kita tu sangat terhad macam bateri yang tinggal sikit je. Kadang-kadang awak nampak dia cepat sangat balas mesej orang lain, itu bukan sebab dia rapat sangat atau lebih sayang dorang sebaliknya dia terpaksa dan didesak oleh orang tu supaya cepat balas sampai dia rasa there is no other choice. Tapi dengan awak dia rasa tenang, dia rasa tak ada tekanan sebab dia tahu awak takkan mendesak, awak akan tunggu dia.

Awak tengok dia suka post keluar jalan-jalan atau nampak seronok di media sosial? Percayalah, itu semua dia buat semata-mata nak tutup dan lari dari rasa sedih serta gelisah dalam hati dia. Dia paksa diri senyum, dia pakai topeng gembira supaya orang tak risau atau tahu dia tengah retak dan semua ni habiskan tenaga sikit yang dia ada. Bila dia dah balik rumah dan dah rehat, tenaga dia habis sepenuhnya. Masa tu, benda senang macam membaca dan membalas mesej pun jadi sangat berat dan membebankan sampai kadang-kadang otak kita rasa beku dan tak mampu bergerak walau satu jari pun; walaupun hati kita sebenarnya nak sangat balas dan berhubung.

Dan satu benda paling penting awak kena tahu; sebab kenapa dia berani diam berhari-hari dengan awak sedangkan dengan orang lain dia nampak aktif, itu sebenarnya sebab awaklah tempat paling selamat dia. Dengan orang luar dia berusaha lebih sebab dia takut diorang lari atau tak faham, tapi dengan awak dia rasa sangat yakin dan selamat. Dia tahu awak faham, awak takkan marah dan awak takkan tinggalkan dia walau macam mana pun perangai dia. Dia tak sedar yang sikap dia tu buat awak rasa tersisih tapi percayalah dalam ramai-ramai kawan dia, awaklah orang yang paling dekat dan paling istimewa dalam hati dia. Sebab apa? Sebab awak beri dia ruang, awak cuba faham dia walaupun sebenarnya awak tak faham sepenuhnya.

Orang yang ada mental health problems, mereka rasa penat sangat nak berhubung dan berkomunikasi dengan orang. Dia nampak online di media sosial tapi tak balas mesej awak atas sebab dia tengah cari ketenangan di situ, cari sesuatu yang boleh alihkan fikiran dia sekejap dari rasa sakit dan luka yang dia tanggung. Terkadang tanpa kita sedar apa yang kita katakan boleh mengguris hati dia malah menambah lagi luka dan beban yang sedia ada dalam diri dia.

Mungkin bagi kita ayat biasa je, tapi bagi dia setiap perkataan tu boleh ditafsir berbeza dan menusuk jauh ke dalam hati yang rapuh tu. Sebab tu dia lebih memilih untuk diam dan menjauh sekejap, bukan sebab dia tak nak kawan dengan awak tapi sebab dia takut terluka lagi atau takut terlepas cakap benda yang buruk sebab emosi dia tak stabil. Dia perlukan ruang untuk bernafas, untuk pulihkan semangat dan untuk tenangkan diri sendiri sebelum dia sanggup kembali berbicara dengan sesiapa. Dan ingatlah, bila dia diam begitu selalunya dia pilih untuk diam bersama awak sebab dia rasa selamat. Dia percaya awak seorang je yang takkan hukum dia, takkan tinggalkan dia dan akan tunggu dia sampai dia rasa kuat semula untuk berhubung seperti biasa.

#questionandanswer@reflectedruh
❀2