Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا، سَهَّلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ، وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga. Tidaklah satu kumpulan berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah, membaca kitab Allah (al-Qur’an) dan mempelajarinya sesama mereka melainkan akan turun kepada mereka sakinah (ketenangan), diliputi ke atas mereka rahmat dan dinaungi oleh malaikat serta Allah SWT akan menyebut mereka pada malaikat yang berada di sisi-Nya”. [Riwayat Muslim (4867)]

BAHASA MELAYU (EDISI LENGKAP) | TAFSIR FI ZILALIL QURAN https://tafsirzilal.wordpress.com/bahasa-melayu-edisi-lengkap/
TAFSIR FI ZILALIL QURAN
BAHASA MELAYU (EDISI LENGKAP)
DI BAWAH NAUNGAN AL-QURAN right click → save link as → download 1) Muqaddimah 2) Biodata Sayyid Qutb 3) Al-Fatihah 4) Al-Baqarah 5) Ali-Imran 6) An-Nisa’ 7) Al-Maidah 8) Al-An’am 9) Al-A’raf …
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Puasa Menjauhkan Dari Api Neraka
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar Sabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun."
(HR Bukhari No: 2840)
Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Puasa adalah antara ibadat yang menjadikan seseorang hamba dekat dengan syurga dan jauh daripada neraka.
2. Puasa adalah perisai kepada seorang mukmin. Rasulullah SAW bersabda:
الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدْ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai, seorang hamba berperisai dengannya dari api neraka”
(HR Ahmad 3/241)
Status: Hadis Sahih
3. Sehari ibadat puasa oleh seorang Mukmin yang dilakukan dengan ikhlas akan menjauhkan seseorang dari neraka sejauh 70 tahun perjalanan.
4. Rasulullah SAW menganjurkan kita untuk melakukan puasa sunat khususnya pada bulan Muharam. Antara hari yang digalakkan berpuasa selain daripada Isnin dan Khamis, puasa Tasu’a (9 Muharam) dan puasa Asyura (10 Muharam) juga puasa sunat pada pertengahan bulan hijrah atau dipanggil puasa hari puteh (13, 14 dan 15 haribulan Hijrah)
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نَصُومَ مِنْ الشَّهْرِ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ الْبِيضَ ثَلَاثَ عَشْرَةَ وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ وَخَمْسَ عَشْرَةَ
Dari Abu Dzarr RA dia berkata; "Rasulullah SAW memerintahkan kami agar berpuasa tiga hari Bidh (Putih) dalam sebulan iaitu tiga belas, empat belas dan lima belas."
(HR Nasai No: 2380)
Status: Hadis Hasan
Marilah kita melakukan puasa sunat pada sepanjang bulan Muharam ini selain daripada puasa pada hari ke 9 (Tasu’a), hari ke 10 (Asyura). Disamping puasa sunat hari Isnin dan Khamis juga puasa hari-hari puteh pada 13hb, 14hb dan 15hb Muharam.
Moga ibadat puasa akan menghindarkan kita dari api neraka.

Forwarded from Tarbiah Daily
Hidup Adalah Ujian
Inilah mesej yang sarat dimuatkan dalam al-Quran.
Kadang-kala apabila kita tidak mempunyai tasawur (pandangan) yang betul tentang kehidupan, kita terkejut dengan suasana dan kejadian yang berlaku.
Apabila diuji, kita rasa aneh. Kenapa aku diuji?
Sebenarnya, diuji itu tidak aneh. Yang aneh adalah hidup tanpa ujian!
Allah telah memaklumkan melalui kalamNya,
Perkataan نَّبۡتَلِيهِ yang diterjemah sebagai "kami uji" boleh juga membawa erti نختبره yakni kami periksa dengan teliti atau نمتحنه iaitu kami beri ia mehnah (kesukaran).
Kesemuanya membawa maksud yang hampir sama. Tetapi ada hikmahnya.
Sebagaimana sang guru memberi ujian kepada anak-anak pelajar untuk meneliti kefahaman dan pencapaian mereka, kemudian membuat ranking kedudukan mereka, begitu juga ujian Allah dalam kehidupan.
Ia adalah pentadbiran ilahi untuk menilai ketulenan iman kita kemudian peluang untuk kita bandingkan kedudukan atau rankings kita.
Ranking paling tinggi adalah para anbiya. Mereka adalah golongan yang paling banyak ujian.
Jadi apabila ujian datang, peluklah dan hadapi ia dengan keyakinan; ini peluang untuk meraih kedudukan yang lebih baik dan lebih baik lagi di sisi Allah.
Tarbiah Daily
=============================
Follow team PERINTIS untuk update lebih banyak aktiviti dan platform untuk anda memberi sumbangan amal:

{ إِنَّا خَلَقۡنَا ٱلۡإِنسَٰنَ مِن نُّطۡفَةٍ أَمۡشَاجٖ نَّبۡتَلِيهِ فَجَعَلۡنَٰهُ سَمِيعَۢا بَصِيرًا }
[Surah Al-Insān: 2]
Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.
Perkataan نَّبۡتَلِيهِ yang diterjemah sebagai "kami uji" boleh juga membawa erti نختبره yakni kami periksa dengan teliti atau نمتحنه iaitu kami beri ia mehnah (kesukaran).
Kesemuanya membawa maksud yang hampir sama. Tetapi ada hikmahnya.
Sebagaimana sang guru memberi ujian kepada anak-anak pelajar untuk meneliti kefahaman dan pencapaian mereka, kemudian membuat ranking kedudukan mereka, begitu juga ujian Allah dalam kehidupan.
Ia adalah pentadbiran ilahi untuk menilai ketulenan iman kita kemudian peluang untuk kita bandingkan kedudukan atau rankings kita.
Ranking paling tinggi adalah para anbiya. Mereka adalah golongan yang paling banyak ujian.
Jadi apabila ujian datang, peluklah dan hadapi ia dengan keyakinan; ini peluang untuk meraih kedudukan yang lebih baik dan lebih baik lagi di sisi Allah.
Tarbiah Daily
=============================
Follow team PERINTIS untuk update lebih banyak aktiviti dan platform untuk anda memberi sumbangan amal:
Telegram
Tarbiah Daily
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal!
#tiadaharitanpatarbiah
https://linktr.ee/tarbiahdaily
#tiadaharitanpatarbiah
https://linktr.ee/tarbiahdaily
Forwarded from Tce Ani ft TheQuranStalker
Seorang student bercerita tentang ibunya umur dalam lingkungan 60-70
Mereka install Tiktok untk mak dia, bagi mudah mak dia tengok ceramah atau ngaji Quran
Scroll
Scroll
Scroll
Mak dia tersangkut dengan seorang lelaki yang mirip arwah ayahnya
Chat,
Bercinta,
Angau,
Sampai tahap transfer duit ke lelaki tersebut to serve him atas dasar CINTA
Terkejut ?
Saya mendengar pon terkedu,
Sebenarnya untuk expert dalam mengawal penggunaan sosial media bukan mengikut peringkat umur,
Atau sejauh mana pengalaman dalam menggunakannya.
Tapi Iman
Akhir zaman dimana akal menguasai. Iman hanya di rak buku berhabuk.
Akal yang liar dan buas ini,
Hanya boleh dikawal dengan wahyu al Qur'an.
Jika dia menangkan nafsu,
Ketahuilah wahyu itu hidup,
Itu matikan hujjah maksiat diri.
Guide us to the straight path ya Robb.
TheQuranStalker

Forwarded from The Garden of Al-Quran
Antara cara yang dicadangkan oleh Syeikh Dr Yahya al-Ghawthani حَفِظَهُ الله buat mereka yang pernah menghafaz al-Quran tetapi telah lupa.
1- Tetapkan kesungguhan, hemah dan janji kita dengan Allah
يبدأ بنشاط وهمة جديدة وعهد جديد مع الله عز وجل
2- Mulakan dari awal (hafazan) dan berjanji dengan diri untuk menjadikannya rutin untuk menjaganya
أنك تبدأ من جديد فتبدأ بسورة البقرة مثلا، وتقول لنفسك "أنا ألزم نفسي كل يوم أن أثبت خمس صفحات مثلا"
3- Mulakan dengan kadar kekuatan hafazan kita
على حسب قوة الحفظ
4- Hafal dengan baik, kemudian solat sunat dengan membaca hafalan kita itu
وصل بها ركعتين السنن، في سنة المغرب أو سنة العشاء أو قيام الليل
5- Teruskan rutin setiap hari
Begitulah seterusnya.
Melupakan hafazan al-Quran adalah sebuah penyakit, jika kita ada 'penyakit' ini, kita perlu berusaha untuk merawatnya.
Ayuh kita bersama-sama menguatkan hafazan al-Quran kita.
#FawaidHafazan

Fussilat : 37
وَمِنْ ءَايَـٰتِهِ ٱلَّيْلُ وَٱلنَّهَارُ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ ۚ لَا تَسْجُدُوا۟ لِلشَّمْسِ وَلَا لِلْقَمَرِ وَٱسْجُدُوا۟ لِلَّهِ ٱلَّذِى خَلَقَهُنَّ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ ٣٧
Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah.

On the authority of Abu Hurayrah (may Allah be pleased with him) who said:
The Messenger of Allah (peace and blessings of Allah be upon him) said, “Part of the perfection of one’s Islam is his leaving that which does not concern him.”
A hasan (good) hadeeth which was related by at-Tirmidhi and others in this fashion.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه و سلم "مِنْ حُسْنِ إسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ".
حَدِيثٌ حَسَنٌ، رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ [رقم: 2318] ، ابن ماجه [رقم:3976].

Sayyid Qutb start faham Quran umur 40 tahun
Menulis Tafsir Zilalil Quran selama 20 tahun
Kemudian Syahid
Allah preserve Tafsir Zilalil Quran sehingga digunakan ke seluruh pelosok Dunia sehingga ke hari ini.
Jarak umur SQ dengan kita hari ni 60 tahun.
Kita sedang mengusahakan Amal yang akan melangkaui umur kita hidup pada hari ini.
Usia kita bukan ikut tahun , tapi ikut apa yg kita perjuangkan. Jadi permulaan usia sesorang adalah usia dia mengenal Allah dan Al quran. lebih baik usia pendek tapi faham Al quran, daripada usia panjang tapi tak faham Al Quran dan tak ada perjuangan Al Quran.

Berbaring untuk tidur, tetapi dosa diampunkan.
Nabi ﷺ mengajarkan kita zikir agar dosa diampunkan walau sebanyak buih di lautan. Sebelum kita berbaring, bacalah:
- لا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ له، له المُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، وَهو علَى كُلِّ شيءٍ قَدِيرٌ
- لاحولَ ولا قوةَ إلا بالله العليِّ العظيمِ
- سبحان اللهِ
- الحمدُ لله
- لا إله إلا اللهُ
- اللهُ أكبرُ
Dosa diampunkan walau sebanyak buih di lautan.
[Rujuk HR Ibn Hibban: 5528]
#FawaidHadith

Kelebihan Membaca Al-Quran Di Malam Hari
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَن قَامَ بِعَشْرِ آيَاتٍ لَمْ يُكْتَبْ مِنَ الْغَافِلِينَ، وَمَن قَامَ بِمِائَةِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْقَانِتِينَ، وَمَن قَرَأَ بِأَلْفِ آيَةٍ كُتِبَ مِنَ الْمُقْنِطِرِينَ
Daripada Abdullah bin Amru RA Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mendirikan malam dengan membaca sepuluh ayat, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai. Sesiapa yang mendirikan malam dengan seratus ayat, dia akan ditulis sebagai orang yang taat (al-qanitin). Dan sesiapa yang membaca seribu ayat, dia akan ditulis sebagai golongan yang memperoleh pahala yang banyak (al-muqanthirin).
(HR Abu Daud No: 1398) Status: Hadis Hasan
Pengajaran:
1. Setiap Muslim digalakkan bangun malam untuk solat dan membaca al-Quran, kerana waktu malam adalah saat yang paling tenang untuk mendekatkan diri kepada Allah.
2. Tiga tahap ganjaran orang yang qiam di malam hari dan membaca al-Quran:
a. 10 ayat: Tidak tergolong dalam orang yang lalai.
b. 100 ayat: Dikenal sebagai qanitin (orang yang taat dan tunduk).
c. 1000 ayat: Dicatat sebagai muqanthirin, iaitu yang diberi pahala seperti gunung.
3. Ibn Rajab al-Hanbali dalam Jami' al-‘Ulum wa al-Hikam menyatakan bahawa hadis ini bukan hanya tentang bilangan ayat al Quran yang dibaca, tetapi tanda kecintaan kepada al-Quran. Sesiapa yang menjadikan bacaan al-Quran sebahagian daripada malamnya, maka dia akan terselamat daripada sifat lalai yang disebut dalam al-Quran sebagai sifat orang munafik dan zalim.
4. Membaca al-Quran dalam solat malam adalah jalan untuk mengelakkan kelalaian, memperoleh ketaatan, dan meraih pahala yang sangat besar.
5. Jadikanlah amalan membaca al-Quran di malam hari walaupun sedikit sebagai rutin hidup kerana di situlah letaknya rahmat, cahaya hati, dan kemuliaan seorang Muslim.

Istighfar paling utama
1- Memulakan dengan pujian kepada Allah
2- Mengakui/mengiktiraf dosa sendiri
3- Meminta ampun dari Allah
[Jami' al-Ulum wa al-Hikam 1/840]
3 unsur ini semuanya ada dalam Sayyidul Istighfar. Apakah itu Sayyidul Istighfar?
Sayyidul Istighfar adalah penghulu segala istighfar, apa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ:
اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada yang layak disembah melainkan Engkau"
خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ
"Engkau menciptaku dan aku hambaMu"
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ
"Aku beriman kepada janjiMu (balasan baik) dan janjiMu (balasan azab) atas kemampuanku"
أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ
"Aku berlindung denganMu dari keburukan daripada perbuatanku"
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي
"Aku akui nikmatMu kepadaku dan aku akui dosaku kepadaMu"
فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
"Maka ampunkanlah aku, sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau"
Lengkap apa yang diajarkan oleh Nabi ﷺ kepada kita. Maka seharian kita, sangatlah penting untuk kita selalu amalkan zikir ini dan menghayati maknanya.
#FawaidHadith
Rujuk HR Bukhari 6306

Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝟭𝟮
Normalisasi dengan rejim penjajah Israel adalah satu pengkhianatan yang mematikan jihad dan menjadikan pembebasan Palestin suatu yang mustahil. Wajib kepada semua pemimpin negara umat Islam untuk kembali kepada prinsip asas bahawa rejim penjajah Israel adalah negara yang tidak sah kewujudannya. Sebarang langkah pengiktirafan terhadap rejim penjajah Israel hanya akan memanjangkan hayatnya.
𝟭𝟱 𝗥𝗘𝗦𝗢𝗟𝗨𝗦𝗜 𝗠𝗨𝗭𝗔𝗞𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗜𝗟𝗠𝗨𝗪𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠: 𝗝𝗜𝗛𝗔𝗗 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗟𝗘𝗦𝗧𝗜𝗡
https://duniapalestin.net/dunia/4283/

Mulakan Hari Dengan Hadis Yang Membuatkan Kemalasan Hilang Serta Merta
Dari Anas bin Malik ra;
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
" إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ "
"Apabila Allah menginginkan bagi seorang hamba kebaikan, Allah jadikan dia beramal"
. فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
Kemudian baginda ditanya, bagaimana dia dijadikan beramal?
قَالَ " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ "
Sahut Rasulullah, "Diberikan taufiq baginya untuk melakukan amal salih sebelum kematian (semasa dia hidup)"
. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Jom lihat peluang beramal sebagai bentuk nikmat dan seruan dari Allah. Ia tanda Allah nak beri kebaikan kepada kita dan melalui kita.
Allah pilih kita untuk berkhidmat bagi agamaNya, alhamdulillah!
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
Dari Anas bin Malik ra;
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم
" إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ "
"Apabila Allah menginginkan bagi seorang hamba kebaikan, Allah jadikan dia beramal"
. فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ
Kemudian baginda ditanya, bagaimana dia dijadikan beramal?
قَالَ " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ "
Sahut Rasulullah, "Diberikan taufiq baginya untuk melakukan amal salih sebelum kematian (semasa dia hidup)"
. قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Jom lihat peluang beramal sebagai bentuk nikmat dan seruan dari Allah. Ia tanda Allah nak beri kebaikan kepada kita dan melalui kita.
Allah pilih kita untuk berkhidmat bagi agamaNya, alhamdulillah!
Tarbiah Daily
Tiada Hari Tanpa Tarbiah
https://t.me/tarbiahdaily
Telegram
Tarbiah Daily
Perkongsian catatan penting tarbiah secara harian. Mudah-mudahan membangkitkan iman yang lesu dan meledakkan amal!
#tiadaharitanpatarbiah
https://linktr.ee/tarbiahdaily
#tiadaharitanpatarbiah
https://linktr.ee/tarbiahdaily
Forwarded from Tarbiah Daily
Tidak Semua Keinginan Di Dunia Akan Terpenuhi
Bahkan sangat aneh jika kita berusaha untuk memenuhkan keinginan kita di dunia.
Ini kerana keinginan manusia tiada batasnya.
Sehingga dikatakan Umar pernah menyebut, "Apakah engkau akan perolehi semua yang engkau inginkan...?"
Sebaliknya, di dunia adalah tempat untuk kita memenuhi kehendak Allah, tuntutan ke atas kita sebagai hamba-Nya.
Dunia bukan tempat untuk memenuhi keinginan diri.
Lalu di manakah keinginan ini akan dilunaskan?
Dengarkan janji Allah:
{ لَّهُمۡ فِيهَا مَا يَشَآءُونَ خَٰلِدِينَۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ وَعۡدٗا مَّسۡـُٔولٗا }
[Surah Al-Furqān: 16]
Mereka beroleh di dalam Syurga itu apa yang mereka kehendaki, mereka pula kekal di dalamnya. Balasan yang demikian adalah satu janji yang dijamin oleh Tuhanmu, lagi yang dipohonkan dan dituntut (dalam doa masing-masing).
Di syurga. Itulah tempatnya.
مَا يَشَآءُونَ
Apa sahaja yang mereka kehendaki, inginkan.
Jom tahan keinginan kita yang beragam itu.
Sabarkan diri. Fokus mengejar apa yang disuruh oleh Allah.
Pastinya, kelak Allah akan menunaikan janji dari kalamNya.

Taqwa dan Al-Quran
عَن أبِى ذَرٍّ قَالَ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ أَوصِنِى قَالَ عَلَيْكَ بِتَقْوَى اللهِ فَإِنَّهُ رَأْسُ الأَمْرِ كُلِّهِ قُلْتُ يَارَسُولَ اللهِ زِدْنِي قَالَ عَلَيْكَ بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ فَإِنَّهُ نُورٌلَكَ فِى الأَرْضِ وَذُخْرٌلَكَ فِى السَّمَاءِ
Daripada Abu Dzar bahawa beliau telah meminta Rasulullah SAW memberikannya satu pesanan (yang berpanjangan) Rasulullah bersabda: "Semaikanlah rasa takut (bertakwa) kepada Allah, sesungguhnya takut kepada Allah itu kepala (sumber) bagi segala amalan kebaikan." Abu Dzar meminta supaya Rasulullah SAW menambah lagi. Sabda Rasulullah SAW: Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia adalah cahaya bagimu di bumi (dunia) dan bekalan untuk mu di langit (akhirat).
(HR Ibn Hibban No: 361).
Status: Hasan Lighairihi
Pengajaran:
1. Abu Dzar atau nama sebenarnya ialah Jundub bin Junadah adalah salah seorang sahabat Rasulullah yang sangat zuhud. Beliau antara sahabat yang sering meminta kepada Rasulullah agar diberikan nasihat. Antara pesanan Rasulullah SAW:
a. Semai sifat taqwa (rasa takut kepada Allah) dalam diri kerana takut kepada Allah itu sumber bagi segala amalan kebaikan.
b. Bacalah al-Quran kerana al-Quran adalah cahaya untuk kita di dunia dan ia akan menjadi bekalan di akhirat.
2. Sifat taqwa perlu disuburkan dalam diri setiap orang beriman dengan melaksanakan seluruh kewajipan agama dan bersungguh-sungguh meninggalkan segala larangan syarak.
3. Takwa kepada Allah adalah asas kepada segala amalan dan keberhasilan. Segala perbuatan dan usaha kita harus dilandaskan dengan kesedaran akan keagungan Allah dan tanggungjawab kita sebagai hamba-Nya. Tanpa takwa, segala amalan tidak akan diberkati dan mungkin akan terpesong dari jalan yang benar.
4. Sayidina Ali RA berkata: “Takwa ialah takut kepada Tuhan yang mulia, beramal dengan kitab yang diturunkan. Redha dengan sedikit dan bersiap sedia untuk hari kesudahan.”
5. Al-Quran perlu dibaca, difahami, dihayati dan diamalkan dalam kehidupan harian agar ia menjadi cahaya yang memandu kehidupan kita di dunia dan menjadi pemberi syafaat di akhirat kelak.
6. Membaca al-Quran akan mendapat ganjaran berganda. Abdullah bin Masud RA meriwayatkan sabda Nabi SAW:
مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لاَ أَقُولُ الْم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلاَمٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ
“Sesiapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran maka baginya satu kebaikan. Satu kebaikan menyamai 10 gandaan. Tidaklah aku katakan yang ألم itu satu huruf. Bahkan Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”
(HR Tirmizi No: 2910)
Status: Hadis Hasan
Hadis ini mengajarkan kita dua perkara yang amat penting dalam kehidupan seorang Muslim: takwa kepada Allah dan membaca serta mengamalkan Al-Quran. Kedua-duanya adalah jalan untuk mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
27hb Muharam 1447H
23hb Julai 2025