Channel Jalan-jalan Cari Ilmu
1.81K subscribers
3.8K photos
35 videos
44 files
1.81K links
InsyaAllah segala poster yang ada di dalam Channel hanya yang Islamik.
Download Telegram
[Makna Allahu Akbar]

Berkata syeikhuna Said al-Kamali :

"Pasakkan keimanan di dalam dirimu Allahu Akbar, yang mana jika engkau ketakutan maka keamanan ada pada Akbar, jika engkau berhajat kepada sesuatu maka carilah Akbar...

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG BESAR (كبير) JIKA DISANDARKAN KEPADA AKBAR (YANG LEBIH BESAR) MAKA IA AKAN DIPANDANG KECIL SEHINGGA DIPANDANG TIADA APA-APA

Ketika engkau dilanda masalah juga kesusahan dan engkau mencari sesuatu yang besar ke kiri dan kanan maka carilah Akbar, dan berkatalah Allahu Akbar...

Jika engkau bergantung kepada seorang manusia, dan dia meninggalkan kau, maka carilah YANG SESEKALI TIDAK AKAN MENINGGALKANMU...

Dialah tuhan yang tidak pernah merasa penat dengan setiap permintaanmu, yang sentiasa membiarkan pintu rahmatNya terbuka luas bagi sesiapa pun yang mengetuknya, engkau mencari-cari kuasa besar manusia dan engkau lupakan kuasa akbar, yang tak pernah mengungkit setiap doa yang kau panjatkan, bahkan dialah tuhan yang bahkan gembira dengan doa hambaNya, itulah makna Allahu Akbar...

#pencintahadithkluang
#msjdakwah
#daudattetouani
#syeikhsaidalkamali

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith jamak solat tanpa safar]

Kes : Ada hadith yang seolah baginda nabi memberikan jamak solat walaupun seseorang itu tidak bermusafir :

"Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa rasulullah saw solat zohor dan asar di Madinah secara jamak bukan kerana takut atau bermusafir, berkata Abu Zubair : Aku bertanya Said berkenaan itu mengapa baginda nabi berbuat demikian? Said berkata : aku bertanya Ibnu Abbas berkenaan itu, menjawab : baginda tidak ingin menyusahkan umat baginda" (Mus.)

Apa kata ulamak berkenaan hadith ini?

Imam Tirmizi berkata : telah ijmak umat ini bahawa hadith ini tidak diamalkan (Syarh Ilal Tirmizi 43)

Ibnu Qudamah di dalam al-Mughni berkata : telah berlaku ijmak tidak diharuskan jamak solat tanpa sebarang keuzuran (al-Mughni : 2/120)

Ada 3 jenis mazhab ulamak dalam berhadapan dengan hadith ini :

1. Hadith ini tidak diamalkan secara mutlak! Ini adalah pandangan jumhur, bahkan berkata al-Khattabi : hadith ini sebahagian besar fuqahak tidak bercakap tentangnya (tak amalkanya dan tak memandangnya secara zahir) (rujuk : Maalim al-Sunan 1/265)

2. Amalkan hadith ini secara mutlak, ini pandangan SYIAH, sebahagian Zaidiyah, dan ini juga mazhab Bani Umayyah, kerana masyhur di kalangan pemimpin mereka jamakkan solat tanpa uzur.

Hajjaj bin Yusuf al-Tsaqafi bahkan selalu mengamalkanya, dan amalan beliau diserang oleh sebahagian besar ulamak, fuqahak dan tabi'in yang masih hidup ketika itu, bahkan ia dianggap mazhab pelik Bani Umayyah (rujuk : Siyar A'lam al-Nubala' : 4/306)

Bahkan telah sahih daripada kalangan ulamak ahlul bait bahkan Imam Syaukani sendiri mengatakan pelik bagaimana jamakkan solat tanpa uzur dinisbahkan kepada mazhab Syiah, kerana di dalam kitab-kitab mereka juga mengatakan tidak harus (rujuk : Nailul Authar : 4/1819)

3. Beramal dengan hadith ini dengan keperluan, dengan syarat perlakuan ini bukan menjadi amalanya sentiasa, ia dipegang oleh Ibn Abbas dan Abu Hurairah r.a di dalam riwayat Muslim, ia juga disetujui oleh Ibn Sirin, Imam Asyhab dari ashab Maliki, ia juga amalan ashab hadith, bahkan diriwayatkan juga Imam Marwazi dari Syafiey (rujuk : Maalim al-Sunan : 1/265, al-Mughni 2/121)

Ia adalah mazhab Imam Ahmad, yang mengharuskan jamak solat jika ada pekerjaan atau hal yang tak dapat dielakkan di tempat menetap, mazhab Imam Ahmad dilihat paling terbuka dalam hal ini.

Sebab mazhab jumhur menolak hadith ini sebagai amalan :

1. Berlaku ijmak hadith ini tak diamalkan, bahkan ada yang kata khilaf yang berlaku adalah selepas berlaku ijmak kaum sahabat.

Namun kena ingat, perawinya Ibnu Abbas, bahkan ada riwayat beliau juga mengamalkanya, dan disokong pula oleh Abu Hurairah...

2. Mereka takwil perkataan Ibnu Abbas ini bermaksud jamak suuri iaitu solat pertama dilakukan di waktu akhir solat tersebut, dan solat kedua dilakukan pada waktu awal solat tersebut dan dilihat jarak di antara kedua solat tersebut sangat dekat, takwil ini disokong oleh Ibn Hajar, al-Qurthubi, al-Haramain, Ibn Majisyun dan al-Tahawi.

Namun al-Khattabi dalam al-Maalim berkata bahawa takwil jamak suuri akan menafikan rukhsah jamak itu sendiri, kerana kalau suuri akan membuatkan orang itu solat setiap waktu dan itu 'azimah! (rujuk Maalim al-Sunan : 1/264)

So diketahui, sebab nabi lakukanya agar ia dapat memberikan kemudahan kepada umatnya kelak jika menghadapi perkara yang sangat berhajat, dan bagaimana boleh dikatakan ijmak sedangkan terdapat sahabat khilaf antara mereka juga?

Namun apa yang didakwa imam Tirmizi sebagai ijmak pun betul juga, kerana apa yang beliau maksudkan ijmak ialah ijmak tidak menjadikan jamak solat tanpa uzur sebagai amalan yang selalu dilakukanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab
#berinteraksidenganhadis

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith qadha' puasa untuk si mati]

Daripada Aisyah r.a bahawa baginda nabi bersabda :

من مات وعليه الصوم، صام عنه وليه

Sesiapa yang mati, dan dia ada menanggung kewajipan berpuasa, maka keluarganya boleh berpuasa untuknya (b.m)

Sebahagian besar ulamak beramal dengan zahir hadith ini yang terdiri daripada golongan ahl hadith, Hasan al-Basri, sebahagian Syafi'ieyyah dan al-Subki sendiri melakukan puasa ganti untuk ibunya. (Hasyiah al-Baijuri 1/574)

Tetapi sebahagian yang lain tidak mengamalkan zahir hadith ini, Abu Hanifah, Malik, al-Syafiey mereka berpandangan agar digantikan dengan beri makan orang miskin.

Antara alasan mereka tidak berhujjah dengan zahir hadith ini kerana perawi hadith ini iaitu Aisyah r.a dan Ibn Abbas melakukan perkara yang berlawanan dengan riwayat mereka.

Ibn Abbas pernah berkata :

"Tidak boleh seseorang bersolat untuk orang lain, berpuasa untuk orang lain, tetapi diganti dengan beri orang makan, satu hari diganti dengan satu mud"

Begitu juga Aisyah r.a apabila ditanya seseorang tentang ibunya yang meninggal ada tinggalkan puasa ramadhan, apakah perlu dia berpuasa untuknya? beliau berkata : tidak, tetapi berilah makan kepada orang miskin satu hari satu mud, itu lebih baik dari engkau berpuasa untuknya (Bai. Sun)

Al-Tahawi menyatakan bahawa pertembungan ini memberi isyarat khabar berpuasa mansukh (syarh Maani al-Atsar 176-180/6)

Namun ditolak oleh Ibn Hajar dengan berkata bahawa kaedah yang masyhur dalam usul adalah melihat riwayat sahabat dan bukan melihat pandangan mereka, kerana boleh jadi ihtimal ijtihad mereka bertembung dengan riwayat, dan tiada satu kepastian tentang kesahihan ijtihad mereka itu, dan ia tak bermakna hadith tersebut dhaif, jika hadith itu sahih takkan kita ambil yang zan dan tinggalkan yang haq? (Fath al-Bari 194/4)

Dan sebenarnya jika dilihat pada hadith riwayat lain, ia memberikan gambaran kemungkinan hadith berpuasa untuk si mati itu adalah merujuk kepada puasa nazar :

Daripada Ibn Abbas : Seorang perempuan bertanya kepada nabi : ibuku mati dan dia ada puasa nazar yang tak dilakukan, apakah aku berpuasa untuknya? Jawab : apakah jika ibumu ada hutang engkau akan bayarkan? Ya, maka puasalah untuknya (Mus.)

Maliki pula beralasankan hadith ini ditolak Malik kerana berlanggar dengan perbuatan penduduk Madinah, dan bagi Malik ia berlanggar dengan usul ayat :

(وَأَن لَّیۡسَ لِلۡإِنسَـٰنِ إِلَّا مَا سَعَىٰ)

Bagi manusia itu pahala berdasarkan apa yang dia lakukan [Surah An-Najm 39]

Bermakna siapa buat ibadat dia yang dapat pahala dan ibadat tak boleh diwakilkan kepada orang lain.

Ia ditolak oleh Ibn Qudamah dengan mengatakan ibadah nazar ni lain, wakilkan orang lain buat ibadat ni kena lihat jenis ringan atau berat ibadat tersebut, dan nazar ni ibadat ringan sebab ia bukan wajib dengan asalnya sendiri, tetapi ia diwajibkan oleh si penazar itu sendiri (al-Mughni 83/3)

Overall, hadith puasakan untuk si mati itu lebih dekat bermakna puasa nazar dan sah untuk diwakilkan orang lain melakukan satu ibadat dengan syarat ada nas yang mendasari ibadat tersebut dan bukan semua jenis ibadat boleh diwakilkan, dan apa yang sahih adalah diberi makan kepada orang miskin satu mud atas setiap hari yang ditinggalkan dan tak mengapa untuk dipuasakan untuk si mati.. Wallahu a'lam...

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#senihadith
#senifeqh
#usulistinbath
Dari mana datang orang suruh merangkak cari kat padang Mahsyar minta maaf pada orang yang kita cakap pasal dia kat dunia dulu?

Sedangkan Allah kata :
(لِكُلِّ ٱمۡرِئࣲ مِّنۡهُمۡ یَوۡمَىِٕذࣲ شَأۡنࣱ یُغۡنِیهِ)
[Surah 'Abasa 37]

Means setiap orang pada hari itu risau sibuk fikirkan diri masing-masing je.. Kalau kau cakap buruk pasal orang lain minta maaf la kat dunia lagi, supaya tak jadi muflis di akhirat..

#pencintahadithkluang

Ustaz Daud at-Tetouani
[3 Premis..]

(1) "Dan apabila baginda nabi diutuskan,makanya beliaulah yang menjadi kayu pengukur untuk membezakan di antara para wali Allah dan para musuh Allah,dan tidak akan sekali-kali seseorang itu menjadi wali Allah jika dia tidak beriman denganya dan tidak beriman dengan apa yang telah dibawa oleh baginda nabi bahkan tidak mengikutinya samada secara zahir atau batin,makanya barangsiapa yang mendakwa dia mencintai Allah dan dia wali Allah tetapi dia tidak mengikuti apa yang dibawa oleh baginda nabi,maka terang-terangan dia bukanlah wali Allah!! Tetapi barangsiapa yang tidak mengikutinya maka sesungguhnya dia ialah musuh Allah dan juga wali syaithan!!"

(2) Bahkan ada juga yang mendakwa bahawa Allah ialah satu-satunya wali (penolong) yang khas untuk mereka,dan mereka merasakan bahawa baginda nabi tidak diutuskan kepada mereka bahkan merasakan mereka tidak berhajat kepada baginda nabi dan mereka juga merasakan mereka mempunyai jalan mereka tersendiri untuk sampai kepada Allah tanpa melalui jalan tengah baginda nabi sepertimana keadaanya Nabi Khidir bersama Nabi Musa,ataupun mereka menyangka bahawa mereka mengambil segalanya dari Allah apa-apa pun yang mereka hajati tanpa melalui jalan tengah (risalah baginda nabi),begitu juga ada yang menyangka bahawa baginda nabi hanya membawa hukum-hakam syariat yang zahir yang mana mereka mengikuti baginda pada perkara ini,manakala pada perkara-perkara haqiqat kebatinan pula mereka menganggap yang baginda tidak menyampaikan perkara-perkara tersebut ataupun baginda sendiri pun tidak mengetahuinya,ataupun merekalah yang lebih mengetahui perkara tersebut melebihi baginda nabi sendiri!! Ataupun mereka mengetahuinya sepertimana yang diketahui oleh baginda nabi tetapi bukanlah melalui jalan pertengahan baginda nabi!!

(3) Dan diantara ciri keimanan kepada baginda nabi ialah beriman bahawa baginda ialah jalan tengah diantara Allah dan makhluqNya di dalam menyampaikan segala perintah Allah serta larangaNya,janji-janjiNya,apa yang dihalalkan dan apa pula yang diharamkan,maka segala yang halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah dan rasulNya,dan haram pula ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasulNya dan apa yang telah disyariatkan oleh baginda nabi,dan ingatlah,bahawa barangsiapa yang beranggapan bahawa wali-wali Allah itu boleh menjadi jalan tengah untuk sampai kepada Allah tanpa mengikut petunjuk baginda nabi sesungguhnya dia telah kafir bahkan dia ialah wali syaithan!!!

#pencintahadithkluang
#alfurqanbainalauliya'
#muahciked
#nabisebaikikutan
#waliallahkenaikutnabi

Ustaz Daud at-Tetouani
[Hadith yang dinilai semula kerana lafaz hadith seolah memberikan pertambahan baru ke dalam nas]

Faktor ini adalah di antara sebab ulamak menilai semula sesebuah hadith untuk dijadikan hujjah, kerana pertambahan lafaz berpotensi menjadi pertambahan hukum baru, atau berpotensi menjadi pengangkat kepada hukum sedia ada dengan melakukan al-nasakh.

Ok let's say we take a look to one of this point mentioned :

Daripada Abu Hurairah r.a daripada nabi saw :

"Tiada wudhu' (yang sempurna) jika tidak disebutkan nama Allah ketika melakukanya" (marfu' diriwayatkan oleh AD, Ib.Mjh, AM, DQ, Hak.M Bai.)

Ibn Hajar dan Ibn Abi Syaibah berkeras mensabitkan kesahihan hadith ini (al-Talkhis 1/128)

Bahkan berdasarkan hadith ini Hasan al-Basri, Imam Ahmad dan yang lain mewajibkan tasmiyah (membaca basmalah) ketika berwudhuk bahkan wudhuk dianggap batal jika sengaja tak membacanya. (al-Mughni 1/84)

Manakala jumhur berpandangan tasmiyah tidaklah sampai wajib dan wudhuk masih sah walaupun sengaja tidak membacanya, bahkan Imam Malik membangkang sesiapa yang mewajibkanya dengan berkata : kau nak menyembelih ke? Aku tak tahu adanya sesiapa yang melakukan perkara itu (al-Zakhirah 1/284)

Para jumhur menolak hadith tadi sebagai hujjah kerana 2 sebab :

1. Al-Hanafiah berpandangan hadith ini berlaku pertambahan, dan ini hadith ahad dan hadith ahad tak patut berlaku apa-apa tambahan, disebabkan itu ia perlu ditakwil dan dimansukh, iaitu ia bermaksud menafikan kesempurnaan sahaja dan bukan menafikan kesahihan (Syarh Fath al-Qadir 1/23)

2. Hadith tentang tasmiyah dalam wudhuk tiada yang sahih!

Hadith ini mempunyai lebih kurang 8 jalan yang berlainan tetapi kelihatan semua jalanya mempunyai masalah, bahkan ia mempunyai syawahid tetapi syawahidnya juga tak dapat memperkuatkan hadith ini, berkata al-Hafiz Abu al-Fath bin Sayid al-Nas (w 734H) : hadith tasmiyah wudhuk ia samada sahih tetapi tidak sarih atau ia sarih tetapi tidak sahih (Nataiej al-Afkar 1/174)

Kesimpulanya, tasmiyah sebelum wudhuk bukanlah wajib tetapi ia adalah sunat sahaja walaupun terdapat hadith yang seolah mewajibkanya.

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh
#mohsoaljawab

Ustaz Daud at-Tetouani
Nabi pernah mengumpulkan keluarga baginda dan berkata : jika kalian ada masalah atau satu kesusahan, maka bacalah :

الله، الله ربي لا أشرك به شيئا

"Allah, Allahu rabbi la ushriku bihi syaian"

Abu Daud dan Ibn Majah-sahih

#pencintahadithkluang
#mohsoaljawab
#daudattetouani

Ustaz Daud at-Tetouani
Al-marhum Dr Farid al-Ansari mengatakan bahawa al-Quran yang dibaca oleh kita pada hari ini adalah ayat al-Quran yang sama dibaca oleh orang terdahulu, cuma beza mereka dengan kita adalah mereka membaca bersama tadabbur dan berjihad untuk aplikasikan ayat-ayat suci ke dalam kehidupan, dan jalan untuk manusia lakukan jihad ini adalah dengan menyediakan pemuda al-Quran yang mampu tadabbur, berakhlaq al-Quran, berhujjah denganya dan membawa manusia memahaminya, dan jalan untuk gerak kerja pemuda ini adalah dengan melakukan majlis-majlis tadabbur seperti yang dilakukan oleh baginda nabi dengan tiga unsur, tilawah, tazkiyah dan ta'lim yang mana kesanya dakwah yang hanya bermula daripada rumah al-Arqam berakhir dengan kota Madinah...

Beliau juga berpesan, pemuda al-Quran juga berperanan menangkis ancaman media massa yang meluas tanpa sempadan ini yang beliau anggap sebagai kata-kata sihir yang menutup aqal manusia dengan kalimat al-Quran, sepertimana nabi Allah Musa yang menangkis sihir Fir'aun dengan kalimah tuhan yang benar..

Jihad yang besar pada hari ini adalah jihad menyediakan pemuda al-Quran yang berperanan membuat majlis al-Quran di atas manhaj taamul tadabbur para salaf untuk menghadapi fitnah media massa pada hari ini..

#pencintahadithkluang
#drfaridalansari
#majalisulquran

Ustaz Daud at-Tetouani
Dalam Mirqatul Mafatih Ali Al-Qari ketika mensyarahkan hadith daripada Imran bin Husain yang bertanya berkenaan cara solatnya kerana ditimpa penyakit buasir : "solatlah berdiri, jika tidak mampu duduk jika tidak mampu mengiring" dia mengatakan bahawa di dalam mazhab Hanafi solat secara terlentang (istilqa') adalah lebih afdhal berbanding mengiring, kerana hadith ini khusus untuk Imran yang berpenyakit buasir yang mana lebih mudah bersolat dengan mengiring, dan menaqalkan pandangan Ibn al-Humam hadith ini tidak boleh diaplikasikan pada semua keadaan sakit, dan bagi mereka solat secara menelentang lebih mendekati sunnah kerana dapat menghadap kiblat dengan betul berbanding mengiring, plus terdapat riwayat al-Nasaie yang menyatakan lafaz selepas mengiring : "jika tidak mampu maka menelentang", dan menambah agar dilapikkan bantal di bawah badan mereka supaya senang membuat isyarat rukuk dan sujud dengan kepala.

Ustaz Daud At-Tetouani
#pencintahadithkluang
#lainyangakucarilainyangakujumpa
#mazhabhanafi
#mazhabmalikipunnakjugak
#syafieyjangantinggalkan
#senangempat2mazhablah
[Makan dubuk]

Jam'u dan tarjih ta'arudh lafaz umum dan khusus :

Hadith 1 :

"Daripada Abu Tsa'labah al-Khusyani bahawa rasulullah saw melarang memakan setiap yang bertaring daripada binatang buas" (Bukh.)

Hadith 2 :

"Dari Abdul Rahman bin Abi 'Ammar bahawa beliau bertanya kepada Jabir bin Abdullah tentang dubuk : dubuk boleh dimakan? Jawab : Ya, apakah boleh diburu? Ya, apakah engkau mendengarinya daripada rasulullah saw? Ya" (I.Maj, Tir.Sun, Ah.Mus)

So, kedua hadith berlaku ta'arudh zahiri, dan ia berlaku antara umum dan khusus, hadith 1 umum kepada setiap buas yang bertaring dan hadith 2 khusus kepada dubuk.

Yang kata haram sebab diorang tarjih lafaz umum dan yang kata halal sebab diorang jam'u dengan style letak umum bawah khusus.

Syafieyyah : dubuk halal, yang haram cuma binatang buas yang boleh serang manusia macam singa, harimau dan serigala, so style mereka jam'u : setiap yang bertaring itu haram kecuali dubuk! Bahkan imam Syafiey kata : daging dubuk bahkan dimakan dan dijual di antara Safa dan Marwa. (al-Muhazzab)

Ibn al-Qayyim berhujjah : yang haram kalau ada 2 unsur : bertaring dan buas, dan dubuk cuma satu unsur iaitu bertaring, haiwan buas bertaring yang lain tak seperti dubuk! (I'lam)

Ibn Qudamah lagi best : halal dan haram tentang daging haiwan ni ikut apa yang dimakan Arab maka halal, dan apa yang tak dimakan mereka maka ia haram, dan kayu ukur Arab adalah penduduk Hijaz, kerana ia negeri tadahan wahyu, dan Arab itu Quraisy (al-Mughni)

Dan pendapat imam otai Abu Hanifah dan Ahnaf : mereka tarjih, setiap yang makan daging itu buas!

So, dua style mereka guna :

1. Hadith mengharamkan tarjih ke atas menghalalkan, haram mengalahkan halal lebih selamat.

2. Hadith yang mengharamkan masyhur (di mulut) dan masyhur tarjih ke atas khabar ahad (Badaie')

P/S : pelajari cara ulama' pakai dan buang nas, kerana bukan semua yang asalkan daripada nabi boleh dibuat hujjah...

#pencintahadithkluang
#gengbacabidayah
#bilik35uito
#salaf

Ustaz Daud at-Tetouani
CARA SOLAT BILA DITIMPA BAUSIR.

Dalam Mirqatul Mafatih Ali Al-Qari ketika mensyarahkan hadith daripada Imran bin Husain yang bertanya berkenaan cara solatnya kerana ditimpa penyakit buasir : "solatlah berdiri, jika tidak mampu duduk jika tidak mampu mengiring" dia mengatakan bahawa di dalam mazhab Hanafi solat secara terlentang (istilqa') adalah lebih afdhal berbanding mengiring, kerana hadith ini khusus untuk Imran yang berpenyakit buasir yang mana lebih mudah bersolat dengan mengiring, dan menaqalkan pandangan Ibn al-Humam hadith ini tidak boleh diaplikasikan pada semua keadaan sakit, dan bagi mereka solat secara menelentang lebih mendekati sunnah kerana dapat menghadap kiblat dengan betul berbanding mengiring, plus terdapat riwayat al-Nasaie yang menyatakan lafaz selepas mengiring : "jika tidak mampu maka menelentang", dan menambah agar dilapikkan bantal di bawah badan mereka supaya senang membuat isyarat rukuk dan sujud dengan kepala.

Daud At-Tetouani
#pencintahadithkluang
#lainyangakucarilainyangakujumpa
#mazhabhanafi
#mazhabmalikipunnakjugak
#syafieyjangantinggalkan
#senangempat2mazhablah
[Dilalah ism al-Isyarat : haza(ini)]

Masalah : Hukum duduk di atas hamparan daripada sutera

Hadith masalah :

عن عقبة بن عامر قال أهدي إلى النبي صلى الله عليه وسلم فروج حرير فلبسه فصلى فيه ثم انصرف فنزعه نزعا شديدا كالكاره له وقال لا ينبغي هذا للمتقين

"Daripada 'Uqbah Bin' Amir radiallahu anhu berkata:

Baginda nabi s.a.w dihadiahi farruj (sejenis pakaian) daripada sutera lalu baginda memakainya, lalu baginda bersolat denganya, kemudian baginda berpaling dan membukanya dengan keras-seolah membencinya-lalu berkata: INI tidak boleh untuk orang yang bertaqwa" (Bukh. Mus. Nas.)

Melalui hadith ini, para ulamak berbeza pandangan tentang hukum jika hamparan daripada sutera dan duduk di atasnya:

Mazhab 1 : jumhur, tidak harus (ruj. Tarh al-Tathrib 3/221)

Mazhab 2 : Abu Hanifah, harus, Abu Yusuf dan Muhammad al-Syaibani memakruhkan. (ruj. al-Hidayah Syarh Bidayah al-Mubtadiey 3/81)

Hujjah :

Mazhab 1 : perkataan 'ini' di dalam hadith merujuk kepada sutera secara zahir, maka diharamkan memakai pakaian sutera dan duduk di atas hamparan sutera bagi lelaki.

Pakaian sutera memang yang disebut dalam hadith, manakala duduk di atas hamparan dimasukkan sekali di dalam hadith ini, bahkan ada hadith lain yang lebih jelas:

"nabi telah melarang kami makan dan minum daripada pinggan emas dan perak, memakai sutera dan dibaj dan juga duduk diatasnya (sebagai hamparan)" (Bukh.)

Mazhab 2 : perkataan 'ini' dalam hadith adalah merujuk kepada dijadikan pakaian sahaja.

Imam Abu Hanifah telah menjawab jumhur dengan berkata :

"larangan dalam hadith ini tidak jelas menunjukkan haram, kerana ada kemungkinan larangan adalah bermaksud pada engkau pakai sutera lalu engkau duduk diatasnya sekaligus, dan bukan hanya duduk di atasnya sahaja, dan duduk pula bukanlah pakaian, jika mereka (jumhur) berkata terhadap hadith Anas :" aku membersihkan permaidani kami yang telah hitam disebabkan telah 'dipakai' dalam masa yang lama" maka kami katakan, maksud 'dipakai' di situ adalah 'digunakan' " (ruj. Umdah al-Qari 22/14-15)

Perkara yang dikhilafkan : adakah larangan adalah bermaksud pakai sahaja dan tak termasuk duduk?

Mazhab 1 : pakai dan duduk, sebab larangan pakai bermaksud digunakan, dan duduk adalah bermaksud menggunakan.

Mazhab 2 : larangan pada pakai sahaja dan bukan duduk, larangan duduk adalah bermaksud pakai sutera dan duduk di atas sutera yang dipakai.

Pandangan yang dipilih : jumhur

Hujjah :

1. Walaupun perkataan 'ini' dalam hadith adalah kepada pakai sutera, tapi difahami pada perkara yang lebih umum daripada pakai adalah digunakan, hamparkan juga termasuk digunakan kerana dipakaikan untuk duduk.

Begitu juga Ibn Hajar memahami hadith Anas yang kata disebabkan telah lama dipakai adalah bermaksud dihamparkan, kerana keumuman larangan memakai sutera termasuk menghamparkan sutera, contoh jika seseorang bersumpah untuk tidak memakai sutera dia tidak dianggap melanggar sumpahnya jika dia menghamparkanya, kerana sumpahan dibina di atas pemahaman uruf (al-Fath 1/646)

Dan larangan duduk di atasnya adalah nas yang kuat dan tak harus ditakwil.

Komentar peribadi :

1. Sutera adalah dilarang pakai kepada lelaki kerana nas-nas terkumpul menyatakan sebabnya adalah menyerupai pakaian perempuan manakala larangan duduk di atas sutera adalah kerana sebab mendatangkan kesombongan, jika sutera dijadikan permaidani, ia tidak melibatkan jantina lelaki atau perempuan, dan larangan duduk dimasukkan bersama makan di atas pinggan emas dan perak yang mana sebabnya mendatangkan nilai kesombongan.

P/S : ada beza hamburkan dalil dan memahami dalil..

#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#gengbacabidayah
#msjfeqh

Ustaz Daud at-Tetouani