Forwarded from UiTO Channel: Bicara THTL
ADAKAH BENAR TIDAK PERLU MEMBASUH TUALA WANITA?
🔴
Adakah benar dengan mempercayai jin yang memakan darah itu boleh membawa manusia kepada syirik?
Masih ramai rakyat kita percaya jin akan memakan darah haid atau nifas. Amalan rakyat mencuci tuala wanita menjadi "taboo" dalam masyarakat kita. 80% wanita yang komen pasal isu ini tidak bersetuju dan mempertahankan amalan mereka tanpa dalil yang tepat.
✅
Terdapat beberapa isu di sini:
1⃣ Apakah makanan jin?
Makanan jin adalah sama dengan manusia.
Dalilnya hadith:
إِنَّ الشَّيْطَانَ يَسْتَحِلُّ الطَّعَامَ أَنْ لَا يُذْكَرَ اسْمُ اللهِ عَلَيْهِ
"Sesungguhnya syaitan akan memakan makanan yang tidak diawali menyebut nama Allah (بسم الله الرحمن الرحيم)"
(HR. Muslim No.5378, hadith Huzaifah Ibn Al Yaman رضي الله عنه)
2⃣ Bagaimanakah cara pengurusan pad (tuala wanita) pada zaman salaf ? Kaum wanita pada zaman salaf membuang pad ke dalam perigi budha'ah tanpa membasuhnya:
أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَالنَّتْنُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ قَالَ الْمَاءُ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
"Adakah boleh kami mengambil wudhu' dari perigi yang mana dibuang di dalamnya kain-kain yang terkandung darah haid, nanah dan bangkai anjing. Sabda Nabi ﷺ : Air itu suci dan tidak dinajiskan oleh sesuatu,”
( HR al-Tirmizi No (66) & Ahmad (11257) di dalam Musnadnya.
Dinilai sahih oleh Al-Albani, sahih Al- Tirmizi.
Ada satu telaga di tepi Masjid Nabawi (sekarang telaga ini sudah berada di bawah Masjid Nabawi kerana pembesaran masjid) di mana ada orang membuang kain bekas haid dan najis ke dalamnya. Tidak ada disebut, sebelum buang kepada wanita pada zaman tersebut untuk membasuhnya.
3. Mengenai jin yang makan darah haid adalah mitos sahaja. Di zaman moden semua wanita menggunakan pad haid pakai buang atau disposable. Maka jika seseorang perempuan membasuh pad pakai buang bermakna dia kurang memahami fungsinya sebab sains telah memudahkan semua wanita, jika dia menentang sains dan teknologi dengan membersihkannya, sedangkan ia dicipta untuk disposable. Konsep disposable ialah "pakai dan buang"
4. Peranan akal dalam melaksanakan fiqh amali adalah apa jua kenyataan, pendapat yang bercanggah dengan akal, maka hendaklah ditolak. Pad moden haid keluaran Kotex, Libresse, dan sebagainya, adalah jenis saintifik pakai dan buang. Jika produk disposable dibasuh, bererti mereka tidak memahami solusi pad pakai buang tersebut.
#bicarathtl
#SnJFiqhWanita.
#Ilmu.
#Amal.
#Prihatin

Forwarded from Kapsul Tazkirah
Bersyukurkah Kita?
Syukur merupakan pengiktirafan terhadap kurniaan Allah kepada kita.
Bersyukur adalah dengan menzahirkan atas kesan nikmat melalui lidah, hati dan anggota badan. Lidah memuji, hati mengiktiraf dan anggota badan melakukan mengikut apa yang diredhai-Nya. (Lihat Madarij al-Salikin, 2/244)
Bersyukur adalah perintah untuk kita sebagai hamba melaksanakan. Firman Allah SWT:
وَاشْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّـهِ إِن كُنتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
Bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (Surah al-Nahl ayat 114)
1. Memuji Allah SWT di atas segala nikmat yang dikurniakan (Alhamdulillah). Nabi Allah Sulaiman AS mengngkapkan:
هَـٰذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ
Maksudnya: “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.” (Surah al-Naml ayat 40)
Dalam Surah al-Dhuha:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
Maksudnya: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.
Imam al-Qurtubi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: “Sebarkanlah apa yang Allah SWT kurniakan kepada kamu dengan perasaan syukur dan pujian kepada Allah. Menyebut-nyebut pelbagai nikmat Allah dan mengiktiraf nikmat tersebut adalah satu bentuk kesyukuran.” (Lihat al-Jami' li Ahkam al-Quran, 20/102)
2. Lakukanlah amal sebagai tanda bersyukur. Allah SWT berfirman:
اعْمَلُوا آلَ دَاوُودَ شُكْرًا
Maksudnya: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" Surah Saba’ (13)
Abu Abd al-Rahman al-Hubuli berkata: “Solat adalah syukur, puasa adalah syukur dan setiap kebaikan yang dikerjakan kerana Allah SWT adalah syukur. Seafdhal-afhal syukur adalah pujian.”
Rasulullah SAW bersabda:
أَحَبُّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ ، وَأَحَبُّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ، وَكَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ ، وَيَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا
Maksudnya: “Solat yang paling dicintai oleh Allah adalah solat Nabi Daud AS. Puasa yang paling dicintai oleh Allah ialah puasa Nabi Daud AS. Beliau tidur setengah malam, kemudian bangun (solat) sepertiga malam dan tidur lagi seperenam malam. Beliau berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari (secara berselang seli). (HR Bukhari No:1131)
3. Bangun menunaikan solat malam
Nabi SAW berdiri solat (malam) sehingga bengkak kaki. Lalu Aisyah bertanya kepada Baginda SAW: “Kenapa engkau lakukan ini, hai Rasulullah? Bukankah Allah SWT telah mengampunkan dosamu yang telah lalu dan akan datang? Lalu Baginda SAW menjawab:
يَا عَائِشَةُ أَفَلاَ أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا
Maksudnya: “Wahai Aisyah! Apakah salah aku menjadi hamba yang bersyukur?” (HR Bukhari No:4837)
Perbanyakkanlah doa Nabi Allah Sulaiman AS:
رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
Maksudnya: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".
#SuburkanAmalanMantapkanKeperibadian
https://t.me/kapsul_tazkirah

Telegram
Kapsul Tazkirah
Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda;
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.
Forwarded from Kapsul Tazkirah
Bersyukur Dengan Berkongsi Nikmat
Allah SWT meluas dan menyempitkan sebahagian rezeki hamba-Nya. Oleh itu, ketika kita diamanahkan rezeki, harus ada dalam fikiran kita bahawa mungkin sebahagian daripadanya ada hak orang lain yang memerlukan.
Salah satu jalannya juga sebagai tanda bersyukur ialah dengan cara menginfakkan sebahagian harta kita dan diberikan kepada yang memerlukan, seperti anak-anak yatim, orang miskin dan sebagainya. Allah SWT berfirman:
قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ ۚ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ ۖ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi (siapa yang dikehendaki-Nya)”. Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya. (Saba: 39)
وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا یَشۡكُرُ لِنَفۡسِهِۦۖ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّی غَنِیࣱّ كَرِیمࣱ
"Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah" [Surah an-Naml 40]
Orang yang bersyukur jiwanya akan menjadi semakin bersih dan lembut. Dia akan bertambah dekat dan ingat kepada Allah dan semakin sedar bahawa nikmat itu adalah kurniaan Allah yang perlu dipergunakan untuk kebaikan sesama makhluk.
Salah satu cara menzahirkan syukur ialah dengan berkongsi duit, harta, makanan, minuman, kenderaan, ilmu dan sebagainya dengan orang lain. Hal ini kerana rezeki kita, kekayaan kita dan kebahagiaan kita bukanlah kerana usaha kita semata-mata. Boleh jadi kerana doa anak-anak, doa isteri, doa suami, doa ibubapa, doa anak-anak yatim, doa para janda dan fakir miskin atau mereka yang lemah di kalangan kita yang kita berkongsi kekayaan dan nikmat dengan mereka. Nabi saw bersabda:
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ " ابْغُونِي ضُعَفَاءَكُمْ فَإِنَّمَا تُرْزَقُونَ وَتُنْصَرُونَ بِضُعَفَائِكُمْ " . قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
Daripada Abu Darda, dia mendengar Nabi SAW bersabda: "Carilah keredhaan aku dengan berbuat baik kepada orang yang lemah di kalangan kamu kerana sesungguhnya kamu diberi rezeki dan pertolongan disebabkan orang-orang yang lemah di kalangan kamu" (HR Tirmizi No: 1702) Status Hasan Sahih
Rasulullah SAW juga menyuruh kita membantu orang miskin dan janda.
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ – رضى الله عنه – قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم –السَّاعِى عَلَى الأَرْمَلَةِ وَالْمِسْكِينِ كَالْمُجَاهِدِ فِى سَبِيلِ اللَّهِ – وَأَحْسِبُهُ قَالَ ، يَشُكُّ الْقَعْنَبِىُّ – كَالْقَائِمِ لاَ يَفْتُرُ ، وَكَالصَّائِمِ لاَ يُفْطِرُ
Daripada Abu Hurairah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang berusaha untuk membantu janda-janda dan orang-orang miskin adalah seumpama orang yang berjihad pada jalan Allah . Al-Qa’nabi–iaitu guru Imam Bukhari dan Muslim–berkata, aku sangka itu seperti orang yang solat malam yang tidak pernah merasakan lelah, dan yang berpuasa yang tidak pernah berhenti berpuasa.” (HR. Bukhari, no. 5353 dan Muslim, no. 2982)
Menurut Ibnu Baththal, berdasarkan hadis ini, sesiapa yang tidak mampu berjihad pada jalan Allah, tidak mampu solat malam, tidak mampu berpuasa sunat pada siang hari, maka hendaklah ia mengamalkan hadis di atas, iaitu hendaklah ia membantu para janda dan orang miskin, agar ia boleh dikumpulkan bersama para mujahid fi sabilillah pada hari kiamat. (Lihat Al-Bahr Al-Muhith Ats-Tsajaj, 45:180)
Ingatlah bahawa kehidupan ini hanyalah sementara, marilah kita sama-sama bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan dengan meningkatkan ketaatan kepadaNya, berkongsi nikmat dengan insan yang memerlukan khususnya di waktu PKP sekarang.

ANAK NABI YA’QUB JAUH LEBIH BERMARUAH DARI SESETENGAH PEMIMPIN ISLAM YANG KORUP
Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.
Bukan salah si Ruwaybil, Yahuza atau Syam’un pun. Penahanan Bunyamin di Mesir dalam lawatan mereka kali kedua itu sudah menjadi taqdir Allah. Mereka sudah merancang rapi untuk menjaga keselamatan Bunyamin sebagaimana janji mereka kepada ayah mereka iaitu nabi Ya’qub AS, namun Allah mahukan perkara lain berlaku:
قَالَ لَنْ أُرْسِلَهُ مَعَكُمْ حَتَّى تُؤْتُونِ مَوْثِقًا مِنَ اللَّهِ لَتَأْتُنَّنِي بِهِ إِلَّا أَنْ يُحَاطَ بِكُمْ فَلَمَّا آَتَوْهُ مَوْثِقَهُمْ قَالَ اللَّهُ عَلَى مَا نَقُولُ وَكِيلٌ
Ertinya: Bapa mereka (nabi Ya’qub) berkata:" Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, SEHINGGA KAMU MEMBERI KEPADAKU SATU PERJANJIAN YANG TEGUH (BERSUMPAH) DENGAN NAMA ALLAH, BAHAWA KAMU AKAN MEMBAWANYA KEMBALI KEPADAKU DENGAN SELAMAT, KECUALI JIKA KAMU SEMUA DIKEPONG DAN DIKALAHKAN OLEH MUSUH". Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah ia: "Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu." (Yusuf [12:66]).
Para ulama Tafsir berselisih pendapat tentang siapakah nama anak nabi Ya’qub antara Ruwaybil, Yahuza atau Syam’un. Walau bagaimanapun, antara mereka ada yang paling bijaksana dan didengar cakapnya sebagai “KETUA.” (Tafsir al-Tabari, Ibn Kathir, al-Razi). Perhatikan dialog penuh tanggungjawab si “ketua” di kalangan anak nabi Ya’qub AS dalam ayat ini ketika berhadapan dengan “KRISIS KEPERCAYAAN AYAHANDA MEREKA”:
فَلَمَّا اسْتَيْئَسُوا مِنْهُ خَلَصُوا نَجِيًّا قَالَ كَبِيرُهُمْ أَلَمْ تَعْلَمُوا أَنَّ أَبَاكُمْ قَدْ أَخَذَ عَلَيْكُمْ مَوْثِقًا مِنَ اللَّهِ وَمِنْ قَبْلُ مَا فَرَّطْتُمْ فِي يُوسُفَ فَلَنْ أَبْرَحَ الْأَرْضَ حَتَّى يَأْذَنَ لِي أَبِي أَوْ يَحْكُمَ اللَّهُ لِي وَهُوَ خَيْرُ الْحَاكِمِينَ
Ertinya: Maka apabila mereka berputus asa daripada mendapat pertolongannya, merekapun mengasingkan diri lalu bermesyuarat tentang hal itu. BERKATALAH KETUA MEREKA (SAUDARANYA YANG PALING BERUSIA ATAU PALING BIJAKSANA): "TIDAKKAH KAMU KETAHUI BAHAWA BAPA KITA TELAH MENGAMBIL JANJI DARI KAMU YANG DIKUATKAN DENGAN NAMA ALLAH, DAN DAHULU PUN KAMU TELAH MENCUAIKAN JANJI DAN SUMPAH KAMU DALAM PERKARA MENJAGA KESELAMATAN YUSUF? OLEH ITU, AKU TIDAK SEKALI-KALI AKAN MENINGGALKAN NEGERI (MESIR) INI SEHINGGA BAPAKU IZINKAN AKU (KEMBALI ATAU SEHINGGA ALLAH MENGHUKUM BAGIKU (UNTUK MENINGGALKAN NEGERI INI), dan Dia lah Hakim yang seadil-adilnya (Yusuf [12:80]).
Subhanallah! Beliau begitu bertanggungjawab sehingga sanggup kekal di Mesir untuk memantau keadaan Bunyamin yang berada dalam tahanan. Beliau juga malu untuk pulang ke Kan’an bertemu ayahanda mereka kerana gagal menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan Bunyamin. Tambahan pula tanggungjawab itu bukan calang-calang kesannya. Ia sudah diikat dengan “SUMPAH DAN AKU JANJI” yang menggunakan nama Allah sebagai Tuhan semesta alam.
Alangkah baiknya jika sikap bertanggungjawab sebegini dimiliki oleh “SESETENGAH PEMIMPIN” negara Islam. Mereka yang dilantik rakyat melalui proses pilihanraya pastinya memegang aku janji serta sumpah setia untuk menjalankan tugas dengan amanah. Apabila gagal atau tidak mampu menjalankan tugas dengan amanah, mereka sepatutnya segera berhenti dan memberikan laluan kepada yang lain. Malangnya, “SESETENGAH PEMIMPIN” negara Islam begitu culas dan bersikap seperti "PELEPAH PISANG" SEAKAN MEREKA ADALAH PEMIMPIN LANTIKAN ALLAH, hanya akan meninggalkan jawatan setelah disentap keras.
Ingatlah! Usahkan kita sebagai orang Islam biasa, nabi Dawud AS pun diberikan amaran keras agar memimpin dengan adil dan saksama:
يَا دَاوُودُ إِنَّا جَعَلْنَاكَ خَلِيفَةً فِي الْأَرْضِ فَاحْكُمْ بَيْنَ النَّاسِ بِالْحَقِّ وَلَا تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ إِنَّ الَّذِينَ يَضِلُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ بِمَا نَسُوا يَوْمَ الْحِسَابِ

Ertinya: Wahai Daud, sesungguhnya Kami telah menjadikanmu khalifah di bumi, MAKA JALANKANLAH HUKUM DI ANTARA MANUSIA DENGAN (HUKUM SYARIAT) YANG BENAR (YANG DIWAHYUKAN KEPADAMU); DAN JANGANLAH ENGKAU MENURUT HAWA NAFSU, KERANA YANG DEMIKIAN ITU AKAN MENYESATKANMU DARI JALAN ALLAH. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG SESAT DARI JALAN ALLAH, AKAN BEROLEH AZAB YANG BERAT PADA HARI HITUNGAN AMAL, DISEBABKAN MEREKA MELUPAKAN (JALAN ALLAH) ITU (Sad [38:26]).
Lain pula halnya dengan sesetengah pemimpin bukan Islam. Mereka secara terbuka mengumumkan perletakan jawatan apabila gagal berkhidmat dengan adil dan amanah. Nampaknya nilai murni Islam sudah berpindah ke negara bukan Islam, manakala sifat Fasiq pula semakin menebal pada hati SESETENGAH PEMIMPIN YANG MENGAKU BERAGAMA ISLAM.
Ya Allah! PadaMu kami mohon perlindungan dari para pemimpin fasiq yang mampu menjahanamkan negara.
* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:
https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl
http://pts.com.my/buku/berjalan..melihat..mentafsir-ceritera-wartawan-al-quran/

Facebook
Log in or sign up to view
See posts, photos and more on Facebook.
Misi membina generasi al-Quran, tilawah satu hari satu muka bersama mereka, dan tadabbur untuk satu muka tersebut agar dapat tazkiyah (membina akhlaq) di dalam diri mereka melalui ta'lim akhlaq di dalam al-Quran, malam ini mereka belajar :
"menganggap suatu perkara yang serius sebagai bahan gurauan adalah perangai manusia jahil" al-Baqarah :67
Agar di masa depan mereka dapat menghargai urusan agama dan hal-hal yang serius jangan dibawa bergurau..
#MembinaGenerasiAlQuran
#pencintahadithkluang
#daudattetouani
#faridalansari
#TadabburAlQuran
#inilahrisalahalquran
Ustaz Daud At-Tetouani

Kitab-kitab yang berbentuk Hasyiah ini sebenarnya sangat berharga.
Betapa geniusnya ulama' kita apabila mereka membuat matan kemudian syarah kemudian hasyiah dan kemudiannya taqrirat.
Maksudnya suatu matan itu ada berlapis lapis huraian dan kefahaman para ulama' yang ditumpahkan ke atasnya. Lagi tinggi lapisannya, lagi halus dan "refined" perbahasan dan perincian yang dibahaskannya.
Ustaz Abdul Aziz

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ قَالَتْ دُعِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى جَنَازَةِ صَبِيٍّ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ طُوبَى لِهَذَا عُصْفُورٌ مِنْ عَصَافِيرِ الْجَنَّةِ لَمْ يَعْمَلْ السُّوءَ وَلَمْ يُدْرِكْهُ قَالَ أَوَ غَيْرَ ذَلِكَ يَا عَائِشَةُ إِنَّ اللَّهَ خَلَقَ لِلْجَنَّةِ أَهْلًا خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ فِي أَصْلَابِ آبَائِهِمْ وَخَلَقَ لِلنَّارِ أَهْلًا خَلَقَهُمْ لَهَا وَهُمْ فِي أَصْلَابِ آبَائِهِمْ
Daripada ‘Aaisyah r.a. katanya: “Rasulullah s.a.w. dijemput menghadiri jenazah seorang kanak-kanak Ansar”. Maka aku pun berkata: “Wahai Rasulullah! Alangkah bertuahnya kanak-kanak ini. Salah satu dari burung syurga. Dia belum melakukan sebarang kejahatan dan belum sempat dengannya”. Nabi s.a.w. menjawab: “Mungkinkah bukan seperti itu? Wahai ‘Aaisyah! Sesungguhnya Allah menciptakan untuk syurga ahlinya. Dia menciptakan mereka ketika mereka masih berada di dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka. Dan Allah menciptakan juga untuk neraka ahlinya. Dia menciptakan mereka ketika mereka masih berada di dalam tulang sulbi ayah-ayah mereka”. (Sahih Muslim)
‘Aaisyah r.a. bila melihat anak kecil yang belum berdosa tersebut meninggal dunia lantas menganggapnya seperti burung. Pandangan tersebut boleh jadi dari sudut tidak mempunyai dosa dan boleh kesana kemari di dalam syurga mengikut kehendaknya. Mungkin juga maknanya seperti burung kerana ia kecil serta bukan mukallaf. Ungkapan ini adalah satu bentuk tasybih (penyerupaan) dengan membuangkan beberapa rukun tasybih seperti musyabbah (suatu yang hendak diserupakan iaitu anak), adat syabah (perkataan yang digunakan untuk menunjukkan keserupaan iaitu seperti) dan wajah syabah (sudut keserupaan seperti tiada dosa). Tetapi ungkapan tidak melakukan kesalahan boleh juga dianggap sebagai wajah syabah.
Nabi s.a.w. lantas menegur pandangan isterinya sebagai isyarat bahawa baginda tidak akan berkompromi dengan sesuatu kesalahan walaupun datang daripada isterinya sendiri. Mungkin maksud kata-kata baginda ialah apakah engkau berpandangan sedemikian sedangkan yang sebenarnya bukan begitu. Setengah ulama mengatakan aw (أَوَ) di sini dengan makna bal (بل) iaitu bahkan yang memberikan maksud bahkan berpandangan selain dari pandangan tersebut adalah lebih baik dan lebih utama iaitu tawaqquf (tidak memberikan sebarang keputusan).
Nabi s.a.w. seolah-olah tidak menyukai kata-kata isterinya kerana ia mengandungi hukum dengan pasti tentang suatu perkara ghaib. Hukum tersebut seolah-olah menetapkan dengan pasti kanak-kanak itu akan masuk syurga disebabkan keimanan kedua-dua ibubapanya.
Namun begitu pandangan yang lebih tepat ialah Nabi s.a.w. menyebutkan sedemikian sebelum dimaklumkan bahawa anak kecil Islam akan dimasukkan ke dalam syurga. Sebab baginda menegah ‘Aaisyah r.a. berkata sedemikian kerana segera memutuskan sedemikian tanpa mempunyai hujjah yang jelas.
Di dalam hadith ini juga terdapat pengajaran supaya mengambil pendirian tawaqquf pada perkara-perkara yang kesamaran, perkara yang seseorang tidak mempunyai ilmu tentangnya dan beradab ketika membicarakan tentang perkara ghaib. (‘Ubaidullah bin Muhammad Abd as-Salam al-Mubarakfuri Mir’aat al-Mafatih jil. 1 hal. 168)
Ustaz Ahmad Nasim

Sahabat-sahabat sekalian, sekarang ni bukan waktu yang sesuai nak highlight isu dia penyanyi, pelakon atau sebagainya.
Kita doakan keampunan baginya, dan berharap semoga Allah subhanahu wa taala menutup kesalahan-kesalahannya dengan kebaikan yang dilakukan.
Pada masa yang sama tidak melampaui batas dengan menjazamkan bahawa dia ahli syurga dan syahid, sebaliknya kita mengatakan "Semoga Allah mengurniakan dia mati syahid serta memasukkan dia ke Syurga".
Juga tidak menyebarkan gambar-gambar lama beliau dan lagu-lagu yang beliau.
Ingatlah setiap ucapan itu ada tempat dan waktunya.
Dan ingatlah ucapan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah Rahimahullah:
Ahli Sunnah ialah golongan yang paling tahu kebenaran,, tetapi merekalah orang yang paling penyayang kepada manusia.
Abu Umamah Al-Bahili, apabila melihat kepala-kepala Khawarij yang dipancung, beliau menangis lalu berkata : " Aku menangis kerana kasihan pada mereka, ketika aku melihat bahawa mereka itu orang Islam"(Adab Syariyyah Ibnu Muflih"
Teruslah menyatakan kebenaran dengan tegas tetapi penuh rahmat.
Sebab itulah kita lihat para masyaikh kita apabila memulakan majlis sama' hadith akan mulakan dengan hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
الرَّاحِمُونَ يَرْحَمُهُمْ الرَّحْمَنُ ارْحَمُوا أَهْلَ الْأَرْضِ يَرْحَمْكُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ
Abdullah bin Amru dan sanadnya sampai kepada Nabi ﷺ, (beliau bersabda):
"Para penyayang akan disayangi oleh Ar Rahman. Sayangilah penduduk bumi maka kalian akan disayangi oleh siapa saja yang di langit"
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها.
Ya Allah ampunilah orang-orang telah meninggal di kalangan kami,
Sembuhkanlah yang sakit di kalangan kami,
Serta lindungilah kami daripada wabak yang berat ini.
Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha penyayang.
Ustaz Abu Asma' Yunus Zainal

Belajar ilmu agama secara serius dah 1 - 5 tahun: Masih di umur baby dan anak kecil.
Belajar ilmu agama secara serius dah 6 - 10 tahun: Ini umpama dah umur remaja dalam dunia ilmu agama.
Belajar ilmu agama secara serius dah 11-15 tahun: Ini dah dewasa dalam ilmu agama
Belajar ilmu agama secara serius dah 16 tahun ke atas: Ini baru kira senior dalam ilmu agama.

Mana yang lebih afdhal ketika bermusafir, mengqasarkan solat atau bersolat secara penuh macam biasa (al-itmam)?
Jika permusafiran itu mencapai 2 marhalah namun kurang dari 3 marhalah/123km maka yang lebih afdhal ialah Al-itmam. Sebagai keluar dari khilaf Hanafiyyah yang tidak membenarkan Qasar melainkan setelah mencapai 3 marhalah ke atas.
Dan jika permusafiran itu mencapai 3 marhalah ke atas maka yang lebih afdhal ialah untuk mengqasarkan solat, sebagai keluar dari khilaf Hanafiyyah yang mewajibkan Qasar pada 3 marhalah ke atas.
Wallahu a'lam.

DO'A AGAR DIBERI
KEKAYAAN DAN ANAK-ANAK SHOLEH
(sholehah untuk anak perempuan)
Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mendo’akan anak Ummu Sulaim, yaitu Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhuma dengan do’a,
اللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ، وَبَارِكْ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتَهُ
“Ya Allah, perbanyaklah harta dan anaknya, serta berkahilah apa yang engkau karuniakan padanya.” (HR. Bukhari no. 6334 dan Muslim no. 2480). Dari sini seseorang bisa berdo’a untuk meminta banyak keturunan yang sholeh pada Allah,
اللَّهُمَّ أكْثِرْ مَالِي، وَوَلَدِي، وَبَارِكْ لِي فِيمَا أعْطَيْتَنِي
“Allahumma ak-tsir maalii wa waladii, wa baarik lii fiimaa a’thoitanii“ (Ya Allah perbanyaklah harta dan anakku serta berkahilah karunia yang Engkau beri).”
Sumber: rumaysho.com
_______________
#syafiqrizabasalamah #syafiqrizabasalamah_official #ustadzsyafiqbasalamah #ustadzsyafiq #postersrb