PMAPIUM @ Telegram
1.19K subscribers
781 photos
19 videos
9 files
663 links
Saluran informasi dan perkembangan semasa APIUM yang padat serta terkini. Semuanya di hujung jari anda! Ikuti kami. 😉
Download Telegram
​​🌹{KULIAH FIQH MAR'AH }🌹

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Assalamua'laikum w.b.t.

InshaaAllah Kuliah Fiqh Mar'ah kini kembali lagi, dengan topik yang menarik iaitu *PERMUSAFIRAN WANITA: ISU-ISU DAN HUKUM* 🧕🏻

Marilah bersama kita hayati dan dalami kupasan yang akan disampaikan oleh penceramah yang hebat lagi tidak asing ini.

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Kuliah Fiqh Mar'ah akan bermula pada:

🗓 Tarikh: 22 November 2019 (Jumaat)
Masa: 12.30 p.m - 2.00 p.m (Solat Zohor berjemaah)
🏢Tempat : Ruwaq Al-Akadimiyyah, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Penyampai:
🧕🏻 Dr. Shahidra Binti Abdul Khalil
(Pensyarah Jabatan Fiqh Dan Usul)
🖊Topik:
Permusafiran Wanita : Isu-Isu Dan Hukum

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

📌Sediakan buku nota dan pen untuk catatan masing-masing

Ayuh! Hadirlah beramai- ramai! Penuhkan saf penuntut ilmu di taman syurga ini. 🌸

"Ilmu adalah kehidupan bagi fikiran."

TERBUKA UNTUK SEMUA MAHASISWI UNIVERSITI MALAYA😃

📌Makanan disediakan bagi 30 orang terawal😄

#PenerusSrikandiUmmah
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM19/20
MAKLUMAN : KEBAJIKAN PMAPIUM 2019/2020

Assalamualaikum w.b.t.

Dimaklumkan bahawa ayahanda kepada En Alizan bin Ali @ Muhd Ali, Ketua Penolong Pendaftar Kanan di APIUM telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayahnya. Moga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Semoga keluarganya tabah dan diberi kekuatan mengharungi ujian. Takziah.

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفرله وارحمه وعافهاك واعف عنه

#KebajikanTerjagaKebahagiaanBersama
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM19/20
​​🌹 BENGKEL MICROSOFT 365 (TIPS AND TRICKS) 🌹

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t.

Insha Allah bakal berlangsungnya program yang dinanti-nantikan iaitu Bengkel Microsoft 365 (Tips and Tricks) anjuran Exco Penyelidikan dan Pembangunan PMAPIUM sesi 2019/2020🤩

Ini merupakan julung kali PMAPIUM mengadakan program atau bengkel sebegini. Bengkel ini diadakan sebagai satu platform untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang kaedah dan cara yang terbaik untuk menggunakan Microsoft Word dan Microsoft Excel bagi menyiapkan segala tugasan atau kerja yang berkaitan. 🔥

Butiran bengkel adalah seperti berikut:-

🌥 HARI : Ahad
🗓 TARIKH : 24 November 2019
🕗 MASA : 8.00 pagi - 4.00 petang
🏬 TEMPAT : Balai Ilmu @ The Cube, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

🗣PANEL JEMPUTAN : Encik Azizi bin Che Seman
Pensyarah Jabatan Syariah dan Ekonomi Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Kami memohon panahan doa semua untuk kelancaran program kami🤲

Siiru a'la barakatillah 🔥

#ProfesionalismePerintisMahasiswaKritis
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
​​🌋 REHLAH HIKING PMAPIUM 3.0 GUNUNG DATUK 🌋

Assalamualaikum w.b.t.😁

PERHATIAN!!!
Kepada pelajar Tahun Pertama APIUM 😲😱
Terlalu sibuk dan jarang bersenam???

Kami daripada Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sesi 2019/2020 membawakan REHLAH Hiking 3.0! 🙌🏻Dijamin anda akan seronok dan rasa nak datang lagi ke Gunung Datuk untuk HIKING🗻🏕Dalam masa yang sama dapat menghirup udara segar yang tak sama dengan udara di KL.

Faedah:
1⃣Mengambil gambar yang cantik📸🤳
2⃣Bakar kalori 🧗🏿‍♂🔥
3⃣Bertemu rakan baru 🙋🏻‍♂
4⃣Dapat Pengalaman yang menyeronokkan 🥳🏃

🚗 MAKLUMAT PERJALANAN 🚗
Lokasi: Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan
Tarikh: 30 November 2019
Yuran: RM20 sahaja 💵💵💵
Bayaran termasuk :
Permit 🗒
pengangkutan 🚌
makanan🍛

Apa tunggu lagi?
Sila hubungi nombor tertera 📞📞📞
🧕🏻BAZILAH https://wa.me/601124242637
💂🏻‍♀ALEP https://wa.me/60183268865

PAT PAT SIKU LIPAT 💪🏻
SAPE CEPAT DIA DAPAT👏🏻

Bagi yg berminat utk sertai kami, sila isi google form di bawah😁👇🏻

https://docs.google.com/forms/d/1OCsKtm-kQ5wa-7PXMhcm0xaiO0CsKTof1XgKs4NU3eI

#YourPotentialOurPassion
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#ExcoSukanDanRekreasi
#PMAPIUM1920
​​📗{KULIAH TAFAQQUH FIDDIN}📗

Assalamualaikum w.b.t.
InshaAllah, Kuliah Tafaqquh Fiddin akan diteruskan lagi pada hari ini:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Berkenaan AQIDAH pada:

🗓 Tarikh: 25 November 2019 (ISNIN)
Masa: 5.15p.m - 6.15p.m
🏢Tempat : Bilik Seminar 2 (BS 2), APIUM

Penyampai:
👳🏻‍♀Dr. Mohd Shahid bin Mohd Noh, Pensyarah Jabatan Syariah Ekonomi
🖊Berkenaan Kitab: Jauharah al-Tauhid

📖 Para Mahasiswa dinasihati memenuhkan barisan hadapan bilik seminar 2 terlebih dahulu.😊

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Ayuh, hadir beramai- ramai! Penuhkan saf penuntut ilmu ditaman syurga ini 😃🌸

"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga." [HR. MUSLIM]

#JomKeKuliah
#JomTalaqqi
#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
​​🌷KULIAH FIQH MAR'AH🌷

Alhamdulillah, pada tarikh 22 November 2019 bersamaan 25 Rabiul Awal 1441H, Exco Hal Ehwal Wanita PMAPIUM meneruskan lagi Kuliah Fiqh Mar'ah siri ke-4 dengan tajuk:

Permusafiran Wanita: Isu-Isu dan Hukum

Kuliah yang berlangsung ini disampaikan oleh Dr Shahidra Bt Abd Khalil, Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul

قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ ثُمَّ اللَّهُ يُنشِئُ النَّشْأَةَ الْآخِرَةَ إِنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (29:20)

Konsep Musafir
Daripada perkataan سفر yang membawa maksud menempuh jarak yang jauh.
Menurut pandangan Imam Al-Jurjani, musafir bermaksud keluar dengan niat dan tujuan untuk melakukan perjalanan selama 3 hari 3 malam dengan menunggang unta atau berjalan kaki.
Menurut pandangan Imam Al-Ghazali, musafir ialah orang yang berpindah dari tempat bermukim ke tempat tuju yang mempunyai niat dan tujuan tertentu.

Hukum Bermusafir
1) Safar Haram – perjalanan untuk melakukan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya. Ia termasuklah perjalanan untuk berniaga arak dan perjalanan wanita tanpa mahram.
2) Safar Wajib – dilakukan untuk menunaikan kewajipan seperti perjalanan untuk menunaikan haji dan umrah wajib.
3) Safar Sunat – perjalanan untuk menunaikan haji dan umrah sunat.
4) Safar Harus – melibatkan perjalanan melakukan perkara-perkara harus seperti ziarah.
5) Safar Makruh – safar sendirian tanpa peneman kecuali pada keadaan yang tidak memerlukannya.


Waallahu a'lam.

#PenerusSrikandiUmmah
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM19/20
​​📗{KULIAH TAFAQQUH FIDDIN}📗

Assalamualaikum w.b.t.
InshaAllah, Kuliah Tafaqquh Fiddin akan diteruskan lagi pada hari ini:

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

Berkenaan topik AKHLAK yang akan diteruskan lagi pada:

🗓 Tarikh: 26 November 2019 (Selasa)
Masa: 5.15p.m - 6.15p.m
🏢Tempat : Bilik Seminar 2 (BS2)

Penyampai:
👳🏻‍♀Dr. Faizuri bin Abd.Latif, Pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
🖊Berkenaan Kitab: Penawar Bagi Hati

🌸🌸🌸🌸🌸🌸

📖 Para Mahasiswa dinasihati memenuhkan barisan hadapan bilik seminar 2 terlebih dahulu.😊

Ayuh, hadir beramai- ramai! Penuhkan saf penuntut ilmu ditaman syurga ini.😃🌸

"Barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah SWT akan memudahkan baginya jalan untuk ke Syurga." [HR. MUSLIM]

#JomTalaqqi
#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
​​KEMPEN BIAH SOLEHAH : AKTIVITI MINGGU KESEDARAN ALAM SEKITAR APIUM 2019

Assalamualaikum w.b.t.

Sepertimana yang kita sedia maklum, pada minggu lepas telah dihebahkan berkenaan pelancaran "Kempen Biah Solehah". Maka, pada minggu ini pula kami bawakan kepada kalian salah satu teras KBS sebagai permulaan iaitu "Sayangi APIUM". Dimana, kempen Sayangi APIUM ini bertujuan untuk menyedarkan mahasiswa akan kepentingan menjaga kebersihan APIUM dan alam sekitar. Maka, antara aktiviti-antiviti yang bakal berlangsung pada minggu ini ialah Minggu Kesedaran Alam Sekitar APIUM di bawah teras "Sayangi APIUM"

📌Berikut dilampirkan jadual aktiviti sepanjang Minggu Kesedaran Alam Sekitar APIUM.😃

🌹 25/11/2019 : Isnin

9 Pagi - 11 Pagi : Ceramah SPAN
9 Pagi - 5 Petang : Gotong-royong jabatan.

🌹 26/11/2019 : Selasa

10 Pagi - 12 Tengahari : Kokedame 🌱
2 Petang - 3.30 Petang : Taklimat Kebakaran PPKK 🔥

🌹 27/11/2019 : Rabu

9 Pagi - 5 Petang :
Tanam pokok, 🌱
Cat tempat Parkir, 🎉
3R on Wheels 🚗

🌹 28/11/2019 : Khamis

9 Pagi - 5 Petang :
Cat tempat parkir 🚗
Tanam pokok 🌱

Ayuh, sama-sama warga APIUM kita sahut kempen ini ! 😃

#KempenBiahSolehahAPIUM
#MingguAlamSekitar
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#APIUMftPMAPIUMftKMUMftMEPS
​​🌱 KEMPEN BIAH SOLEHAH : MINGGU KESEDARAN ALAM SEKITAR🌱

Kita teruskan lagi Kempen Biah Solehah dengan Minggu Kesedaran Alam Sekitar 😃

Ada apa hari ini 🤔
Hari ini berlangsungnya, Bengkel Kokedama

Tarikh : 26/11/2019
Hari : Selasa
Tempat : Anjung Surau APIUM

Apa tunggu lagi
Ayuh, ramai² kita ke Bengkel Kokedama!

#KempenBiahSolehahAPIUM
#MingguKesedaranAlamSekitar
#InspirasiMahasiswaHolistik
🔈 [HEBAHAN PENANGGUHAN KULIAH TAFAQQUH FIDDIN] 🔈

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa Kuliah Tafaqquh Fiddin bagi hari ini akan ditangguhkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Sekian dimaklumkan.

Exco Akademik Dan Intelektual,
PMAPIUM Sesi 2019/2020.

#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
#PMAPIUM1920
#KeranaKitaSatuKeluarga
​​Alhamdulillah pada 30 November yang lalu, program Rehlah Hiking 3.0 telah berlangsung dengan jayanya.

🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲🌲

Setiap langkah menjadi corak kehidupan.

Bagaimana kita melangkah? Sejauh mana jarak kita melangkah? Ke mana destinasi kita melangkah?

Pengalaman mendaki gunung yang lebih mencabar memberi kesan pada diri, bukan setakat lenguh badan dan kaki kerana itu sudah pasti, tetapi ia juga turut membuat kita terfikir bagaimana kita lalui semua itu dikaitkan dalam kehidupan.

Nampak mudah tetapi sebenarnya susah. Nampak susah tetapi andai kena caranya akan menjadi mudah.

Demi mencapai sinar kejayaan yang diumpamakan puncak gunung itu sendiri, pasti akan melalui kepayahan, kepenatan dan juga mungkin akan hampir membawa kepada putus asa. Namun dalam masa yang sama, pasti akan ada insan-insan yang sanggup hulurkan tangan, memberi semangat, menjadi peneman dan menunjuk ajar dalam menghadapi segala kepayahan itu.

Begitulah perjalanan hidup. Janji Allah swt yang mafhumya,

"Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,"
(94:5)

Terima kasih untuk pengalaman dan kenangan ini. Tahniah dan Mabrook team Exco Sukan & Rekreasi PMAPIUM1920.

#RehlahHikingPMAPIUM
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
🌷KULIAH FIQH MAR'AH EDISI KHAS 🌷

Alhamdulillah, pada tarikh 29 November 2019 bersamaan 2 Rabiul Akhir 1441H, Inspirasi Cahaya Islam Kolej Kediaman Ke 9 dengan kerjasama Exco Hal Ehwal Wanita PMAPIUM telah mengadakan Kuliah Fiqh Mar'ah Edisi Khas dengan tajuk:⁣

🧕🏻Fatimah Bidadari Syurga : Srikandi Ummah 💐

Forum yang berlangsung ini telah disampaikan oleh Da'i Nurul Amirah Binti Mohd Azmi, Da'i Pendakwah Milenia Musim Ke 2 (2014).⁣

Antara pengisian yang disampaikan oleh Da'i Amirah ialah :⁣

🧕🏻 Siapakah Fatimah?⁣

Fatimah merupakan anak bongsu atau 'Jantung Hati' Rasulullah SAW yang diberi gelaran Az-Zahra oleh Rasulullah sendiri.⁣

Akhlak Fatimah dikatakan seakan-akan akhlak Rasulullah SAW.⁣

Kisah kehidupan Fatimah Az-Zahra merupakan anugerah yang sangat besar daripada Allah SWT buat umat ini untuk sirah kehidupan Baginda Nabi SAW. Ia juga lambang dan gambaran betapa berjayanya Rasulullah SAW mengasuh dan mendidik puteri kesayangannya. ⁣

🌹 Antara akhlak-akhlak Saidatina Fatimah Binti Muhammad SAW :⁣

1) Bersederhana & redha kpd Allah SWT. ⁣
3) Sangat rajin melakukan kerja sebagai surirumah. ⁣
2) Seorang yang sangat pemalu. ⁣
3) Seorang yang taat kepada perintah ibu bapa.⁣

Rasulullah bersabda :⁣

"Mahukah aku ajarkan kalian berdua sesuatu yang baik untuk kalian dan nilainya lebih dari seorang pembantu? Dan sesuatu itu adalah ketika engkau hendak pergi tidur, bacalah tiga puluh empat kali 'الله اكبر', tiga puluh tiga kali 'سبحان الله' dan tiga puluh tiga kali 'الحمد لله'."⁣


Waallahu a'lam.⁣

#PenerusSrikandiUmmah
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
​​👳‍♂️🎙️ MAKLUMAN FORUM BICARA MURABBI PMAPIUM 1920 🎙️👳‍♂️

Pengumuman untuk semua warga Universiti Malaya

Jom hadirkan diri ke Forum Bicara Murabbi anjuran Exco Akademik dan Intelektual PMAPIUM sesi 2019/2020🔥🔥🔥

Butiran program adalah seperti berikut:-

📌 HARI : Sabtu
📌TARIKH: 7 Disember 2019
📌 MASA : 8.30 pagi-12.00 tengah hari
📌TEMPAT: Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Tajuk Forum: Hedonisme Menghakis Nilai Mahasiswa

MAKANAN DISEDIAKAN UNTUK 100 PESERTA YANG TERAWAL

🗣 PENAMPILAN KHAS 🗣

Moderator:
Amir Aiman Bin Shariff
(Mantan YDP PMAPIUM sesi 2018/2019)

Panel 1: Ustaz Muhammad Fahmi Bin Rusli
(Pegawai Hal Ehwal Islam (MAIWP) S41 Pejabat Mufti)

Panel 2: Ustazah Shadiya Binti Abbas
(Motivator dan Penceramah Bebas)

📲Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Zameer Ainurraziq - http://www.wasap.my/+601125049817
Nur Adila - http://www.wasap.my/+60194778765

Siiru a'la barakatillah 🔥

#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
📝Link Pembukaan Sistem Penilaian Kursus dan Pengajaran (PKP) bagi program Ijazah Pertama, Semester 1, Sesi 2019/2020📝

Assalamualaikum / salam sejahtera,😊

Dimaklumkan Sistem Penilaian Kursus dan Pengajaran (PKP) bagi program Ijazah Pertama bagi Semester 1, Sesi 2019/2020 telah pun dibuka bermula pada:

📍ISNIN | 2/12/2019
Jam 8.30 PAGI

Sehingga

📍JUMAAT | 3/1/2020
Jam 11.59 malam.

📌Perhatian: Semua calon diwajibkan membuat PKP bagi semua kursus yang telah dipaparkan di dalam akaun myum masing-masing.

Calon yang gagal membuat penilaian seperti waktu yang ditetapkan, akan dihalang daripada mendapat keputusan peperiksaan Semester 1, sesi 2019/2020 dan tidak boleh membuat pendaftaran subjek pada sesi akan datang.

Sekian, terima kasih.
Harap maklum.

👉🏻Link Pautan: http://umctes.um.edu.my/

Disediakan oleh:

Zameer Ainurraziq Bin Zainal Abiddin
Nur Adila Binti Azijan

*Exco Akademik dan Intelektual PMAPIUM Sesi 2019/2020*

#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
​​👳‍♂️🎙️HEBAHAN PENDAFTARAN FORUM BICARA MURABBI PMAPIUM 1920🎙️👳‍♂️

Pengumuman untuk semua warga Universiti Malaya

Jom daftarkan diri ke Forum Bicara Murabbi anjuran Exco Akademik dan Intelektual PMAPIUM sesi 2019/2020🔥🔥🔥

Butiran program adalah seperti berikut:-

📌 HARI : Sabtu
📌TARIKH: 7 Disember 2019
📌 MASA : 8.30 pagi-12.00 tengah hari
📌TEMPAT: Auditorium Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Tajuk Forum: Hedonisme Menghakis Nilai Mahasiswa

MAKANAN DISEDIAKAN UNTUK 100 PESERTA YANG TERAWAL

🗣PENAMPILAN KHAS🗣

Moderator:
Amir Aiman Bin Shariff
(Mantan YDP PMAPIUM sesi 2018/2019)

Panel 1: Ustaz Muhammad Fahmi Bin Rusli
(Pegawai Hal Ehwal Islam (MAIWP) S41 Pejabat Mufti)

Panel 2: Ustazah Shadiya Binti Abbas
(Motivator dan Penceramah Bebas)

Untuk tujuan pendaftaran, anda boleh mengisi google form di bawah ini 👇🏻👇🏻👇🏻
https://forms.gle/HeheCyDqghr4vgUa7

Sesiapa yang telah mengisi google form di atas, sila masuk ke group whatsapp menerusi link di bawah 👇🏻👇🏻👇🏻
https://chat.whatsapp.com/JtsR266Du8LJ5fu8h09yYd

📲Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi:

Zameer Ainurraziq - http://www.wasap.my/+601125049817
Nur Adila - http://www.wasap.my/+60194778765

Siiru a'la barakatillah 🔥

#ManifestasiAkhlakSinarMahasiswaIntelek
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM1920
​​JOM SERTAI PROGRAM ZERO TO HERO 😍]

Terbuka kepada semua yang BERUMUR 13-17 TAHUN 😯

Cuti sekolah telah bermula? Anak- anak kebosanan duduk di rumah?

Jom sertai kami Pelajar Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya membawakan kepada anda Program Zero To Hero💥 untuk mengisi masa lapang anak anda.

Apa yang menarik program ini
Ice Breaking
Explorace
Slot motivasi dari pensyarah Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
Slot motivasi daripada penceramah Jemputan dari JAKIM


Butiran program adalah seperti berikut
📌Tarikh: 14/12/2019
📌Masa: 8.00pagi - 4.15 ptg
📌Tempat: Balai Ilmu @ The Cube, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Yuran penyertaan hanya RM30 sahaja !!

Tunggu apa lagi? Jom daftar anak anda sekarang !😍 .

Sila isi google form di bawah untuk mendaftar👇🏼

https://forms.gle/GHM6LfGnipShg535A

🌿 Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi :

Bro Mawardi
https://wa.me/601112917020
Sis Tasha
https://wa.me/60187742998

Pihak kami amat mengalu-alukan sumbangan dari pihak anda untuk membiayai pelajar yang kurang berkemampuan dalam menyertai program ini sebanyak RM30 per individu

Terima kasih.🌹

#ZeroToHero
#GenerasiMuda PemangkinHarapanUmmah
#JapiansSelamanya
​​🌹KEMPEN BIAH SOLEHAH : CAKNA AURAT KITA🌹

Orang selalu tanya saya,
perempuan cantik tuu macam mana yaa? Kulit halus kaa? Putih kaa? Kurus kaa?
Semua tuu memang betul tapi bagi saya lah ni dari wanita ke wanita. Perempuan yang cantik adalah perempuan yang ada keyakinan tinggi, yakin dengan rupa dia, yakin dengan diri dia.
Macam mana nak yakin? Tutup aurat laah🙊

Aurat? Apa itu?🤔
📌Aurat menurut bahasa ialah keaiban.
📌Manakala pada pandangan syarak ialah bahagian-bahagian tertentu pada bahagian badan manusia yang wajib ditutupi daripada pandangan orang yang diharamkan melihatnya (bukan mahram).

Dalilnya?😯
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ ۗ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا

Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Aurat Lelaki?🙎🏻‍♂
Pusat sehingga lutut sahaja.

Aurat Perempuan?🧕🏻
Seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.

Pakaian yang baik itu macam mana? Pakaian yang baik ialah pakaian yang boleh dibawa solat. Menutup aurat & bersih😍

Ayuh ! Bersama - sama "CAKNA AURAT KITA" dengan melaksanakan Kempen Biah Solehah dengan jayanya😇

#KempenBiahSolehahAPIUM
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga

Kredit poster : Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam
​​🌹KEMPEN BIAH SOLEHAH : PEMBANGUNAN INSAN🌹

بسم الله الرحمن الرحيم،
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته.

Kempen Biah Solehah diteruskan lagi pada minggu ini dengan teras yang utama iaitu Pembangunan Insan. Tujuan teras ini diwujudkan adalah untuk mendidik minda dan mengasuh peribadi supaya mahasiswa/i berakhlak mulia dalam memacu agenda Muslim Professional demi Menuju Ke'izzahan APIUM tercinta .

🌹Terdapat empat elemen penting melalui teras ini, iaitu :
1⃣ Cakna Aurat Kita
2⃣ Jaga Batas Pergaulan
3⃣ Etika Pemakaian Ke Kuliah
4⃣ Kempen 3S (Senyum, Salam, Sapa)

Akhir sekali, ayuh mahasiswa/i APIUM kita sahut kempen ini dengan jayanya. 💪🏻🔥

#KempenBiahSolehahAPIUM
#InspirasiMahasiswaHolistik
#KeranaKitaSatuKeluarga