PMAPIUM @ Telegram
1.33K subscribers
1.2K photos
44 videos
9 files
816 links
Saluran informasi dan perkembangan semasa APIUM yang padat serta terkini. Semuanya di hujung jari anda! Ikuti kami. πŸ˜‰

πŸ‘‰PORTAL PMAPIUM 2025/2026
https://linktr.ee/PMAPIUM25_26
Download Telegram
πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“HEBAHAN PENGISIAN BORANG KAJI SELIDIK πŸ‘¨πŸ»β€πŸŽ“

πŸ“Assalamualaikum wbt dan salam sejahteraπŸ“

Tuan/Puan yang dihormati,

Mohon semua pelajar tahun akhir bagi sesi 2025/2026 Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya untuk mengisi borang kaji selidik ini.

Sebuah kajian bertajuk seperti di atas sedang dijalankan di
peringkat Doktor Falsafah (Ph.D).πŸ“š
Kajian ini bertujuan untuk menilai perspektif terhadap
pengamalan hadis daif. πŸ“–
Kajian ini melibatkan pelajar jurusan pengajian Islam di
universiti-universiti di Malaysia. πŸ•Œ
Tuan/Puan dijemput dan dialu-alukan sebagai sebahagian
daripada peserta kajian kami dengan melengkapkan borang soal selidik seperti
yang dilampirkan. πŸ“

Penyertaan tuan/puan dalam kajian tidak mempunyai sebarang
risiko. βœ…
Tiada maklumat sebarang peribadi diperlukan dalam kajian
ini. βœ…
Data kajian hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan
sahaja. πŸ“Š

Segala kerjasama dan sokongan daripada tuan/puan sangat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. πŸ’

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, sila hubungi :πŸ“¬
πŸ§‘πŸ»Ammar Ismail (ammarmatri89@gmail.com)
πŸ‘¨πŸ»β€πŸ«Prof. Dr. Mohammed Abullais (malais@iium.edu.my)

Mohon tuan/puan melengkapkan soal selidik ini menerusi pautan berikut: https://forms.gle/s62NECMCpNtCTic2A

#GerbangTautanIntegriti
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸ‡΅πŸ‡Έ SEJARAH NAKBA: LUKA YANG MASIH BERDARAH πŸ‡΅πŸ‡Έ

Mari bersama-sama kita menghayati dan memahami sejarah Nakba : tragedi hitam yang menyaksikan ribuan rakyat Palestin kehilangan tanah air, keluarga dan hak kebebasan mereka sejak tahun 1948 πŸ’”

Peristiwa ini bukan sekadar sejarah, tetapi simbol penderitaan, ketabahan dan perjuangan rakyat Palestin yang masih berterusan hingga ke hari ini.

Melalui perkongsian ini, marilah kita menyemai rasa kemanusiaan, keprihatinan serta membuka mata masyarakat terhadap realiti yang sedang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin 🀍

Firman Allah SWT:
β€œDan janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”
(Surah Ali-Imran: 139)

Semoga sejarah yang dipelajari menjadi pengajaran agar kita terus bersuara dan berdiri bersama Palestin ✨

Mengingati Sejarah, Menyemai Solidariti πŸ‡΅πŸ‡Έ

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
Greetings, Universiti Malaya Students!

Graduate Employability & Career Centre (GECC) will be organizing a Career Fair Trip to GRADUAN Aspire Career Fair 2026. GRADUAN Aspire 2026, now in its 16th year, is Malaysia's premier career and networking event. It connects top talent with leading employers.

Here are the details:
πŸ—“οΈ Date: June 6, 2026
πŸ•°οΈ Time: 10:00 PM - 3:00 PM
πŸ“ Location: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)
🚐 Transportation is provided, but there's a limit of 35 students.
🌯 Meals will be provided before the event.

Register Here: https://forms.gle/i4Ut7XVaM8dhrWAu5

For any inquiries, please contact GECC at +603-7967 7286 or email our Psychology Officer, Mr. Izzat (izzatirezuan@um.edu.my).
πŸ”Ά[MAKLUMAN PENILAIAN UM-ATLAS BAGI PELAJAR IJAZAH PERTAMA SEMESTER 2 2025/2026]πŸ”Ά

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa UM-ATLAS (Academic Teaching Learning Assessment System) telah dibuka kepada semua mahasiswa/i bagi Semester 2, Sesi 2025/2026 bermula pada:

πŸ“†Tarikh: 25 Mei 2026 (Isnin) sehingga 21 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•˜Masa: 9.00 pagi sehingga 11.59 malam

⚠️ Calon yang tidak menyempurnakan penilaian UM-ATLAS akan dihalang daripada melihat keputusan peperiksaan Semester 2, Sesi 2025/2026.

πŸ“Œ Semua nama pensyarah perlu dinilai walaupun berada di dalam maklumat kursus yang sama.

πŸ”— Pautan UM-ATLAS : https://myum.um.edu.my atau https://spectrum.um.edu.my

Sekian, terima kasih.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

πŸ“ž Muhamad Najmi Hazeem
http://www.wasap.my/+60163973834

πŸ“ž Nurrizqa Adawia
http://www.wasap.my/+60128601460

#IlmuBerstrukturHikmahBersanad
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸŒ™ PUASA SUNAT HARI ARAFAH πŸŒ™

Ada hari yang berlalu seperti biasa.
Dan ada hari yang Allah buka seluas-luasnya pintu keampunan.

Hari Arafah bukan sekadar satu tarikh, ia adalah peluang luar biasa untuk kita β€œreset” diri, memohon keampunan atas segala dosa, dan melangkah dengan hati yang lebih bersih.

Dalam satu hari ini, Allah menjanjikan keampunan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Bukan sedikit, tetapi satu anugerah besar yang jarang hadir.

Jangan biarkan hari ini berlalu seperti hari-hari biasa.

✨ Satu hari, peluang tanpa batas. πŸ€²πŸ»πŸ’™

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸŽ‰ PMAPIUM BAZAAR πŸŽ‰

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Sesi 2025/2026 membawakan PMAPIUM Bazaar yang menghimpunkan pelbagai program menarik dalam satu kemeriahan! ✨

Antara pengisian menarik:

πŸƒβ€β™‚οΈ QAWIY Rise & Run
🀲🏻 APIUM Bermunajat 2.0
πŸŒ™ Qiamullail Perdana
🎀 Talkshow Session
πŸ’œ NOOR : Night of Iman
πŸ›οΈ Pelbagai gerai jualan menarik

πŸ“ Parkir Squash, Universiti Malaya

πŸ“… 15 – 17 Jun 2026 ( Isnin hingga Rabu)
⏰ 10.00 pagi hingga 11.00 malam

🎟️ Masuk PERCUMA untuk semua!

✨ Tiga hari penuh pengisian, kemeriahan dan kebersamaan menanti anda di PMAPIUM Bazaar 2026!

Siiru β€˜ala Barakatillah ✨

#EkonomiKukuhMahasiswaTangguh
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸƒβ€β™‚οΈ QAWIY RISE & RUN 2026 πŸƒβ€β™‚οΈ

Exco Ekonomi dan Keusahawanan PMAPIUM Sesi 2025/2026 dengan bangganya membawakan QAWIY Rise & Run 2026 yang merupakan sebuah acara 5KM Fun Run yang bakal menceriakan malam anda!

Mengapa anda perlu sertai?

βœ… Jersey dengan design unik
βœ… Medal eksklusif
βœ… Refreshments disediakan

πŸ“ Lokasi: Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
⏰ Masa: 7.00 Pagi hingga 10.00 Pagi
πŸ“… Tarikh:16 Jun 2026 (Selasa)
πŸ”— Pautan Pendaftaran : https://jomlari2u.com/

⏳ Closed Registration 6 Jun 2026
⚑ EARLY BIRD PRICE
UM Student RM 30
Public : RM 35
sehingga 27 Mei 2026

⭐ NORMAL PRICE
UM Student : RM 35
Public : RM 40

πŸ“Œ Daftar segera sebelum harga berubah !!

❗Scan QR di poster atau klik pautan pendaftaran sekarang

Siiru 'ala Barakatillah ✨

#EkonomiKukuhMahasiswaTangguh
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
✨ [SALAM AIDILADHA 1447H | 2026M] ✨

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2025/2026 mengucapkan Salam Aidiladha 1447H kepada seluruh warga kampus Universiti Malaya, khususnya warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Aidiladha hadir membawa seribu hikmah tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah S.W.T. Peristiwa agung yang terpahat dalam sirah Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S mengajarkan kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan kerana Allah tidak akan pernah sia-sia.

Di sebalik takbir yang bergema dan ibadah korban yang dilaksanakan, tersimpan makna besar tentang kasih sayang serta kesatuan ummah dalam menghayati erti pengabdian sebenar kepada-Nya.

Semoga Aidiladha kali ini menjadi titik muhasabah buat kita semua untuk terus memperkukuh iman dan menyuburkan keikhlasan dalam setiap langkah kehidupan.

Siiru 'ala barakatillah ✨

#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸ‡΅πŸ‡Έ DOA QUNUT NAZILAH: SENJATA DAN SOLIDARITI BUAT PALESTIN πŸ‡΅πŸ‡Έ

Mari bersama-sama kita menadah tangan dan memanjatkan doa Qunut Nazilah sebagai tanda solidariti dan kebersamaan kita bersama saudara-saudara seagama di bumi Palestin yang sedang diuji dengan kezaliman yang tiada kesudahan πŸ’”

Doa ini bukan sekadar rukun dalam munajat, tetapi merupakan senjata mukmin yang paling ampuh dalam memohon pertolongan, perlindungan, dan kemenangan daripada Allah SWT buat mereka yang tertindas.

Melalui perkongsian ini, marilah kita menyemai rasa keinsafan, memperkukuh tautan ukhuwah, serta terus mengetuk pintu langit agar bumi Palestin segera dibebaskan dan diberikan keamanan yang hakiki 🀍

Semoga doa yang dititipkan menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kita tidak pernah leka, terus bersuara, dan sentiasa berdiri teguh bersama Palestin ✨

Basahi Lidah Dengan Doa, Teguhkan Solidariti πŸ‡΅πŸ‡Έ

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
⚜️ [PENSTRUKTURAN SEMULA KAEDAH PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI PMAPIUM BAGI SESI 2026/2027] ⚜️

Assalamualaikum WBT dan Salam Sinergi Mahasiswa Tarbawi.

Majlis Tertinggi Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) Sesi 2025/2026 ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa perubahan berkaitan kaedah pemilihan kepimpinan dan pelaksanaan Annual General Meeting (AGM) PMAPIUM bagi Sesi 2026/2027 yang telah dipersetujui hasil perbincangan bersama pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) APIUM.

Perubahan yang dilaksanakan ini bertujuan untuk memperkemas sistem pemilihan kepimpinan PMAPIUM agar lebih tersusun, sistematik dan efektif selaras dengan keperluan semasa organisasi mahasiswa.

Semoga segala urusan dipermudah dan setiap perancangan yang dilaksanakan mendapat keberkatan serta keredaan Allah SWT demi menjaga kebajikan dan kepentingan seluruh mahasiswa APIUM.

Sekian, terima kasih.
Siiru 'ala barakatillah.

β€œSinergi Mahasiswa Tarbawi”

#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸŒ™ PUASA SUNAT HARI PUTIH (14 & 15 ZULHIJJAH) πŸŒ™

Tiga hari setiap bulan. Nampak biasa, tapi impaknya luar biasa.

Hari-hari putih datang sebagai peluang senyap untuk kita memperbaharui hubungan dengan Allah, menjauhkan diri seketika daripada kesibukan dunia dan menilai kembali arah kehidupan kita.

Dalam diam, puasa ini membina kekuatan dalaman, mengajar erti kawalan diri, keikhlasan dan pergantungan sepenuhnya kepada Allah. Tanpa perlu menunggu perubahan besar, amalan kecil yang istiqamah mampu memberi kesan yang besar dalam kehidupan seorang Muslim.

✨ 31 Mei dan 1 Jun 2026 bersamaan 14 dan 15 Zulhijjah 1447H merupakan hari putih yang dianjurkan untuk berpuasa.

Lebih menarik, ganjarannya seolah-olah berpuasa sepanjang tahun. Satu peluang yang ringkas, tetapi penuh nilai di sisi Allah.

#KempenGenerasiUlulAlbab
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸ‘‘[ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG]πŸ‘‘

Dirgahayu Tuanku.

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada 1 Jun 2026 bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Semoga Allah SWT terus mengurniakan keafiatan, kebijaksanaan, kesejahteraan serta keberkatan yang berpanjangan kepada Seri Paduka Baginda dalam memayungi rakyat dan memimpin negara dengan penuh hikmah, adil serta berdaulat.

Kami turut menzahirkan doa agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sentiasa berada dalam lindungan, rahmat dan inayah Allah SWT serta dikurniakan kesejahteraan yang berterusan.

Semoga institusi Raja-Raja Melayu terus menjadi lambang perpaduan, kestabilan dan kedaulatan negara.

Daulat Tuanku.

#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
πŸš€ [Build a CV & LinkedIn: Gets Noticed with AI] πŸŽ“βœ¨

In today's fast-paced digital landscape, standing out to top employers requires a competitive edge. This high-impact initiative by the Graduate Employability and Career Centre (GECC) empowers you to showcase your true value through standout CVs and optimized LinkedIn profiles!

Join our Hands-on Experience & Insights session featuring an elite industry expert:

πŸŽ™οΈ Speaker: Fareez Shahfiqar Mohd Fauzi (TEDx Speaker & Human Intelligence Consultant)

Event Details:

πŸ“… Date: 19 June 2026
⏰ Time: 9.30am - 12.30pm
πŸ“ Venue: Dewan Perdana 1 & 3, Kompleks Perdanasiswa, Universiti Malaya

🎯 Ready to leverage AI tools and elevate your professional branding?

πŸ“² REGISTER NOW: Scan the QR code on the attached poster to secure your spot! Or click here: https://forms.gle/r14NHNzEeRuJCFyc8

πŸ“ž For inquiries, kindly contact: Mr. Ammar (GECC Representative) at +60 19-637 6827
πŸ”Ά[NOTIS MAKLUMAN: PENUTUPAN KAUNTER BAHAGIAN IJAZAH DASAR (BID)]πŸ”Ά

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Dimaklumkan bahawa Kaunter Bahagian Ijazah Dasar (BID) akan ditutup pada 8 Jun 2026 (Isnin) berikutan penglibatan semua staf BID dalam program iFEST yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor (DTC).

Sehubungan itu, sebarang urusan berkaitan boleh berhubung terus kepada staf BID atau melalui e-mel di api_dasar@um.edu.my.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
Exco Akademik dan Intelektual,
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Sesi 2025/2026

#IlmuBerstrukturHikmahBersanad
#SinergiMahasiswaTarbawi
#KeranaKitaSatuKeluarga
#PMAPIUM2526
KEJOHANAN FUTSAL MiTA 2026 APIUM

Tarikh: 12 Jun 2026 (Jumaat
Masa: Petang dan
Tempat: Court hadapan Fakulti Undang-Undang

Program ini merupakan kejohanan futsal yang menghimpunkan penyertaan antara jabatan atau program dengan konsep penglibatan rentas generasi melibatkan staf dan pelajar bagi memeriahkan penganjuran MiTA 2026. Penyertaan adalah secara perlawanan antara jabatan atau program. Komposisi setiap pasukan (8 orang). Setiap kumpulan diwajibkan mempunyai:
β€’4 orang staf akademik / pentadbiran
β€’2 orang pelajar pascasiswazah
β€’2 orang pelajar ijazah dasar

Pautan pendaftaran:
https://docs.google.com/document/d/1TuoYmSj-O_B2GYJAU_QPx72KR-BoXJxc/edit?usp=drivesdk&ouid=109852665854903868524&rtpof=true&sd=true
πŸ“’ πŽπ…π…πˆπ‚πˆπ€π‹ π€πππŽπ”ππ‚π„πŒπ„ππ“ – πŒπ’π“π€πŸπŸ”
π€π‚π€πƒπ„πŒπˆπ‚ πŽππ„π π–π„π„πŠ (πŒπ’π“π€πŸπŸ”)

Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya
πŸ—“οΈ Date: 18 – 19 June 2026
πŸ“ Venue: Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya (APIUM)

The Academy of Islamic Studies, Universiti Malaya (APIUM) is thrilled to present MiTA26! MiTA26 is more than just a programme β€” it’s a dynamic, inclusive, and intellectually charged platform where knowledge meets community. Designed to bridge academia and society, MiTA26 offers a series of engaging activities that blend scholarly depth with interactive exploration.
πŸ”Ή Inaugural Lecture
πŸ”Ή Academic Workshops & Discussions
πŸ”Ή Special Feature: Road to MiTA
πŸ”Ή Expert Forums & Seminars

We welcome participation from across all backgrounds and institutions.

#MiTA26
#APIUM
#UM
#AcademicOpenWeek