PMAPIUM @ Telegram
1.2K subscribers
780 photos
19 videos
9 files
663 links
Saluran informasi dan perkembangan semasa APIUM yang padat serta terkini. Semuanya di hujung jari anda! Ikuti kami. πŸ˜‰
Download Telegram
✨ LINK EXCO AKADEMIK & INTELEKTUAL PMAPIUM 17/18 ✨
Assalamualaikum w.b.t
Hebahan makluman kepada semua pelajar lepasan STPM dan setaraf yang telah membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) bagi sesi akademik 2017/2018.
πŸŽ—Tarikh hebahan keputusan permohonan adalah pada 3 Ogos 2017 (Khamis) pada jam 12 tengahari. Di bawah ini juga disertakan tarikh-tarikh penting yang perlu diambil perhatian oleh pemohon.
πŸ“Œ 3 Ogos 2017 - 7 Ogos 2017 :
[ Hebahan Keputusan Permohonan bagi STPM dan setaraf
& Permohonan UPUOnline Rayuan DIBUKA bagi lepasan STPM dan setaraf. ]
πŸ“Œ 8 Ogos 2017 :
[ Permohonan UPUOnline Rayuan DITUTUP bagi Lepasan STPM dan setaraf. ]
πŸ“Œ 20 Ogos 2017 - 26 Ogos 2017 :
[ Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 1 bagi Lepasan STPM dan setaraf. ]
πŸ“Œ 10 September 2017 - 16 September 2017:
[ Hebahan Keputusan Permohonan Rayuan Fasa 2 bagi lepasan STPM dan setaraf. ]
πŸŽ—Diharapkan dengan hebahan ini, para pelajar dapat mengambil perhatian akan tarikh-tarikh tersebut dan membuat persiapan dengan sebaiknya. Sebarang pertanyaan mengenai Permohonan, Semakan dan Rayuan kemasukan, anda boleh menghubungi:
πŸ“Œ Talian Helpline UPU:
0388708200
πŸ“Œ Laman Sesawang:
http://upu.mohe.gov.my/web/
πŸŽ—Semoga para pelajar berjaya mendapat keputusan yang terbaik dan diterima masuk ke Universiti pilihan masing-masing.
Sekian, Terima Kasih.
Che Wan Muhammad Hasif bin C.W Sayuti
(011-19825477)
Wan Rabiatul Adawiyah bt Wan Mamat (011-25665866)
Exco Akademik dan Intelektual
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM) 2017/2018
#KeranaKitaSatuKeluarga
✨ LINK MULTIMEDIA PMAPIUM 2017/2018✨

Assalamualaikum wbt...

πŸŽ— Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menganjurkan Pertandingan Video Kreatif Kesihatan Seksual & Reproduktif Remaja Peringkat Kebangsaan 2017 bertemakan 'Hargai Diri, Amalkan Gaya Hidup Sihat' (Value Yourself, Practice Healthy Lifestyle).

πŸ“Œ Pertandingan ini dibuka mulai 1 Jun 2017 hingga 31 Ogos 2017 dan boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia yang berumur 13 hingga 24 tahun.

πŸ“Œ Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori iaitu kategori 1 : Berumur 13-15 tahun, Kategori 2 : Berumur 16-18 tahun & Kategori 3 : Berumur 19-24 tahun

πŸ“Œ Hadiah wang tunai sehingga RM 4000 untuk dimenangi!!!

πŸ“Œ Muat turun maklumat, borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan dari laman sesawang berikut:

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/pengumuman/pertandingan_video_kretif.php

πŸ“Œ Tarikh tutup adalah pada 31 Ogos 2017 (Isnin). Penyertaan lengkap hendaklah diemelkan kepada videosrh@gmail.com

________________________________
Kami kini mencecah 3K Likes! Terus ikuti kami di media sosial rasmi PMAPIUM untuk mendapatkan info-info terkini mengenai APIUM dan sekitarnya

Facebook : facebook.com/pmapium
Instagram : Instagram.com/mypmapium
Telegram: t.me/pmapium

Mohd Faridzhuan Firdaus bin Mohd Nanyan
Hasanah binti Abdul Rahman

Exco Multimedia & Publisiti
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya (PMAPIUM) 2017/2018

#KeranaKitaSatuKeluarga
✨ *LINK EXCO KEROHANIAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH PMAPIUM 17/18* ✨

Assalamualaikum wbt..

πŸ”₯ *Pencarian Nuqaba' Usrah PMAPIUM 17/18 Kini Kembali* πŸ”₯

πŸŒ™ Firman Allah SWT :

" _Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di muka bumi" Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah , sedangkan kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?" Dia berfirman, "Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui_"
( *Al Baqarah : 30*)

πŸŒ™ Berdasarkan firman Allah di atas, jelaslah bahawa salah satu tujuan kita diciptakan adalah untuk menjadi khalifah di muka bumi Allah dengan melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar.

πŸŒ™ Justeru itu, salah satu medan dan wasilah untuk kita melaksanakannya adalah dengan menjadi nuqaba'.

Oleh itu marilah bersama-sama kami dalam menjayakan *Misi Pencarian Nuqaba' Usrah PMAPIUM bagi Sesi 17/18* ✊🏻

πŸ”₯πŸ”₯ Ayuh bersama sama kita menghidupkan kembali usrah dan biah solehah di APIUMπŸ”₯πŸ”₯

_Kalau bukan kita, siapa lagi?_
_Kalau bukan sekarang, bila lagi?_
_Kalau bukan di UM, di mana lagi?_

Berikut merupakan perinciannya :

β›”Tempoh Penyertaan β›” :
*1 - 8 Ogos 2017*

β›”Syarat- syarat Penyertaanβ›” :

βœ… *Pelajar APIUM sahaja*
βœ… *Pelajar Tahun 2 @ 3 sesi 17/18*
βœ… *Dapat memberi komitmen sepanjang dua semester*

Ayuh sertai kami sekarang ‼️

✍🏻 Klik pada link berikut untuk mengesahkan penyertaan anda :

https://goo.gl/forms/Ko5tTCzbMch3JBWI2

πŸ“² Sebarang persoalan boleh hubungi kami :

*_Abdul Rahimey bin Ab Rahman (0123694782)_*
*_Wan Noor Ainawati binti Hassan Basari (0199406340)_*

*Exco Kerohanian dan Pembangunan Sahsiah,*
*Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (PMAPIUM)*
*Sesi 17/18*

#DaiePencetusInspirasi
#KeranaKitaSatuKeluarga
✨ LINK PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA ✨

[ Ucapan Tahniah dan Selamat Datang buat mahasiswa/wi APIUM Kemasukan 2017/2018]

Bismillah.

Assalamualaikum wbt.

Tahniah kepada semua mahasiswa/wi yang bakal melanjutkan pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya bagi sesi 2017/2018.

Kami dari Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam mengalu-alukan kedatangan semua mahasiswa/wi ke APIUM dengan tangan yang terbuka.

Semoga dengan kemasukan pelajar baru sesi kali ini dapat menyerikan lagi suasana sekaligus mewarnai APIUM dengan kecemerlangan sahsiah dan akademik, in shaa Allah.

"APIUM amanah buat ummah".

Siru 'Ala Barakatillah .

Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Sesi 2017/2018.

.....................................

Bagi mana mana pelajar yang terpilih untuk menjadi salah seorang warga APIUM sesi 2017/2018, ayuh sertai kami di Group Facebook APIUM INTAKE 2017/2018 yang kami sediakan khusus buat semua pelajar kemasukan baru bagi memudahkan penyampaian maklumat dan pertanyaan kepada kami.

https://m.facebook.com/groups/559790810811422?view=admin_activities&notif_t=group_admin&notif_id=1501583669567208&ref=m_notif

Sekian,
Memaklumkan.

#KeranaKitaSatuKeluarga
✨ LINK PMAPIUM DAN MEPS 2017/2018 ✨

Bismillah .
Assalamualaikum wbt.

Berikut merupakan himpunan link whatsapp group bagi pelajar APIUM kemasukan baru sesi 2017/2018 .

Boleh klik pada link group whatsapp jabatan masing masing untuk berinteraksi terus dengan ketua dan penolong lajnah masing masing.

1) SMPI
( Sarjana Muda Pendidikan Islam)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/0i72U6vQlCZ9MD1SM1RBFH

2) Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam (JAPI)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/KEXF8YoYRHEEYz6cCb9Sj1

3) Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan ( JDPI)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/5vxXDL3zHPc26WvEpi6i1q

4) Jabatan Syariah dan Pengurusan ( JSP)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/1n4CBPYSDxn9AWTFmG8y2B

5) Jabatan siyasah Syar'iyyah ( JSS)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/7SlsN6mqlRS58GYobXoaIa

6) Jabatan Syariah dan Ekonomi (JSE)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/8ZEinwvTODSBBMYuEAC3AO

7) Jabatan Al Quran dan Hadis ( AQSA)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/KoAtbEiLzCA87keEyyA7mt

8) Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam ( SEJATI)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/71dKHuntNpI8DGPdp496Xi

9) Jabatan Fiqh dan Usul ( JFU)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/H9uTCZVBzyY8ZMGH0x8zBH

10) Jabatan Syariah dan Undang Undang ( JSU)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/9xWaZGeJK2VLD3oICFyqsv

11) Program Astronomi Islam (ASTRO)
πŸ‘‰ https://chat.whatsapp.com/81UwIGyNUVcKmpo2xS8Z9S

P/s : Bagi Pelajar Sains Gunaan Pengajian Islam, group whatsapp tidak ditubuhkan buat kalian kerana pelajar APIDS kemasukan baru sudahpun memulakan pengajian di UM.

Sekian,
Memaklumkan.

#KeranaKitaSatuKeluarga

Β© PMAPIUM 17/18 , MEPS 17/18.
✨ LINK PERSATUAN MAHASISWA AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA 17/18 ✨

[ Selamat Maju Jaya buat Pasukan Debat bahasa Arab Universiti Malaya ]

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Kami dari saf kepimpinan Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada mahasiswa/wi APIUM dan UM yang mewakili Universiti Malaya dalam IIUM Arabic Debating Championship Open 2017 yang berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) bermula pada 4 Ogos sehingga 7 Ogos 2017.

Buat makluman semua, UM telah menghantar dua pasukan untuk pertandingan ini iaitu UM A dan UM B .

Pasukan Debat UM A diwakili oleh,

1) Siti Aisyah Bt Baharuddin, Pelajar Tahun 1, Jabatan Bahasa Arab, FBL.

2) Nur Shazleen Bt R. Shamsul Bahri, Pelajar Tahun 1, Jabatan Dakwah & pembangunan Insan, APIUM.

3) Abdul Hadi Bin Marosadee, Pelajar Tahun 3, Jabatan Bahasa Arab, FBL.

Manakala pasukan debat UM B pula diwakili oleh,

1) Siti Aisyah Bt Mohd shah, Pelajar Tahun 1, Program Pendidikan Islam, APIUM.

2) Nur Amal Fatinah Bt Md Akhi, Pelajar Tahun 2, Jabatan Dakwah & Pembangunan Insan, APIUM.

3) Muhammad Fauzan Bin Mohd Nor Pelajar Tahun 2, Jabatan Quran & Hadith, APIUM.

Manfaatkanlah peluang yang julung kalinya diberikan seperti ini untuk menambahkan lagi pengetahuan dan pengalaman yang berguna seterusnya memperkukuhkan lagi penguasaan bahasa Arab dalam kalangan warga APIUM selepas ini .

Kami mendoakan agar kalian dikurniakan kejayaan yang cemerlang bagi pertandingan kali ini. Insya Allah.

Siru 'Ala Barakatillah πŸ’«

#KeranaKitaSatuKeluarga
LINK APIUM
[ LEARNING SPACE DEVELOPMENT PROJECT ]
" BS24 TO RUWAQ AL-AKADIMIYYAH "
Project Summary:
Ruwaq al-Akadimiyyah:
[Teaching and Learning Space]
The project is conducted to develop intentionally designed physical spaces that structurally support new kinds of personalized and technology-rich blended learning environments.
The key benefits of the project are:
1. Creating the optimum fit between the educational delivery methods (the Islamic pedagogical approach) and space better leverages the bond ringgits allocated for redesign of existing spaces.
2. Creating shared learning spaces that are more innovative, flexible, and collaborative.
Source : facebook.com/apiumkl
#KeranaKitaSatuKeluarga
LINK MediaPMAPIUM 2017/2018

Assalamualaikum w.b.t.

[ Prosedur Pendaftaran Subjek Secara Atas Talian]

Pendaftaran subjek merupakan satu tradisi sebagai pembuka tirai bagi setiap awal semester. Justeru, para mahasiswa/wi dinasihatkan supaya meneliti dan menimbang keperluan setiap subjek yang bakal diambil.

Rentetan daripada itu, kami dari PMAPIUM sesi kali ini mengambil inisiatif menyediakan infografik berkenaan prosedur pendaftaran subjek bagi memudahkan rujukan para pelajar.

Ikuti tujuh langkah mudah pada infografik yang disediakan untuk mendaftar dan mengesahkan subjek anda.

Di sini juga kami sertakan beberapa dokumen yang berkaitan dengan proses pendaftaran subjek. Maklumat tersebut boleh dirujuk pada lampiran yang disediakan dalam ruangan link google drive berikut:

https://drive.google.com/open?id=0B3D_dC3S3aeXVl9ydXJsNXBFME0

Sumber dokumen : Bahagian Ijazah Dasar APIUM

Siru 'Ala Barakatillah πŸ’«

Sekian,
Terima kasih.
________________________________________________________________________________________
Kami kini mencecah 3K Likes! Terus ikuti kami di media sosial rasmi PMAPIUM untuk mendapatkan info-info terkini mengenai APIUM dan sekitarnya.

Facebook : facebook.com/pmapium
Instagram : Instagram.com/mypmapium
Telegram: t.me/pmapium

Mohd Faridzhuan Firdaus bin Mohd Nanyan
Hasanah binti Abdul Rahman
Exco Multimedia dan Publisiti
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2017/2018

#KeranaKitaSatuKeluarga
✨MediaPMAPIUM Link 2017/2018✨
.
Assalamualaikum w.b.tπŸƒπŸƒπŸƒ
.
.
🚲 [OBike Aplication and How to Ride]🚲
.
πŸ”°oBike is one of the bicycle sharing service platforms that may allow its user to enjoy a short trip in the city. oBike is also a new green initiative proposed to help reducing traffic congestion and environmental pollution.
.
πŸ”°Now, this initiative has been brought into University of Malaya. Therefore, we would like to urge APIUM students to use this application optimally within University of Malaya and its surrounding area as an act of support toward this green and eco-friendly initiative.
.
Here are the easy steps of using oBike:
1. Download the oBike app on the Appstore or Google Playstore
2. Search for oBike nearby
3. Unlock, just scan the QR code and start your journey with oBike.
4. End your trip, manually lock your bike.
.
Hopefully, APIUM students can take advantage on the introduced green technology and together make an effort in conserving the earth while creating a better surrounding to live in.
.
.Disclaimer: This is not an advertisement from oBike Asia PTE.LTD
.
----------------------------------------
.
.
[Aplikasi OBike dan Cara Penggunaannya]
.
OBike ialah salah satu platform perkhidmatan perkongsian basikal yang membolehkan setiap individu menikmati perjalanan dalam bandar. OBike juga merupakan satu inisiatif hijau yang dapat membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas serta pencemaran alam sekitar.
.
Kini, inisiatif ini telah dibawa masuk ke Universiti Malaya. Oleh itu, kami ingin menyeru para mahasiswa/wi APIUM supaya menggunakan aplikasi ini secara optimum di Universiti Malaya dan kawasan sekitarnya sebagai salah satu usaha menyokong insiatif hijau dan mesra alam ini.

Berikut adalah langkah-langkah mudah penggunaan OBike:
1. Muat turun aplikasi OBike di Appstore atau Google Playstore
2. Cari OBike yang berdekatan dengan anda
3. Imbas QR Code untuk membuka kunci dan mulakan perjalanan anda dengan OBike.
4. Tamatkan perjalanan anda dengan mengunci semula basikal anda secara manual.

Mudah-mudahan pelajar APIUM dapat memanfaatkan teknologi hijau ini dan bersama-sama menjayakan usaha pemuliharaan bumi bagi mewujudkan persekitaran yang ideal untuk didiami.

Penafian: Ini bukan iklan daripada oBike Asia PTE.LTD
________________________________

Kami kini mencecah 3K Likes! Terus ikuti kami di media sosial rasmi PMAPIUM untuk mendapatkan info-info terkini mengenai APIUM dan sekitarnya

Facebook : facebook.com/pmapium
Instagram : Instagram.com/mypmapium
Telegram: t.me/pmapium

Mohd Faridzhuan Firdaus bin Mohd Nanyan
Hasanah binti Abdul Rahman
Exco Multimedia dan Publisiti
Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 2017/2018.

#KeranaKitaSatuKeluarga
#UniversitiMalaya
#UMisOne
#APIUM