GENIUS GOLD TRADING
6.05K subscribers
1.18K photos
38 videos
1 file
698 links
PAKAR ANALISA PERGERAKAN HARGA EMAS/GOLD
Download Telegram
Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir. Perkataan Nuzul dalam pelbagai wajah sama Ada kata nama, kata perbuatan atau lainnya digunakan dalam al-Quran sebanyak lebih kurang 290 kali. Sebagai contoh, “Dia yang telah…..menurunkan hujan.” (al-Baqarah:22), dan “Dialah….yang menurunkan Taurat Dan Injil.” (Ali Imran:3).

.
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari atas ke bawah atau turun dari tempat yang tinggi. ‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan, kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia dan di dalamnya terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat, sains, teknologi dan sebagainya.
.
.
Selamat beramal dgn membaca Al Quran di bulan yang penuh Keberkatan. Semoga amalan kita semua diterima Allah SWT.
.
SALAM NUZUL ALQURAN DARIPADA PipHijauLTD.


#NuzulAlQuran2022 #RamadhanKareem #PipHijau #PHLTD