Pewaris Ent - Pewaris Perubatan Tradisional Islam(Pak Raden)
465 subscribers
8.76K photos
1.22K videos
10 files
3.5K links
Channel Premis Pewaris Enterprise,
D1-1, Blok D, Tingkat 1, Plaza Tanjung Aru,KK,Sabah.
Hotline Admin: 0128166726
Download Telegram
“Hindari Perkara Maksiat ketika Berpuasa”

Huraian Hadith :
1. Orang yang berpuasa sedangkan mereka tidak memelihara lidah (percakapannya) dan juga masih melakukan maksiat, tidak akan diberi pahala oleh Allah SWT ke atas puasa mereka selain lapar dan dahaga sahaja.
2. Puasa yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang dapat menahan lapar dan dahaga serta menjaga pancaindera mereka daripada melakukan maksiat dan dosa disamping menambahkan amal ibadat lain sepanjang mereka berpuasa.

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“APAKAH ITU QARIN⁉️

Qarin adalah jin yang dicipta oleh Allah sebagai pendamping manusia. Boleh dikatakan ia sebagai “kembar” manusia. Setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini pasti ada qarinnya sendiri. Rasulullah s.a.w. sendiri tidak terkecuali. Cuma bezanya, qarin Rasulullah adalah muslim. Manakala yang lainnya adalah kafir.

Pada umumnya qarin yang kafir ini kerjanya mendorong dampingannya membuat kejahatan. Dia membisikkan was-was, melalaikan solat, berat nak baca al-Quran dan sebagainya. Malah ia bekerja sekuat tenaga untuk menghalang dampingannya membuat ibadah dan kebaikan.

Untuk mengimbangi usaha qarin ini Allah utuskan malaikat. Ia akan membisikkan hal-hal kebenaran dan mengajak membuat kebaikan. Maka terpulanglah kepada setiap manusia membuat pilihan mengikut pengaruh mana yang lebih kuat. Walau bagaimanapun orang-orang Islam mampu menguasai dan menjadikan pengaruh qarinnya lemah tidak berdaya.

Sebagai seorang Muslim yang mengaku beriman kepada Allah SWT, hendaklah kita sentiasa berhati-hati dengan dorongan qarin (syaitan) ini. Ini kerana, antara tugas qarin ini adalah menghasut manusia dan mendorong mereka melakukan kejahatan.

firman Allah Swt. dalam surat Al-Baqarah ayat 268 yang berbunyi:

اَلشَّيْطٰنُ يَعِدُكُمُ الْفَقْرَ وَيَأْمُرُكُمْ بِالْفَحْشَاۤءِ وَاللّٰهُ يَعِدُكُمْ مَّغْفِرَةً مِّنْهُ وَفَضْلًا وَاللّٰهُ وَاسِعٌ عَلِيْمٌ

Artinya, “Setan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu berbuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan karunia-Nya kepadamu. Dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.” (Q.S. Al-Baqarah: 268).

Akhir kalam, semoga Allah SWT sentiasa memelihara dan memberi kekuatan kepada kita agar dapat mengawal diri yang lemah ini daripada segala hasutan dan bisikan syaitan yang direjam serta mengurniakan kepada kita semua pengakhiran hidup yang baik. Amin.

Wallahu a’lam.

Assalamualaikum dan selamat malam, sekian perkongsian kami pada malam ini. Semoga kita senantiasa berada dalam lindungannya. Insya Allah.
…………………………………………
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
BAHU BEKU (INFO SIHAT)

Bahu anda terdiri daripada 3 tulang yang bersama-sama membentuk sendi bola dan soket tulang lengan atas anda (humerus), bilah bahu (skapula), dan tulang selangka (klavicle). Mengelilingi sendi adalah tisu penghubung kuat yang dipanggil Kapsul bahu. Kapsul bertanggungjawab untuk memegang semua tulang ini dan membolehkan pergerakan bahu. Cecair synovial, cecair tebal yang terdapat di antara sendi, bertindak sebagai pelincir untuk kusyen hujung tulang, sambil membolehkan sendi bergerak lancer.

PUNCA

Bahu beku berlaku apabila Kapsul menjadi tebal, menyebabkan kekakuan dan juga keradangan. Tisu parut, yang dipanggil lekatan, juga mula terbentuk sementara cecair synovial kurang hadir di antara sendi. Semua ini menyebabkan sakit bahu dan mengurangkan pergerakan tangan dari masa ke masa.

FAKTOR RISIKO

• Mengurangkan pergerakan bahu (akibat kecederaan, pembedahan, dll)
• Diabetes
• Pemulihan daripada strok
• Hiper/hipotiroidisme
• Penyakit jantung
• Penyakit Parkinson.

RAWATAN

• Suntikan steroid: Penggunaan steroid seperti kortison, disuntik terus ke sendi bahu anda, boleh membantu mengurangkan kesakitan dan keradangan, dengan itu meningkatkan pergerakan bahu.
• Penghidrodilatasi: Prosedur ini melibatkan menyuntik cecair steril ke dalam sendi bahu. Ini boleh membantu mengembangkan dan meregangkan Kapsul, meningkatkan pergerakan bahu.
• Terapi fizikal: Fisioterapi boleh memberi manfaat dalam memulihkan gerakan di bahu. Ahli fisioterapi akan membantu anda memulihkan pergerakan bahu dengan aktiviti fizikal berpandu dan juga senaman di rumah.
• Ubat alternatif: Akupuntur adalah salah satu pilihan ubat alternatif yang tersedia untuk membantu merawat bahu beku.
• Pembedahan: Dalam kes-kes yang jarang berlaku, pembedahan mungkin diperlukan untuk menangani kes-kes serius.

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719
.
Dapat sesuatu? Share kepada yang lain agar sama-sama mendapat manfaatnya aamiiin ya rab.
Assalamualaikum dan salam Sejahtera.

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
{INFO SIHAT} “BEGUK”

Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan pembengkakkan dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

TANDA DAN GEJALA

Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi :
• Demam
• Sakit kepala
• Mulut kering dan hilang selera
• Keletihan
• Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid

GEJALA

• Encephalitis(Pembengkakan pada otak)
• Meningitis(pembengkakan pada lapisan otak)
• Panccreatitis( Pembengkakan pada Pankreas)
• Orchitis(Lebam pada testis) berlaku pada lelaki dewasa
• Pekak

RAWATAN BEGUK

Tiada ubat yang khusus untuk beguk tetapi simptom-simptom boleh dilegakan dengan :
• Paracetamol untuk mengurangkan demam dan rasa sakit
• Mengambil lebih minuman tetapi elakkan jus-jus yang berasid
• Letakkan ais pada kelenjar parotid atau testis untuk melagakan kesakitan.
Orang yang dijangkiti hendaklah tinggal di rumah sehingga ianya tidak boleh lagi berjangkit ( iaitu sehingga 9 hari selepas pembengkakan kelenjar saliva) atau sehingga bengkak tersebut hilang.

Beguk juga boleh dicegah dengan vaksin. Vaksin beguk ini diberi pada umur 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun sebagai sebahagian daripada vaksin MMR iaitu (mumps,measles and rubella) ianya sangat berkesan untuk mencegah beguk ini.
Assalamualaikum dan selamat pagi, inilah perkongsian kami pada pagi ini semoga dapat memberikan manfaat kepada pembacanya. Insya Allah.
…………………………………………………………..
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“APAKAH ITU LIMFOMA?”

Limfoma merupakan sejenis kanser yang berasal daripada sel darah putih. Sel darah putih berfungsi melindungi badan daripada organisma asing seperti kuman, virus, kulat dan sebagainya. Sistem ini dikenali sebagai sistem imun. Seperti kanser lain, kanser ini menyebabkan sel darah putih membiak secara tidak terkawal dan tidak normal.

Antara jenis utama limfoma termasuklah:
• Jenis Hodgkin
• Bukan jenis Hodgkin (Jenis ini lazim berlaku di Malaysia)

Kedua-dua jenis limfoma melibatkan jenis sel darah putih yang berbeza. Oleh kerana itu, kadar kanser tersebar adalah berbeza. Pesakit kadang-kala keliru antara kanser ini dan leukemia. Kedua-duanya adalah jenis yang berbeza kerana leukemia ialah kanser darah yang terdapat dalam saluran darah. Leukemia juga berasal daripada sel darah yang terhasil dalam tulang sumsum.

Anda mungkin berisiko untuk menghidap penyakit ini jika:

• Anda berusia 60 tahun dan keatas bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin
• Anda berusia 15 hingga 40 tahun atau 55 tahun ke atas Jenis Hodgkin
• Anda seorang lelaki, namun, terdapat beberapa jenis kanser limfoma yang dihadapi oleh golongan wanita
• Anda menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun anda. Sebagai contoh, anda seorang pesakit HIV, seorang penerima transplantasi organ.
• Anda menghidap penyakit yang disebabkan sistem imun tinggi seperti Rheumatoid Arthritis, Sjogren dan sebagainya
• Anda pernah dijangkiti virus seperti Epstein-Barr, Hepatitis C dan sebagainya.
• Anda mempunyai sejarah keluarga Limfoma
• Anda penghidap kanser lain yang menerima rawatan radiasi

Gejala yang dialami oleh pesakit limfoma adalah seperti berikut :

Apabila kanser sel darah putih menyerang, pesakit akan mengalami gejala seperti bengkak pada nod limfa yang lazimnya pada ketiak, leher dan kelengkang. Pesakit juga mengalami gejala seperti demam, seram sejuk, hilang berat badan, batuk, sesak nafas, letih yang melampau, kulit yang gatal akibat demam kuning. Gejala juga timbul berdasarkan organ yang terjejas seperti tulang sumsum sehingga menyebabkan pesakit kerap jatuh sakit.

Cara merawat penyakit limfoma:

Rawatan Limfoma adalah berdasarkan tahap penyakit yang menyerang pesakit. Jika pesakit mempunyai peringkat 4, pesakit akan dirawat berbeza berbanding dengan pesakit peringkat 1.
Peringkat 1
Penglibatan Nod Limfa tunggal
Peringkat 2
Penglibatan 2 kawasan Nod limfa di bahagian sama atas atau bawah diafragma
Peringkat 3
Penglibatan nod limfa pada kawasan atas dan bawah diafragma
Peringkat 4
Penglibatan nod limfa di luar nod limfa.
Antara rawatan yang kerap dilaksanakan keatas pesakit adalah seperti berikut:
• Pembedahan
• Radiasi
• Kemoterapi
• Pemindahan Sumsum tulang

Pesakit limfoma memerlukan pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan adalah amat mustahak sehingga tamat rawatan. Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis limfoma yang boleh berulang, walaupun selepas tamat rawatan. Apabila ia berlaku, doktor akan mempertimbangkan rawatan jenis kemoterapi atau pemindahan sum-sum tulang.
………………………………………………….

Rawatan Hepatitis B
Kita mesti mengulangi bahawa jika anda percaya sama ada anda atau orang yang anda sayangi mungkin terdedah kepada HBV, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan. Perkara pertama yang akan dipesan oleh doktor adalah pukulan hepatitis B imun globulin (HBIG). Apabila ia diberikan dalam masa 12 jam selepas pendedahan, pukulan boleh memberi anda atau orang yang anda sayangi perlindungan jangka pendek daripada jangkitan hepatitis B. Sekiranya anda belum menerima suntikan vaksinasi hepatitis B, doktor akan mengatur agar anda atau orang yang anda sayangi diberi vaksin. Vaksin ini akan memberi anda atau orang yang anda sayangi imuniti daripada hepatitis B; ia adalah sumber utama untuk melindungi komuniti daripada hepatitis B.

🥰Tekan link dibawah untuk melihat testimoni pesakit dan pelanggan.👇
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=696882399116719&id=100063848958080&mibextid=Nif5oz

Assalamualaikum dan selamat pagi, sebarang pertanyaan dan janjitemu rawatan sila hubungi admin PR 012-8166726

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
TALASEMIA
Talasemia ialah penyakit genetik sel darah merah. Pesakit talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini adalah kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas kerana terjadinya mutasi pada gen tersebut. Hemoglobin adalah satu protein dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu dalam badan kita. Sebagai penyakit genetik, talasemia diturunkan kepada anak daripada kedua-dua ibu bapa yang membawa gen talasemia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara dan air, atau melalui sentuhan fizikal dan seksual dengan pesakit talasemia. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini.

TANDA DAN GEJALA
Talasemia boleh diklasifikasi kepada tiga iaitu pembawa gen talasemia (talasemia minor), penyakit talasemia intermedia dan penyakit talasemia major. Pembawa gen talasemia adalah sihat, yakni tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanannya hanya boleh dibuat melalui ujian darah. Pesakit talasemia major menunjukkan tanda-tanda penyakit mulai dari umur 6 hingga 18 bulan, manakala pesakit talasemia intermedia menunjukkan tanda-tanda penyakit dari usia lebih lanjut biasanya dari remaja hingga ke dewasa.
Talasemia major mempunyai tahap hemoglobin yang sangat rendah, biasanya kurang daripada 4 g/dL. Tanda dan gejala talasemia major adalah:
• Keadaan pucat yang semakin ketara
• Sentiasa lemah dan resah
• Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
• Jaundis
• Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
• Tumbesaran terbantut
• Terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka apabila kanak-kanak semakin membesar

RAWATAN
Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan sepanjang hayatnya. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam organ-organ penting di dalam badan. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan ini akan mendatangkan kesan buruk kepada pesakit. Oleh itu, rawatan penyingkiran zat besi adalah amat penting kepada pesakit talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan atau oral. Pilihan lain adalah dengan melakukan pembedahan membuang limpa yang bergantung pada situasi tertentu. Sekiranya ada adik-beradik yang sesuai, rawatan pemindahan sum-sum tulang juga boleh dilakukan.

KOMPLIKASI
Jika tidak dirawat, pesakit talasemia akan mendapat tanda dan gejala yang disebut di atas dan ia boleh membawa maut. Situasi ini disebabkan kesan anemia yang serius, kegagalan jantung dan jangkitan kuman. Jika hanya mendapat rawatan transfusi darah tanpa rawatan penyingkiran zat besi, ia juga akan mendatangkan keburukan kepada pesakit kerana zat besi yang terkumpul dalam organ-organ akan mengganggu fungsi organ tersebut.
...........................................................................
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
6. Tapiskan sampai tertinggal air saja.
7. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu.
8. Basuhkan air tadi ke wajah Anda, elakkan terkena mata atau bibir.
9. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi.
10. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik.
11. Selepas berakhir, cuci wajah Anda dengan air biasa.
Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Anda harus tahan sebab berkesan pedih yang maksimum namun terkawal. Juga ada kesan berbeza pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Bila tidak berani cuba petua ini, maka sila rujuk pakar terlebih dahulu.

6. Kunyit atau Halia
Kedua rempah ini biasa dijumpai di India dan beberapa negara di Timur Tengah. Pada kunyit terkandung sifat anti-inflamasi semulajadi dan antioksidan. Apabila digabungkan dengan halia yang dibancuh bersama teh, maka minuman hangat ini dapat membantu mencairkan mukus pada hidung serta membantu mengurangkan tekanan di kawasan wajah akibat sinus. Kesan positif lain dari halia adalah menenangkan perut.

7. Cuka Epal dan Madu
Petua menghilangkan resdung semulajadi selanjutnya adalah memakai cuka epal dan madu.
1. Ambil tiga sudu makan cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh.
2. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.

8. Neti Pot

Neti Pot mirip dengan teko kecil yang biasa dipakai untuk minum teh. Yang berbeza adalah pada hujung corongnya berukuran lebih kecil lubangnya, sebab neti pot memang dibuat khusus untuk mengubati masalah pada hidung seperti sinus. Biasanya menggunakan larutan garam.
1. Siapkan neti pot.
2. Ambil dua gelas air hangat, lalu masukkan satu sudu teh garam, aduk.
3. Campuran air garam anda masukkan ke dalam neti pot.
4. Letakkan hujung muncung neti pot pada satu lubang hidung.
……………………………………………..
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
[ INFO SIHAT ]
TIROID
Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid.
Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan.

PENYEBAB
Masalah tiroid boleh diklasifikasikan kepada 2 kumpulan utama iaitu :
1. Masalah yang berpunca daripada fungsi penghasilan hormon tiroid yang tidak normal
1. Hipertiroidisme (kelenjar tiroid terlebih aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti penyakit Graves, goiter multinodular toksik, nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan dan pengambilan iodin secara berlebihan
2. Hipotiroidisme (kelenjar tiroid kurang aktif)
Antara penyebab-penyebab utama adalah seperti tiroiditis Hashimoto, dan masalah keradangan pada kelenjar tiroid (tiroiditis)
2. Masalah yang berpunca daripada struktur kelenjar tiroid itu sendiri
1. Goiter
Ia bukan sejenis penyakit tetapi merupakan suatu keadaan di mana kelenjar tiroid membengkak
2. Nodul tiroid
Bermaksud terdapat ketulan yang abnormal di dalam kelenjar tiroid dan boleh disebabkan oleh ‘benign cysts’ dan ‘benign tumor’ serta jarang-jarang berlaku iaitu barah tiroid
3. Barah tiroid adalah lebih banyak berlaku di kalangan wanita dewasa jika dibandingkan dengan lelaki ataupun remaja. Terdapat beberapa jenis barah tiroid. Ia bergantung kepada jenis sel barah itu berasal.

GEJALA
Hipertiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid terlebih aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang berlebihan. Gejala-gejala hipertiroidisme adalah seperti :
1. Tangan menggeletar (tremor)
2. Rasa gementar
3. Degupan jantung yang laju
4. Mudah berpeluh dan panas
5. Susut berat badan
6. Lesu dan cepat berasa letih
Hipotiroidisme merupakan keadaan di mana kelenjar tiroid kurang aktif dengan menghasilkan hormon tiroid yang rendah. Gejala-gejala hipotiroidisme adalah seperti :
1. Lesu
2. Sukar untuk menumpukan perhatian dan tahap pemikiran yang lembab
3. Kulit kering
4. Sembelit
5. Sentiasa berasa sejuk
6. Pendarahan haid yang banyak dan lama bagi wanita

RAWATAN
Masalah tiroid boleh dirawat menggunakan ubat-ubatan atau pembedahan. Ia bergantung kepada jenis masalah tiroid tersebut.
Bagi masalah hipotiroidisme, hormon tiroid boleh diganti dengan pengambilan pil sintetik hormon tiroid secara oral.
Bagi masalah hipertiroidisme, penghasilan hormon tiroid oleh kelenjar tiroid dapat dikurangkan melalui ubat-ubatan yang diambil secara oral. Bagi mengawal gejala-gejala yang disebabkan oleh hipertiroidisme seperti denyutan jantung yang laju, terdapat ubat-ubatan yang boleh diberi secara oral juga. Jika masalah hipertiroidisme tidak dapat dikawal secara ubat-ubatan, rawatan ablasi radioaktif dapat digunakan untuk mematikan tisu kelenjar tiroid secara selektif.
Rawatan secara pembedahan adalah perlu bagi masalah tiroid yang terdapat kemungkinan merupakan barah tiroid. Pembedahan juga boleh dijadikan sebagai rawatan jika goiter terlalu besar hingga menyebabkan gejala seperti kesukaran bernafas atau kesukaran untuk menelan juga untuk kes nodul tiroid yang menghasilkan hormon tiroid berlebihan yang tidak dapat dikawal dengan ubat-ubatan.
…………………………………………………………
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection
ANEMIA BAGI DEWASA {INFO SIHAT}

Pengenalan

Apakah Anemia?
Ia adalah suatu keadaan di mana terdapat kekurangan sel darah merah di dalam peredaran darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Fungsi ini dijalankan oleh protein yang dipanggil hemoglobin. Anemia bermaksud hemoglobin yang tidak mencukupi. Paras hemoglobin yang normal bagi wanita adalah di antara 11.5 hingga 16.5g/dL manakala bagi lelaki adalah 12.5 hingga 18.5g/dL.
Penyebab Anemia

1. Kehilangan darah (sama ada akut atau kronik).
• Kehilangan darah yang akut boleh berlaku semasa kemalangan jalan raya atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml biasanya memerlukan gantian darah.
• Kehilangan darah kronik biasanya berlaku semasa kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dan keadaan lain.
1. Kekurangan penghasilan sel darah merah di dalam sum-sum tulang. Ini mungkin disebabkan oleh:
• Kekurangan faktor penting seperti zat besi,, vitamin B12, folate dan erythropoietin.
1. Pertumbuhan yang mendadak di kalangan remaja yang menyebabkan peningkatan keperluan zat besi yang melebihi kadar penyerapan zat besi.
2. Kitaran haid bagi wanita dengan kehilangan anggaran 30mg zat besi setiap bulan boleh menyebabkan kekurangan zat besi.
• Faktor Toksik : penyakit Inflamasi, kerosakan hati dan ginjal, ubat-ubatan.
• Kekurangan hormone : paras hormon tiroid rendah.
• Kerosakan sum-sum : kanser darah, penyakit sum-sum tulang.
• Gangguan pembentukan sel darah merah : keadaan seperti Talasemia.

2. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan. Berlaku di dalam beberapa jenis jangkitan atau pengambilan ubat tertentu. Jenis anemia yang biasa berlaku ialah :
• Anemia disebabkan kekurangan zat besi.
• Talasemia.

Tanda-tanda dan gejala
Ramai orang dewasa tidak menyedari bahawa mereka menghidapi anemia. Tanda-tanda anemia termasuk :
• Rasa letih sepanjang masa.
• Pening.
• Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal.
• Kulit pucat.
• Kadar denyutan jantung yang pantas.
• Kurang daya ingatan.
• Hilang berat badan.

Komplikasi
Anemia yang teruk boleh menyebabkan :
• Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi sangat lemah dan tidak mencukupi.
• Mengalami masalah semasa mengandung seperti kelahiran pramatang dan kerencatan pertumbuhan janin di dalam kandungan.

Rawatan
Pemeriksaan paras hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran untuk menentukan sama ada anda mengalami anemia atau tidak. Rawatan bergantung kepada punca anemia yang dihadapi :
• Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
• Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang kaya dengan zat besi dan juga pil suplemen zat besi. Sila lihat Jadual 1 dan jadual 2 untuk kandungan zat besi dalam makanan.
.
Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

Assalamualaikum dan selamat pagi, inilah perkongsian kami pada pagi ini semoga dapat memberikan manfaat kepada pembacanya. Insya Allah.

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“ 5 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR”

1. Berwudhu

Pesan nabi sebelum tidur adalah selalu memposisikan diri dalam keadaan suci. Tidur tanpa wudhu akan sangat mudah diganggu oleh jin dan setan.

Oleh karena itu, ketika hendak tidur jangan lupa untuk berwudhu sebagaimana hadist tentang amalan sebelum tidur:

"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan salat." (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)
…………………………………………………
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

Bersambung………

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“5 AMALAN SUNNAH SEBELUM TIDUR“

Sambungan : https://www.facebook.com/photo/?fbid=1170184588453162&set=a.673891164749176

2. Membaca Doa

Tidur dan bangun adalah hal yang sangat penting karena ini jadi akhir dan awal aktivitas kehidupan. Kematian dapat menghampiri kita kapan saja, termasuk saat tidur.

Dalam sabda Rasulullah:

"Apabila nabi shallallahu 'alaihi wasallam hendak tidur, beliau mengucapkan doa: 'Bismika allahumma amuutu wa ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati dan aku hidup).' Dan apabila bangun tidur, Beliau mengucapkan: "Alhamdulillahilladzii ahyaana ba'da maa amatana wailaihi nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali)." (HR. Bukhari no. 6324).
……………………………………….
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

Assalamualaikum dan selamat malam semua…..

Bersambung………………

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“PENYAKIT PARKINSON”
{INFO SIHAT}

Definasi: Ia disebabkan oleh kerosakkan sel otak yang mengakibatkan pengurangan sejenis bahan kimia yang dipanggil dopamin.

Epidemologi: Kadar kejadian meningkat dengan peningkatan umur.

Tanda & Gejala
4 Tanda dan Gejala utama:
• Menggeletar (pada jari, tangan, kaki, rahang dan / atau muka)
• Kaku pada anggota badan (tangan, kaki dan / atau tubuh badan – Rigidity)
• Pergerakan badan yang perlahan (Bradykinesia)
• Masalah ketidakseimbangan postur dan kordinasi badan yang boleh mengakibatkan jatuh.
Gejala awal mungkin tidak jelas. Apabila penyakit bertambah serius, gejala ini akan mempengaruhi aktiviti kehidupan harian.
Setakat ini tiada pemeriksaan makmal untuk diagnosa penyakit ini.

Komplikasi
Fizikal:
• Jatuh
• Pening /ketidakseimbangan apabila posisi badan berubah secara tiba-tiba.
• Sembelit
• Kesukaran penelanan (dysphagia)
• Kesukaran pertuturan (dysarthria)
• Kegagalan kawalan pundi kencing dan saluran perkumuhan
• Kudis tekanan
• Turun berat badan

Psiakiatri:
• Masalah emosi seperti:
1. Kemurungan
2. Keresahan
• Fungsi otak terjejas seperti:
1. Ingatan
2. Proses pemikiran
3. Kewarasan membuat keputusan
4. Pertimbangan
5. Tanggapan / persepsi
6. Masalah tidur
7. Kawalan tingkahlaku

Sosial:
• Kehilangan kebolehan berdikari, pengasingan dan stres penjaga

Rawatan am termasuk memberi sokongan moral, fisioterapi (senaman menguatkan otot dan pergerakan badan yang licin) serta amalan pemakanan seimbang bagi mengekalkan kekuatan otot dan anggota badan.
………………………………………….
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
{INFO SIHAT} “SLIP DISC”

Slip disc merujuk pada penyakit yang berlaku bila mana disc dalam tulang belakang berganjak keluar dari tempat asal. Ia mengakibatkan tekanan pada saraf tunjang, lalu menyebabkan rasa sakit berdasarkan saraf yang terjejas.

Disc tulang belakang berfungsi sebagai pelapik di antara ruas tulang belakang (vertebral body) dan bertindak sebagai penyerap tekanan, lalu membenarkan pergerakan antara tulang belakang berlaku.

FAKTOR YANG MENYEBABKAN SLIP DISC BERLAKU:

Umur
Semakin meningkat umur, bahagian luaran yang melindungi disc akan semakin haus. Lalu, mengakibatkan disc lebih mudah bergerak dari tempat asal.

Mengangkat objek yang berat
Dengan mengangkat objek berat, akan menyebabkan tekanan yang tinggi pada tulang belakang. Secara tidak langsung, menyebabkan disc bergerak hingga mendatangkan sakit.

Berat badan yang melampau
Tulang belakang tidak mampu untuk menampung berat badan yang melampau, lalu menyebabkan slip disc berlaku.

Postur badan yang statik untuk tempoh masa yang lama
Jika anda melakukan aktiviti yang sama dalam keadaan statik, seperti memandu untuk tempoh yang lama. Ia boleh menyebabkan tekanan pada tulang belakang.

Trauma seperti kecederaan semasa bersukan atau kemalangan
Kesan kecederaan lalu menjadikan anda terdedah pada slip disc.

Jarang bersenam
Gaya hidup yang tidak aktif tanpa regangan dan senaman akan menyebabkan otot di badan keras dan tidak fleksibel. Lalu berisiko untuk mengalami slip disc.

TANDA SLIP DISC:

1. Sakit dan kebas selalunya pada bahagian sebelah badan sahaja
2. Sakit yang merebak sehingga lengan dan kaki
3. Sakit apabila berdiri atau duduk terlalu lama
4. Sakit menjadi teruk ketika mengangkat barang
5. Sakit ketika berjalan walaupun sekejap
6. Rasa berdenyut-denyut atau sakit di bahagian tulang belakang
Simptom slip disc ini mungkin berbeza, mengikut badan seseorang.

Masalah slip disc sememangnya memerlukan perhatian dan pemeriksaan awal untuk mengelakkan komplikasi yang teruk pada masa akan datang. Sekian perkongsian info sihat pada pagi ini semoga dapat memberikan manfaat kepada pembacanya Insya Allah.
………………………………………………………
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
⛔️ 27 Tanda-tanda Terkena Sihir Pemisah ⛔️

Sihir pemisah ada banyak jenis. Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya.

Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.

1 - Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
2 - Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
3 - Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
4 - Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
5 - Kerap kembung perut, sendawa angin
6 - Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
7 - Kitaran haid tak normal
8 - Lambat mendapat zuriat
9 - Menjadi rimas, lemas, cepat rasa marah bila berdepan suami atau isteri
10 - Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
11 - Ketika marah kerap meminta cerai
12 - Tidak suka tidur bersama
13 - Nafsu tiada terhadap suami atau isteri
14 - Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
15 - Suka bersendiri di dalam bilik
16 - Tidak suka tempat-tempat yang bising
17 - Sukar atau susah tidur pada waktu malam
18 - Kerap mimpi baby menyusu dan bermain bayi
19 - Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
20 - Kerap mimpi pasangan kita curang
21 - Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
22 - Kerap bermimpi tempat kotor busuk
23 - Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
24 - Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
25 - Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
26 - Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
27 - Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain

Jika anda mempunyai tanda2 seperti diatas, segeralah berubat dan rawat diri/pasangan sebelum terlambat 🤯
...............................................
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

#sihirpemisah #sihir #perwarisenterprise
#rawatsebelumterlambat #radenkucollection #pakraden #pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional#fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
“APAKAH ITU LIMFOMA?”

Limfoma merupakan sejenis kanser yang berasal daripada sel darah putih. Sel darah putih berfungsi melindungi badan daripada organisma asing seperti kuman, virus, kulat dan sebagainya. Sistem ini dikenali sebagai sistem imun. Seperti kanser lain, kanser ini menyebabkan sel darah putih membiak secara tidak terkawal dan tidak normal.

Antara jenis utama limfoma termasuklah:
• Jenis Hodgkin
• Bukan jenis Hodgkin (Jenis ini lazim berlaku di Malaysia)

Kedua-dua jenis limfoma melibatkan jenis sel darah putih yang berbeza. Oleh kerana itu, kadar kanser tersebar adalah berbeza. Pesakit kadang-kala keliru antara kanser ini dan leukemia. Kedua-duanya adalah jenis yang berbeza kerana leukemia ialah kanser darah yang terdapat dalam saluran darah. Leukemia juga berasal daripada sel darah yang terhasil dalam tulang sumsum.

Anda mungkin berisiko untuk menghidap penyakit ini jika:

• Anda berusia 60 tahun dan keatas bagi Limfoma Jenis Bukan Hodgkin
• Anda berusia 15 hingga 40 tahun atau 55 tahun ke atas Jenis Hodgkin
• Anda seorang lelaki, namun, terdapat beberapa jenis kanser limfoma yang dihadapi oleh golongan wanita
• Anda menghidap penyakit yang melemahkan sistem imun anda. Sebagai contoh, anda seorang pesakit HIV, seorang penerima transplantasi organ.
• Anda menghidap penyakit yang disebabkan sistem imun tinggi seperti Rheumatoid Arthritis, Sjogren dan sebagainya
• Anda pernah dijangkiti virus seperti Epstein-Barr, Hepatitis C dan sebagainya.
• Anda mempunyai sejarah keluarga Limfoma
• Anda penghidap kanser lain yang menerima rawatan radiasi

Gejala yang dialami oleh pesakit limfoma adalah seperti berikut :

Apabila kanser sel darah putih menyerang, pesakit akan mengalami gejala seperti bengkak pada nod limfa yang lazimnya pada ketiak, leher dan kelengkang. Pesakit juga mengalami gejala seperti demam, seram sejuk, hilang berat badan, batuk, sesak nafas, letih yang melampau, kulit yang gatal akibat demam kuning. Gejala juga timbul berdasarkan organ yang terjejas seperti tulang sumsum sehingga menyebabkan pesakit kerap jatuh sakit.

Cara merawat penyakit limfoma:

Rawatan Limfoma adalah berdasarkan tahap penyakit yang menyerang pesakit. Jika pesakit mempunyai peringkat 4, pesakit akan dirawat berbeza berbanding dengan pesakit peringkat 1.
Peringkat 1
Penglibatan Nod Limfa tunggal
Peringkat 2
Penglibatan 2 kawasan Nod limfa di bahagian sama atas atau bawah diafragma
Peringkat 3
Penglibatan nod limfa pada kawasan atas dan bawah diafragma
Peringkat 4
Penglibatan nod limfa di luar nod limfa.
Antara rawatan yang kerap dilaksanakan keatas pesakit adalah seperti berikut:
• Pembedahan
• Radiasi
• Kemoterapi
• Pemindahan Sumsum tulang

Pesakit limfoma memerlukan pemeriksaan dan pemantauan yang berterusan adalah amat mustahak sehingga tamat rawatan. Hal ini kerana, terdapat beberapa jenis limfoma yang boleh berulang, walaupun selepas tamat rawatan. Apabila ia berlaku, doktor akan mempertimbangkan rawatan jenis kemoterapi atau pemindahan sum-sum tulang.
………………………………………………….
Sebarang urusan boleh hubungi www.wasap.my/60128166726 atau 088-234143

Antara testimoni rawatan👇
https://www.facebook.com/pewarisperubatantradisionalislam/posts/696882399116719

Assalamualaikum dan selamat pagi, inilah perkongsian kami pada pagi ini semoga dapat memberikan manfaat kepada pembacanya. Insya Allah.
.

#pewaris #pakraden #radenkucollection #rawatan #rawatantradisional #rawatanIslam #rawatanmelayu #silat #modern #alternatif #tradisional #fizikal #spiritual #organ #kanser #tumor #sihir #saka #gangguanjin #nusantara #malaysia #sabah #kotakinabalu #plazatanjungaru #pewarisenterprise #perubatantradisionalislam #rawatan #radenkucollection #pakraden #perfumeaura #minyakurutaura #sihat #gayahidupsihat #rawatsebelumterlambat #plazatanjungaru #pewarisperubatantradisionalislam
APAKAH ITU RADANG MATA?

Radang mata adalah suatu keadaan dimana berlaku pembengkakan satu atau lebih bagian mata dan disebabkan oleh berbagai faktor, mulai dari iritasi sampai penyakit tertentu yang dikenal sebagai radang okular.

Mata terdiri dari tiga lapisan yang berbeza: retina, uvea, dan sklera. Retina adalah lapisan yang paling dalam, sedangkan uvea mengandung pembuluh darah dan arteri yang mengalirkan darah ke mata. Lapisan yang paling luar, yang disebut sklera, berfungsi sebagai pelindung dan berwarna putih. Saraf optik yang menyampaikan signal dari mata ke otak menampilkan informasi visual adalah saraf yang terhubung dengan sklera di bahagian belakang mata.

Radang mata dapat terjadi di semua lapisan mata. Oleh karena itu, kondisi ini berdasarkan bahagian mata yang mengalami peradangan. Radang mata dapat menjadi skleritis, anterior uveitis, posterior uveitis, dan panuveitis, yang merupakan istilah umum untuk peradangan pada seluruh mata.

PENYEBAB RADANG MATA :

• Skleritis (anterior/posterior)
• Anterior uveitis
• Intermediate Uveitis
• Posterior Uveitis
• Panuveitis

GEJALA RADANG MATA :

Gejala dari radang mata bergantung pada bagian mata yang terkena radang. Gejala seperti nyeri, mata merah, dan mata berair. Anterior uveitis akan menyebabkan mata merah, nyeri, mata berair, fotofobia (kepekaan tinggi terhadap cahaya), atau bertambahnya tekanan pada mata. Kondisi ini mengganggu penglihatan. Intermediate uveitis akan menyebabkan gejala seperti penglihatan yang kabur atau berbayang.

CARA MENGATASI RADANG MATA :

• Gunakan cermin mata gelap untuk melindungi mata anda dari cahaya UV.
• Menggunakan cermin mata keselamatan semasa melakukan kerja yang menggunakan alat-alat tajam atau alat bermotor seperti tukul, pemotong besi dan sebagainya.
• Sekiranya anda memerlukan cemin mata atau kanta sentuh, pastikan preskripsi adalah yang terkini
• JANGAN merokok.
• Pastikan anda mempunyai BMI yang ideal
• Pastikan tekanan darah dan paras kolestrol anda berada dibawah kawalan.
• Pastikan paras gula anda dibawah kawalan sekiranya anda mengidap diabetes

Pemeriksaan mata yang berkala dengan doktor mata adalah penting. Ia sepatutnya dijalankan setahun sekali jika anda berumur 40 tahun ke atas. Doktor anda akan memberitahu berapa kerap anda perlu melakukan pemeriksaan mata bergantung kepada masalah anda.