Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
1.36K subscribers
240 photos
3 videos
14 files
426 links
Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah

Link senarai group/channel MSO yang lain :
https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557
Download Telegram
alam kumpulan mereka tak ada yang tersisa. Dengan demikian, barang siapa yang mendatangkan hadith yang tidak ditemukan pada semua imam hadith maka ditolak” (Al-Ghayah fi Syarhil Hidayah karya as-Sakhawi mukasurat 133).

Walaupun demikian, tidak semua pakar hadith mutaakhirin pasti tahu seluruh hadith-hadith Nabi. Ertinya, jika ada huffazh hadith mengatakan tidak menemukan hadithnya, maka bukan bererti hadith tersebut bermakna tidak tsabit atau palsu.

8. Contoh dalam kitab al-Hidayah karya al-Marghinani al-Hanafi disebutkan hadits:

ادْرَءُوْا الْحُدُودَ بِالشُّبُهَاتِ
“Tolaklah had-had dengan syubhat”

Hadits ini diriwayatkan dengan marfu’ sampai kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

9. Dalam takhrij az-Zailai dalam Nashb ar-Rayah, beliau menilainya mauquf daripada Sayyidina Umar radhiyallahu ‘anhu (dengan sanad munqathi’), dan dari ucapan Sayyidina Muadz bin Jabal, Sayyidina Abdullah bin Mas’ud, dan Sayyidina Uqbah bin Amir radhiyallahu ‘anhum tetapi dalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Ibnu Abi Farwah yang dinilai matruk. Juga diriwayatkan dari ucapan tabi’in Imam Syihabuddin az-Zuhri (guru Imam Malik) rahimahumallah, tetapi ucapan tabi’in bukanlah suatu hujjah. Oleh kerana Imam Ibnu Hazm tidak melihat hadits ini sebagai hadith marfu’, beliau dalam al-Muhalla (XI/152) mengkritik keras status hadits di atas dan yang mengambilnya sebagai dalil. Dan secara automatik hukum yang dihasilkan juga dianggap batal.

10. Akan tetapi, selain hadith di atas selari dengan hadith perkataan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berkata kepada Maiz:

لَعَلَّكَ قَبَّلْتَ لَعَلَّكَ لَمَسْتَ
“Mungkin kamu cuma menciumnya, mungkin cuma memegangnya?”

11. Yang bererti hadith menolak had boleh dijadikan hujjah, juga ternyata hadith menolak had di atas diriwayatkan oleh Imam Abu Hanifah dalam Musnad-nya (hal. 32/cetakan Syarikah al-Mathbu’ah al-Ilmiyyah), daripada Miqsam daripada Abdullah bin Abbas dengan marfu’. Dan Miqsam adalah perawi tsiqah. Dia di tsiqahkan oleh Ahmad bin Shalih al-Mishri, seorang imam dimasanya di Mesir, juga ditsiqahkan oleh al-Ijli, Ya’qub bin Sufyan dan ad-Daraquthni”. (Atsar al-Hadith asy-Syarif fi Ikhtilaf al-Aimmah al-Fuqaha karya al-Muhaddith Muhammad Awwamah mukasurat 185).

Ini semua memberi kesan, ternyata seorang pakar hadith yang menyelidiki atau mentakhrij kitab hukum Ahkam tidak selalu menemukan hadith yang dibawakan oleh fakih. Padahal hadith tersebut ada dalam kitab imam mujtahid dengan sanad yang jelas.

12. Contoh lagi bahawa pandangan mujtahid pasti ada hujjahnya adalah ucapan al-Baihaqi dalam Manaqib asy-Syafi’i (II/154). Beliau bercerita:

قال أبو أيوب حميد بن أحمد البصري، قال: كنت عند أحمد بن حنبل نتذاكر في مسألة، فقال رجل لأحمد: يا أبا عبد الله لا يصح فيه حديث، فقال: أن لم يصح فيه حديث ففيه قول الشافعي، وحجته أثبت شيء، ثم قال: قلت للشافعي: ما تقول في مسألة كذا وكذا ؟ قال: فأجاب فيها، فقلت: من أين قلت ؟ هل فيه حديث أو كتاب ؟ قال: بلى، فنزع في ذلك حديثًا للنبي - صلى الله عليه وسلم - وهو حديث نص

Maksudnya: “Humaid bin Ahmad al-Bashri berdiskusi dengan Imam Ahmad bin Hanbal dalam satu masalah. Di tengah diskusinya, seorang laki-laki membantah Imam Ahmad bahwa hadits dalam masalah yang dibicarakan adalah tidak shahih. Kemudian Imam Ahmad berkata: “Andai ini tidak shahih haditsnya, maka disini masih ada ucapan Imam asy-Syafi’i. Hujjahnya lebih kuat dalam masalah ini”. Kemudian Imam Ahmad bin Hanbal bercerita tentang ketika beliau bersama dengan Imam asy-Syafi’i, bahwa setiap apa yang diucapkan oleh Imam asy-Syafi’i pasti ada dalil yang dibuat landasannya. Hanya saja landasan itu tidak diketahui oleh orang lain termasuk Imam Ahmad sendiri. Namun setelah beliau bertanya kepada Imam asy-Syafi’i, beliau baru tahu ternyata memang semua ucapan Imam asy-Syafi’i selalu berdasarkan dalil atau hadith nash (sesuai dengan masalah)”.

13. Tashhih para mujtahid juga berbeza dengan tashhih ulama mutakhirin. Imam Kamal bin Humam dalam Fathul Qadir (I/27) berkata:
وَقَوْلُ مَنْ قَالَ : لَمْ يَصِحَّ فِي نَقْضِ الْوُضُوءِ وَعَدَمِهِ بِالدَّمِ وَالْقَيْءِ وَالضَّحِكِ حَدِيثٌ إنْ سَلِمَ لَمْ ي
َقْدَحْ ؛ لِأَنَّ الْحُجِّيَّةَ لَا تَتَوَقَّفُ عَلَى الصِّحَّةِ بَلْ الْحَسَنُ كَافٍ عَلَى أَنَّهُ رَأَى هَذَا الْقَائِلَ ، فَأَمَّا مُجْتَهِدٌ عَلِمَ بِالِاخْتِلَافِ فِي صِحَّةِ الْحَدِيثِ وَغَلَبَ عَلَى رَأْيِهِ صِحَّتُه

Kesilapan Ketiga: Silap Faham Maksud Ibnul Jauzi

14. Berikut merupakan Ucapan Ibn Jauzi yang digunakan oleh Rozaimi:

ومعنى مناقضته للأصول أن يكون خارجا عن دواوين الإسلام من المسانيد والكتب المشهورة

“Maksud mencabut ushul adalah hadith tersebut keluar dari dokumen-dokumen Islam, seperti kitab-kitab musnad dan kitab-kitab yang masyhur”.

15. Ucapan ini tidak bercanggah dengan apa yang dikatakan Syaikh Nuruddin, kerana faqih yang mujtahid kadangkala memiliki riwayat yang tidak terdapat dalam kitab-kitab hadith, tetapi diriwayatkan dalam kitab musnad atau kitab ijtihad mereka sendiri yang sanadnya tidak sampai kepada para muhaddith lain. Atau maksudnya kitab-kitab yang tercetak sekarang, kerana tidak semua kitab turats ulama yang memuat hadith pasti tercetak dan diterbitkan. Jadi, mengatakan “mencabut ushul” adalah selepas meneliti seluruh kitab-kitab yang memuat riwayat hadith. Dan ini syarat yang sangat berat. Dan tidak semua pakar hadith mampu melakukannya.

16. Syaikh Ibn Taimiyyah dalam Raf’ul Malam (mukasurat 27) berkata:

لو فرض انحصار حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم : فليس كل ما في الكتب يعلمه العالم ولا يكاد ذلك يحصل لأحد .بل قد يكون عند الرجل الدواوين الكثيرة وهو لا يحيط بما فيها بل الذين كانوا قبل جمع هذه الدواوين أعلم بالسنة من المتأخرين بكثير، لأن كثيرا مما بلغهم وصح عندهم قد لا يبلغنا إلا عن مجهول، أو بإسناد منقطع، أو لا يبلغنا بالكلية فكانت دواوينهم صدورهم التي تحوي أضعاف ما في الدواوين

“Andai diperkirakan hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah terbatas, maka tidak setiap orang lain tahu apa yang ada dalam kitab-kitab tersebut. Dan tidak mungkin ada satu orang yang mampu menghimpunkan semuanya. Bahkan kadangkala seorang ulama memiliki dokumen-dokumen yang banyak tetapi dia tidak mampu memahami isi semuanya, bahkan ulama-ulama yang hidup sebelum dokumen-dokumen ini jauh lebih alim tentang sunnah daripada ulama mutakahirin, kerana banyak yang sampai kepada mereka, atau shahih menurut mereka kadang tidak sampai kepada kita kecuali dari perawi yang majhul, atau sanadnya terputus, atau tidak sampai kepada kita. Dokumentasi-dokumentasi mereka adalah dada mereka yang mengandungi berlipat-lipat hadith daripada yang berada dalam dokumentasi mereka”.

17. Ini menunjukkan apa yang diperkatakan oleh Syaikh Nuruddin adalah benar jika kita memahaminya dari konteks yang difahami oleh para ulama termasuk ulama yang menjadi idola Rozaimi, iaitu Ibn Taimiyah.

Kesilapan Keempat: Tidak Memahami Kenyataan : “Hafalan seorang imam terhadap hadith lebih banyak daripada apa yang ditulis”

18.“Ucapan Syaikh Nuruddin: “Hafalan seorang imam terhadap hadith lebih banyak daripada apa yang ditulis”. Kemudian disimpulkan Rozaimin: “Dapat disimpulkan bahwa ada hadits bahkan banyak hadith yang tidak dikumpulkan dalam kitab hadith yang dicetak sekarang ini”.

19. Jawapan: Pernyataan Syaikh Nuruddin yang pertama sudah benar bahwa banyak hadith yang tidak dimasukkan dalam kitab hadith oleh imam, misalnya Imam Ahmad menghafal satu juta hadits tetapi yang dimasukkan dalam Musnad Ahmad hanya sebahagian sahaja.

20. Kemudian ada hadith yang tidak dimasukkan dalam kitab hadith juga benar. Artinya, untuk menyelidikinya adalah dengan membaca kitab-kitab imam sendiri beserta sanadnya, seperti kitab musnad mereka, walaupun hadith tersebut tidak tercatat dalam kitab hadith ulama hadith, semisal Shahih al-Bukhari dan lain-lain. Kerana hadith tidak semestinya tercatat dalam kitab hadith, tetapi boleh sahaja dalam kitab-kitab musnad atau atsar imam yang mujtahid.

21. Ibn Hajar dalam Tahdzibut Tahdzib (VIII/463):

“Syuaib bin Laith berkata: “Ditanyakan kepada Laith: “Saya mendengar dari Anda hadith yang tidak ada dalam kitab-kitab Anda?”. Kemudian dijawab:

لو كتبت ما في صدري ما وسعه هذا المركب
“Andai aku tulis semua yang ada dalam dada (hafalan)-ku maka, maka kenderaan ini tidak akan muat”.

22. Adz-Dzahabi d
alam Tadzkirah al-Huffazh menukil ucapan Ahmad bin Furat (I/544):
كتبت ألف ألف حديث وخمس مائة ألف فعملت من ذلك في تواليفي خمس مائة ألف حديث

“Aku menulis 1.500.000 hadith. Dan aku memasukkan dalam karya-karyaku 500 ribu hadith”.

23. Ibn Qayyim dalam I’lam al-Muwaqqi’in (I/45):

قال محمد بن عبد الله بن المنادي سمعت رجلا يسأل أحمد إذا حفظ الرجل مائة ألف حديث يكون فقيها قال لا قال مائتي ألف قال لا قال فثلثمائة ألف قال لا قال فأربعمائة ألف قال بيده هكذا وحرك يده

“Muhammad bin Abdillah bin al Munadi berkata: “Aku mendengar seseorang bertanya kepada Ahmad bin Hanbal: “Jika seseorang menghafal 100 ribu hadith, apakah dia boleh menjadi ahli fikih?. Ahmad menjawab: “Belum”. Seseorang tadi bertanya: “200 hadith?” Ahmad menjawab: “Belum”. Seseorang tadi bertanya lagi: “300 Hadith?”. Ahmad menjawab: “Belum”. Seseorang tadi bertanya lagi: “400 ribu hadith”. Ahmad bin Hanbal menjawab dengan tangannya begini dan al-Munadi menggerak-gerakkannya. Ertinya “iya”.

Kesilapan Kelima: Silap faham maksud "Ulama sebelum penulisan musthalah hadith mempunyai musthalah sendiri dalam penshahihan hadith”

24. Syaikh Nuruddin berkata: “Ulama sebelum penulisan musthalah hadith mempunyai musthalah sendiri dalam penshahihan hadith”. Kemudian Rozaimi membantah, jika yang dimaksudkan kanun periwayatan, maka itu tidak benar.

25. Jawapan: Kanun periwayatan hadith antara ulama hadith dengan ulama fiqih kadang berbeza
.
Contoh Pertama: Penerimaan hadith mursal. Ulama hadith menilai dhaif tetapi ulama ushul menerimanya. Hingga Imam Thabari pernah berkata:

إنكار المرسل بدعة حدثت بعد المائتين

“Inkar hadith mursal adalah bid’ah yang muncul setelah tahun 200 hijriyyah” (an-Nukat I/492).

26. Contoh Kedua: Syarat kesahihan hadith juga berbeza antara ulama fikih dengan ulama hadith. Imam Ibn Hajar (an-Nukat I/106) berkata:

يمكن أن يجاب عنه بأن اشتراط نفي الشذوذ في شرط الصحة إنما يقوله المحدثون وهم القائلون بترجيح رواية الأحفظ إذا تعارض الوصل والإرسال. والمصنف يأخذ بقول الفقهاء والأصوليين وذلك أنهم لا يشترطون نفي الشذوذ في شرط الصحيح

Artinya: “Fuqaha tidak mensyaratkan penafian syadz dalam hadith shahih. Hal ini berbeza dengan ahli hadith”.

إن للمحدثين أغراضاً في طريقهم احتاطوا فيها وبالغوا في الاحتياط ، ولا يلزم الفقهاء اتباعهم على ذلك ، كتعليلهم الحديث المرفوع بأنه روي موقوفاً أو مرسلاً ،وكطعنهم في الراوي إذا انفرد بالحديث أو بزيادة فيه أو مخالفته من هو أعدل منه ، أو أحفظ ، وقد يعلم الفقيه صحة الحديث بموافقة الأصول ، أو آية من كتاب الله تعالى ، فيحمله ذلك على قبول الحديث ، والعمل به ، واعتقاد صحته ، وإذا لم يكن في سنده كذاب فلا بأس بإطلاق القول بصحته إذا وافق كتاب الله تعالى وسائر أصول الشريعة

Ini membuktikan ada sedikit metod ulama fikih (sama ada mutaqadimin mahu pun mutaakhirin) yang berbeza dengan ahli hadith dalam pentashihan hadith.

27. Contoh Ketiga: Contoh lagi seluruh hadith dalam kitab al-Muwaththa’ karangan Imam Malik. Menurut Imam Malik dan yang selari dengannya, hadith mursal dan lain-lain dalam al-Muwaththa’ adalah shahih semuanya, berbeza dengan pendapat ulama yang lain.

28.Contoh Kempat:

والمنقول عن أئمة الحديث المتقدمين كعبد الرحمن بن مهدي ويحيى القطان وأحمد بن حنبل ويحيى بن معين وعلي بن المديني والبخاري وأبي زرعة وأبي حاتم والنسائي والدارقطني وغيرهم اعتبار الترجيح فيما يتعلق بالزيادة وغيرها ، ولا يعرف عن أحد منهم إطلاق قبول الزيادة

Artinya: “Ziadah Tsiqat” tidak ada dalam kaedah ulama mutaqaddimin, berbeza dengan ulama mutaakhirin”.

29. Contoh Kelima:

Dalam kitab Tadrib ar-Rawi (I/25) Imam Suyuti menukil:

قال أبو الحسن ابن الحصار في تقريب المدارك على موطأ مالك قد يعلم الفقيه صحة الحديث إذا لم يكن في سنده كذاب بموافقة آية من كتاب الله أو بعض أصول الشريعة فيحمله ذلك على قبوله والعمل به

Ini juga bukti kaedah pensahihan hadith menurut faqih berbeza dengan muhaddith.

Kesilapan Keenam: Tidak Memahami Teks Dalam Sunan Al-Kubra Dengan Tepat
30. Rozaimi mengatakatan, dalam as-Sunan al-Kubra, Imam al-Baihaqi berbeza dengan Imam Syafi’i tentang bilangan sapuan kepala ketika wudhu'. Setelah disemak dan diteliti dalam sunan al-kubra, Sebenarnya, al-Baihaqi dalam bab mengusap kepala memperbandingkan riwayat yang digunakan Imam Syafi’i dan As
hhabus Syafi’i dengan riwayat lain yang lebih tsiqah. Dan di sana tidak ada khilafiyyah antara mereka berdua.

31. Berikut riwayat dan komentar al-Baihaqi dalam as-Sunan al-Kubra (hadith 290):

وَعَلَى هَذَا اعْتَمَدَ الشَّافِعِىُّ فِى تَكْرَارِ الْمَسْحِ وَهَذِهِ رِوَايَةٌ مُطْلَقَةٌ ، وَالرِّوَايَاتُ الثَّابِتَةُ الْمُفَسَّرَةُ عَنْ حُمْرَانَ تَدُلُّ عَلَى أَنَّ التَّكْرَارَ وَقَعَ فِيمَا عَدَا الرَّأْسِ مِنَ الأَعْضَاءِ وَأَنَّهُ مَسَحَ بِرَأْسِهِ مَرَّةً وَاحِدَةً. أَخْبَرَنَا أَبُو عَلِىٍّ الرُّوذْبَارِىُّ أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ : مُحَمَّدُ بْنُ بَكْرٍ قَالَ قَالَ أَبُو دَاوُدَ السِّجِسْتَانِىُّ : أَحَادِيثُ عُثْمَانَ الصِّحَاحُ كُلُّهَا تَدُلُّ عَلَى مَسْحِ الرَّأْسِ أَنَّهُ مَرَّةً ، فَإِنَّهُمْ ذَكَرُوا الْوُضُوءَ ثَلاَثًا وَقَالُوا فِيهَا : وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ ، وَلَمْ يَذْكُرُوا عَدَدًا كَمَا ذَكَرُوا فِى غَيْرِهِ قَالَ الشَّيْخُ وَقَدْ رُوِىَ مِنْ أَوْجُهٍ غَرِيبَةٍ عَنْ عُثْمَانَ رَضِىَ اللَّهُ عَنْهُ ذِكْرُ التَّكْرَارِ فِى مَسْحِ الرَّأْسِ إِلاَّ أَنَّهَا مَعَ خِلاَفِ الْحُفَّاظِ الثِّقَاتِ لَيْسَتْ بِحُجَّةٍ عِنْدَ أَهْلِ الْمَعْرِفَةِ وَإِنْ كَانَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يَحْتَجُّ بِهَا.

Teks di atas mengesahkan, tidak ada khilafiyyah antara Imam Syafi’i dengan al-Baihaqi.

31. Sebenarnya, ada beberapa lagi kesilapan ilmiah yang ditulis oleh Rozaimi yang tidak kami lampirkan dalam penulisan ini kerana ia akan jadi berjela-jela, cukup kesilapan diatas yang telah kami kritik dan perbetulkan supaya tulisan beliau yang asal yg tersebar sudah dijawab.

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Link Facebook:

https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1584014811629423
[Asalkan Jawab: Kadang Mereka Tidak Perlu Hujah, Tetapi Perlu Hidayah]

1. Artikel ilmiah panjang lebar ARG Johor yang menjawab tulisan Rozaimi dibalas dengan artikel "Asalkan Jawab" hanya dengan perkataan 'Majhul'. Kami tidak mahu mengulas isu tuduhan 'Majhul', kerana bila tiba masanya air ludah yang disembur ke langit itu pasti akan menempel ke mukanya sendiri. Biar masa yang menentukan ketikanya. Kesilapan kesilapan beliau yang ARG perbetulkan nampaknya di 'taqrir' oleh beliau sendiri.

2. Malah bahagian yang lebih mengecewakan ialah Rozaimi masih salah faham, dan dengan keadaan salah faham tersebut beliau dengan 'asal konfiden' Rozaimi menulis:

"Ini terbukti metod SNB yang hanya berpada dengan *hujah kemungkinan wujudnya hadis dalam dada mujtahid tidak benar.*"

Pembaca perlu fokus kepada tulisan Rozaimi yang ini betul-betul *"kemungkinan wujudnya hadis dalam dada mujtahid tidak benar"*

3. Walaupun Rozaimi mengatakan sudah berkali-kali membaca artikel ilmiah panjang lebar tulisan ARG Johor, tetapi seolah-olah beliau tidak membaca dengan teliti kisah Imam Ahmad yang sedang berdiskusi dengan Humaid bin Ahmad al-Bashr yang ditulis oleh Imam Al-Baihaqi dalam Manaqib As-Syafie yang telah ARG lampirkan. Sekali lagi ARG minta pembaca fokus tulisan Rozaimi yang ini: "Ini terbukti metod SNB yang hanya berpada dengan *hujah kemungkinan wujudnya hadis dalam dada mujtahid tidak benar.*"

Kemudian bandingkan dengan kisah yang ditulis oleh al-Baihaqi dalam Manaqib As-Syafie (II/154):

قال أبو أيوب حميد بن أحمد البصري، قال: كنت عند أحمد بن حنبل نتذاكر في مسألة، فقال رجل لأحمد: يا أبا عبد الله لا يصح فيه حديث، فقال: أن لم يصح فيه حديث ففيه قول الشافعي، وحجته أثبت شيء، ثم قال: قلت للشافعي: ما تقول في مسألة كذا وكذا ؟ قال: فأجاب فيها، فقلت: من أين قلت ؟ هل فيه حديث أو كتاب ؟ قال: بلى، فنزع في ذلك حديثًا للنبي - صلى الله عليه وسلم - وهو حديث نص

Maksudnya: “Humaid bin Ahmad al-Bashri berdiskusi dengan Imam Ahmad bin Hanbal dalam satu masalah. Di tengah diskusinya, *seorang laki-laki membantah Imam Ahmad* bahawa hadits dalam masalah yang dibicarakan adalah tidak shahih. *Kemudian Imam Ahmad berkata*: “Andai ini tidak shahih haditsnya, *maka disini masih ada ucapan Imam asy-Syafi’i. Hujjahnya lebih kuat dalam masalah ini”*. Kemudian Imam Ahmad bin Hanbal bercerita tentang ketika beliau bersama dengan Imam asy-Syafi’i, *bahawa setiap apa yang diucapkan oleh Imam asy-Syafi’i *PASTI ada dalil* yang dibuat landasannya.* Hanya sahaja landasan itu *tidak diketahui oleh orang lain termasuk Imam Ahmad sendiri*. Namun setelah beliau bertanya kepada Imam asy-Syafi’i, beliau baru tahu ternyata memang semua ucapan Imam asy-Syafi’i selalu berdasarkan dalil atau hadith nash (sesuai dengan masalah)”.

4. Pembaca bacalah dengan tenang dan dengan teliti diskusi Humaid bin Ahmad al-Bashri bersama Imam Ahmad tersebut dan bagaimana Imam Ahmad hanya berhujah dengan nama Imam Syafie (bukan dalil) ketika dibantah oleh Humaid dalam masalah dalil, Imam Ahmad mengatakan: *"maka disini masih ada ucapan Imam asy-Syafi’i. Hujjahnya lebih kuat dalam masalah ini”*.

Apakah metod Syeikh Nuruddin dalam hal ini adalah silap dan membuka pintu kerosakan?

5. Ulama yang diangkat sebagai versatil oleh Rozaimi juga nampaknya lebih tawaduk dalam masalah ini, ARG harap pembaca baca dengan teliti (tidak semestinya perlu baca berkali-kali), Syaikh Ibn Taimiyyah dalam Raf’ul Malam (mukasurat 27) berkata:

لو فرض انحصار حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم : فليس كل ما في الكتب يعلمه العالم ولا يكاد ذلك يحصل لأحد .بل قد يكون عند الرجل الدواوين الكثيرة وهو لا يحيط بما فيها بل الذين كانوا قبل جمع هذه الدواوين أعلم بالسنة من المتأخرين بكثير، لأن كثيرا مما بلغهم وصح عندهم قد لا يبلغنا إلا عن مجهول، أو بإسناد منقطع، أو لا يبلغنا بالكلية فكانت دواوينهم صدورهم التي تحوي أضعاف ما في الدواوين
“Andai diperkirakan hadith Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah terbatas, maka tidak setiap orang lain tahu apa yang ada dalam kitab-kitab tersebut. Dan tidak mungkin ada satu orang yang mampu menghimpunkan semuanya. Bahkan kadangkala seorang ulama memiliki dokumen-dokumen yang banyak tetapi d
ia tidak mampu memahami isi semuanya, bahkan ulama-ulama yang hidup sebelum dokumen-dokumen ini jauh lebih alim tentang sunnah daripada ulama mutakahirin, kerana banyak yang sampai kepada mereka, atau shahih menurut mereka *kadang tidak sampai kepada kita* kecuali dari perawi yang majhul, atau sanadnya terputus, atau *tidak sampai kepada kita.* Dokumentasi-dokumentasi mereka adalah dada mereka yang mengandungi berlipat-lipat hadith daripada yang berada dalam dokumentasi mereka”.

Mungkinkah jika Ibn Taimiyah masih hidup dizaman ini akan dilabel "Syeikh Beserban yang cuba membuka pintu kerosakan" seperti mana yang dilabel terhadap Syiekh Nuruddin oleh Rozaimi? kerana jelas Ibn Taimiyah mengatakan persis Syeikh Nuruddin iaitu "*kadang tidak sampai kepada kita* kecuali dari perawi yang majhul, atau sanadnya terputus, atau *tidak sampai kepada kita.*". Adakah Ibn Taimiyah yg merupakan idola Rozaimi juga akan digelar "Syeikh Beserban yang cuba membuka pintu kerosakan?"

6. Ada kisah menarik yang boleh menjadi pengajaran buat renungan kita semua,Kisah yang dinukilkan dari kitab Faidhul Bari ala Shahih al Bukhari, karangan Imam al Kasymiri, juz 1 mukasurat 152 menceritakan kisah Imam Muhammad bin Hasan asy Syaibani, murid terdekat Imam Abu Hanifah, pernah dibenci dan diingkari oleh kalangan ahli hadits kerana tindakan beliau yang menulis kitab fiqih tanpa mencantumkan hadits atau atsar.

Dan dalam hal ini, beliau adalah ulama yang pertama kali melakukannya. Padahal beliau adalah mujtahid besar yang diakui keilmuan dan kepakaran haditsnya. Bahkan Imam asy Syafi'i pernah berkata tentangnya: "Ketika Imam Muhammad bin Hasan asy Syaibani berbicara, maka seakan-akan wahyu sedang turun".

Oleh kerana itu, al Kasymiri berkata: "Hanya ulama hadits yang faham fiqih sahaja yang mengetahui kepakaran Imam Muhammad bin Hasan asy Syaibani".

7. ARG Johor sering mendapat permintaan untuk menjawab artikel-artikel secara ilmiah dan padat dengan hujah, namun kadangkala ARG terfikir memang benar kata-kata guru kami, "Kadang Mereka Tidak Perlu Hujah, Tetapi Perlu Hidayah".

Disediakan Oleh:

Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

Link FB: https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1586290668068504
*[Jawapan Balas Buat Rozaimi: Pertanyaan Kadang Menunjukkan Tahap Kecerdasan Seseorang]*

1. Dalam artikel panjang lebar Rozaimi kepada ARG Johor, Rozaimi mewajibkan ARG Johor menjawab 5 soalan dari beliau. Pertanyaan Memang Kadang Boleh Menunjukkan Tahap Kecerdasan Seseorang sama ada cerdik, sederhana atau bodoh. Untuk hal ini, kami serahkan kepada para pembaca menilai tahap soalan-soalan "kritikal" Rozaimi. Bagi meraikan kewajipan yang Rozaimi telah tetapkan kepada ARG, ARG akan menjawabnya.

2. *Pertanyaan 1 dari Rozaimi*: “Jika benar semua pandangan mujtahid ada hadithnya, mengapa perlu muhaddithin menilai semua hadith-hadith dalam kitab fikih?”
Jawapan:
Sebelum menjawab pertanyaan ini, kami perlu jawab dua syubhat Rozaimi yang lain tentang isu ini.

3. Pertama:
Untuk membuktikan bahwa pandangan mujtahid tidak selalu ada hadithnya, Rozaimi cuba menukil ucapan Imam Abu Yusuf, murid Imam Abu Hanifah berikut ini:
لو رَأَى صَاحِبِي كما رَأَيْت لَرَجَعَ كما رَجَعْت
“Andai shahibku (Abu Hanifah) melihat seperti yang aku lihat, maka dia pasti rujuk sebagaimana aku rujuk”.

Ini nukilan yang tidak pada tempatnya (salah alamat), kerana nukilan di atas adalah dalam isu kadar sha’, iaitu telah terjadi ijma’ ahli Madinah yang derjatnya seperti hadith daripada Rasulullah.

Dan berikut teks lengkapnya dalam al-Bahr al-Muhith (III/531) karangan az-Zarkasyi:
فَالْمَرَاتِبُ أَرْبَعَةٌ إحْدَاهَا ما يَجْرِي مَجْرَى النَّقْلِ عن النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم كَنَقْلِهِمْ لِمِقْدَارِ الصَّاعِ وَالْمُدِّ فَهَذَا حُجَّةٌ بِالِاتِّفَاقِ وَلِهَذَا رَجَعَ أبو يُوسُفَ إلَى مَالِكٍ فيه وقال لو رَأَى صَاحِبِي كما رَأَيْت لَرَجَعَ كما رَجَعْت
Maksudnya, ada hujjah ijma’ dari penduduk Madinah yang tidak diketahui oleh Imam Abu Hanifah menurut Imam Abu Yusuf. Oleh kerana itu, ucapan Rozaimi: *“Ini membuktikan bahawa pandangan Abu Hanifah tidak bersandarkan hadith yang shahih”* adalah *TAHRIF* yang memalukan dan sangat tidak patut dilakukan ustadz yang bergelar duktur.

Ini, kerana az-Zarkasyi yang dinukil Rozaimi bukan sedang membicarakan hadith yang tidak diketahui Imam Abu Hanifah, tetapi tentang kesepakatan ulama Madinah.
Penilaian “inshaf” terhadap Abu Yusuf dari Ibn Katsir adalah inshaf dengan dalil atau hujjah, bukan dalam rangka menyalahkan ijtihad Imam Abu Hanifah.

Dalil tidak hanya hadith sahaja. Tetapi pandangan mujtahid pasti ada hujjahnya, baik itu qiyas dari hadith atau yang lain. Tentu sahaja tidak mungkin mujtahid semberono dalam memberi fatwa .Jika diandaikan ada qiyas yang dilakukan oleh Imam Abu Hanifah dan bercanggah dengan hadith, tentu hadith yang harus di ambil. Demikian itu setelah mengetahui fatwa Imam Abu Hanifah di dasarkan atas qiyas.

4. Imam Muhaddith at-Tahanawi dalam Qawaid fi Ulum al-Hadith (mukasurat 456) berkata:
فلم يبق والحمد لله في مذهبنا قول خلاف حديث الا وعندنا حديث أخر يؤيدنا والذي خالفناه ظاهرا فله عندنا تأويل لا نخالفه
“Maka tidak tersisa (alhamdulillah) dalam mazhab kami (Hanafiyyah) ucapan yang bercanggah dengan hadith kecuali kami ada hadith lain yang menguatkannya. Yang kami selisihi secara zhahir, maka itu kami memiliki ta’wil yang kami tidak menyelisihi”.

5.Baiklah, ARG akan beri contoh ucapan Imam Abu Yusuf yang pernah mengatakan, bahawa andai Imam Abu Hanifah tahu hadithnya, pasti beliau akan rujuk. Sebagaimana maklum, Imam Abu Hanifah adalah ulama yang memperbolehkan menjual barang waqaf, tetapi Imam Abu Yusuf anak muridnya berpandangan sebagaimana jumhur, bahawa menjual waqaf adalah tidak boleh. Hujjah beliau adalah hadith shahih riwayat Umar bahwa Rasulullah bersabda:
إِنْ شِئْتَ حَبَسْتَ أَصْلَهَا وَتَصَدَّقْتَ بِهَا قَالَ فَتَصَدَّقَ بِهَا عُمَرُ أَنَّهُ لَا يُبَاعُ وَلَا يُوهَبُ وَلَا يُورَثُ
Dari hadith ini, Imam Abu Yusuf berkata, andai Imam Abu Hanifah tahu hadith ini tentu beliau akan merujuk pendapatnya. Tetapi ucapan Imam Abu Yusuf ini dibantah oleh Imam Ibn Hajar (nukilan dalam kitab I’anah Thalibin). Beliau berkata:
وقال أبو يوسف لو بلغ هذا الخبر أبا حنيفة لقال به أي بما تضمنه من عدم صحة بيع الوقف قال في التحفة بعده إنما يتجه الرد به على أبي حنيفة إن كان يقول ببيعه أي الإستبدال به وإن شرط الواقف عدمه اه قال سم أي لأن عمر رضي الله عنه شرط عدم البيع فهو إنما يدل على عدم البيع عند شرطه لا عند عدمه

Ucapan ini menunjukkan, bahawa ada keberangkalian Abu Hanifah sudah mengetahui hadith tersebut, tetapi beliau tetap memperbolehkan menjual barang waqaf kerana dalam hadith Nabi disebutkan “ketika ada wasiat tidak dijual, dihibahkan, dan diwariskan”. Dan perbezaan pandangan dalam hal hadith adalah hal biasa.

6. Kami akan bagi contoh lagi tentang memaknai hadith Rasulullah:
الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا
“Penjual dan pembeli mempunyai hak khiyar selama belum berpisah”(HR. Bukhari, Muslim, dll)

Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Muhammad bin Abdurrrahman memaknai berpisah pada hadits diatas adalah dengan badan dan bukan dengan ucapan. Manakala Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah memaknai pisah tersebut dengan berpisah dengan ucapan yang zhahirnya menyelisihi zhahir matan.

Ketika Imam Malik bin Anas mendapat kritikan Imam Muhammad bin Abdurrahman tentang pendapatnya, Imam Ahmad bin Hanbal membela dengan mengatakan bahwa Imam Malik tidak menolak hadits tersebut, tetapi beliau mempunyai ta’wil lain yang berbeza dengan yang lain. Oleh kerana itu kita tidak boleh tergesa-gesa menyalahkan fatwa atau ijtihad ulama muktabar apatah lagi yang bertaraf mujtahid.

7. Kedua:
Rozaimi membawakan dalil lagi tentang ucapan Imam Syafi’i dalam al Umm:
( قال الشَّافِعِيُّ ) أخبرنا إبْرَاهِيمُ بن مُحَمَّدٍ عن صَدَقَةَ بن عبد اللَّهِ عن أبي الزُّبَيْرِ عن جَابِرِ بن عبد اللَّهِ أَنَّ عُمَرَ كان يَكْرَهُ الِاغْتِسَالَ بِالْمَاءِ الْمُشَمَّسِ وقال إنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ

Kemudian Rozaimi menukilkan ucapan Imam Nawawi dalam al-Majmu’ yang dianggapnya membantah Imam Syafi’i:
وقد روى الشافعي في الامام باسناده عن عمر بن الخطاب رضي الله عنه أنه كان يكره الاغتسال بالماء المشمس وقال انه يورث البرص وهذا ضعيف أيضا باتفاق المحدثين فانه من رواية ابراهيم بن محمد بن أبي يحيى وقد اتفقوا على تضعيفه وجرحوه وبينوا أسباب الجرح الا الشافعي رحمه الله فانه وثقه

Ini adalah bentuk ketidak jujuran Rozaimi. Imam Nawawi dalam hal ini memiliki ikhtiyarat yang berbeza dengan madzhab dan itu hal yang biasa dalam fikih-fikih Islam. Jika Rozaimi terlatih membaca kitab fikih Syafi’iyyah pasti dia tahu tentang ini. Dan nukilan Rozaimi dari al-Umm dan al-Majmu’ juga tidak berkaitan dengan ketiadaan dalil ijtihad bagi Imam Syafi’i. Imam Syafi’i membawakan dalil yang dinilai lemah oleh banyak ahli hadith.
8. Imam Ibn Hajar dalam Fatawa Kubra menukilkan ucapan az-Zarkasyi yang menolak pendapat an-Nawawi di atas:
في شَرْحِ الْعُبَابِ بِمَا حَاصِلُهُ أَنَّهُ جاء في الْخَبَرِ الصَّحِيحِ دَعْ ما يَرِيبُكَ إلَى ما لَا يَرِيبُكَ وَلَا شَكَّ أَنَّ اسْتِعْمَالَهُ مُرِيبٌ وقد رَدَّ الزَّرْكَشِيُّ وَغَيْرُهُ دَعْوَى النَّوَوِيِّ أَنَّ الْمُوَافِقَ لِلدَّلِيلِ عَدَمُ الْكَرَاهَةِ بِأَنَّهُ صَحَّ عن عُمَرَ أَنَّهُ كَرِهَهُ وقال أنه يُورِثُ الْبَرَصَ ولم يُنْقَلْ عن أَحَدٍ من الصَّحَابَةِ مُخَالَفَتُهُ فَكَانَ إجْمَاعًا ثُمَّ الظَّاهِرُ أَنَّهُ قال تَوْقِيفًا إذْ لَا مَجَالَ لِلِاجْتِهَادِ فيه وَيُؤَيِّدُهُ الْخَبَرُ الضَّعِيفُ خِلَافًا لِمَنْ زَعَمَ وَضْعَهُ عن عَائِشَةَ رضي اللَّهُ عنها سَخَّنْتُ لِلنَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم مَاءً في الشَّمْسِ فقال لَا تَفْعَلِي يا حُمَيْرَاءُ فإنه يُورِثُ الْبَرَصَ وَقَوْلُ النَّوَوِيِّ لم يَثْبُتْ عن الْأَطِبَّاءِ فيه شَيْءٌ شَهَادَةُ نَفْيٍ وَكَفَى في إثْبَاتِهِ إخْبَارُ السَّيِّدِ عُمَرَ رضي اللَّهُ عنه الذي هو أَعْرَفُ بِالطِّبِّ من غَيْرِهِ وقد تَمَسَّكَ بِهِ الشَّافِعِيُّ من حَيْثُ أنه خَبَرٌ لَا تَقْلِيدٌ فَهُوَ وَقَوْلُ جَمْعٍ آخَرِينَ لم يَذْهَبْ أَحَدٌ من الْأَطِبَّاءِ إلَى أَنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ يَرُدُّ بِذَلِكَ أَيْضًا قال الزَّرْكَشِيُّ وَلَقَدْ أَحْسَنَ الْإِمَامُ عَلَاءُ الدِّينِ بن النَّفِيسِ في شَرْحِهِ على التَّنْبِيهِ وَبَيَّنَ هذا أَيْ أَنَّهُ يُورِثُ الْبَرَصَ لَكِنْ على نُدُورٍ وهو عُمْدَةٌ في ذلك لِجَلَالَتِهِ فيه ا ه
Dari ucapan ini menunjukkan, bahawa Imam Syafi’i mempunyai hujjah yang kuat.

Sila baca komentar Ibn Mulaqqin dalam Tuhfatul Muhtaj berikut ini:
وَعَن إِسْمَاعِيل بن عَيَّاش حَدثنِي صَفْوَان بن عَمْرو وَعَن حسان بن أَزْهَر عَن عمر بن الْخطاب رَضِيَ اللَّهُ عَنْه قَالَ لَا تغتسلوا بِالْمَاءِ المشمس فَإِنَّهُ يُورث البرص رَوَاهُ الدَّار قطني وَهَذَا إِسْنَاد صَحِيح فَإِنَّهُ من رِوَايَة إِسْمَاعِيل عَن الشاميين وَتَابعه الْمُغيرَة بن عبد القدوس عَن صَفْوَان فَذكره رَوَاهُ ابْن حبَان فِي ثقاته وهما عاضدان لرِوَايَة إِبْرَاهِيم بن يَحْيَى عَن صَدَقَة بن عبد الله عَن أبي ا لزبير عَن جَابر عَن عمر أَنه كَانَ يكره الإغتسال بِالْمَاءِ المشمس وَقَالَ أَنه يُورث البرص وَقد وثق إِبْرَاهِيم هَذَا الشَّافِعِي وَابْن جريج وَابْن عدي وَغَيرهم
Ternyata hujjah Imam Syafi’i juga kuat dan Rozaimi pun tidak mengetahuinya. Dan ternyata yang menshahihkan atsar Umar tidak hanya Imam Syafi’i tetapi masih banyak lagi ulama hadith. Apakah Rozaimi sedar hal ini?

9. Pandangan mujtahid terhadap hukum pasti ada dasarnya (mashadirul ahkam/referensi), bisa nash hadith, qiyas, ijma’, istihsan, ijma’ ahli Madinah, istishab, dan lain-lain. Dasar hukum mujtahid tidak hanya nash. Ini sangat maklum bagi siapa pun yang pernah belajar ilmu ushul fikih sekalipun di peringkat asas.

Tetapi jika mujtahid mengatakan bahawa dasar hukum fatwanya adalah hadith, maka dipastikan hadith tersebut ada dan shahih menurutnya. Kerana orang yang menghafal hujjah lebih menang daripada yang tidak menghafal hujjah. Dalam kaedah disebutkan:

من عرف حجة على من لم يعرف و من حفظ حجة على من لم يحفظ
“Orang yang mengetahui hujjah dimenangkan atas orang yang tidak mengetahuinya. Orang menghafal hujjah dimenangkan atas orang yang tidak menghafalnya”.
Dan dalam kaedah-kaedah juga disebutkan bahawa hadith yang diguna oleh mujtahid sebagai hujjah pasti itu shahih menurutnya. Artinya, jika kemudian hadith tersebut dinilai lemah oleh ulama lain, maka ini masuk kategori khilafiyyah. Wajar sahaja dalam ilmu hadith, kerana ilmu jarh wa ta’dil adalah zhanniyyah dan ijtihadiyyah!

Ucapan Rozaimi bahawa *“kitab mujtahid perlu ada penilaian hadith dari muhaddithin”* adalah syubhat batil !
10. Syaikh Muhaddith Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata:
ان المحدثين يعرفون اسانيد الحديث وألفاظه كذا الفقهاء يعرفون معانيه وهم أعرف بها من المحدثين فلا يجوز لمحدث ان ينازع الفقيه في المعاني كما لا يجوز له ان ينازع المحدث في الاسناد وسياق الحديث اللهم الا أن يكونا جامعين للحديث والفقه كالأئمة الاربعة وأصحابهم المقتدى بهم في الاسلام
“Para muhaddith mengetahui sanad-sanad hadith dan lafazhnya, begitu juga fuqaha mengetahui makna-makna hadith, mereka lebih mengetahui makna daripada muhaddith, maka tidak boleh bagi muhaddith menentang faqih dalam makna-makna sebagaimana faqih tidak boleh menentang muhaddith dalam sanad dan siyaq hadith, kecuali faqih atau muhaddith tersebut mampu menghimpun hadith dan fikih seperti imam madzhab yang empat dan ashhab mereka yang diikuti dalam Islam”. (Ta’liq Qawaid fi Ulumil Hadith mukasurat 457)

11. Ketika al-Hafizh Ibn Hajar mentakhrij al-Wajiz misalnya, ini bukan bermakna ar-Rafi’i bukan pakar hadith. Ada ulama (al-Hafzih al-Munawi salah satunya) yang menganggap kepakaran hadith Imam ar Rafi’i masih di atas Imam an-Nawawi. Andai kita ikuti method pemikiran Rozaimi, maka kitab fikih muncul dengan ijtihad asal-asalan sehingga setelah ijtihad muncul baru diuji hujjah hadithnya.

12. Syaikh Muhaddith at-Tahanawi dalam Qawaid fi Ulumil Hadith (mukasurat 117) menulis:
اذا وجدنا في كتب الفقه قولا يوافقه حديث أخرجه أحد من أئمة الفن غلب على الظن أنه قد بلغ أئمتنا ولعلهم اطلعوا له على سند يصلح للاحتجاج به وعدم اطلاعنا عليه لا يستلزم ضعفه ولارده لقصور نظرنا وقلة عدتنا
“Ketika kita menemukan dalam kitab fikih sebuah ucapan yang selari dengan hadith yang dikeluarkan oleh imam-imam fan (hadith), maka dalam prasangka kuat hadith tersebut telah sampai kepada imam-imam kita, dan keberangkalian mereka melihat hadith tersebut memiliki sanad yang sah dibuat hujjah. Kita tidak melihatnya sanadnya tidak melazimkan kedhaifannya atau tertolaknya, kerana pendeknya pandangannya dan sedikitnya ilmu kita”.

13. Rozaimi berpendapat bahawa ARG mengabaikan kenyataan ulama hadith yang menilai hadith-hadith dalam kitab madzhab, misalnya Imam Ibn Hajar menilai hadith kitab Imam ar-Rafi’i, az-Zailai menilai kitab al-Hidayah dan lain-lain. Kemudian Rozaimi juga menyimpulkan bahawa ARG mempunyai penilaian, setiap pendapat mujtahid ada hadithnya. Bagi kami, syubhat Rozaimi ini muncul dari kejahilan beliau tentang usaha takhrij hadith. Mungkin menurut Rozaimi, ulama mujtahid adalah ulama yang bodoh ilmu hadith sehingga hujjah-hujjah mereka masih memerlukan takhrij dari ulama setelahnya. Andai Rozaimi membaca artikel ARG yang pertama dengan tenang dan saksama, sebenarnya di sana sudah ada jawaban syubhat beliau.

14. Kami akan beri contoh, dalam kitab Imam Ibn Hajar yang mentakhrij kitab al-Adzkar an-Nawawi (Nataij al-Afkar), beliau menilai lemah hadith-hadith mengusap muka selepas salam shalat. Sehingga dapat disimpulkan, hadith tersebut tidak dapat dibuat hujjah. Namun, dalam Bulugh al-Maram, Imam Ibn Hajar setelah menyampaikan hadith mengusap muka, mengatakan hadithnya hasan (lighairih) yang pastinya boleh dibuat hujjah.

حَدِيثُ اِبْنِ عَبَّاسٍ: عَنْ أَبِي دَاوُدَ وَمَجْمُوعُهَا يَقْتَضِي أَنَّهُ حَدِيثٌ حَسَنٌ
Dan alhamdulillah kami pernah menemukan beberapa riwayat penguat hadith mengusap muka selepas shalat selain yang dibawakan oleh Imam Ibn Hajar dalam Nataij Afkar.

15. Contoh ini menunjukkan, takhrij ulama hadith memang perlu, kerana tidak setiap hadith yang digunakan hujjah oleh ulama fikih pasti shahih dari Rasulullah. Akan tetapi juga tidak setiap takhrij mereka pasti benar. Ada yang tidak mereka ketahui. Contoh ulama fikih berhujjah dengan hadith lemah menurut muhaddith, tetapi ternyata menurut faqih, hadith tersebut mempunyai penguat dari dari ijma’ atau dari nash al-Qur’an.

Contoh:
وأما القرض بشرط جر نفع لمقرض ففاسد لخبر كل قرض جر منفعة فهو ربا وجبر ضعفه مجيء معناه عن جمع من الصحابة
Hadith ini adalah lemah menurut majoriti ulama hadith. Tetapi kenapa hadith ini dibuat hujjah oleh fuqaha sebagai pelarangan riba qardh? Jawabnya adalah kerana ada penguat dari ijma’ shahabat.
16. Maka tidak salah jika Imam Abdullah bin Wahb rahimahullah pernah berkata:
كُلُّ صَاحِبِ حَدِيْثٍ لَيْسَ لَهُ اِمَامٌ فِي الفِقْهِ فَهُوَ ضَالٌّ وَلَوْلاَ اِنَّ اللهَ اَنْقَدَنَا بِمَالِكٍ وَاللَّيْثِ لَضَلَلْنَا
“Setiap ahli hadits yang tidak mempunyai panutan dibidang fiqih maka ia tersesat. Andai bukan kerana Allah menyelamatkan aku melalui Imam Malik dan Imam Laits nescaya aku sudah tersesat”.

Dalam sebuah riwayat Imam Ibnu Asakir dalam Tarikh Damasq (XXXXX/359), Imam Ibnu Rajab dalam Syarah al-Ilal (I/413), Imam al-Mizzi dalam Tahdzib al Kamal (XXIIV/270) dan lain-lain, Imam Abdullah bin Wahb berkata:
لَوْلاَ مَالِكٌ بنُ أَنَسٍ وَاللَّيْثُ بنُ سَعْدٍ لَهَلَكْتُ، كُنْتُ أَظُنُّ أَنَّ كُلَّ مَا جَاءَ عَنِ النَّبِيّ صَلّى الله عليه وسلم يُفْعَلُ بِهِ
“Andai bukan kerana Imam Malik bin Anas dan Imam Laits bin Sa’d nescaya aku sudah hancur. Aku mempunyai prasangka bahawa setiap yang datang dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pasti diamalkan”

Kami akan mengambil lagi contoh ucapan Imam Syafi’i, “setiap ada hadith yang shahih itulah madzhabku”. Bagi Wahabi inilah dalil yang kukuh untuk menolak ucapan-ucapan ulama fikih, termasuk ijtihad Imam Syafi’i, yang menurutnya bertentangan dengan hadith yang shahih. Dan itu telah dibuktikan oleh Rozaimi.

17. Imam an-Nawawi dalam al-Majmu’ memberikan huraian:
وهذا الذى قاله الشافعي ليس معناه ان كل أحد رأى حديثا صحيحا قال هذا مذهب الشافعي وعمل بظاهره: وانما هذا فيمن له رتبة الاجتهاد في المذهب على ما تقدم من صفته أو قريب منه: وشرطه أن يغلب على ظنه أن الشافعي رحمه الله لم يقف على هذا الحديث أو لم يعلم صحته: وهذا انما يكون بعد مطالعة كتب الشافعي كلها ونحوها من كتب أصحابه الآخذين عنه وما أشبهها وهذا شرط صعب قل من ينصف به
“Apa yang dikatakan oleh as-Syafi’i ini maksudnya bukan setiap orang yang melihat hadits shahih, maka itulah madzhab as-Syafi’i dan mengamalkan isi kandungan zahiriah. Tetapi ucapan tersebut diperuntukkan orang yang mempunyai kemampuan berijtihad dalam madzhab sesuai dengan kriteria yang sudah dijelaskan. Syaratnya adalah ada penyangkaan kuat jika Imam as-Syafi’i tidak mengetahui hadits tersebut atau beliau tidak mengetahui tingkat keshahihannya. Dan ini dapat dipastikan setelah ia membaca semua kitab-kitab as-Syafi’i, kitab-kitab ashhabnya yang mengambil ilmu dari beliau, dan juga kitab-kitab yang semisalnya. Syarat ini sangat sulit serta *sedikit yang mampu memenuhinya*"

Orang yang selevel Imam Nawawi mengatakan syarat ini sangat sulit dan Imam Nawawi mengakui hanya sedikit yang mampu, tetapi kenapa zaman moden ini semakin ramai yang dakwa mereka mampu? musibah.

18. Maka tidak salah jika ulama mengatakan:
الحَدِيْثُ مَضِلَّةٌ اِلاَّ لِلْفُقَهَاءِ
“Hadits boleh menyesatkan kecuali bagi ahli fiqih” (Al-Jami’ karangan al-Qairuwani mukasuraat 118)

Imam adz-Dzahabi dalam kitabnya Siyar A’lam an-Nubala (XVI/405) ketika menolak ucapan orang yang berkata: *“Mengambil hadits lebih baik daripada mengambil ucapan Imam as-Syafi’i dan Imam Abu Hanifah”*, berkata:
قُلْتُ: هَذَا جَيِّدٌ لَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ يَكُوْنَ قَدْ قَالَ بِذَلِكَ الحَدِيْثِ إِمَامٌ مِنْ نُظَرَاءِ هَذَيْنِ الاِمَامَيْنِ مِثْلَ مَالِكٍ، أَوْ سُفْيَانٍ أَوِ الاَوْزَاعِيّ وَبِأَنْ يَكُوْنَ الحَدِيْثُ ثَابِتًا سَالِمًا مِنْ عِلَّةٍ وَبِأَنْ لاَ يَكُوْنَ حُجَّةُ أَبِيْ حَنِيْفَةَ وَالشَّافِعِيِّ حَدِيْثًا صَحِيْحًا مُعَارِضًا لِلآخَرِ
“Aku berkata: “Ini bagus *tetapi dengan syarat orang yang berbicara hadits tersebut adalah imam yang sedarjat dengan kedua imam tersebut*, seperti Imam Malik, atau Sufyan, atau al-Auzai, dan juga haditsnya ditetapkan dan selamat dari illat (cacat yang melemahkan hadits), serta hujjahnya Imam Abu Hanifah dan Imam asy-Syafi’i bukan hadits shahih yang menentang hadits lain”.

Takhrij huffazh hadith terhadap kitab fikih, misalnya hadith-hadith dalam al-Wajiz karangan Imam Rafi’i, hadith yang dibawakan oleh Imam Ar Rafi’i belum tentu hujjah yang digunakan oleh Imam Syafi’i. Lebih jauh masalah ini telah dibahas oleh Syaikh Muhaddith Muhammad Awwamah dalam kitabnya, Atsar al-Hadith
asy-Syarif fi Ikhtilaf al-Fuqaha.
19. *Pertanyaan 2 dari Rozaimi*: “Adakah tidak bersetuju bermaksud menghina? Jika SBN tidak bersetuju dengan Maliki, adakah SBN menghina Imam Malik?”

Jawapan ARG:
Jika tidak bersetuju dalam dengan berhujah mengatakan Imam Malik tidak tahu dalil, Imam Malik tidak tahu kesahihan Hadith, pendapat Imam Malik jauh dari sunnah dan yg sewaktu dengannya tambah pula yang mengatakan begini pula orang yang langsung bukan mujtahid malah jauh sekali dari darjat mujtahid, maka ia termasuk satu penghinaan, apakah Rozaimi termasuk dalam konteks ini?jika tidak termasuk dalam konteks ini kenapa terlalu emosi? kalau tidak makan cili mana boleh kita rasa pedasnya?
Namun, berbeza pendapat dalam masalah furu’, misalnya lebih memilih pendapat ulama yang tidak mensunahkan melafalkan niat shalat atau puasa adalah boleh. Yang tidak boleh adalah berbeza pendapat dengan mengatakan bahawa pendapatnya lebih tepat dan lebih sesuai dengan sunnah dan pendapat yang tidak dia pilih dianggap tidak faham sunnah dan bidaah sesat. Apatah lagi dengan sombong ikut mentarjih pendapat fuqaha padahal dia hanya pelajar hadith yang ilmunya tidak wajar untuk disejajarkan dengan ulama.

20. *Pertanyaan 3 dari Rozaimi*: “Jika semua pandangan mujtahid ada hadithnya walau tidak ditulis langsung dalam kitab, bagaimana mahu kita tarjihkan khilaf mereka? Kita mahu ikut siapa kerana mereka semua ada hadith? Bagaimana jika Syiah kata mereka juga ada hadith tetapi tidak ditulis dalam kitab? Wajibkah menerimanya?

Jawapan ARG:
Yang dimaksudkan dengan “kita tarjihkan” ini siapa? Rozaimi kah? Apakah anda telah mampu mentarjih aqwal mujtahidin? Jika tidak mampu kenapa terlintas soalan seperti ini? Hebat sekali jika demikian!

21. Ibnu Qayyim dalam I’lam al-Muawaqqi’in (I/44) mengutip ucapan Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah, berkata:
إِذَا كاَنَ عِنْدَ الرَّجُلِ الكُتُبُ المُصَنَّفَةُ فِيْهَا قَوْلُ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَاخْتِلاَفُ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِيْنَ فَلاَ يَجُوْزُ أَنْ يَعْمَلَ بِمَا شَاءَ وَيَتَخَيَّرُ فَيَقْضِي بِهِ وَيَعْمَلُ بِهِ حَتَّى يَسْأَلَ أَهْلَ العِلْمِ مَا يُؤْخَذُ بِهِ فَيَكُوْنُ يَعْمَلُ عَلَى أَمْرٍ صَحِيْحٍ
“Jika seseorang mempunyai beberapa kitab karangan yang disana terdapat sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, khilafiyyah para shahabat dan tabi’in, maka ia tidak boleh sekehendaknya mengamalkan, memilih dan kemudian memberikan putusan dengan itu semua, sampai ia mahu bertanya kepada ahli ilmu; mana yang boleh diambil. Jika demikian ia telah menjalankan sesuatu yang benar”.
22. Pertanyaan Rozaimi *“Kita mahu ikut siapa kerana mereka semua ada hadith?”* menunjukkan indikasi tahap pertanyaan bahawa Rozaimi tidak mengetahui manhaj istinbath ulama mujtahidin. Taqlid boleh kepada siapa pun mujtahid dan mereka pasti memiliki hujjah masing-masing, baik daripada al-Qur’an atau sama-sama ada hadithnya. Dan itu tidak menghalangi hukum taqlid.

Kami akan bagi contoh: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kepada shahabat Ammar bin Yasir radhiyallahu ‘anhu ketika junub dan tidak menemukan air:
إِنَّمَا كاَنَ يَكْفِيْكَ أنْ تَقُوْلَ هَكَذَا وَضَرَبَ بِيَدَيْهِ الأَرْضَ فَنَفَضَ يَدَيْه ِفَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَيْهِ
“Cukup bagimu melakukan ini, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menepukkan kedua telapak tangannya ke tanah, lalu meniupnya, kemudian mengusapkan ke wajah dan kedua telapak tangan” (HR. Bukhari Muslim)
23. Imam an-Nawawi dalam Syarah Muslim (IV/61) setelah mengutip hadits Ammar radhiyallahu ‘anhu diatas berkata:
فِيْهِ دَلاَلَةٌ لِمَذْهَبِ مَنْ يَقُوْلُ يَكْفِي ضَرْبَةٌ وَاحِدِةٌ لِلْوَجْهِ وَالكَفَّيْنِ جَمْيْعًا وَلِلاَخَرِيْنَ أَنْ يُجِيْبُوا عَنْهُ بِأَنَّ المُرَادَ هُنَا صُوْرَةُ الضَّرْبِ لِلتَّعْلِيْمِ وَلَيْسَ المُرَادُ بَيَانُ جَمِيْعِ مَا يَحْصُلُ بِهِ التَّيَمُّمُ وَقَدْ أَوْجَبَ اللهُ تَعَالىَ غُسْلَ اليَدَيْنِ إِلىَ الْمِرْفَقَيْنِ فِي الوُضُوْءِ ثُمَّ قَالَ تَعَالىَ فِيْ التَّيَمُّمِ فَامْسُحُوْا بِوُجُوْهِكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ وَالظَّاهِرُ أَنَّ الْيَدَ المُطْلَقَةُ هُنَا هِيَ الْمُقَيَّدَةُ فِيْ الوُضُوءِ فِي أَوَّلِ الآيَةِ فَلاَ يُتْرَكُ هَذَا الظَّاهِرِ اِلاَّ بِصَرِيْحٍ
“Hadits ini menunjukkan dukungan terhadap madzhabnya orang yang mengatakan cukup dengan satu tepukan untuk wajah dan kedua telapak tangan. Dan ulama yang lain menjawab bahawa tayammum yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah sekadar contoh ta’lim,dan bukan penjelasan praktikal tayammum yang sebenarnya. Allah mewajibkan membasuh kedua tangan sampai kedua siku dalam wudhu, kemudian berfirman dalam tayammum (artinya): “sapulah mukamu dan tanganmu”. Dan lahiriyyahnya tangan (yang diucapkan) yang mutlak disini dikehendaki tangan yang diqayidi (sampai siku, pent.) dalam wudhu diawal ayat. Dan lahiriyyah ini tidak ditinggalkan kecuali dengan sesuatu yang jelas”.

24. Beliau dalam al-Majmu’ syarah al-Muhadzdzab (II/221) berkata, bahwa madzhab asy-Syafi’i memutuskan wajib tayammum sampai siku adalah terdapat banyak dalilnya. Dan yang paling dekat dengan pemahaman adalah ayat:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai siku..... lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik, sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah” (QS. Al-Maidah: 6)

25. Penjelasannya, ayat awal menunjukkan praktik wudhu yang wajib membasuh kedua tangan sampai siku (dalam ushul fiqih disebut muqayyad). Ayat selanjutnya menerangkan praktik tayammum yang mesti mengusap wajah dan kedua tangan, tanpa menjelaskan sampai batas manakah yang diusap (dalam ilmu ushul disebut muthlaq). Dan sebagaimana telah maklum dalam kaedah ushul, jika lafazh yang bersifat muthlaq harus dimaksudkan yang muqayyad ketika keduanya terhimpun. Apa lagi itu semua termaktub dalam satu ayat. Dengan begitu, usapan tangan pada ayat tayammum adalah sama ketentuannya dengan usapan tangan pada ayat wudhu’ yang mesti sampai siku.

26. Dalam al-Badr al-Munir (II/643), Ibnu Mulaqqin mengutip dari al-Baihaqi dalam al-Ma’rifah, berkata bahwa Imam asy-Syafi’i rahimahullah berkata:
اِنَّمَا مَنَعَنَا اَنْ نَأْخُذَ بِرِوَايَةِ عَمَّارٍ فِيْ الوَجْهِ وَالكَفَّيْنِ ثُبُوْتُ الحَدِيْثِ عَنِ النَّبِيّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انَّهُ مَسَحَ وَجْهَهُ وَذِرَاعَيْهِ وَاَنَّ هَذَا أَشْبَهُ بِالقُرْآنِ وَالقِيَاسِ وَفِى اَنّ البَدَلَ مِنَ الشَّيئْ يَكُوْنُ
“Kenapa kami tidak mengambil hadits Ammar bin Yasir yang mengusap wajah dan kedua tapak tangan, kerana terdapat hadits Rasulallah shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa beliau mengusap wajah dan kedua lengannya. Dan ini lebih serupa kepada al-Qur’an dan qiyas yakni yang mengganti (tayammum) mesti sama dengan yang diganti (wudhu)”.
Kemudian al-Baihaqi berkata, bahawa hadits Ammar lebih shahih (tsubut) dari hadits tentang mengusap dua lengan, akan tetapi hadits mengusap dua lengan adalah hadits bagus kerana beberapa syahid penguat.
Imam asy-Syafi’i rahimahullahdan al-Hafizh al-Baihaqi berkata: “Kami mengambil hadits mengusap dua lengan kerana lebih selari dengan zahiriah al-Qur’an dan qiyas yang lebih hati-hati”.
27. Pertanyaan Rozaimi *“Bagaimana jika Syiah kata mereka juga ada hadith tetapi tidak ditulis dalam kitab? Wajibkah menerimanya?”* Innalillah.. bagaimana mungkin Syiah Rafidhah di samakan dengan imam mujtahid yang tsiqah dan pembawa agama ini? Soalan tahap apa ini?

Rasulullah bersabda:
يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ، ينفون عنه تحريف الغالين ، وانتحال المبطلين ، وتأويل الجاهلين
Sebagaimana artikel sebelumnya, kami nukil kembali ucapan al-Baihaqi dalam Manaqib asy-Syafi’i (II/154). Beliau bercerita:
قال أبو أيوب حميد بن أحمد البصري، قال: كنت عند أحمد بن حنبل نتذاكر في مسألة، فقال رجل لأحمد: يا أبا عبد الله لا يصح فيه حديث، فقال: أن لم يصح فيه حديث ففيه قول الشافعي، وحجته أثبت شيء، ثم قال: قلت للشافعي: ما تقول في مسألة كذا وكذا ؟ قال: فأجاب فيها، فقلت: من أين قلت ؟ هل فيه حديث أو كتاب ؟ قال: بلى، فنزع في ذلك حديثًا للنبي - صلى الله عليه وسلم - وهو حديث نص
Imam Ahmad bin Hanbal pun tidak tahu hujjah Imam Syafi’i dan beliau mengikutinya dan percaya. Walaupun Rozaimi berusaha bersungguh-sunnguh mengaburkan maksudnya.

28. *Pertanyaan 4 dari Rozaimi*: “Mengapa SBN begitu emosi bila orang ikut madzhab lain dalam beberapa isu?”
Jawapan:
Mungkin beliau marah kerana ada seorang yang baru mempunyai sedikit pengetahuan hadith tetapi sudah *berani mentarjih* dan menganggap “tidak sunnah” ulama lain yang tidak selari. Bukan masalah khilafiyyahnya tapi sikap dan perilakunya. Bukankah Ahlussunnah lah yang menganggap khilafiyyah sebagai rahmat, bukan sebagaimana kaum Wahabi?

29. *Pertanyaan 5 dari Rozaimi*: “Jika pandangan mujtahid ada hadithnya yang kita tidak tahu, mengapa Imam Syafi’i mengkritik gurunya, Imam Malik yang juga mujtahid?”

Jawapan:
Ini pertanyaan orang yang tidak mengetahui methodologi istinbath para imam mujtahid. Perbezaan mujtahid terhadap satu pandangan hukum kadangkala berbeza analisis. Misalnya mujtahid pertama menggunakan hadith yang shahih menurutnya, tetapi mujtahid lain mengganggap hadithnya mansukh, dhaif, dan lain-lain. Jadi kritikan ilmiyyah atau fatwa istinbath adalah hal biasa. Juga baca kenyataan Imam Az Zahabi yang kami telah lampirkan pada point nombor 18. Baca berulang kali dengan perlahan kemudian lihat cermin.

30. Setelah membaca soalan-soalan Rozaimi dan jawapan ARG, pembaca pasti tahu kenapa kami letakkan tajuk artikel kali ini dengan tajuk "Pertanyaan Kadang Menunjukkan Tahap Kecerdasan Seseorang"

Disediakan Oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

sumber: https://www.facebook.com/ARG.johor/posts/1591866850844219