Penjelasan Bid'ah : ASWJ - MSO D22
1.36K subscribers
240 photos
3 videos
14 files
426 links
Group perbincangan isu khilafiyah / bid'ah di link ini: https://t.me/mso_bidaah

Link senarai group/channel MSO yang lain :
https://t.me/madrasahsunnionline_MSO/557
Download Telegram
Ramai pihak sedang rancak mengulas isu "MUFTI WILAYAH". Ramai yang tak faham isu, turut sama mau komen. Hrm... inilah tabiat orang kita. Tak tau hujung pangkal tapi dah komen berjela-jela. Antara soalan yang sering diajukan kepada saya, "Betulkah Mufti Wilayah tu Wahabi?" Untuk menjawab persoalan ini, saya lebih suka melihat dari sudut perundangan Islam dalam negara tanpa saya melabel Sahibus Samahah Dato Mufti yang saya sayangi sebagai Wahabi. Ya, saya tidak melabel beliau dengan gelaran itu. Minta kalian baca sampai habis.

1. Saya ingin memetik keputusan Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam yang bersidang pada 21-24 Oktober 2014 yang memutuskan bahawa dari segi perundangan Islam di Malaysia, Ahli Sunnah wal Jamaah adalah mazhab rasmi negara. Aliran Syiah serta Salafi Wahabi adalah tidak selari dengan Ahli Sunnah wal Jamaah. Kedua-dua aliran ini boleh mendatangkan perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

2. Panel Fatwa Jakim pula memutuskan, “Sejak 1000 tahun lebih, aliran yang menjadi peneraju kepada penafsiran Ahli Sunnah wal Jamaah dalam bidang Akidah ialah Asyairah dan Maturidiah manakala dalam bidang Fiqh ialah empat mazhab utama iaitu Syafii, Hanafi, Maliki dan Hanbali.

3. Semua negeri berpegang teguh dengan keputusan ini kecuali Perlis. Wilayah Persekutuan juga mewajibkan fatwa-fatwa yang dikeluarkan mestilah berpegang kepada qaul muktamad dalam mazhab Syafii dan meraikan mazhab yang lain.

4. Akta 505: Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 mengandungi:

Seksyen 39 -
1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah Seksyen 34, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah Seksyen 38, Mufti hendaklah pada lazimnya mengikuti pandangan-pandangan diterima (qaul Muktamad) Mazhab Syafii.

2) Jika Mufti berpendapat bahawa, dengan mengikuti qaul muktamad dalam Mazhab Syafii akan membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, maka Mufti bolehlah mengikut qaul muktamad dalam Mazhab Hanafi, Maliki atau Hanbali.

3) Jika mufti berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad dalam empat mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana mazhab yang empat itu.

5. Dalam Undang-undang Negeri Selangor pula, ayatnya hampir sama, cuma menggunakan perkataan “Jawatankuasa Fatwa” bagi menggantikan perkataan “Mufti.”

6. Baik, setelah kita faham undang-undang, barulah kita boleh ulas isu. Beberapa pihak tidak bersetuju dengan fatwa mahupun tindakan Mufti Wilayah dalam beberapa perkara kerana ia tidak menepati Akta 505: Akta Pentadbiran Undang-undang Islam WP 1993 dan Muzakarah Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan. Contohnya:

i) Isu penggunana inhaler - mufti kata tak batal tapi qaul muktamad mazhab kata batal.
ii) Mensyirikkan istighasah - ini persoalan ikhtilafiah yang ulama dah bahas. Ada ulama yang mengharuskannya.
iii) Isu bom serangan berani mati - mufti kata harus.
iv) Merujuk tokoh-tokoh Wahabi dan al-Qaeda dalam mengeluarkan pendapat sedangkan JAKIM telah memfatwakan bahasa IS, Salafi Jihadi sebagai terpesong.

7. Selain itu, dikhuatiri fatwa-fatwa yang diwartakan oleh “mufti” sebenarnya disediakan oleh staf pejabat yang cenderung kepada fahaman Wahabi (contohnya Fahmi Rusli). Ini dapat dilihat daripada fatwa-fatwa mutaakhir yang banyak cenderung kepada fahaman “ghair muqallid” dan memetik tokoh-tokoh Wahabi seperti Soleh Uthaimin dan Ben Baz. Apa tujuan petik nama mereka ini? Adakah mereka mujtahid dalam mazhab yang empat?
8. Mufti Wilayah juga memberikan kebenaran dan tauliah mengajar kepada beberapa orang tokoh Wahabi seperti Bilal Philips yang menyokong “pengebom berani mati” dan dilarang masuk ke USA, UK, Australia, Germany, Czech, Bangladesh, Philippines dan Kenya. Begitu juga, ada pihak mempersoalkan, kenapa Dato Mufti memberi tauliah kepada Asri Sobrie yang jelas membawakan fahaman Wahabi Takfiri. Begitu juga pemberian kebenaran berceramah kepada Khalid Basalmah yang kontroversi. Tiga nama di atas adalah contoh tokoh Wahabi yang diberi keizinan oleh Dato Mufti.

9. Sahibus Samahah juga gemar memberi muka kepada asatizah berfahaman Wahabi untuk mengadakan program-program mereka di Kuala Lumpur dan Dato SS sendiri seringkali menyertai mereka.

10. Atas sebab inilah (dan banyak lagi isu yang panjang untuk ditulis di sini), maka beberapa pihak yang menyayangi institusi mufti tidak mahu institusi ini gagal dalam mempertahankan Ahli Sunnah wal Jamaah. Mufti WPKL sewajarnya bertugas selaras dengan peruntukan enakmen WPKL, memperkasa keputusan fatwa kebangsaan dan turut menghormati fatwa-fatwa negeri lain, bukannya hanya mengemukakan idea pemikiran peribadi yang bercanggah dengan mufti-mufti lain.

11. Mufti juga hendaklah dilantik dari kalangan mereka yang berpegang teguh dengan manhaj Ahli Sunnah wal Jamaah: Ashairah & Maturidiyyah, bermazhab Syafie dan berpegang kepada tasawwuf yang muktabar, bukannya terdiri dari manhaj campuran dan bias pemikiran tertentu.

12. Saya menulis kerana sayangkan institusi mufti. Saya akhiri dengan meminjam ungkapan yang pernah dikatakan oleh Imam az-Zahabi kepada gurunya Syaikh Ibnu Taimiyah kerana tidak sependapat dengan gurunya dalam beberapa perkara.
“Sahibus Samahah kami kasihi. Tapi, kebenaran itu lebih kami kasihi.”

Muhammad Mikael,
...kurela dibenci demi akidah yang kusayangi...

source: https://www.facebook.com/muhammad.mikael.963/posts/441613459550792
Keilmuan Imam Syafi'i Diiktiraf dan Diperakui Ulama':

Abu Syamah, guru dari Imam al-Nawawi mengatakan :

“Sesusungguhnya Syafi’i membangun mazhabnya berdasarkan Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW serta nadhar shahih yang merujuk kepada keduanya.Walaupun ia tidak ma'sum dari lupa.”

[Al-Subki, Ma’na Qaul al-Imam al-Muthallabi “Idza Shahha al-Hadits Fa huwa Mazhabi”, Muassasah Qurthubah, Hal. 101]

Sudah sangat ma’ruf bahwa Imam Syafi’i adalah orang yang paling semangat dalam ittiba’ atau mengikuti petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dan beliau juga adalah orang yang sangat keras pada orang yang membantah sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Lihat saja perkataan beliau pada orang yang menentang ajaran Rasul –shallallahu ‘alaihi wa sallam-.

Ar Rabie’ (murid Imam Syafi’i) bercerita, Ada seseorang yang bertanya kepada Imam Syafi’i tentang sebuah hadits, kemudian (setelah dijawab) orang itu bertanya, “Lalu bagaimana pendapatmu?”, maka gemetar dan beranglah Imam Syafi’i. Beliau berkata kepadanya,

أَيُّ سَمَاءٍ تُظِلُّنِي وَأَيُّ أَرْضٍ تُقِلُّنِي إِذَا رَوَيْتُ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ وَقُلْتُ بِغَيْرِهِ

“Langit mana yang akan menaungiku, dan bumi mana yang akan kupijak kalau sampai kuriwayatkan hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam kemudian aku berpendapat lain…!?”

[Hilyatul Auliya’, 9: 107.]
Kepada sebahagian pihak yang Share status di bawah dan mengatakan al-Jabbanah adalah "tanah lapang", berikut penjelasan pentahqiq kitab.

--
Pentahqiq kitab tersebut (al-Ustaz Said Lahham) menulis keterangan berupa nota kaki dengan tanda nombor (4) tentang makna "Jabbanah":

(4) الْجَبَّانَةُ : الْمَقْبَرَةُ

“al-Jabbanah: Pemakaman (Kuburan)”

Syeikh al-Sindi juga memperkuatkan

الْجَبَّانُ وَالْجَبَّانَةُ بِالتَّشْدِيْدِ : الصَّحْرَاءُ وَالْمَقْبَرَةُ أَيْضاً لِأَنَّهَا تَكُوْنُ فِي الصَّحْرَاءِ (مسند الشافعي ترتيب السندي – ج 0 / ص 470)

“Jabban dan Jabbanah adalah tanah lapang, juga kuburan. Sebab kuburan berada di tanah lapang.” (Musnad al-Syafie, 10/470)

--
Dari facebook ustaz mohd rahmat md ali
NABI SAW ZIARAH KUBUR HARI RAYA
(Ijtihad Imam Badruddin al-aini)

Imam Badruddin al-aini w855h , Pensyarah Sahih Al-Bukhari dalam kitab nya Umdatul qari, ketika mensyarahkan hadis Nabi saw yang pulang dengan jalan yang berbeza dari solat Aidilfitri, beliau menyebut 20 hikmah dari perbuatan Baginda saw tersebut,salah satu hikmahnya ialah;

ليزور أَقَاربه الْأَحْيَاء والأموات.

'Iaitu untuk Baginda saw menziarahi kerabat Baginda yang hidup dan yang mati'.

Penjelasan ini menunjukkan Baginda saw menziarahi kubur ketika pulang dari solat Aidilfitri. Ini adalah ijtihad dari ulamak muktabar dari kalangan muhaddisin,juga sejarahwan setaraf dan sezaman dengan Imam Ibn Hajar Al-asqalani.

Sumber : ustaz Mazrisyam
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1441968862508534&id=100000863032109
Tabien pun melakukan ziarah kubur pada Hari Raya:

عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ قَالَ صَلَّيْتُ الْفَجْرَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فِي يَوْمِ الْفِطْرِ فَإِذَا أَبُوْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَعَبْدُ اللهِ بْنُ مَعْقِلٍ فَلَمَّا قَضَيْنَا الصَّلَاةَ خَرَجَا وَخَرَجْتُ مَعَهُمَا إِلَى الْجَبَانَةِ. (4) مصنف ابن أبي شيبة – (ج 2 / ص 70)

“Daripada Atha’ bin Saib dia berkata: “Saya salat Subuh di masjid ini di Hari Raya Fitri, ternyata bertemu Abu Abdirrahman dan Abdullah bin Ma’qil. Setelah kami melakukan salat, keduanya keluar, saya juga keluar bersamanya, #menuju #ke #kuburan.” (Mushonnaf Ibni Abi Syaibah, 1/70)

Sumber: ustaz Mohd Rahmat Ali
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=562741047447119&id=100011336851840
Hari ini Hari Rabu.

Dalam Bahasa Melayu nama hari-hari dalam seminggu diambil dari Bahasa Arab: Ahad dari ahad (أحد), Isnin dari ithnayn (اثنين), Selasa dari thalaatha (ثلاثاء), Jumaat dari jum'ah (جمعة). Tapi kenapa Rabu dipanggil rabu bukannya arba'a (أربعاء‎)?

Rabu (رابو) berasal dari dialek orang Yaman. Di Yaman ada Suq ar-Rabu iaitu pasar yang buka pada setiap hari Rabu.

Apa kena mengena Yaman dengan Melayu?

Orang Arab Hadrami dari Hadramaut, Yaman, terutamanya Ba'Alawi (Bani Alawi: golongan sayyid berketurunan Alawi bin Ubaidillah bin Ahmad al-Muhajir dari nasab Rasulullah SAW) adalah ejen pengislaman Nusantara (Alam Melayu).

Wali Songo adalah dari Ba'Alawi. Itu sebabnya kita bermazhab Syafi'i. Ba'Alawi bermazhab Syafi'i dan beritikad dengan akidah Asy'ariyah.

Selain Islam, Arab Hadrami juga memperkenalkan kepada masyarakat Melayu khazanah budaya Yaman seperti zapin. Dari abjad Jawi, amalan tahlil hingga ke takbir raya yang syahdu, semuanya mempunyai asal usul dari budaya Yaman.

Jadi, hanya orang yang jahil dengan sejarah bangsa akan keluarkan kenyataan seperti:

'Orang Melayu je yang bertakbir berdayu-dayu, tak semangat macam orang Arab'
'Orang Melayu je yang raya sakan macam ini, orang Arab raya sehari je'
'Orang Melayu je yang baca tahlil, orang Arab tak buat'
'Islam orang Melayu banyak sangat campur dengan adat'

Ke-Arab-an nenek moyang orang Melayu adalah ke-Arab-an para ulama dan awliya dari Yaman, memanglah nampak 'tak macam Arab' kalau nak dibandingkan dengan Arab Badwi Najdi yang mengawal Haramain sekarang.

Arab Badwi Najdi bukan piawaian ke-Arab-an mahupun ke-Islam-an sesuatu bangsa. FYI, nenek moyang anda mungkin lebih Islamik berbanding anda.

Tahu kenapa baju Melayu berbutang lima? Kenapa atap masjid style lama ada tiga tingkat?

Tahu tak perkataan bernas berasal dari istilah nas (نصّ), petua dari fatwa (فتوى), perlu dari fardu (فرض)? Orang dahulu tak percaya kata-kata seseorang sehingga orang itu cakap ber-nas (Al-Quran dan hadis-hadis).

Orang Melayu dahulu betul-betul menjadikan Islam sebagai al-Din (cara hidup). Dari bahasa, pakaian, makanan, seni bina hingga sastera semua dah sebati dengan Islam.

Orang yang jahil tentang sejarah dan warisan bangsa saja akan condemn budaya Melayu itu ini, terutamanya 'born again Muslims'.

Fahami, hayati dan hargailah warisan Ahlus Sunnah Wal Jamaah beraliran Syafi'i-Asy'ari yang menjadikan Nusantara bumi yang rahmat dan berkah sejak 1000 tahun yang lalu lagi. Jangan asal Melayu je, condemn.

Sumber : facebook Ayman Rasydan Wong
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207143046614149&id=1821685114
-SAYYIDAH AISYAH TANGGUH PUASA GANTI SEBAGAI HUJAH TIDAK BOLEH PUASA GABUNG?-

Sebahagian ulama berpendapat bahawa tidak sah digabungkan antara puasa sunat dan qada’(ganti) berdasarkan amalan Sayyidah Aisyah Radiyallahu ‘anha yang melewatkan puasa qada’ beliau pada bulan Sya’ban, seperti yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Aisyah berkata:

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان، لمكان النبي صلى الله عليه وسلم. متفق عليه.

Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba dan itu kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Berdasarkan riwayat di atas, Sayyidah Aisyah RA seorang yang kuat ibadah termasuklah berpuasa, tidak mungkin beliau meninggalkan puasa 6 Syawal. Penangguhan puasa qada’ oleh Aisyah RA menunjukkan bahawa beliau tidak mengabungkan antara puasa qada’ dan 6 Syawal. Jika Aisyah menggabungkan kedua-duanya nescaya beliau tidak perlu menangguh puasa gantinya.

Namun pendapat yang berdasarkan hadith Sayyidah Aisyah merupakan pentakwilan dari yang mana ia tidak disokong oleh dalil yang jelas dan nyata. Selagi tiada bukti yang nyata maka ia bukan sebagai hujah yang mana ia masih boleh dijawab oleh ulama yang mengharuskan gabungan antara dua puasa, antaranya:

1) Tiada riwayat yang jelas lagi nyata yang membuktikan Sayyidah Aisyah Radiyallahu ‘anha berpuasa enam dahulu kemudian berpuasa ganti pada bulan Syaaban. Ia merupakan pentakwilan melalui cara hidup Sayyidah Aisyah yang kuat beribadah, namun ia masih memerlukan bukti melalui riwayat yang jelas.

2) Jika tiada riwayat yang menyokong maka berkemungkinan besar juga Sayyidah Aisyah tidak sempat berpuasa enam kerana sibuk melayani Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Fakta ini disokong dengan kenyataan Imam Ibn Hajar al-Asqalani di dalam karangannya yang berjudul Fath al-Bari:

استدل به على أن عائشة كانت لا تتطوع بشيء من الصيام لا في عشر ذي الحجة ولا في عاشوراء ولا غير ذلك وهو مبني على أنها كانت لا ترى جواز صيام التطوع لمن عليه دين من رمضان

Maksudnya: “Dijadikan ia sebagai dalil(Hujah) bahawa Aisyah tidak berpuasa sunat satu pun samaada puasa 10 Dzul Hijjah, 10 Asyura dan selain dari itu. Ini berdasarkan beliau tidak melihat(berpendapat) keharusan berpuasa sunat bagi sesiapa yang mempunyai hutang puasa Ramadan”.

3) Meskipun Sayyidah Aisyah dikenali sebagai wanita yang rajin berpuasa, tidak bermakna bahawa beliau tidak pernah meninggalkan puasa-puasa sunat seperti puasa enam. Baginda sendiri sangat kuat beribadah pernah beberapa kali meninggalkan beberapa jenis solat sunat antaranya solat Duha. Maka di sini juga tiada riwayat yang jelas menyatakan Sayyidah Aisyah tidak pernah meninggalkan puasa sunat enam.

4) Riwayat ini juga tidak semestinya berlaku setiap tahun, mungkin ia sering berlaku dalam kehidupan Aisyah namun ia tidak semestinya berlaku sepanjang kehidupan beliau bersama Baginda. Berkemungkinan juga adakala Sayyidah Aisyah pernah menggantikan puasa beliau di awal waktu sejurus setelah Ramadan atau bulan-bulan lain selain Syaaban.

5) Disebabkan tiada riwayat yang jelas untuk menyokong maka wujudlah pelbagai kebarangkalian(ihtimalat) yang mungkin berlaku.

Walaubagaimana sepertimana yang saya nyatakan pada artikel saya yang lalu, permasalahan boleh gabung puasa ganti dan sunat adalah isu khilaf di kalangan ulama, ia merupakan khilaf yang muktabar. Namun kedua-dua pihak bersepakat jalan yang terbaik ialah dibuat secara berasingan.

Hujah-hujah dilampirkan di sini bukanlah untuk merendah-rendahkan pendapat yang tidak membenarkan gabungan puasa. Ia hanya sekadar menjelaskan setiap pandangan fuqaha' ada hujah tersendiri.

Wallahu A'lam

Sumber:
Abu Ruqayyah Ba 'Alawi
Facebook Ustaz Syed Shahrizan
https://m.facebook.com/syed.shahridzan/posts/10155469851379801
[Kritikan Ilmiah Terhadap Artikel "Jawapan Kepada Syeikh Berserban Berkaitan Isu Hadis dan Kritikannya Kepada Pemegang PHD Hadis"]

1. ARG Johor mendapat permintaan untuk mengulas secara ilmiah artikel yang dikatakan ditulis oleh seorang individu yang pernah meng 'upload' sijil phd di facebook dan sering muncul perkataan phd di wall beliau hingga seluruh nusantara (mungkin) sudah mengetahui beliau mempunyai phd. Bagi meraikan budaya kritis, ilmiah dan beradab, ARG Johor mengambil Inisiatif (walaupun sibuk dengan jemputan-jemputan rumah terbuka) untuk mengulas secara ilmiah artikel tersebut.

2. Setelah beberapa kali membaca, menganalisis dan mengkaji artikel tersebut, ARG Johor menyimpulkan artikel tersebut ditulis dengan penuh emosi, emosi menyebabkan kemarahan, dan kemarahan yang tidak sepatutnya menyebabkan manusia melakukan kesilapan demi kesilapan.

3. Ini kerana selain ada beberapa tulisan dengan nada sindiran, tulisan panjang berjela yang bukan poin utama, terdapat juga sekitar 5-6 kesalahan ilmiah yang ARG berjaya kesan dari penulisan artikel tersebut, dalam bahagian ini ARG akan menulis kritikan ilmiah terhadap beberapa kesalahan.

Kesilapan Pertama: Bukan Ucapan Suyuthi

4. Kesilapan pertama ialah Rozaimi menukil dari kitab al-Fawaid al-Maudhu’ah (I/69) karya Mur’i al-Karmi al-Hanbali, bahawa ucapan berikut ini adalah ucapan Imam Suyuthi:

وأما الآن فالعمدة على الكتب المدونة فمن جاء بحديث غير موجود فيها فهو رد عليه وإن كان من أتقى المتقين

“Adapun sekarang ini, yang dibuat pedoman adalah kitab-kitab yang telah dibukukan. Maka barang siapa yang mendatangkan hadith yang tidak wujud dalam kitab-kitab yang dibukukan, maka hadith tersebut dikembalikan kepada yang membawanya (ditolak) walaupun dia seorang yang paling bertaqwa”.

5. Rozaimi kurang teliti. Yang sebenarnya, ucapan yang dibuat dalil Rozaimi di atas adalah ucapan Syaikh Mur’i al-Karmi al-Hanbali yang menyambung (tafri’) atau mentafsirkan ucapan Imam Suyuthi.

Berikut ini adalah ucapan lengkap Imam Suyuthi dalam kitabnya al-Kawi fi Tarikh as-Sakhawi yang dinukil Syaikh Mur’i al-Karmi:

إن الجرح إنما جوز في الصدر الأول حيث كان الحديث يؤخذ من صدور الأحبار لا من بطون الأسفار فاحتيج إليه ضرورة واما الآن فالعمدة على الكتب المدونة غاية ما في الباب انهم شرطوا لمن يذكر الآن في سلسلة الاسناد تصونه وثبوت سماعه بخط من يصلح عليه الاعتماد

Kesilapan Kedua: Tidak Memahami Konteks Ucapan Pandangan faqih pasti ada hadith-nya

6. Kesilapan kedua Rozaimi, iaitu berkenaan Ucapan Syaikh Nuruddin “Pandangan faqih pasti ada hadith-nya walaupun tidak ada dalam kitab hadith yang dicetak sekarang ini”.

Ucapan Syaikh Nuruddin ini boleh kita faham dengan dua maksud:

I. Semua pasti bersetuju (termasuk Syaikh Nuruddin) bahawa semua hadith yang pernah diriwayatkan sekarang ini telah tertulis dalam kitab-kitab ulama. Tetapi apakah kitab-kitab yang merekod riwayat hadith semuanya pasti tercetak sekarang ini? Jawabnya tentu tidak. Masih banyak manuskrip imam yang mujtahid yang belum tercetak. Jadi, maksud Syaikh Nuruddin adalah ada hadith ahkam yang sanadnya sampai Rasulullah dan tertulis dalam kitab ulama tetapi belum tercetak atau belum diterbitkan sekarang ini sehingga tidak diketahui oleh pentakhrij. Dan ini tidak bercanggah dengan ucapan Syaikh Mur’i al-Karmi al-Hanbali di atas.

II. Atau yang dimaksudkan dengan “faqih” adalah mujtahid seperti Imam Syafi’i, Imam Malik dan lain-lain dan dalilnya dikatakan oleh mujtahid tersebut adalah hadith. Akan tetapi hadith riwayat faqih mujtahid tersebut tidak semestinya tertulis dalam kitab-kitab hadith ulama hadith seperti kutub hadith sittah atau yang lain, karena mujtahid juga memiliki jalur riwayat hadith yang tidak sama dengan jalur atau sanad periwayatan ulama hadith. Apalagi imam madzhab hidup sebelum ulama hadith semisal Imam al-Bukhari, Imam Abu Dawud dan lain-lain.

7. Memang al-Baihaqi pernah berkata:
والحديث كما قال البيهقى : قد جمع في كتب أئمته بحيث لم يفت مجموعهم بشئ منه ، وحينئذ : فمن جاء بحديث لا يوجد عند جميعهم لم يقبل منه

“Hadith, sebagaimana dikatakan al-Baihaqi, telah dikumpulkan dalam kitab-kitab imam hadith, d