PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.5K photos
2.39K videos
2 files
15.8K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
ARTIKEL PILIHAN: RM598,970 KUTIPAN SAMAN TRAFIK BERJAYA DIKUTIP - PENGARAH JSPT

Kuala Lumpur, 24 April 2025 - Sebanyak RM598,970 kutipan saman berjaya dikutip sempena pemberian diskaun pada Jamuan Hari Raya Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, dalam program itu, seramai 950 hadir untuk membayar saman atas kesalahan trafik membabitkan 5,362 saman.

"Malah JSPT turut menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya penggunaan MyDigital ID digunakan secara meluas dalam sebarang urusan pembayaran saman trafik," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1211205/rm598970-kutipan-saman-trafik-berjaya-dikutip

Sumber: Harian Metro

https://www.facebook.com/share/p/158m1ZZ1WK/
ARTIKEL PILIHAN: TUNTUTAN PALSU C4I, PDRM BERI KERJASAMA PENUH KEPADA SPRM - KPN

Kuala Lumpur, 24 April 2025 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung kes tuntutan palsu Perolehan Kontrak Perkhidmatan Penyelenggaraan Sistem Command & Control, Communication & Computer Integration (C4i) yang turut melibatkan dua pegawai polis.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata dua pegawai berkenaan yang berpangkat Superintendan dan Inspektor kini ditahan reman selama tujuh hari bermula pada hari ini.

Tan Sri Razarudin berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman juga telah menjalankan audit kewangan terhadap kontrak C4i pada tahun lepas dan mendapati terdapat pembayaran yang tidak sepatutnya kepada sebuah syarikat sebelum melaporkannya kepada SPRM untuk tindakan lanjut.

"Apa-apa kesalahan membabitkan rasuah yang kita (PDRM) temukan dalam siasatan, kita akan bekerjasama dengan SPRM termasuk dalam kes ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2416515

Sumber: BERNAMA

https://www.facebook.com/share/19EKpQaRMZ/?mibextid=wwXIfr
HARI POLIS KE-218: 120 WARGA PDRM BERAGAMA BUDDHA LAKSANA SEMBAHYANG KHAS UNTUK PASUKAN

Kuala Lumpur, 25 April 2025 - Hampir 120 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk pegawai awam dan pesara polis beragama Buddha menyertai acara sembahyang khas sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di Buddhist Maha Vihara Brickfields, di sini, pagi tadi.

Acara keagamaan itu diketuai oleh Ketua Tertinggi Sami Buddha Malaysia, Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana Nayaka Maha Thero dengan diiringi Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, DCP Datuk Dennis Lim Kwang Keng bersama Penolong Pengarah E3A, Bahagian Ancaman Ekstremis Luar E3, Cawangan Khas Bukit Aman selaku Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Keagamaan Buddha, SAC Goh Saw Khim.

Program yang berlangsung kira-kira dua jam tadi turut disusuli dengan ucapan Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain yang dibacakan oleh DCP Datuk Dennis di Dewan Asoka sebelum majlis penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada Datuk Dr. K. Sri Dhammaratana.

Tidak ketinggalan turut diadakan penyampaian sumbangan kebajikan kepada dua penerima iaitu pesara Inspektor Wong Chee Meng dan wakil pesara Sarjan Au Sem Lim, Puan Au Au Fong.

Hadir sama tadi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian (Perancangan Strategik), Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, ACP Lai Lee Ching, Penolong Pengarah (D5), JSJ Bukit Aman, ACP Cha Hoong Fong dan rakan media.

Jurugambar: Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri

https://www.facebook.com/share/p/1YPD9Rswzw/?mibextid=wwXIfr
[UPDATE] ARTIKEL PILIHAN: SINDIKET PELABURAN MBI CUBA WUJUD EKOSISTEM SENDIRI

Kuala Lumpur, 25 April 2025 - Skim pelaburan Ponzi yang dinamakan pelaburan MBI dikesan mewujudkan ekosistem baharu menggunakan konsep melabur bersama mereka dan mendapat mata ganjaran.

Mata ganjaran itu dikatakan boleh digunakan bagi mendapatkan barangan lain seperti peralatan elektrik, menukar tayar kereta termasuk menggunakan perkhidmatan disediakan sindiket.

Taktik itu digunakan bagi mengaburi mata pelabur supaya mereka dilihat menjalankan pelaburan sah namun di sebaliknya melakukan penggubahan wang haram hasil pelaburan diterima.

Malah seramai 11 juta mangsa dari negara jiran setakat ini tertipu dengan melakukan pelaburan selepas yakin dengan perniagaan dijalankan sindiket.

Kegiatan itu terbongkar menerusi operasi Northern Star yang dijalankan dalam dua siri sejak 21 Mac hingga 21 April lalu dengan penahanan 13 individu berusia 32 hingga 67 tahun termasuk ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri.

Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali, berkata, hasil siasatan mendapati sindiket cuba mewujudkan ekosistem dalam kelompok mereka.

Menurutnya, siasatan mendapati mereka yang melabur akan diberi sejumlah mata ganjaran di mana ia boleh ditebus semula dengan barangan.

"Pelabur akan mengumpul point itu (mata ganjaran) dan apabila cukup mereka boleh tebus sama ada untuk menukar tayar kereta atau membeli barangan elektrik tetapi kedai dan premis terbabit milik syarikat pelaburan itu.

"Taktik itu digunakan bagi meyakinkan pelabur dan ingin menampakkan pelaburan mereka relevan dan orang ramai akan terus melabur," katanya kepada Harian Metro.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1211554/sindiket-pelaburan-mbi-cuba-wujud-ekosistem-sendiri?utm_source=WA-HM&utm_medium=social&utm_campaign=WATraffic

Sumber: Harian Metro

https://www.facebook.com/share/1X8t6npt1M/?mibextid=wwXIfr
KPN HADIR MESYUARAT JPKSN BILANGAN 1 TAHUN 2025

Putrajaya, 25 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Pemantapan Kawalan Sempadan Negara (JPKSN) Bilangan 1 Tahun 2025 yang diadakan di Kompleks Setia Perkasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dimulakan dengan pengesahan minit mensyuarat lepas disusuli dengan sesi pembentangan kertas pertimbangan, pemakluman serta pelaporan situasi keselamatan sempadan negara daripada wakil agensi dan jabatan di bawah KDN.

Turut hadir, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, barisan ketua pengarah agensi di bawah KDN, Timbalan Pengarah Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam Bukit Aman, DCP Dato' Mohamad Suzrin Mohamad Rodhi, Komander Eastern Sabah Security Command Sabah , DCP Datuk Victor Sanjos dan Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar

https://www.facebook.com/share/17jnL7NRm6/?mibextid=wwXIfr
HARI POLIS KE-218: KOMUNITI AGAMA KRISTIAN PDRM ANJUR SEMBAHYANG KHAS DI GEREJA ST MARY'S CHATHEDRAL

Kuala Lumpur, 25 April 2025 – Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218, warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang beragama Kristian telah menganjurkan Upacara Sembahyang Khas Agama Kristian bertempat di Gereja St Mary's Chathedral, Jalan Raja, di sini.

Program yang diadakan saban tahun ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Teknikal/Operasi) Jabatan Logistik dan Teknologi (JLog) Bukit Aman, DCP Gilberd Philip Layang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Penganjur di samping upacara keagamaan tersebut telah dipimpin oleh Paderi, Rev. John Layang.

Selain mengeratkan hubungan silaturrahim antara penganut agama Kristian, majlis yang disertai hampir 150 warga Pasukan itu juga menekankan nilai-nilai kerohanian dan kesejahteraan dalam sanubari setiap pegawai serta anggota PDRM yang hadir ke upacara tersebut.

Yang turut hadir, pesara, DCP Dato' Tan Chong Jin dan Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok Suh Sim.

Jurugambar: Lans Koperal Norkhairunisa Ibrahim dan Lans Koperal Bryanlie Mustin.

https://www.facebook.com/share/1EZSbbtCwN/?mibextid=wwXIfr
KENYATAAN MEDIA PEMANGKU PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAHNARKOTIK (JSJN)


Kejayaan JSJN Bukit Aman Menumpaskan Sindiket PengedaranDadah Jenis Bunga Ganja Bernilai RM 2.64 Juta untuk Pasaran Eropah.


Sumber: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

https://www.facebook.com/share/p/197kYF1F4x/
SIRI PERMAINAN PDRM

Jom lengkapkan perkataan dengan mengisi kotak kosong berdasarkan petunjuk yang telah disediakan. Kongsikan jawapan anda di ruangan komen.

Layari Portal Rasmi PDRM www.rmp.gov.my bagi mencari jawapan!

Jangan lupa untuk nantikan jawapan di ruang komen FB PDRM pada jam 9.00 malam ini.

Selamat mencuba!

#SiriPermainanPDRM
#PolisDirajaMalaysia
#RoyalMalaysiaPolice
#PDRM
#RMP
#25042025

Tinggalkan jawapan anda di ruangan komen di pautan berikut

https://www.facebook.com/share/19SMkhFJ1K/?mibextid=wwXIfr
KPN SERIKAN MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN KDNKA

Subang Jaya, 25 April 2025 - Ketua Polis Negara, (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir menyerikan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA) di Pasukan Gerakan Udara (PGU) Pangkalan Semenanjung, di sini.

Turut memeriahkan majlis tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tiba sekitar jam 3.00 petang dengan disambut oleh Tan Sri Razarudin bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan Pengarah Jabatan KDNKA selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, CP Dato' Sri Azmi Abu Kassim.

Dalam majlis sama, Tan Sri Razarudin bersama Dato' Sri Azmi telah mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution untuk menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada 46 asnaf dan anak istimewa dalam kalangan warga Jabatan KDNKA.

Selain terdapat 13 buah gerai makanan juadah hari raya yang disediakan oleh warga Jabatan KDNKA, turut dipamerkan beberapa aset di bawah elemen jabatan berkenaan antaranya helikopter PGU jenis Eurocopter AS355 Écureuil dan jentera "water cannon" dari Pasukan Simpanan Persekutuan.

Sebelum meninggalkan majlis, Tan Sri Razarudin telah mengiringi Datuk Seri Saifuddin Nasution melawat gerai juadah yang disediakan di samping menyantuni para tetamu yang hadir.

Hadir sama, barisan Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA dan Setiausaha Polis Malaysia SAC Dato' Kamaruzaman Abdullah.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery

https://www.facebook.com/share/15Z6USECMf/?mibextid=wwXIfr