HEBAHAN: SPEAKS PLATFORM ADUAN SALAH LAKU POLIS KINI DALAM TALIAN
Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Digital Negara yang berfungsi sebagai platform digital untuk orang awam membuat aduan berkaitan salah laku anggota polis secara dalam talian.
Ia turut membolehkan semakan status aduan dan penerimaan maklum balas dengan lebih telus serta mempercepatkan proses penyiasatan dalaman melalui penyelarasan antara IPCC dan agensi terlibat.
Orang awam boleh mengakses sistem ini bermula 22 April 2025 melalui pautan speaksipcc.moha.gov.my.
Sumber: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089757889851097&id=100064506887551

VIDEO PILIHAN: KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 8 TAHUN 2025
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 8 Tahun 2025 yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, Putrajaya pada 23 April 2025.
Antara agenda mesyuarat adalah pembentangan oleh wakil setiap jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSrv6TMn8/
Sumber: TikTok PDRMsia_Official
Juruvideo: Konstabel Muhammad Adzha Ahmad Zulkopli
https://www.facebook.com/share/v/1BUVnuq4Ek/

KERATAN AKHBAR PILIHAN: ‘NO BIAS IN OFFICER’S CASE’ - IGP
Kuala Lumpur, 24th April 2025 - The Inspector-General of Police (IGP), Tan Sri Razarudin Husain has rejected claims of double standards in the handling of a case involving a police station chief who was allegedly caught using drugs while partying at a nightclub in Pandan Perdana here recently.
Tan Sri Razarudin said the officer was initially remanded for a day after testing positive for drugs.
He said the decision to transfer the officer to Penang was made only after the investigation report was submitted to the Attorney-General's Chambers.
“There was no preferential treatment in this matter. He was arrested, remanded and an investigation paper was compiled,” Tan Sri Razarudin told the New Straits Times.
Read further on New Straits Times article attached.
https://www.facebook.com/share/p/1BNA6Kavps/

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 255 KES DIREKODKAN DALAM TIGA BULAN
Kangar, 24 April 2025 - Pembanterasan jenayah di perairan sempadan Malaysia-Thailand di Kedah dan Perlis meningkat untuk tiga bulan pertama tahun ini susulan kerjasama pihak berkuasa kedua-dua negara.
Sepanjang tempoh Januari hingga Mac lalu, sebanyak 255 kes direkodkan membabitkan pelbagai kesalahan mengikut akta seperti Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Imigresen 1959/1963, Akta Kanun Keseksaan, Akta Kastam 1967 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.
Ketua Bahagian Operasi/Risik, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu Pulau Pinang, DSP Mirkair Abdul Rasul berkata, dalam tempoh itu, pihaknya melaksanakan 61 operasi pembanterasan jenayah berbanding 246 operasi sepanjang tahun lalu.
Katanya, daripada 255 kes direkodkan itu, nilai rampasan mencecah RM2.9 juta berbanding sepanjang tahun lalu yang merekodkan 681 kes dengan nilai rampasan RM6.7 juta.
“Pemeriksaan berterusan dijalankan dengan 1,635 bot nelayan, kapal layar, bot barter trade, bot pelancong dan penumpang serta kawasan sangkar ikan dilaksanakan pada tiga bulan pertama ini berbanding 5,579 pemeriksaan sama pada seluruh tahun lalu.
“Kita melihat ia meningkat untuk tiga bulan pertama ini disebabkan kerjasama PPM dengan Polis Marin Diraja Thailand (RTMP) dalam penyaluran dan perkongsian maklumat berkait jenayah atau kesalahan dilakukan dalam kawasan perairan sempadan Malaysia-Thailand ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas melakukan tinjauan sempena Program Rendezvous antara PPM Wilayah Satu Langkawi bersama RTMP Wilayah Satun di sekitar perairan Sempadan Malaysia-Thailand di Kuala Perlis di sini, kelmarin.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.
https://www.facebook.com/share/p/18P8tNPnKM/

KERATAN AKHBAR PILIHAN: 69 KOMANDO SIAP SIAGA HADAPI PENGGANAS, SELAMATKAN TEBUSAN
Langkawi, 24 April 2025 - Pasukan elit Polis Diraja Malaysia (PDRM), 69 Komando melaksanakan latihan di perairan bagi mengukuhkan kesiapsiagaan serta meningkatkan keupayaan operasi taktikal dalam menghadapi ancaman keselamatan.
Latihan Dalam Perkhidmatan Maritim Skuadron Alpha 69 Komando Siri 1/2025 bermula pada 14 hingga 21 April lalu itu melibatkan penyertaan seramai 55 pegawai dan anggota.
Diketuai Penolong Skuadron Komander Alpha 69 Komando, Inspektor Muhammad Hazwan Harun dan Terup Komander 3 Skuadron Alpha, Inspektor Mohd. Zulfadli Mazlan, mereka bertanggungjawab menyusun segala strategi serta pelan tindakan simulasi dalam latihan kali ini.
Latihan yang dijalankan merangkumi pelbagai aspek operasi maritim seperti penyusupan masuk melalui pantai dari laut termasuk penyusupan senyap laluan air menggunakan "High Performance Diving Scooter_SBS 730 Rotinor" serta meneutralkan ancaman pengganas dalam situasi menyelamat tebusan.
Bot RHIB Kerambit dan Kapal PLC 5 milik Pasukan Gerakan Marin turut digunakan selain menerima bantuan Unit Dron Pasukan Gerakan Udara bagi menguji keberkesanan peranan teknologi itu dalam melaksanakan operasi di perairan.
Pegawai Turus Kepolisan Am 69 Komando, Superintenden Mohd. Yusof Ariffin berkata, latihan itu merupakan sebahagian inisiatif berterusan untuk menilai kematangan pegawai dan anggota serta memastikan mereka sentiasa berada dalam tahap kesiapsiagaan tertinggi.
"Sebagai Pasukan Khas PDRM, keupayaan kami untuk bertindak pantas dan berkesan dalam pelbagai medan termasuk laut adalah amat penting. Latihan simulasi ini adalah untuk menguji kemampuan taktikal pegawai dan anggota secara menyeluruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.
https://www.facebook.com/share/p/16RhwQaJVM/

#BiarJasaJadiKenangan
POSTING PILIHAN: ANGGOTA BALAI POLIS SUNGAI SENAM BANTU TOLAK KENDERAAN ROSAK
Anggota Balai Polis Sungai Senam, Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh iaitu Koperal Nur'aini Mohd Isa, Lans Koperal Muhammad Syuhail Omar dan Konstabel Siti Zulaikha Baharudin Arif menunjukkan sifat terpuji apabila membantu menolak sebuah kereta yang mengalami kerosakan enjin di Jalan Pekeliling Tasek, Canning Garden, Ipoh, semalam.
Bantuan mereka bukan sahaja berjaya melancarkan semula aliran trafik malah keselamatan pengguna jalan raya yang lain turut dijaga.
Sumber: Polis Daerah Ipoh
https://www.facebook.com/share/p/16ZPfzjznu/

POSTING PILIHAN: PEMANGKU PENGARAH JSJK RASMIKAN BALAI POLIS AJIL
Hulu Terengganu, 24 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa hari ini merasmikan Balai Polis Ajil yang terletak di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu.
Ketibaan Dato' Rohaimi di pekarangan balai disambut oleh Ketua Polis Terengganu, DCP Dato' Mohd Khairi Khairudin bersama Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab.
Majlis disempurnakan dengan sesi menandatangani plak perasmian dan simbolik penanaman pokok oleh Dato' Rohaimi di kawasan balai tersebut.
Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Pemalsuan/Pelaburan Bersindiket) JSJK Bukit Aman, SAC Mohd Mahidisham Ishak, barisan para pegawai kanan, warga IPD Hulu Terengganu dan ahli-ahli Persatuan Keluarga Polis IPD Hulu Terengganu.
Sumber: Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu
https://www.facebook.com/share/p/15ap86L2dq/

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 23 April 2025 (Rabu).
Sebanyak 2,002 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 14 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 46 kes kemalangan dan penurunan dua kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik
https://www.facebook.com/share/p/1BfjPzDrsz/

KPN HADIR MERIAHKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI KDN BERSAMA PERDANA MENTERI
Putrajaya, 24 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir memeriahkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri anjuran Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersama Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berlangsung di pekarangan Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini tengah hari tadi.
Tan Sri Razarudin tiba sekitar jam 12.15 tengah hari dan turut mengiringi ketibaan Dato' Seri Anwar bersama Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman.
Tan Sri Razarudin bersama para tetamu kehormat kemudiannya diiring ke meja santapan dan menikmati pelbagai juadah hari raya yang disediakan khas sempena majlis berkenaan.
Majlis tersebut berjaya menghimpunkan lebih 3,000 warga KDN dan agensinya, sekali gus mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh harmoni.
Sebanyak 14 gerai makanan memeriahkan sambutan, dengan gerai Jabatan Pendaftaran Negara, diumumkan sebagai juara Pertandingan Gerai Paling “Wow”, diikuti Jabatan Imigresen Malaysia di tempat kedua dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di tempat ketiga.
Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, barisan Timbalan KSU KDN, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan dan KP Kelantan, CP Dato’ Hj. Mohd Yusoff Mamat.
Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Konstabel Muhammad Azri Mohd Sabri
https://www.facebook.com/share/p/1HbPYCpy2o/

#BeSmartStayAlert
#LetsFightScammerTogether
[ARTIKEL PILIHAN] JERAT "SCAMMER": 12,110 KES, RM573 JUTA KERUGIAN DIREKODKAN SUKU PERTAMA TAHUN INI
Kuala Berang, 24 April 2025 - Sejumlah RM573 juta kerugian dicatatkan sepanjang suku pertama tahun ini membabitkan jenayah "scam" di negara ini.
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa berkata, ia meningkat berbanding RM519 juta kerugian direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu.
Katanya, ia membabitkan sebanyak 12,110 kes sepanjang suku pertama tahun ini berbanding 10,715 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Secara keseluruhan, beliau berkata, kerugian akibat jenayah "scam" merekodkan jumlah RM1.57 bilion dengan 35,368 kes dilaporkan, juga meningkat RM1.21 bilion (34,495 kes) pada tahun sebelumnya.
"JSJK mengkategorikan kes 'scam' atau penipuan dalam talian kepada enam kategori utama, iaitu jenayah telekomunikasi, e-kewangan, 'love scam', e-dagang, pinjaman tidak wujud dan pelaburan tidak wujud.
"Berdasarkan statistik, kes penipuan dalam talian atau 'scam' mencatat peningkatan saban tahun, baik dari segi jumlah kes mahupun nilai kerugian yang direkodkan.
"Malah, peningkatan kes yang ketara turut direkodkan bagi suku pertama tahun ini berbanding suku terakhir 2024," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Balai Polis Ajil, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1388290/jerat-scammer-12110-kes-rm573-juta-kerugian-direkodkan-suku-pertama
Sumber: Berita Harian
https://www.facebook.com/share/p/1Agx1yPeVT/

ARTIKEL PILIHAN: RM598,970 KUTIPAN SAMAN TRAFIK BERJAYA DIKUTIP - PENGARAH JSPT
Kuala Lumpur, 24 April 2025 - Sebanyak RM598,970 kutipan saman berjaya dikutip sempena pemberian diskaun pada Jamuan Hari Raya Polis Diraja Malaysia di Stadium Titiwangsa, Isnin lalu.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri berkata, dalam program itu, seramai 950 hadir untuk membayar saman atas kesalahan trafik membabitkan 5,362 saman.
"Malah JSPT turut menyambut baik cadangan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya penggunaan MyDigital ID digunakan secara meluas dalam sebarang urusan pembayaran saman trafik," katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro hari ini.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/04/1211205/rm598970-kutipan-saman-trafik-berjaya-dikutip
Sumber: Harian Metro
https://www.facebook.com/share/p/158m1ZZ1WK/