VIDEO PILIHAN: KPN HADIR PENUHI JEMPUTAN MAJLIS RAMAH MESRA MASJID DAN SURAU ANJURAN JAWI
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir ke Majlis Ramah Mesra Masjid dan Surau anjuran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang berlangsung meriah di pekarangan Masjid Wilayah.
Kemeriahan penganjuran majlis yang diadakan turut disertai oleh 81 buah masjid dan surau sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan dan kesepakatan komuniti Islam di wilayah ini.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSrn7KsHg/
Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
https://www.facebook.com/share/v/1ASQnnpqcv/?mibextid=wwXIfr

ARTIKEL PILIHAN: TAN SRI, DATUK SERI ANTARA 5 DITAHAN TERBABIT PENGUBAHAN WANG HARAM RM3.5 BILION
Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Tiga dusun durian seluas 363.02 hektar, hotel, syarikat pemaju dan kilang pemprosesan kelapa sawit dianggarkan bernilai RM3.5 bilion antara aset baru dibeku dan disita kerana disyaki terbabit jenayah pengubahan wang haram berkait skim pelaburan ponzi di sebuah negara jiran dinamakan pelaburan MBI International Group (MBI).
Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga turut menahan lima lelaki termasuk usahawan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengasas skim pelaburan MBI itu.
Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Bukit Aman, CP Dato' Muhammed Hasbullah Ali, berkata tangkapan itu dilakukan menerusi Operasi Northern Star (Op Northern Star) yang dilaksanakan pada 18 hingga 21 lalu di sekitar Lembah Klang dan utara tanah air.
Beliau berkata, siasatan mendapati Tan Sri dan Datuk Seri terbabit adalah proksi dan rakan kongsi kepada sindiket ini.
Katanya, dusun durian itu mempunyai geran sah, namun menggunakan wang haram untuk pelaburan dan siasatan masih diteruskan dengan beberapa siri operasi lain akan diadakan, selain tidak menolak ada tangkapan baharu selepas ini.
"Semua lelaki yang ditahan berusia 35 hingga 67 tahun itu kini direman lima hingga enam hari bagi membantu siasatan.
"Tindakan pembekuan dan penyitaan sudah dilaksanakan terhadap harta dan aset membabitkan dusun durian dianggarkan bernilai RM223,624,167.75 di tiga lokasi iaitu di Raub, Pahang berkeluasan 344 hektar; di Jawi, Pulau Pinang berkeluasan 5.26 hektar dan di Tasek, Kedah berkeluasan 13.76 hektar," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut,https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/04/1387667/tan-sri-datuk-seri-antara-5-ditahan-terbabit-pengubahan-wang-haram
https://www.facebook.com/share/16QCtzwJi1/?mibextid=wwXIfr

POSTING PILIHAN: PEMANGKU PENGARAH JSJK ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KP SELANGOR
Shah Alam, 23 April 2025 – Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), DCP Dato' Rohaimi Md Isa mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis (KP) Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam.
Antara tujuan tersebut bagi membincangkan mengenai isu-isu semasa melibatkan JSJK selain usaha membanteras kes-kes jenayah komersil di peringkat Kontinjen Selangor.
Hadir sama, Ketua JSJK Kontinjen Selangor, SAC Hj. Mohamed Rosni Hj. Mohamed Lazim, Penolong Pengarah (Analisis/Perangkaan Jenayah) JSJK Bukit Aman, Superintenden Hamdan Zali dan Ketua Unit Siasatan Jenayah Korporat, JSJK Bukit Aman, Superintenden Mohd Zaini Othman.
Sumber: Polis Selangor
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089375873222632&id=100064506887551

[KERATAN AKHBAR PILIHAN] ISU TULAR: WANITA ANTARA LAPAN KENA REMAN BANTU SIASATAN KES PUKUL
Pasir Gudang, 23 April 2025 - Lapan individu termasuk seorang wanita ditahan dipercayai terbabit kes pukul pemuda sehingga longlai yang mana video kejadian itu turut tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, ACP Mohd Sohaimi Ishak, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam Jumaat lalu di pangsapuri di Plentong Baru Masai, dekat sini.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 21 tahun pada jam 11.30 malam Ahad lalu.
“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seri Alam menahan lapan suspek berusia antara 19 hingga 26 tahun, termasuk wanita pada jam 2.30 pagi semalam (kelmarin) di lokasi kejadian.
“Semua suspek direman enam hari sehingga Sabtu ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.
“Lima daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau kesalahan berkaitan jenayah dan dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya melalui kenyataan di sini, semalam.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian seperti di lampiran.
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089398009887085&id=100064506887551

STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025
Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 22 April 2025 (Selasa).
Sebanyak 1,956 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 28 kes kemalangan dan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.
Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.
“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089420306551522&id=100064506887551

KPN PENGERUSIKAN MESYUARAT JPKA PDRM BILANGAN 1 TAHUN 2025
Kuala Lumpur, 23 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1 bagi tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini.
Mesyuarat yang turut dihadiri oleh Timbalan KPN, DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay itu dimulakan dengan pengesahan minit dan membincangkan perkara-perkara yang berbangkit dalam mesyuarat lepas.
Antara agenda lain yang dibincangkan adalah berkenaan laporan pengurusan prestasi dan perancangan kewangan secara menyeluruh yang melibatkan Pasukan.
Turut hadir barisan Pengarah PDRM, Ketua Polis negeri, Komandan dan Komander Pasukan.
Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz dan Lans Koperal Bryanlie Mustin
https://www.facebook.com/share/p/1DPAcphgGT/?mibextid=wwXIfr

#BiarJasaJadiKenangan
PIC OF THE DAY: EMPAT ANGGOTA BALAI POLIS ULU TIRAM BERSAMA ORANG AWAM PRIHATIN BANTU ALIHKAN POKOK TUMBANG
Empat anggota Balai Polis Ulu Tiram iaitu Koperal Frojer Anak Sasar, Koperal Mohd Syukri Mohd Rasif, Lans Koperal Sukery Sipine dan Konstabel Audderley Gonn Richard bersama orang awam telah membantu mengalihkan beberapa pokok yang tumbang di laluan Lorong Mulia, Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor ekoran hujan lebat, kelmarin.
Atas dasar prihatin, keempat-empat anggota terbabit dengan beberapa penduduk setempat bertungkus lumus mengalihkan pokok dan membersihkan laluan tersebut sehingga ia dapat digunakan semula dengan selamat.
Sumber: BALAI POLIS ULU TIRAM
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089554346538118&id=100064506887551

VIDEO PILIHAN: ANGGOTA TRAFIK IPD KLANG UTARA BANTU TOLAK KENDERAAN ROSAK
Terima kasih kepada Lans Koperal Syed Afrizal Aqim Syed Alwi dan Konstabel Jetliey Wong Ling Wui dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara atas keprihatinan mereka membantu orang awam yang mengalami kerosakan kenderaan di Jalan Hj. Sirat, Meru, Klang, Selangor.
Ketika sedang menjalankan rondaan trafik di kawasan sekitar, kedua-dua anggota tersebut telah terserempak dengan pemandu terbabit dan segera bertindak menghulurkan bantuan dengan menolak kenderaan tersebut ke bahu jalan.
Tindakan pantas ini telah membantu melancarkan semula aliran trafik di lokasi kejadian.
Sumber: Polis Daerah Klang Utara
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089578313202388&id=100064506887551

KPN HADIR MESYUARAT PASCA KABINET KDN BILANGAN 8 TAHUN 2025
Putrajaya, 23 April 2025 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menghadiri Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Dalam Negeri (KDN) Bilangan 8 Tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, KDN, di sini, petang tadi.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah.
Dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua jam itu, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyampaikan beberapa keputusan mesyuarat jemaah menteri kepada ahli mesyuarat, selain mendengar pembentangan daripada wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah KDN berkenaan bidang tugas masing-masing.
Hadir sama, Ketua Setiausaha (KSU) KDN, Datuk Awang Alik Jeman, barisan Timbalan KSU KDN, Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli Abdullah dan Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.
Jurugambar: Lans Koperal Hafizah Hassan Sabery dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim
https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0qSm8RhbrzJxtC3VRe34psJLvApWqAUoQAGVK1xMbM3vCq1c6wpUkLTN91t3izmNal

VIDEO PILIHAN: KPN PENGERUSIKAN MESYUARAT JPKA PDRM BILANGAN 1 TAHUN 2025
Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain hadir mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bilangan 1 bagi tahun 2025 di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Mesyuarat yang turut dihadiri pucuk pimpinan PDRM itu membincangkan berkenaan laporan pengurusan prestasi dan perancangan kewangan secara menyeluruh yang melibatkan Pasukan.
Pautan TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSr7UCrUY/
Juruvideo: Koperal Muhammad Aizat Afiq Kamarudin
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089681989858687&id=100064506887551

HEBAHAN: SPEAKS PLATFORM ADUAN SALAH LAKU POLIS KINI DALAM TALIAN
Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) merupakan inisiatif Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Digital Negara yang berfungsi sebagai platform digital untuk orang awam membuat aduan berkaitan salah laku anggota polis secara dalam talian.
Ia turut membolehkan semakan status aduan dan penerimaan maklum balas dengan lebih telus serta mempercepatkan proses penyiasatan dalaman melalui penyelarasan antara IPCC dan agensi terlibat.
Orang awam boleh mengakses sistem ini bermula 22 April 2025 melalui pautan speaksipcc.moha.gov.my.
Sumber: Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=1089757889851097&id=100064506887551