PDRMsia_Official
12.7K subscribers
52.5K photos
2.39K videos
2 files
15.8K links
Segala maklumat jenayah/aduan awam hendaklah disalurkan ke FB/Twitter Rasmi PDRM & identiti anda akan dirahsiakan.
Download Telegram
KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Kuala Lumpur, 21 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025, bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, di sini, tengah hari tadi.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau diiringi Tan Sri Razarudin bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di pekarangan stadium dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Datuk Hj. Mohd Nizam Hj. Jaafar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dato’ Sri Hj. Azam Baki, Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Dato’ Anis Rizana Mohd Zainudin dan Timbalan MDN, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Hj. Nasarah.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Tan Sri Razarudin telah berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Food Bank Malaysia kepada 80 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim, autisme dan balu warga PDRM.

Tan Sri Razarudin bersama barisan Pengarah PDRM kemudiannya mengambil peluang melawati reruai setiap jabatan yang dihias ceria, dengan hidangan juadah raya, dan turut menyantuni para tetamu yang hadir.

Turut menjadi tumpuan ramai ialah reruai Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman yang menawarkan promosi khas diskaun saman sebanyak 50 peratus bagi kesalahan-kesalahan terpilih.

Turut hadir memeriahkan sambutan ialah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato' Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Puan Sri Datuk Zainah Othman, barisan Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri, ketua-ketua agensi di bawah KDN dan rakan media.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

https://www.facebook.com/share/p/1FW9ShWFRn/
GAMBAR SEKITAR KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Gambar sekitar Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025, bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau diiringi Tan Sri Razarudin bersama timbalannya, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay di pekarangan stadium dan disambut oleh Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, CP Datuk Wan Hassan Wan Ahmad selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan, Koperal Mohamad Shazril Abd Rashid, Lans Koperal Bryanlie Mustin, Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Konstabel Syed Muhammad Hafiz Syed Alwi.

https://www.facebook.com/share/p/16M4CzzTEw/
VIDEO PILIHAN: KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN RAIKAN KEMERIAHAN SYAWAL BERSAMA WARGA PASUKAN

Ikuti sedutan rakaman Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain dan barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) meraikan kemeriahan Syawal bersama warganya dan orang awam dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PDRM Tahun 2025 bertempat di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Dalam majlis tersebut, Datuk Seri Saifuddin Nasution bersama Tan Sri Razarudin telah berbesar hati menyampaikan sumbangan daripada Yayasan Food Bank Malaysia kepada 80 penerima yang terdiri daripada golongan asnaf, anak-anak yatim, autisme dan balu warga PDRM.

Pautan TikTok:https://vt.tiktok.com/ZSrtYjVSX/

Sumber: TikTok PDRMsia_Official

Juruvideo: PDRM RMPTV

https://www.facebook.com/share/v/1A9KE85qgY/
ISU TULAR: KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH PETALING JAYA

Video Video Tular Kejadian Pergaduhan Di Damasara, Petaling Jaya.

Sumber: Polis Daerah Petaling Jaya

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid09crhrbvXNJqR7Ly8N2VLQEkrqX4Bgv6zd4CkaFar2LhytzGB3aeWv1ox5Zz4VrMkl
#WarAgainstDrugs

KERATAN AKHBAR PILIHAN: SINDIKET EDAR BISKUT GANJA TUMPAS

Kuala Lumpur, 22 April 2025 - Kegiatan licik satu sindiket yang mengedar ''biskut ganja'' secara 'online' pada harga RM90 sepeket terbongkar selepas polis menahan lapan individu termasuk dua wanita dalam dua serbuan berasingan minggu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak setahun lalu dan memperoleh bekalan dadah dari Thailand sebelum mengedarkannya.

Katanya, dalam serbuan pertama, lima lelaki dan dua wanita berusia antara 20 hingga 28 tahun ditahan di dua buah kediaman di Mont Kiara pada pukul 2.20 pagi Rabu lalu.

“Pemeriksaan mepjumpai tiga beg berisi Ganja mampat seberat 32 kilogram (kg) dan biskut Ganja seberat 2 kg,” katanya.
Menurut Rusdi, susulan serbuan itu, pihaknya turut menahan seorang lagi lelaki di hadapan sebuah residensi di Jalan Duta, kira-kira pukul 2.10 petang keesokan harinya.

“Hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menemui satu kotak mengandungi biskut Ganja seberat 7 kg.

“Keseluruhan rampasan dengan nilai pasaran dianggarkan RM105,000,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Kosmo seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid032dMmztS7JcayqaWECyrmvxL17sTbnkXWBZp1Gk2D9hqFioEJvWDDTpa2C1KVN21Wl
KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM KUDAT TAHAN 15 WARGA ASING GAGAL KEMUKA DOKUMEN SAH

Kota Kinabalu, 22 April 2025 - Seramai 15 warga asing ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) kerana dipercayai memiliki dokumen yang tidak sah dalam dua operasi berasingan di Kudat, Sabtu lalu.

Semua warga asing itu ditahan PPM Kudat menerusi Op Taring Gelora di sekitar Laut Mangsee Reef dan Jeti Merak Hati.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, ketika menjalankan operasi berkenaan, pasukan PPM mengesan sebuah bot di sekitar Mangsee Reef.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang juragan ditahan kerana disyaki memiliki dokumen yang tidak sah.

“Dalam operasi kedua di Jeti Merak Hati, seramai 14 pekerja warga asing ditahan kerana memiliki dokumen yang tidak sah,” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, semua warga asing itu kemudiannya diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat untuk tindakan lanjut.

“Kedua kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63,” katanya.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0Vvubc1tXXfzWDsp6ZTvDtv9fwaY7fyGMe18W236UaJbBmGwKzwLQcyJCaqKNwFMGl
STATISTIK HARIAN KEMALANGAN SELURUH NEGARA TAHUN 2025

Berikut merupakan laporan statistik kemalangan dan jumlah kematian yang terlibat pada 21 April 2025 (Isnin).

Sebanyak 1,928 kes kemalangan direkodkan dengan membabitkan 15 kematian. Terdapat peningkatan sebanyak 241 kes kemalangan dan penurunan satu kes kematian dicatatkan berbanding hari sebelumnya.

Para pengguna jalan raya dinasihatkan agar memandu secara berhemah dan sentiasa mengikuti peraturan yang telah ditetapkan serta memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi tanpa kompromi.

“Sayangi diri, jauhi kemalangan”.

Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid02Ln34KdDuHpPW9Ak76FFAX5q92CkckpGxPfyrTgMJV9t6RQ9MwVHY8Sf52PD5L6vDl
POSTING PILIHAN: PENGARAH JSPT HADIR MAJLIS KECEMERLANGAN KDN TAHUN 2024

Putrajaya, 22 April 2025 - Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) hadir Majlis Anugerah Kecemerlangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2024 anjuran Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, di Putrajaya, semalam.

Seramai 214 orang pegawai telah diraikan atas kecemerlangan masing-masing bagi tahun 2024 iaitu lapan orang pegawai telah menerima Anugerah Sijil Khas Menteri Dalam Negeri, 173 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan 23 orang menerima Anugerah Sijil Kepujian termasuk 10 orang personel MySTEP. Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Hadir sama, barisan ketua agensi di bawah KDN dan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman, DCP Dato’ Fadil Hj. Marsus serta Komander Eastern Sabah Security Command, DCP Datuk Victor Sanjos.

Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN))

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid0PXNhJYHFDUSpd1Ms1T68ZfAt1z7GjYhW8AW11KYMGmDEseMLWa241WmtScmg9MqJl
KPN DAN BARISAN PUCUK PIMPINAN TERTINGGI PDRM HADIR PERHIMPUNAN BULANAN KDN

Putrajaya, 22 April 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain bersama pucuk pimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berlangsung di Auditorium, Kompleks Setia Perkasa, di sini pagi tadi.

Perhimpunan yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) itu telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam ucapannya, Datuk Seri Saifuddin menegaskan bahawa IPCC bukan sahaja mampu meningkatkan kredibiliti pasukan polis dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam, tetapi turut berperanan penting dalam menjaga kebajikan serta memotivasikan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Majlis turut menyaksikan pelancaran Sistem Pengurusan Aduan dan Kendalian Siasatan (SPEAKS) oleh Datuk Seri Saifuddin dan disaksikan oleh Tan Sri Razarudin.

SPEAKS merupakan sistem yang dibangunkan secara dalaman dalam tempoh enam bulan melalui kerjasama antara KDN, PDRM dan Jabatan Digital Negara. Ia selaras dengan fungsi IPCC sebagai mekanisme bagi menerima aduan serta menyiasat salah laku anggota polis.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Dato' Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman, Timbalan KPN, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay, Pengerusi IPCC, Datuk Zolkopli Dahalan, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM serta Ketua-ketua Pengarah jabatan dan Agensi di bawah KDN.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Khairunisa Ibrahim

https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/posts/pfbid03CLpYYANYEdc3uoUexUJ2fhEcbJ4BEgVzN7MiSJKWFp7QURxDUn2nHz9FRTB1Ng6l