PAS Perlis
183 subscribers
938 photos
13 videos
3 files
1.77K links
Saluran Telegram PAS Negeri Perlis
Download Telegram
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
"Alhamdulillah. Allah tau kami perlukan, basikal anak baru rosak minggu lepas. Tatsat ni pun kami dekat nak balik dah, tibaยฒ naik nombor bertuah kami untuk terima hadiah utama..."๐Ÿฅบ๐Ÿฅฐ

Baca lanjut di sini:
https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0SXBoN8uXJPPHo89vzLj216UC8kcUjKpvNj7Q53UveQVAYVE8wB5RMDBYRjV3JN1pl&id=100063537948097&mibextid=Nif5oz
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
โœณ๏ธ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ฑ๐—ต๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐—› kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam tidak kira di mana jua kalian berada.


https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02UF1TZjsUdje9dcG3y25V5TsKfN9xq4bVtmyUmwWL5n55yZDXeKLjB27U4XJfUugol/
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
โœณ๏ธ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—ง๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—ฅ๐—จ ๐——๐—จ๐—ก ๐—ž๐—˜-๐Ÿญ๐Ÿฑ

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02zBtZArHx94JRUBiZShuRAmLt9pMZcTYcY98cxvVj2jPKPTYpkwXbVtos2FiDowMKl/
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
โœณ๏ธDโ€™Kasih Champion Cup cungkil bakat baharu

KANGAR: Usaha mengembalikan semula kegemilangan pasukan bola sepak Perlis adalah antara manifesto PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.

Justeru pelbagai usaha dijalankan bagi mencapai matlamat itu seperti penganjuran pertandingan bola sepak di peringkat sekolah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil berkata, program demikian mampu mencungkil bakat baharu dalam sukan bola sepak untuk digilap bagi mewakili negeri pada masa hadapan.

โ€œSelain itu, program begini cukup baik bagi memupuk semangat perpaduan dan persaudaraan antara satu sama lain,โ€ katanya mengenai Dโ€™Kasih Champion Cup 2023 yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Kayang dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Perlis (MSSPs).

Sebanyak 25 pasukan menyertai pertandingan itu yang diadakan di SK Kayang, Sabtu lalu.

โ€œTahniah kepada pasukan yang berjaya meraih pingat dalam persaingan sihat antara 25 pasukan hebat yang meliputi seluruh negeri Perlis,โ€ katanya.

SK Guar Nangka, Mata Ayer, muncul johan manakala Kayang EAGLE FC dari Budriah dan keempat, SK Seri Indera. โ€“ HARAKAHDAILY 11/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/11/dkasih-champion-cup-cungkil-bakat-baharu/?fbclid=IwAR25rqXIIuydJuIJ1ctvjDZf8jEUifp5mD4bBeozu43_GbgNfHjPvac104k
โœณ๏ธBaiah: Suasana sekarang sudah berbeza

ARAU: Sumpah baiah masih dikekalkan bagi semua calon yang bertanding mewakili PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri pada 12 Ogos ini.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datoโ€™ Ustaz Hashim Jasin berkata, dasar tersebut masih ada dan cuma diubahsuai sedikit di peringkat negeri di mana ada yang menambah kandungan tertentu.

โ€œSuasana sekarang sudah berbeza berbanding dahulu yang menyaksikan ahli parti kita sangat setia dan walak kepada pimpinan.

โ€œContohnya di Kelantan dahulu (ketika Pilihan Raya Umum 2004) memerlukan baiah seperti sumpah taklik kerana suasana genting ketika itu. Sekarang situasi sudah berbeza,โ€ katanya di sini.

Beliau juga berkata, sekarang walak ahli dan penyokong PAS sangat hebat.

Antara kandungan baiah tersebut sekirannya calon meninggalkan atau lompat ke parti lain dengan keredaan sendiri setelah dipilih menjadi calon atau terpilih sebagai ahli Dewan Negeri, rakyat atau dilantik menjadi Senator maka dia akan dilaknat oleh Allah SWT, Rasul serta orang beriman serta segala perbelanjaan menggunakan wang elaun dewan tersebut adalah haram.

Selain itu, calon juga bersumpah meletak jawatan apabila keluar atau dipecat oleh parti.

Pada 7 Julai lepas Majlis Syura Ulamak (MSU) meneliti 126 calon PAS yang bakal bertanding di 126 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN tidak lama lagi.

Proses tapisan calon dilaksanakan MSU akan menentukan kelayakan calon dari segi syarak sebelum diangkat kepada Jawatankuasa PAS Pusat.

Tuan Guru Hashim juga berkata, keyakinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk merampas Kedah dan Kelantan pada PRN kali ini dianggap sebagai angan-angan.

โ€œDalam suasana sekarang momentum sokongan rakyat lebih memihak kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

โ€œApa pun pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan kita yakin mampu mencapai kemenangan dalam PRN akan datang,โ€ katanya lagi. โ€“ HARAKAHDAILY 10/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/10/baiah-suasana-sekarang-sudah-berbeza/
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
"Lani Pakcik pulak anakยฒ kena dok tengok sejak kanser darah ni serang balik selepas 6 tahun lepas last dia mai..."๐Ÿคง๐Ÿ˜ช

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02j9CAvGmJtzjpuJSi1MbQhYmNdEtM2qQxE6YwmUK8dLxRfZQG3jBEbdqBVfXP1s5bl/
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
โœณ๏ธ๐˜š๐˜ฆ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ถ๐˜ฉ๐˜ฏ๐˜บ๐˜ข ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ฉ๐˜ช๐˜ฅ๐˜ถ๐˜ฑ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ-๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช, ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜’๐˜ข๐˜ฎ๐˜ช ๐˜ต๐˜ถ๐˜ญ๐˜ช๐˜ด๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ข๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฌ๐˜ข ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜จ๐˜ข๐˜ญ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ. [Yasin: 12]

Baca lanjut di sini:
https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid027BcGNPsTW6YenEgZTvPwTuzdoBJfXyc2gsuiA9PCiUNq2QXnJz13Y2Pfeqsd2m4gl/
โœณ๏ธAura Sanusi di Kedah begitu kuat

KANGAR: Aura Menteri Besar (MB) Kedah Datoโ€™ Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilihat mampu menarik sokongan rakyat kerana beliau boleh melakukan pelbagai kerja.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datoโ€™ Hashim Jasin berkata, Sanusi seorang MB yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi kepentingan peribadi dan mudah mesra dengan semua golongan.

โ€œAllah menghantar ke Kedah seorang MB yang berpengalaman dalam pelbagai bidang, walaupun beliau bukan berlatar belakang agama tetapi mampu membaca khutbah pada hari Jumaat,โ€ katanya di sini.

Baru-baru ini Pesuruhjaya PAS Kedah Datoโ€™ Ahmad Yahaya menyifatkan Sanusi sebagai โ€˜wow factorโ€™ yang mampu menarik sokongan rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Tuan Guru Hashim juga berkata, walaupun jawatan MB dan Pesuruhjaya PAS di Kedah dipegang individu berbeza, namun mereka mampu bergerak sealiran.

Sedangkan katanya menjadi kebiasaan di negeri-negeri yang diterajui PAS Pesuruhjaya akan dipilih sebagai MB.

โ€œSanusi seorang yang boleh bekerja 24 jam. Auranya di Kedah khasnya sangat kuat walaupun bahasa yang digunakan agak kasar bagi sesetengah orang.

โ€œRakyat boleh terima dia. insyaAllah saya berkeyakinan tidak mudah bagi parti lain untuk menjatuhkan PERIKATAN NASIONAL (PN) di kedah,โ€ katanya.

Beliau juga berkata, sokongan rakyat kepada PN dilihat semakin melonjak menjelang PRN pada 12 Ogos tidak lama lagi.

Menurutnya kemeriahan suasana PRN semakin terasa terutama di negeri Pantai Timur termasuk di Terengganu.

โ€œJumaat lepas ketika ke Terengganu saya lihat bendera-bendera PAS sudah dipasang dengan meriah seolah-olah pilihan raya akan berlaku esok.

โ€œCeramah-ceramah juga mendapat sambutan luar biasa menunjukkan sokongan rakyat kepada PN semakin hari semakin bertamah,โ€ katanya. โ€“ HARAKAHDAILY 13/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/13/aura-sanusi-di-kedah-begitu-kuat/
Forwarded from Asrul Aimran Abd Jalil
โœณ๏ธ๐—Ÿ๐—œ๐—š๐—” ๐—ฆ๐—จ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—ž๐—˜๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—œ ๐—Ÿ๐—”๐—š๐—œ !!!

https://facebook.com/100063537948097/posts/pfbid02sxr8abNeP8uCcWCYCNS3WfUMAEYLCdJMszQgxySX8iRJpeHnsuxiQzteaYMJFsCjl/
โœณ๏ธSkimPAS semakin meluas penerimaan di Perlis

KANGAR: Badan Kebajikan PAS Negeri Perlis (BAKEPS) telah memperkukuhkan lagi kerjasama dengan Skim Kifalah Ahli PAS (SkimPAS) di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Pusat (LKKPP).

Sehubungan itu, ke arah meningkatkan lagi penyertaan dari seluruh negeri ini dengan sokongan penuh Badan Perhubungan PAS Negeri, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani kedua pihak kelmarin.

Sejak tahun 2018, hasil penjenamaan semula, SkimPAS telah berjaya membantu lebih 650 ahli PAS di negeri ini yang ditimpa musibah dengan bayaran manfaat mencecah RM3.5 juta kepada pihak penerima. 

Pengurus Besar SkimPAS, Abdul Razak Mohamed berkata, dengan hanya mencarum sebanyak RM55 setahun, pelbagai manfaat akan diperolehi, sekali gus meringankan beban waris terutama ketika ditimpa musibah atau bencana.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi 2 LKKPP memberitahu, SkimPAS merupakan produk parti bertujuan untuk melindungi ahli-ahli terutama sekali para aktivis dan sukarelawan yang sentiasa โ€˜on callโ€™.

Tambahnya, SkimPAS juga diwujudkan dalam menyahut seruan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk ahli menyokong usaha-usaha fisabilillah seperti ini, selain tujuan ukhuwah dan dakwah.

Menurutnya, malah semua komitmen itu selari dengan visi LKKPP di mana kini diketuai Dr Rosni Adam selaku Pengerusinya untuk menjadikan PAS sebagai sebuah parti berkebajikan โ€˜Pilihanโ€™ Rakyat menjelang tahun 2025.

Majlis tandatangan sempena 1 Muharam 1445H itu juga disifatkannya sebagai satu permulaan terbaik untuk usaha-usaha kebajikan semakin berkembang di negeri Indera Kayangan ini.

BAKEP diwakili Hassan Seman dan majlis turut disaksikan Setiausaha PAS Perlis, Baharuddin Ahmad dan Pengerusi LKKP PAS Perlis, Wan Hassan Ismail. โ€“ HARAKAHDAILY 21/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/21/skimpas-semakin-meluas-penerimaan-di-perlis/
โœณ๏ธ๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฐ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ถ๐—น ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฟ ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ

ARAU: Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) bukan sahaja menerapkan pembelajaran agama kepada pelajar, malah bakat mereka dalam sukan dicungkil menerusi acara tahunan kejohanan bola sepak dan bola jaring.

Justeru itu, kejohanan tersebut diadakan bermula di peringkat kawasan hingga mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Advertisement

PASTI Kawasan Padang Besar mengadakan kejohanan itu pada 16 Julai lepas, manakala PASTI Kawasan Kangar pada Sabtu lalu di Dโ€™Futsal Batu Dua, Kangar.

Sementara itu, PASTI Kawasan Arau mengadakan aktiviti itu di tempat yang sama, semalam.

Pengerusi PASTI Kawasan Arau, Abd Hadi Halipah berkata, johan di peringkat kawasan akan berentap di peringkat negeri pada 19 Ogos depan.

โ€œInsya-Allah, anak-anak PASTI yang menjadi johan di peringkat kawasan akan mencuba nasib di peringkat negeri pula.

โ€œSeterusnya johan di peringkat negeri akan dibawa ke Kejohanan Sukan PASTI Peringkat Kebangsaan pada 15 hingga 16 September di Terengganu,โ€ katanya.

Program dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Sanji, Ustaz Mohd Ridzuan Hashim.

Turut hadir Yang Dipertua PAS Kawasan Arau, Solahudin Azmi; ADUN Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil; ADUN Beseri, Haziq Asyraf Dun dan ADUN Mata Ayer, Wan Badariah Wan Saad. โ€“ HARAKAHDAILY 24/7/2023

https://harakahdaily.net/index.php/2023/07/24/kejohanan-sukan-cungkil-bakat-pelajar-pasti/?fbclid=IwAR3qslY4W9O-CQZhKkGiClDo9zYFe9XnNgp3XvTU2KW0YaxuyRV959b2lBg
๐Ÿ†•๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—— ๐Ÿฐ, ๐Ÿฑ & ๐Ÿฒ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐——๐—œ๐—•๐—จ๐—ž๐—” ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š

4๏ธโƒฃ1๏ธโƒฃ Rangkaian PASTI di seluruh negeri Perlis menawarkan sistem pengajian bersepadu dengan guru yang terlatih agar murid dapat menguasai kemahiran asas 5M [membaca, menulis, mengira, menghafal & mengamal].

๐Ÿ“ฒHubungi segera!
โ˜‘๏ธPadang Besar : 011-12457608 / 012-4649281
โ˜‘๏ธKangar : 013-4044570 / 019-5947352
โ˜‘๏ธArau : 019-5606077 / 019-4641141

:: PASTI Pilihan Utama Rakyat Malaysia ::

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1041704370467941&set=a.765564828081898&type=3

#PemudaGenerasiSejahtera
#PASTIPerlis
#PASTIMalaysia
โœณ๏ธ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—ง๐—œ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐—ธ ๐Ÿญ๐Ÿต๐Ÿด๐Ÿด

KANGAR: Penubuhan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Perlis bermula sejak tahun 1988 di bawah kelolaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perlis (DPPNPs).

Ketua DPPNPs ketika itu ialah Tuan Haji Ismail Ahmad, yang juga seorang pengasas perubatan herba iaitu Herba Penawar Al-Wahida (HPA).

Majlis perasmian penubuhan PASTI negeri dibuat di Madrasah Al-Islamiah Ad- Diniah (MADI) juga institusi pertama PAS Perlis di peringkat pengajian menengah.

Pengarah PASTI yang pertama pada masa itu ialah Syakir Ya manakala setiausaha pula ialah Abdul Hadi Hamid.

Pada peringkat awal penubuhan, sebanyak 24 buah PASTI telah ditubuhkan merangkumi seluruh negeri Perlis.

Menurut Pengarah PASTI kini, Muhammad Mustaqim Abdullah, guru ketika itu hanyalah bergaji kira-kira RM200 sebulan manakala gaji pembantu pula cuma RM50 sebulan.

โ€œTiga orang daripada mereka masih kekal berkhidmat sehingga kini ialah Cikgu Norhayati Razak, Cikgu Zarina Hamid dan Cikgu Siti Hajar Zakaria.

โ€œSudah 35 tahun mereka berkhidmat sudah pasti ada sesuatu yang istimewa mengenai institusi ini sehingga mereka kekal istiqamah menabur bakti sehingga sekarang,โ€ katanya.

Menurut beliau lagi, alumni PASTI generasi awal di Perlis kini telah mengisi ruang di dalam kepimpinan PAS Perlis samada di dalam dewan-dewan, kawasan, negeri dan juga peringkat PAS Pusat.

โ€œPASTI Darul Hidayah, Pauh Tiga Beradik (1988) telah melahirkan Timbalan Pengarah PASTI negeri, Abd Hadi Halipah dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Husna Hashim.

โ€œSaya juga bekas pelajar PASTI yang sekarang diberi amanah sebagai pengarah peringkat negeri dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Padang Besar,โ€ ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, Mustaqim berkata, kini guru-guru sudah boleh tersenyum megah kerana ada di antara anak murid mereka yang sudah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

โ€œCikgu Wan Rosni Sonan dari PASTI Ujung Guar (1989) dahulunya, kini PASTI Ad Deen mampu tersenyum melihat kejayaan anak murid sulungnya iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kayang, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

โ€œBeliau juga menjadi Pengarah Alumni PASTI Perlis sekarang dan juga mantan ketua DPPNPS serta mantan Pengarah PASTI Negeri Perlis.

โ€œSelain itu, ADUN Guar Sanji, Ustaz Ridzuan Hashim juga lahir dari institusi ini (PASTI Nur Zuwaidah,Kg Mua), walaupun PASTI tersebut sudah tidak wujud namun di tapak yang sama, dibuka semula PASTI Al Khairiah beberapa tahun lepas,โ€ katanya.

Menurut Mustaqim lagi, Selain dari melahirkan penggerak PAS, pusat pengajian itu juga melahirkan golongan profesional antaranya Dr Wan Redzuan Wan Hassan yang kini berkhidmat sebagai pegawai perubatan di hospital.

Bukan itu sahaja, pelapis di peringkat Dewan Ulama PAS negeri Perlis juga lahir dari rahim PASTI ( PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi) iaitu Ustaz Syed Thoriq Assagaff .

Berikut adalah senarai Pengarah dan Setiusaha PASTI Negeri Perlis:-

(1988 -1995)

Pengarah pertama โ€“ Syakir Ya

Setiusaha โ€“ Abdul Hadi Hamid

(1995 -1997)

Pengarah Kedua โ€“ Prof Bidin Yatim

Setiusaha โ€“ Abdul Hadi Hamid

( 1997 -1999)

Pengarah Ketiga โ€“ Abdul Jalil Arifin

Setiusaha โ€“ Shukri Ramli

(2000 โ€“ 2001)

Pengarah empat โ€“ Ustaz Zolkranain Abidin

Setiusaha โ€“ Abdul Hadi Hamid

(2001 โ€“ 2003)

Pengarah lima โ€“ Hisyamuddin Abu Bakar

Setiusaha โ€“ Burhanuddin

(2003 โ€“ 2007)

Pengarah enam โ€“ Wan Zaini Wan Saad

Setiusaha โ€“ Khairuddin

(2007-2009)

Pengarah tujuh โ€“ Zairi

Setiusaha โ€“ Syahir Abdul Rahman

(2009 -2011)

Pengarah lapan โ€“ Shahir Abdul Rahman

Setiusaha โ€“ Nordin Othman

(2011 -2017)

Pengarah sembilan โ€“ Meor Hassan Sazali Meor Hajar

Setiusaha โ€“ Nordin Othman, Mohd Nizuan Nawi

(2017 โ€“ 2022)

Pengarah sepuluh โ€“ Ustaz Asrul Imran Abdul Jalil

Setiusaha โ€“ Yasser Arafat Ibni Hajar , Zarul Zaufiq Zulkifly

(2022 โ€“ sekarang)

Pengarah 11 โ€“ Muhammad Mustaqim Abdullah

Setiusaha โ€“ Zarul Zaufiq Zulkifly

Berikut pula ialah antara PASTI terawal di Perlis pada 1988:-

PASTI Nurul Hayah Santan

PASTI Kg Darat Beseri

PASTI Darul Hikmah Jejawi
Live stream started
Jemput hadir beramai-ramai malam ini di Dewan 1 Malaysia, Padang MPK Simpang Empat, Perlis jam 9 mlm.
Live stream finished (17 minutes)
Live stream started
Live stream finished (3 hours)