Nota Parenting Puan Farhan
537 subscribers
15 photos
4 links
Download Telegram
Sebagai ibu yang normal, saya sedar ada masanya saya akan khilaf dan salah.
Namun, saya sedar yang saya punya beribu kesempatan untuk membetulkan khilaf itu.

Sebagai ibu yang normal, saya sedar ada kalanya saya sering terlajak.
Terlajak kata, terlajak perbuatan.
Namun, saya sedar saya masih punya kesempatan untuk berkata MAAFKAN IBU

Sebagai ibu yang normal, saya sedar kadangkala ada perkara yang saya tidak bisa lakukan
Namun, saya sedar saya masih punya kesempatan untuk belajar dan terus belajar

Sebagai ibu yang normal, saya sedar kadangkala saya terlalu sibuk sehingga kadang terabai segala di sisi
Namun, saya sedar saya masih punya waktu dan kesempatan untuk menggantikan waktu yang telah berlalu itu.

Sebagai ibu yang normal, saya sedar kadang kala saya tidak mampu untuk menjadi contoh terbaik untuk anak anak.
Namun saya sedar, saya masih punya kesempatan untuk berubah menjadi lebih baik setiap hari.

Sebagai ibu yang normal, saya sedar bahawa saya sentiasa mahu jadi yang terbaik.
Namun, saya sedar, yang terbaik itu tidak semestinya harus sempurna.
Cukup saja memberi sekadar apa yang saya mampu.

Kerana,
Itulah saya ibu yang normal.
Tinggi citanya
Namun kadang tewas tak tertahan
Namun sentiasa bangkit melawan

#notaparentingpuanfarhan
Perpisahan seketika yang bermakna.

Pernah lihat tak seeokor burung mengajar anaknya terbang. Anak anak yang kecil kecil diajar untuk terbang berani di udara dan berusaha mencari makanan sendiri.

Ibu burung dan bapa burung berani dan sanggup melepaskan anak anak yang kecil demi untuk mengajar mereka terbang dan mencari makanan.

Cuba bayangkan kalau lah si ibu dan bapa burung tak nak lepaskan anak mereka. Anak burung yang kecil di simpan di sarang dan tidak diajar terbang dan mencari makanan sendiri, adakah anak itu akan pandai untuk berdikari dan menbawa dirinya? Sudah tentu tidak kan.

Sayang itu bukan bermakna kita harus mengikat anak anak kita di rumah.

Sayang itu terkadang maksudnya kita harus melepaskan mereka tanpa membebaskan.

Maksudnya, kita harus melepaskan anak anak ke dunia luar, namun itu tidak bermakna kita biarkan mereka bebas tanpa pedoman.

Nak melepaskan anak, nak berpisah dengan anak bukan perkara yang susah. Namun, itu lah yang kita harus lalui setiap hari.

Setiap pagi, kita lepaskan anak ke taska, sekolah.

Kemudian, bila anak besar sedikit mungkin kita terpaksa lepaskan mereka ke sekolah berasrama demi mendapat kualiti pendidikan yang lebih baik.

Kemudian, sampai satu tahap kita terpaksa lepaskan anak anak untuk belajar di serata alam.

Begitulah hakikat kehidupan yang terpaksa kita tempuh.

Kalau benar kita sayangkan anak anak kita akan rela lepaskan mereka untuk belajar, mencari ilmu, meneroka dunia walau sampai ke negeri Cina.

Sayang itu bukanlah bermakna anda harus simpan anak anak di rumah, namun berilah peluang mereka untuk kenal apa yang ada di dunia ini.

Walaupun melepaskan anak anak itu sukar, tetapi kalau kita mahu anak anak berjaya, mencapai puncak tertinggi dalam hidup, perpisahan itu harus di lalui.

Di sekolah tadi, kami menerima pelajar Tingkatan 1 ambilan kedua. Apabila selesai pendaftaran, tiba saatnya untuk berpisah. Ada ibu ibu yang terlalu sedih sehingga menitiskan air mata.

Saya faham, nak melepaskan anak yang kita jaga selama 12 tahun bukan mudah. Namun, demi anak anak ibu itu relakan juga.

Kita, bila berpisah dengan anak kita akan rasa hopeless sangat.

Tak tahu bagaimana nak lindungi anak anak kalau apa apa terjadi. Risau itu dan ini.

Hatta berpisah ke rumah pengasuh pun sedih, apatah lagi saat anak masuk asrama.

Tapi, ada satu hal yang kita jangan sesekali lupa, kita ada senjata utama untuk melindungi anak anak kita, iaitu doa. Berdoa lah kepada Allah untuk melindungi anak anak kita walaupun anak anak itu jauh dari pandangan mata kita.

#notaparentingpuanfarhan
React or respond?

Selesai solat maghrib tadi, saya mengajak Aufa untuk mengaji.

Bila diajak dia jawab
"Aufa tak nak mengaji malam ni" 🙄

Pendek je jawapan dia. Tapi cukup untuk membuatkan saya geram.

Biasanya. Kalau anak cakap begitu kita pasti akan bagi tazkirah panjang atau pun ugutan berbisa.

" Kamu tak nak mengaji lepas ni tak boleh tengok tv"

" Apa nak jadi kalau tak nak mengaji. Nak jadi orang yang tak pandai ke" 😠😠😠😠

Kadang kadang dalam situasi begini kita akan overreact dan terbawa bawa dengan emosi yang agak negatif.

Sebenarnya.

Apabila kita berhadapan dengan konflik bersama anak, kita pilihan sama ada untuk react atau pun respond kepada situasi itu.

Contoh dalam situasi di atas, jika saya mahu react saya akan marah Aufa kerana dia tidak mahu mengaji.

Namun, saya sebenarnya ada pilihan kedua iaitu respond kepada situasi itu.

Contohnya saya akan kata

" Owh. Aufa tak nak mengaji. Kenapa tak nak mengaji"

Aufa jawab

"Aufa penat lah nak mengaji"

Ok, jadi situasi di situ Aufa penat.

Jadi, solusinya adalah saya perlu berbincang dengan Aufa.

" Ok. Kakak penat, ibu pun penat. Kita baca 2 muka surat je ya. Kemudian, kakak rehat lah. Kesian kakak penat ya"

Apabila kita memberi respond yang baik kepada situasi tersebut, itu akan menyebabkan anak lebih mudah untuk bekerjasama.

Cuba untuk memahami apa yang terjadi
.

Reacting bermakna anda memberi tindakbalas terhadap apa yang anak anda lakukan.

Contoh

Anak menjerit anda menjerit.
Anak memukul anda pukul.

Apa yang anda lihat, dengar dan rasa itulah yang akan menyebabkan bertindak balas

Sementera responding pula anda membenarkan anak anda untuk melepaskan emosi mereka dan anda lebih peka kepada apa sebenarnya yang berlaku.

Bukan sekadar melihat apa sahaja yang di surface

Saya beri contoh mudah.

Bayangkan anak anda yang berumur 7 tahun tidak mahu ke sekolah.

Setelah dipujuk tetap juga dia tidak mahu, jadi bosan dengan tangisan dia anda pun marah dan menggunakan kuasa veto untuk memaksa anak ke sekolah.

Anda bertindak balas sesuai dengan sikap anak anda itu.

Namun, sebenarnya ada kisah disebalik mengapa dia tidak mahu ke sekolah. Rupa rupanya ada orang buli dia di sekolah. Ada kisah di sebalik kisah.

Jadi, dengan cara responding kepada situasi itu sahaja akan membuatkan anda lebih faham dengan situasi sebenar itu dan lebih mudah mencari jalan penyelesaian.

Sebenarnya react itu lebih mudah berbanding respon kerana kita tidak perlu duduk dan mencari gali isu sebenar dan terus kepada penyelesaian untuk jangka masa singkat.

Namun, masalah timbul apabila isu itu tidak dapat diselesaikan dan ia akan berulang ulang banyak kali dan menyebabkan jalan penyelesaian itu semakin sukar.

Jadi, anda boleh pilih untuk react atau respond kepada konflik yang berlaku antara anda dan anak anak.

Pilihan itu ada di tangan anda.

Namun pilihan yang terbaik sudah tentu lah anda buka ruang dan peluang untuk anak anda bersuara, berbincang dan berkongsi. Peluklah anak anda dan cari solusi kepada apa sahaja konflik yang timbul sama ada kecil atau besar.

#notaparentingpuanfarhan
Jangan biarkan anak pukul anda!

Saya percaya ramai ibu dan ayah di luar sana yang pernah mengalami pengalaman dipukul anak kecil. Kan?

Seperti yang anda sedia maklum, daya kawalan anak kecil ni sangat lah lemah. Jadi, kalau dia diserang perasaan kecewa, sedih maka mereka lebih suka menggunakan fizikal mereka untuk menyampaikan perasaan itu.

Jadi, bila anda berhadapan dengan perkara ini sudah tentu lah anda akan hilang sabar kan. Kena pukul dengan anak tercabar kottt.

Bila anda kena pukul dengan anak, perkara perkatama yang anda kena ingatkan diri anda adalah anda perlu sabar dan KUAT.

Kenapa anda kena sabar dan kuat?

Bila dipukul anak anda berdepan dengan situasi yang sukar.

Kalau anda pukul anak balik, anak akan belajar untuk jadi lebih aggresif.

Kalau anda biarkan anak pukul anda, anak akan belajar bahawa kekerasan itu diterima untuk menyampaikan perasaan mereka.

Susah kan.

Jadi, saya mahu bagi tips untuk anda bagaimana untuk menghadapi situasi yang sukat untuk anda ini.

Rule 1.

Anda tidak dibenarkan memukul anak anda sebagai tindak balas kepada perbuatan itu

Rule 2

Jangan sesekali biarkan anak anda memukul anda. Jangan tadah muka, dan tubuh anda kepada anak anak.

Contoh kalau anak tampar muka anda, tangakap tangan anak anda dan pegang kemas kemas.

Cakap dengan tegas
"Ibu sakit, adik pukul ibu"
"Tak baik pukul ibu!"

Cakap apa sahaja yang menunjukkan anda tidak suka kepada perbuatan itu.

Jangan lah sekadar tepis tepis dan cakap ala jangan lah pukul ibu. Pukk sekali di bahu. Kemudian satu lagi di perut😑

Kalau dia tendang guna kaki, pegang kaki dia kemas kemas.

Yang penting jangan biarkan sahaja anak buat apa yang dia suka untuk lepaskan perasaan dia.

Ingatkan anak anda bahawa anda akan kawal diri dia, apa yang dia lakukan selagi dia sendiri tak boleh kawal diri dia. Ibu sedang tolong kamu kawal diri kamu. Ulang ayat ini kepada anak anda.

Jika anak masih tidak dapat bertenang, anda perlu 'lari' dari anak seketika. Pergi lah ke dalam bilik, ke dapur atau pun ke ruang tamu.
Yang penting anak anda tidak berterusan melepaskan perasaan kepada anda melalui kekerasan.

Biar saja dia lepaskan perasaan dia melalui tangisan. Itu lebih baik.

Rule 3

Kalau anda nampak anak masih tidak boleh melepaskan perasaan yang terbuku sediakan sesuatu untuk dia lepaskan kemarahan. Contohnya bantal, bola elastik atau pun belon.

Kalau guna belon, anda boleh beritahu anak bahawa belon itu mewakili perasaan mereka. Tiup belon itu dengan saiz yang besar dan anda berikan jarum kepada anak untuk dia pecahkan. Saya percaya, selepas dia buat aktiviti ini perasaan dia akan sedikit lega. Tetapi, aktiviti yang anda pilih ini harus sesuai dengan usia anak anda.

#notaparentingpuanfarhan
Senjata anak anak

Sekiranya anda bergaduh dengan pasangan, jangan sesekali jadikan anak sebagai senjata. Anda mungkin fikir anda berjaya menyakitkan hati pasangan anda, namun hakikatnya anak anda yang akan paling terluka.

Ada orang bila bergaduh dia akan ceritakan cerita buruk tentang pasangannya kepada anak anak. Lalu si anak terpaksa menadah telinga kepada si ibu atau ayah. Niat untuk menyakitkan hati pasangan tetapi anak yang terpaksa menerima bulat bulat apa yang ibu atau ayah katakan.

Walaupun si anak tidak suka untuk mendengar cerita tersebut, tetapi anak turut terlibat sama.

Jadi ibu dan ayah itu jangan egois.
[Pengaruh ayah kepada anak perempuan]

"Ibu, kakak nak kahwin dengan abi"

"Hahh..heyy mana boleh, abi tu kan suami ibu"

"Haaa, tak kira kakak nak kahwin juga dengan abi...😭"
.

Dialog diatas adalah perbualan saya dan Aufa tempoh hari. Sebenarnya, tidak pelik pun apabila anak perempuan yang masih KECIL berkata begitu. Sebenarnya, apa yang dia katakan itu merujuk kepada rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi seorang anak kepada ayahnya.
Kiranya tidak ada lelaki lain yang boleh menandingi ayahnya.

Seorang ayah yang penyayang dan baik akan memberi impak yang sangat besar kepada seorang anak perempuan.

Tahukah anda seorang anak perempuan sangat memerlukan figure seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab untuk dia berpaut.

Anak perempuan yang membesar dengan seorang ayah yang mempunyai ciri ciri diatas akan sangat rapat dengan ayahnya. Sebelum datang lelaki lain(iaitu suami) ayah lah adalah lelaki yang paling utama dalam hidupnya. Baginya ayah adalah hero yang akan sentiasa menjaga dan melindunginya. Kehadiran ayah itu akan membuat dia merasa selamat.

Fungsi ayah juga adalah untuk menyokong proses anak perempuan membesar. Segala bentuk belaian, kata kata pujian ini akan membentuk seorang anak perempuan yang kuat dan mempunyai keyakinan terhadap dirinya.

Anak perempuan yang membesar tanpa sentuhan seorang ayah akan mengalami masalah father-hunger. Dimana anak ini akan membesar menjadi seorang anak yang sentiasa dahaga kasih sayang seorang ayah. Hasilnya dia akan tercari cari sentuhan itu melalui orang sekeliling contohnya teman lelaki.

Malang sekali, mengikut satu kajian, anak perempuan yang tidak mendapat sentuhan seorang ayah akan menjadi gopoh dan tergesa gesa dalam mencari kasih sayang yang hilang itu.

Akibatnya mereka mudah menyerah kepada lelaki yang memberi perhatian kepada mereka. Hasilnya mereka lebih mudah terlibat dengan hubungan luar nikah dan aktiviti yang tidak bermoral bersama seorang lelaki yang pada sangkaannya adalah tempat dia meneguk kasih sayang yang dia tidak berjaya dapat melalui seorang ayah. Namun hakikatnya bukan.

Situasi ini berbeza dengan anak perempuan yang sudah cukup kasih sayang seorang ayah. Selain lebih yakin, mereka juga akan lebih berhati hati dalam mencari kasih sayang seorang lelaki selain ayahnya. Ayah akan menjadi kayu ukur kepada pemilihan yang akan dilakukan untuk memilih teman hidupnya.

Seandainya ayahnya seorang yang suka berjenaka, dia akan mencari lelaki yang juga suka berjenaka

Seandainya ayahnya seorang yang suka membantu membuat kerja rumah, dia jugabm sedaya upaya akan mencari lelaki yang rajin membuat kerja rumah.

Tak dapat banyak pun sedikit.

Hasilnya anak ini akan lebih bahagia dalam kehidupannya.

Begitulah pentingnya watak seorang ayah dalam hidup seorang anak perempuan.

Jadi ibu ibu, sentiasalah berpesan kepada pasangan anda agar menunjukkan contoh terbaik kepada anak perempuan agar dimatanya ayah adalah hero dan segalanya untuk dia.

Untuk anak perempuan yang mungkin sudah kehilangan ayah, watak lelaki lain seperti bapa saudara dan datuk masih boleh menjadi hero kepada mereka. Asalkan namanya itu lelaki.

.
.
.
.

Dialog saya diatas bersama Aufa berakhir begini

"Kakak, dengar sini. Kakak tak boleh kahwin dengan abi. Tapi kakak boleh kahwin dengan orang yang sama karakter dengan abi"

"Lepastu Aufa boleh kahwin dengan siapa?"

" Erm, contohnya kawan kakak kan ada. Kawan boleh. Yang penting bukan ahli keluarga macam abi, dan adik"

"Owh, macam tu.Ok ibu🙈" Kata Aufa sambil malu malu kucing.
.

[Lepas baca,Jangan lupa pesan pada suami masing ya]

#notaparentingpuanfarhan

Follow link telegram ini untuk info lebih lanjut

@notaparentingpuanfarhan
@notaparentingpuanfarhan
Jangan abaikan panggilan itu.

"ibu, ibu, ibu"

"Papa, papa, papa, papa"

Kalau anda ada anak kecil, perkara biasa yang anda akan dengar adalah anak yang sentiasa memanggil.

Tanpa jemu.

Kadang kadang sampai bosan dibuatnya. Bila anda sedang sibuk pun anak panggil panggil.
Kadang kadang mereka panggil bukan ada perkara yang penting sangat pun.

Kadang kadang hanya nak tunjuk mainan yang mereka baru jumpa dicelah celah sofa.

Ataupun sekadar mahu tunjuk watak kartun kegemaran mereka di kaca television.

Namun, ada masa nya kita rasa rimas apabila asyik dipanggil begitu. Apatah lagi apabila kita sedang sibuk dan fokus buat kerja, panggilan yang bertalu talu kadang membuatkan kita hilang sabar dan mengherdik anak kita.

"Apa dia! Asyik panggil panggil. Bising la. Cuba diam sekejap, tengok tv diam diam"

Ataupun kadang kadang kita hanya diam membiarkan panggilan anak kita itu berlalu diangin lalu.

Kadang kadang. Apabila dah berkali kali diabaikan anak kita pun membawa diri.
Tahu ibu dan ayahnya tidak mahu melayan

Sebenarnya.
Panggilan anak kita itu bukan saja saja, bukan suka suka nak kacau kita.

Itu cara mereka berkomunikasi dengan kita
Itu cara mereka berhubung dengan kita
Itu cara mereka berkongsi dengan kita

Dan

Itu juga cara mereka menarik perhatian kita.

Tambahan pula, mereka hidup dalam lingkungan yang masih kecil.
Bangun pagi, nampak ibu ayah sahaja.

Sudah tentu kita akan menjadi antara orang pertama yang mereka mahu 'kacau'

Apabila mereka semakin membesar, lingkungan kehidupan mereka sudah semakin luas. Mereka sudah ada rakan rakan disekolah. Pusat perhatian mereka sudah berubah kepada orang lain.

Sebab itu, kalau kita perasan, apabila anak sudah besar kita sudah tidak lagi mendengar panggilan dari mereka berulang ulang kali.

Ketika mereka kecil inilah kita akan dapat dengar rengekan dan panggilan dari mereka itu.

Jadi, jangan jemu untuk menjawab panggilan itu.

Saat dipanggil "Ibu, ibu, ibu" jawab lah dengan penuh minat dan kasih sayang

"Ya sayang. Ya, ya, ya"

Adakalanya anak anda panggil pasangan anda, tetapi pasangan anda tidak respon dengan baik. Tegurlah pasangan anda dan biarkan dia respon apa yang anak anda mahu sampaikan.

Saya pernah menyaksikan peristiwa di mana anak memanggil suami untuk menunjukkan sesuatu. Ketika itu suami mungkin tidak perasan anak memanggilnya.

Lalu, saya tegur suami

"Abang. Anak panggil tu"

Saya menjadikan panggilan anak itu penting pada pendengaran saya. Sedaya upaya saya cuba untuk meraikan anak anak.

Pada saya, seandainya kita mengambil berat panggilan anak anak, sudah pasti mereka juga akan menjadi anak yang sentiasa peka saat kita perlukan mereka.

Namun, seandainya kita sentiasa mengabaikan panggilan dari anak, sudah pasti mereka akan merasakan bahawa mereka itu tidak penting pada kita. Lama kelamaan, hubungan akan menjadi renggang dan anak akan mula jauh hati.

Jadi, cubalah sedaya upaya untuk respon kepada panggilan anak anak anda.

Paling tidak pun balaslah walaupun seringkas yang mungkin.

Cukup untuk mereka tahu bahawa mereka itu penting dalam kehidupan anda.

#notaparentingpuanfarhan
Ambil perhatian:

Cara anda memberi layanan kepada setiap anak anak akan memberi kesan kepada hubungan anak anak anda.

Saya pernah jumpa satu kes di mana dua orang adik beradik bersekolah di sekolah yang sama. Tapi masalahnya dua orang adik beradik ini tidak sehaluan di sekolah. Masing masing bawa diri sendiri dan kurang berminat untuk bermesra seperti adik beradik yang lain.

Si adik ini pandai dan agak ke hadapan dalam bidang akademik. Sementara si kakak pula aktif dalam bidang kokurikulum. Kedua duanya memiliki ciri pelajar yang baik.

Tetapi masalahnya ibu dan ayah lebih 'nampak' adiknya kerana adik lebih menonjol dalam akademik. Kakaknya pula sering di tegur, dibanding bandingkan dengan adik. Pencapaiannya dalam bidang kokurikulum langsung tidak menarik perhatian ibu dan ayah.

Hasilnya, si kakak mula berasa kurang senang dengan adik. Adiknya bukanlah seorang yang suka menunjuk, tetapi cara ibu ayah membandingkan kakak dan adik menyebabkan si kakak pula menjarakkan hubungannya dengan adiknya.

Dia cuba ambil positif kata ibu dan ayahnya. Dia cuba untuk lawan result adik dengan berusaha bersungguh sungguh. Hasilnya resultnya ada peningkatan.

Namun, itu belum cukup untuk membanggakan ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah masih lagi bangga dengan si adik. Akhir sekali, apa yang berlaku si kakak, dia mula rasa lemah dan dalam fikirannya jelas terlihat bahawa dia memang tidak akan mampu setanding adiknya. Jadi sedikit demi sedikit usahanya mula menurun dan dia mudah berasa cemas setiap kali peperiksaan hadir.

Kesimpulan melalui cerita ini adalah sebagai ibu ayah anda perlu sangat berhati hati dalam dalam memberi layanan kepada anak anak.

Jangan memberi layanan yang berbeza kepada anak anak.
Jangan membanding bandingkan setiap anak. Setiap anak anak ada kelebihan tersendiri yang perlu dinilai secara adil
Kalaupun anda mahu anak lebih bersemangat untuk berusaha dan belajar, fokus kepada anak tersebut tanpa perlu selitkan perbandingan dengan insan lain.

Kadang kadang, ada anak yang nampak ok, tapi mereka ni simpan dalam tau. Sebab tu lepas 10 20 tahun mereka boleh lagi ungkit.

Mahukah kita hubungan anak anak kita jadi renggang gara gara kita salah dalam memberi layanan kepada anak anak?

#notaparentingpuanfarhan
Ambil perhatian:

Cara anda memberi layanan kepada setiap anak anak akan memberi kesan kepada hubungan anak anak anda.

Saya pernah jumpa satu kes di mana dua orang adik beradik bersekolah di sekolah yang sama. Tapi masalahnya dua orang adik beradik ini tidak sehaluan di sekolah. Masing masing bawa diri sendiri dan kurang berminat untuk bermesra seperti adik beradik yang lain.

Si adik ini pandai dan agak ke hadapan dalam bidang akademik. Sementara si kakak pula aktif dalam bidang kokurikulum. Kedua duanya memiliki ciri pelajar yang baik.

Tetapi masalahnya ibu dan ayah lebih 'nampak' adiknya kerana adik lebih menonjol dalam akademik. Kakaknya pula sering di tegur, dibanding bandingkan dengan adik. Pencapaiannya dalam bidang kokurikulum langsung tidak menarik perhatian ibu dan ayah.

Hasilnya, si kakak mula berasa kurang senang dengan adik. Adiknya bukanlah seorang yang suka menunjuk, tetapi cara ibu ayah membandingkan kakak dan adik menyebabkan si kakak pula menjarakkan hubungannya dengan adiknya.

Dia cuba ambil positif kata ibu dan ayahnya. Dia cuba untuk lawan result adik dengan berusaha bersungguh sungguh. Hasilnya resultnya ada peningkatan.

Namun, itu belum cukup untuk membanggakan ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah masih lagi bangga dengan si adik. Akhir sekali, apa yang berlaku si kakak, dia mula rasa lemah dan dalam fikirannya jelas terlihat bahawa dia memang tidak akan mampu setanding adiknya. Jadi sedikit demi sedikit usahanya mula menurun dan dia mudah berasa cemas setiap kali peperiksaan hadir.

Kesimpulan melalui cerita ini adalah sebagai ibu ayah anda perlu sangat berhati hati dalam dalam memberi layanan kepada anak anak.

Jangan memberi layanan yang berbeza kepada anak anak.
Jangan membanding bandingkan setiap anak. Setiap anak anak ada kelebihan tersendiri yang perlu dinilai secara adil
Kalaupun anda mahu anak lebih bersemangat untuk berusaha dan belajar, fokus kepada anak tersebut tanpa perlu selitkan perbandingan dengan insan lain.

Kadang kadang, ada anak yang nampak ok, tapi mereka ni simpan dalam tau. Sebab tu lepas 10 20 tahun mereka boleh lagi ungkit.

Mahukah kita hubungan anak anak kita jadi renggang gara gara kita salah dalam memberi layanan kepada anak anak?

#notaparentingpuanfarhan
Ada ibu ayah yang jenis cool. Ada ibu ayah yang jenis mudah trigger. Sikit sikit nak marah, sikit sikit hilang sabar.
Anak lari keliling rumah pun dah buat anda berasap.
Itu belum lagi anak bergurau dalam kereta
Itu belum lagi anak tersilap tumpahkan air.

Sebenarnya, ada cerita menarik di sebalik perkara ini.

Anda sebagai ibu ayah pernah juga menjadi anak anak. Bagaimana anda dibesarkan begitulah anda akan membesarkan anak anak. Sedikit sebanyak cara anda dibesarkan itu akan menjadi bayang bayang dan memberi kesan bagaimana anda berhadapan dengan anak anak.

Katakanlah, ketika anda kecil dulu, apabila anda menangis ibu dan ayah akan selalu marah dan ugut anda supaya anda berhenti menangis. Kesannya anda tidak pandai untuk menguruskan emosi sendiri.

Apabila ada anak, dan anda melihat anak anda melakukan perkara yang sama (contohnya menangis) anda akan mudah trigger. Bila anak menangis merengek je anda dah mula panas. Sebab apa, dulu ibu ayah anda juga tidak memberi respon yang baik apabila anda menangis.

Jadi, anda akan terbayang bayang peristiwa lampau kerana isu itu tidak selesai dan kekal dalam diri anda.

Untuk anda selesaikan isu ini, ada beberapa perkara yang anda perlu lakukan.

1. Anda perlu sedar dahulu dengan apa yang anda lalui pada ketika anda kecil. Anda pernah di malulan depan orang, anda pernah di sindir tajam, atau anda sentiasa diremehkan. Take note semua yang anda lalui.

2.Maafkan segala perasaan sakit hati, kecewa, sedih dan marah yang anda telah lalui

3. Banyakkan bacaan yang boleh membantu anda untuk 'baiki' diri anda

4. Azam untuk tidak melakukan perkara yang sama dengan apa yang anda lalui.

5. Setiap kali anda trigger dengan apa yang anak anda lakukan, tahan diri dari memberi respon. Pause sekejap dari apa sahaja situasi yang anda lalui. Tenangkan diri dan respon setelah anda tenang dan rational.

Sekiranya perkara ini tidak selesai, anak anda pula yang akan mengulangi pusingan ini dan kesannnya adalah kepada cucu anda kelak

#notaparentingpuanfarhan
Don't scare your children.

Ada tak kat sini yang takut lipas,takut gelap,takut hantu dan sbgnya.
Pernah terfikir tak macam mana kita develop fear?

Sebenarnya..rasa takut pada sesuatu benda tu banyak yg kita tanam dari kecil lagi. Samaada mak ayah..adik beradik atau nenek tok kita yg takutkan.

"Haa..pergilah dalam bilik sana.ada lipas"

"Haa..keluar lah ada hantu dalam gelap tu"

Ada seorang ibu beritahu anaknya ada masalah takut pada ketinggian. Walau tempat tu tak lah sebenarnya tinggi mana pun..tapi masih dia takut.

Seolah olah dia akan jatuh..dan dia akan berpegang kuat kuat pada ibunya kalau pergi ke tempat tinggi.
[Tinggi dalam pemahaman kanak kanak itu dari atas meja tu lantai pun tinggi] So mmg dia trauma sgt pada ketinggian.

Saya tanya ibunya..ada sesiapa pernah takutkan dia ke dengan ketinggian?

Ibunya kata..ya suami saya selalu takutkan ank..suka acah acah anak nak bagi jatuh.

See..so ketakutan dia tu berasas sebab dah dibentuk lama dah dalam diri dia kesan daei perbuatan si ayah.

Rasa takut ni mengikut pakar sebenarnya kalau umur kanak kanak 3 tahun kebawah kita develop fear..ia akan lekat kekal dalam diri dia dan bawa sampai besar.

Sebab tu kalau kita perasan ada kawan2 kita yang takut sangat pada lipas..gelap..kucing.

Ada juga ibu ayah yg takutkan anak pada doktor. Doktor digambarkan sebagai makhluk 'jahat'. Kalau tak tidur doktor cucuk adik!!

Haa..cepat tidur.Lalu si anak set minda dia doktor itu menakutkan dan cepat cepat tidur.

Memang nampak convenient dan senang pada ibu dan ayah sebab anak mudah menurut kata dengan hanya menggunakan scare tactics.
Namun kesan nya teruk nanti kemudian hari.

Ada tak kawan korang yg besar pun takut jumpa doktor gigi ke doktor apa2 jela. Mungkin salah 1 sebabnya ketakutan itu yang telah diserap dalam jiwanya sejak kecil!

Jadi.

Masih nak guna teknik menakutkan anak lagi?

Renung renungkan.

Jom share dengan saya kaedah lain yg sesuai untuk anak ikut arahan ibu ibu selain menggunakan teknik menakutkan anak ini yg boleh memberi kesan yg buruk pada perkembangan anak anak anda.

#ibumenulis
Menanam rasa suka, cinta dalam diri anak-Menggerakkan anak melakukan sesuatu tanpa menakutkan mereka.

Pada suatu hari, Amira tidak mahu makan sayur dan ibunya berkata

"Kalau kamu tidak makan sayur, nanti hantu sayur akan datang gigit kamu"

Dengan perasaan takut anak ini makan juga sayur yang di masak oleh ibunya kerana takut pada hantu.

Si ibu berasa puas hati kerana berjaya membuatkan anaknya makan sayur.

Namun, kalau kita renungkan kembali. Adkah cara ini baik untuk anak anak?
Setiap kali mereka tidak mahu berbuat sesutu kita takutkan mereka agar mereka menjadi lemah dan segera tunduk kepada kita.

Benar, cara ini memang berkesan. Namun, kesannya sangat tidak bagus untuk anak anak.

Mengapa kita perlu sentiasa menakutkan anak.
Dalam menyuruh anak melakukan sesuatu perkara, jangan gerakkan anak dengan perasaan takut. Sebaliknya, usahakan untuk menanam rasa suka dan cinta kepada perkara itu. Itu lebih baik kerana anak itu akan digerakkan dengan motivasi yang terbit dalam dirinya sendiri.

Contoh:

Anak anda suka menyepahkan rumah. Anda mahu anak anak mengemas rumah. Bagaimana caranya?

Sebelum ini viral post yang ibu menakutkan anaknya dengan memakai kostum dan menyama menjadi satu makhluk agar anaknya takut dan tidak menyepahkan rumah lagi

Tetapi, saya terfikir satu hal, adakah setiap kali kita mahu anak berbuat sesuatu kita harus takutkan mereka?

Tidak bolehkah kita tanamkan rasa suka mengemas rumah dalam diri anak anak?

Buat satu permainan siapa cepat kutip sampah dia akan menang.

Buat pertandingan bilik paling bersih

Beri tugas kecil kepada setiap anak

Usaha untuk buat sesuatu yang akan nenamam rasa seronok dan akhirnya membangkitkan rasa suka untuk mengemas rumah berbanding mengotorkannya.

Kemudian, terangkan kepada anak anak perkara sebenar, apa yang akan berlaku jika rumah nya kotor. Apa akibatnya?

Nanti kuman akan merebak
Rumah berbau busuk.

Itu lebih baik berbanding menakutkan anak dengan hantu jembalang.

Begitu juga jika anak susah makan sayur.
Jangan amalkan mengugut anak dengan hantu sayur dan sebagainya.
Sebaliknya buat anak jatuh cinta dengan sayur.

Ceritakan kelebihan bila anak makan sayur.

Nanti kulit jadi cantik
Nanti mata akan jadi cerah
Nanti badan jadi kuat

.
Apabila kita menakutkan anak, bukan sahaja jiwanya lemah, malah ia juga tidak memberi kesan yang lama.

Mungkin ketika kecil dia akan takut, sebaliknya bila sudah besar tidak akan terkesan lagi.

Tetapi, apabila kita bangkitkan rasa suka dan sayang kepada sesuatu aktiviti dan perkara yang mereka perlu lakukan, pastinya ia akan dibawa sehinggah anak itu besar.

.

Anak anak kecil, apabila kita mahu mengajar sesuatu kepada mereka, mulakan dengan menyebut cerita yang baik baik.

Apabila kita mengajar tentang Alalah, kita bukan mulakan dengan hukuman dalam neraka sebaliknya kita ceritakan tentang seronoknya syurga.
Siapa buat baik Allah sayang
Siapa sayang adiknya Allah sayang
Siapa suka tolong ibunya Allah sayang.

Bila anak suka pukul adiknya, jangan kita kata
"Pukul adik, masuk neraka nanti"

sebaliknya cuba ubah ayat itu kepada ayat yang positif dan penuh cinta.

"Kalau abang buat baik dengan adik, selalu main baik baik nanti Allah sayang, masuk syurga nanti"

Biarkan jiwa anak dipenuhi dengan perkara yang baik baik dan positif sahaja dahulu agar perbuatannya mengarah kepada yang baik baik sahaja dahulu.

#Notaparentingpuanfarhan
Saya tak rasa menakutkan anak itu satu perkara lucu yang senang untuk kita tertawakan.

Ada orang menjadikan anak itu sebagai hiburan mereka. Ada yang membuat anak takut kemudian senang untuk tertawa dengan situasi itu.

Saya cukup sensitif apabila melihat anak kecil ditakut takutkan oleh ibu dan ayah mereka. Walaupun sekadar niat untuk bergurau, tetapi ia sepatutnya dielakkan.

Jiwa anak kecil itu masih bersih, sepatutnya di isi dengan perkara yang menguatkan jiwa mereka.
Mereka sepatutnya diajar untuk menjadi berani, diberi kata kata yang positif dan selalu diberi semangat untuk maju ke hadapan.

Anak kecil yang selalu ditakutkan akan membesar menjadi seorang yang kemah semangatnya, jiwanya juga lemah dan tidak berani mengambil peluang dan mencuba sesuatu yag baru.

Pada suatu hari, anak sulung saya pernah bergurau dengan adiknya. Dia menunjukkan gambar tangan hitam yang berdarah kepada adiknya. Ini telah menyebabkan adiknya berlari ketakutan dan memeluk saya erat sambil menggigil.

Saya yang melihat kejadian itu tidak melihat ia sebagai sesuatu yang lucu.
Saya segera menarik anak sulung saya ke tepi dan menerangkan kepada dia agar tidak memgulangi lagi perbuatan yang sama untuk menakutkan adiknya.

Menakutkan seseorang itu nampak lucu, tetapi kesannya meresahkan. Kalau kita melihat ada orang yang menakutkan anak kita, cepat cepat tegur mereka agar anak kita tidak dibiasakan dengan sifat takut yang pastinya merosakkan jiwa mereka.
Kadang kadang, kita hanya perlu bertenang!

Balik dari kerja anda lihat baju penuh di dalam bakul. Anak anak pula sudah meminta makanan untuk diisi ke dalam perut.

Anda baru pulang dari tempat kerja, baru sahaja mengadap kerja di pejabat, pulang menghadap jam dan akhirnya anda sampai ke rumah. Dalam kepala anda sudah terbayang katil yang empuk untuk anda rebahkan tubuh.

Namun, sampai sahaja di rumah realiti itu tidak seindah yang anda bayangkan. Baru sahaja anda mahu duduk, anak anak sudah berkata "lapar"

Akhirnya, anda ke dapur dan masak nasi goreng ringkas. Selesai memasak, anda lihat bakul kain yang sudah penuh dan anda segera memasukkannya ke dalam mesin basuh. Selesai membasuh baju, anda lihat meja makan pula bersepah dengan sisa makanan. Anda ambil kain dan penyapu untuk bersihkannya.

Akhir sekali, anda masuk ke bilik, solat dan terus tertidur kepenatan. Anak anak menunggu untuk bercerita namun anda sudah hanyut dalam lena anda.

Situasi ini sebenarnya hanya contoh rutin ibu ibu terutamanya yang bekerja.

Kesibukan itu sentiasa mencengkam sehinggakan ibu sentiasa sesak dan terkejar terkejar.

Secara lumrahnya, ibu itu perlu dilihat sebagai seorang yang sibuk.
Kalau ibu nampak sedang berehat dan bergoyang kaki di hadapan television itu pelik. Tersangat pelik sehingga ibu akan di cop pemalas.
Tambah lagi, jika ibu itu berehat sedang di dalam bakul banyak kain yang tidak terlipat. Memang pantang dalam masyarakat kita jika ada orang berbuat begitu.

Dalam sebuah artikel yang saya pernah baca,penulis menyatakan bahawa kita hidup dalam masyarakat yang berpendapat bahawa semakin sibuk seseorang, maka dia semakin bagus. Maka, oleh kerana itu lah jika seseorang itu, terutamanya kaum ibu perlu sentiasa sibuk. Ia nya sebagai bukti yang mereka benar benar bagus!

Persoalannya di sini, anda hidup untuk memuaskan hati orang kah?

Anda hidup untuk diri anda dan juga keluarga sendiri. Jadi, cubalah untuk buka ruang untuk diri anda.

Kalau anda rasa penat berhenti untuk rehat seketika.
Jangan push diri hanya untuk membuktikan anda itu hebat.

Saya tahu jarang ada orang boleh bertenang saat melihat rumah bersepah, kain berbakul belum dibasuh dan ada yang perlu dilipat.

Namun percaya lah.
Kadang kala anda hanya perlu bertenang.

Pulang dari kerja, dukung anak dan masuk berehat di dalam rumah. Bermain dengan anak yang sudah anda tinggal seharian.

Kemudian, anda mandi dan bersihkan diri. Berehat seketika di atas sejadah.

Kalau anda rasa terlalu penat, tidak salah untuk anda beli sekali sekala. Itu tidak membuatkan anda teruk!
Jangan terperangkap dalam perasaan bersalah hanya kerana anda tidak menyibukkan diri menyelesaikan tugas tugas di rumah.

Rasa bersalah itu hanya akan membuat anda stress anda anda akan berada pada pusingan yang sama.

Rasa bersalah
Sibukkan diri
Anda terlalu penat
Anda berehat
Rasa bersalah
Sibukkan diri

Kadang kadang anda hanya perlu bertenang dalam melayari hidup anda yang sibuk melampau itu agar anda dapat menikmati kenikmatan hidup bersama insan yang anda sayang.
Bukan perceraian yang menyebabkan anak anak bermasalah.Tetapi, hubungan ibu dan ayah selepas perceraian itu akan menyebabkan anak bermasalah.

Kalau ibu dan ayah masih ingat bahawa mereka masih lagi ibu dan ayah kepada anak anak, anda perlu sedar ia adalah suatu ikatan yang tak akan pernah putus.

Maka masing masing akan berusaha keras untuk beri yang terbaik untuk anak anak walau ditakdirkan harus berpisah sebagai suami isteri.

Ada orang tidak berjodoh panjang untuk menjadi suami isteri. Tetapi mereka berjodoh untuk menjadi sahabat till jannah.

Cuba anda lihat keluarga besar Abby Abadi, Norman Hakim. Betapa anak anak sangat bahagia walaupun keluarga mereka telah berubah. Ibu dan ayah berpisah, tetapi masing masing masih baik sebagai sebuah keluarga yang besar.

Masing masing cuba untuk menggembirakan anak dengan effort yang sangat hebat.
Masing masing cuba spend masa bersama dengan anak anak.
Masing masing menunjukkan sifat toleransi dan kematangan di hadapan anak anak.
Masing masing berkomunikasi dengan baik untuk hal keluarga dan anak anak.
Jadi akhirnya, anak anak akan baik baik sahaja.

Perasaan anda suami isteri penting.

Tetapi jangan lupa perasaan anak anak juga penting. Mereka berhak untuk dapat hak mereka. Mereka dilahirkan dengan ibu dan ayah dan hidup mereka juga perlu ada ibu dan ayah bersama, walau kadang tidak sebumbung lagi.

💜💜

#notaparentingpuanfarhan
Anak anak yang kecil mempunyai daya kawalan yang lemah terhadap keinginan diri. Yang akan membantu mengawal mereka adalah ibu dan ayah

#notaparentingpuanfarhan
Peraturan yang anda wujudkan dalam rumah itu bukan hanya terpakai untuk anak anak. Tetapi untuk anda juga.

#notaparentingpuanfarhan
Cara meningkatkan 'internal motivation' anak anak

1. Sentiasa mengucapkan terima kasih kepada anak anak.
2. Sentiasa highlight apa sahaja perbuatan baik yang anak anda buat
3.Sentiasa kongsikan apa sahaja perbuatan yang anak buat kepada orang sekeliling termasuk suami
4.Tunjukkan minat anda terhadap apa yang anak buat
5. Beri dan tunjukkan kepercayaan kepada anak anak.
6.Jauhi kritikan yang melemahkan sebaliknya beri komen membina kepada setiap kelemahan anak.

Saya suka tekankan konsep motivasi dari dalam berbanding motivasi dari luar sebabnya motivasi dari dalam itu akan membantu anak anak untuk survive dengan lebih baik.

Anak anak yang mempunyai motivasi dari dalam akan sentiasa bersemangat dan dan tidak mudah mengalah.

Sementara anak anak mempunyai motivasi dari luar pula akan sentiasa mengharapkan pujian dan reward dari orang sekeliling. Tanpa pujian dan reward mereka akan sukar untuk bersemangat terhadap apa apa yang mereka lakukan.

#notaparentingpuanfarhan
Anak sulung ini besar pengaruhnya kepada adik dibawahnya.
Oleh itu, sebelum menambah ahli baru di dalam keluarga berusahalah untuk mempersiapkan anak sulung anda juga.

Anak sulung yang siap menerima kehadiran adik adiknya pasti akan memberi banyak kesan positif di dalam keluarga itu sendiri.

1.Mengurangkan stress ibu menguruskan anak baru

Anak sulung yang bersedia menerima kehadiran adik pasti akan banyak membantu ibu dalam menguruskan rumah termasuk lah membantu menjaga dan menguruskan keperluan adiknya

2.Mengurangkan penolakan terhadap adik.

Anak sulung yang bersedia menerima adiknya juga akan kurang menunjukkan penolakan terhadap adiknya.
Penolakan kepada kehadiran adik pasti akan ditunjukkan melalui perbuatan seperti mengacau adiknya, membuat sesuatu yang membangkitkan kemarahan orang sekeliling dan juga kerap menangis dan mengamuk.

Untuk mengurangkan penolakan kepada kehadiran adik yang baru, ini lah pentingnya anak sulung anda diperskapkan sebelum.kehadiran orang baru.

Jadi, sebelum ditambah ahli baru pastikan anak sulung sudah boleh faham akan erti adik. Pastikan dia juga seronok menanti kehadiran seorang adik.

Anak sulung yang tidak seronok dengan kehadiran adiknya akan memberi layanan yang kurang baik kepada adiknya.

Ingat, pengaruh anak sulung sangat besar kepada adiknya. Cara dia melayan adik dibawah nya akan menentukan juga bagaimana sikap anaj kedua, ketiga dan seterusnya. Ia bagaikan sebuah cycle yang berhubung kait.

Sekiranya mereka kerap bergaduh, berebut dan saling pukul memukul antara sayu sama lain pastinya adik adik dibawahya akan menjadi kasar.
Seterusnya, sikap dan perangai itu akan diperturunkan pula kepada adik adik yang seterusnya.

Sekiranya banyak perangai dan perbuatan positif yang ditunjukkan oleh anak sulung, adik adik lebih mudah menurut.

Saya selalu memerhatikan apabila anak sulung saya mengaji, adiknya pasti akan duduk san ikut bersama sehingga dia habis mengaji.

Betapa besar nya pengaruh anak sulung di dalam pembentukan suasana yang harmoni di dalam rumah anda.
.
Oleh itu, sebelum anda menambah bilangan ahli keluarga jangan lupa untuk 'berbincang' bersama anak sulung anda agar mereka bersedia memikul tanggungjawab sebagai kakak/abang.

Sebelum anak menambah ahli baru sipastikan dalam keluarga pastikan juga anak sulung sudah diperturunkan ilmu serta contoh yang baik untuk mereka aplikasikan bersama adik adik yang lain. Kita juga harus memastikan cara kita melayan anak sulung ini tidak berubah walaupun sudah beradik. Ingat, pengaruh Abang dan Kak Long Kawasan itu kuat. Untuk memastikan mereka melayan dan menguruskan adik dengan baik, ianya bermula bagaimana ibu dan ayah mendidik anak yang sulung.

#sibling
Puan Farhan
14818