Nota Parenting Puan Farhan
458 members
4 photos
2 links
Download Telegram
to view and join the conversation
Kesilapan yang kita biasa lakukan kepada anak pertama.

1.Selalu melakukan tuduhan kepadanya

Anak sulung ini biasa menjadi tempat kita membuat tuduhan. Kadang kadang bila anak kedua, ketiga menangis, mulut kita laju cakap

"Abang buat adik ya?"

Bila kita sudah terbiasa begitu, kita selesa untuk memberi tuduhan kepada anak yang sulung.
Apa apa yang berlaku, anak yang sulung pasti orang pertama menjadi orang yang kita tuduh.

2. Menyalahkan anak sulung atas apa yang berlaku kepada adik.

Selain memberi tuduhan, kita juga suka menyalahkan anak yang sulung jika ada perkara yang tidak baik berlaku kepada si adik.

Adik jatuh tesembam kita salahkan yang sulung. Kita marah anak sulung kerana tidak jaga adik baik baik sehingga perkara itu berlaku.

Sedangkan kadang kadang perkara itu berlaku di luar kawalan anak kita.

3.Mengharapkan anak sulung faham situasi anda.

Apabila ibu mendapat anak kedua, usia anak sulung itu perlu didilakukan ambil kira. Jika anak sulung itu baru mencecah 1 tahun, dia masih terlalu kecil untuk memahami situasi anda yang baru mendapat cahaya mata kedua.

Soal perhatian dan pembahagian masa akan selalu menjadi isu. Kita marah anak sulung apabila dia mula mengamuk tatkala kita sedang menyusukan anak kedua.

Kita tidak faham bahawa anak kita itu masing kecil untuk bertoleransi dengan pembahagian kasih sayang, masa dan perhatian dari kita. Selama ini dia dapat semuanya secara esklusif dan kini ia harus dikongsi.
Ia bukan mudah! Letak diri kita di, tempat anak itu.

4.Menjauhkan anak sulung dari adiknya

Ada juga sesetengah ibu ayah yang tidak memberi kebenaran kepada anak sulung untuk rapat dengan baby yang baru lahir. Apabila anak sulung anda masuk rapat, anda 'halau' dia supaya pergi ke tempat lain dan tidak mengacau adik.

Saya faham, mungkin sesetengah ibu risau kerana anak sulung masih kecil, namun anda tetap perlu ajar dia untuk rapat dengan adik, beri peluang untuk uruskan adik agar dia tidak kekok untuk sayang adik dan seterusnya menerima adiknya itu dengan baik. Jadi, nanti tidak timbul lah isu cakar adik, tutup muka adik dengan bantal dan sebagainya.

Apa yang penting sentiasa monitor dan ajar anak sulung anda untuk 'menguruskan' adiknya.

5.Menangguhkan permintaan anak sulung

Seperti mana saya katakan, apabila kita mendapat anak kedua, perhatian kita akan mula terbahagi.

Kadang kadang apabila anak sulung meminta sesuatu daripada kita, kita suka menangguhkan permintaan mereka.

Adakalanya mereka minta sesuatu, namun kita kata "nanti dulu", sehingga kan kerap kali kita terlupa untuk melakukannya.

6.Anak sulung disuruh beralah

Ini juga kesalahan yang biasa kita lakukan.
Anak sulung selalu disuruh beralah. Bila dia bermain dan adik mahukan mainannya, kita suruh dia beralah.
Ayat yang biasa kita guna
"Itu kan adik, berilah pada adik"

Sedangkan hakikatnya, tidak semua perkara anak kita perlu beralag. Mereka juga ada perasaan.

Untuk siapa yang masih ingat tentang artikel saya yang mengatakan bahawa anak sulung ini penting untuk pembentukan keluarga, ini adalah sambungannya.

Kita perlu ingat, kadang kadang saat mendapat baby baru kita terlupa kepada anak sulung saya yang masih tidak puas bermanja dengan kita.

Jangan lupakan dia dan bertindak tanpa memahami perasaan anak sulung kita.

Dia pernah jadi insan yang paling anda sayang, anda damba sepenuh hati.

Jadi, hargai dia dan jangan melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, kerana kesannya bukan untuk hari ini sahaja, namun ia akan membawa sehingga anak itu besar.
Saya tak ada handphone

Pada suatu hari tu, saya ada berbual dengan anak anak murid saya. Saja saya tanya mereka siapa yang ada handphone sendiri? Saya ingatkan semua akan akan angkat tangan. Rupanya ada juga seorang yang tak angkat tangan.

Saya pun tanya sekali lagi.

"Betul ke awak tak ada handphone? Serius lah?"

"Betul lah cikgu, saya tak ada handphone"

"Dah tu, kalau awak nak WhatSApp kawan kawan awak macam mana?"

"Mak bagi guna yang dia lah cikgu. Mak kata tunggu saya besar, masuk universiti dulu baru boleh dapat handphone sendiri"

"Haa, ok la tu. Itu maknanya ibu awak bijak. Dia tahu apa yang terbaik untuk awak. So awak kena bersyukurlah ada ibu yang bijak macam tu"

Sebenarnya saya suka dengan pendekatan begitu. Ibunya tak halang dia guna handphone, cuma dia tidak memiliki handphone sendiri. Nak guna, guna yang ibu atau ayah sahaja.

Faham faham lah kalau guna yang ibu ayah punya, anak anak memang tak akan berani buat macam macam.

Guna untuk keperluan sahaja. Kalau setakat nak berbincang dan berhubung dengan kawan tidak ada masalah besar untuk pinjam handphone ibu atau ayah.

Pemilikan handphone atau gadjet lain pada usia yang masih muda agak bahaya. Sebab anak anak masih kecil dan kita sukar melindungi mereka dari bahaya apabila anak anak bebas mengakses tanpa sekatan.

Yela, hak milik sendiri mereka akan lebih bebas. Nak dibandingkan kalau hak milik orang lain mereka lebih tahu batasnya.

#notaparentingpuanfarhan
Buli anak

Selalunya kita dengar kes anak anak di buli di sekolah je kan. Tapi untuk pengetahuan anda, anak anak juga boleh di buli di rumah oleh ibu dan bapa mereka sendiri!

Kita mungkin jarang dengar atau tak pernah dengar perkara begini. Sebab bila berlaku dalam rumah, parents sendiri yang buat siapa yang berani berkata apa apa kan.

Sebenarnya ibu bapa boleh buli anak dalam banyak perkara. Dan ia boleh dibahagikan kepada dua jenis buli, buli fizikal dan buli emosi.

Buli fizikal ni mungkin senang nampak. Salah sikit tampar, kesalahan kecil pun jadi besar.

Tapi buli emosi ni susah nak nampak tau. Kadang kadang anak itu pun tak perasan dan sedar yang dia sebenarnya di buli.

Mari saya senaraikan contoh bagaimana ibu bapa boleh buli emosi anak anak.

1.Panggil nama anak dengan panggilan yang buruk

"Hey gemuk"
"Hey hitam"
"Hey budak pemalas"

2. Mengamalkan pilih kasih.

Anak yang dia sayang di pelukbdan di cium selalu. Anak yang kurang disayangi ala kadar saja layanannya

3.Suka ugut anak

Ibu bapa yang suka ugut anak ini tak sebenarnya perkara ni jatuh dalam buli.

Contoh kalau anak bising dalam kereta ibu ayah ugut nak tinggal tepi jalan. Masing masing diam tak berkutik sebab takut.

4. Sentiasa mengkritik anak anak.

Setiap apa yang anak buat tak betul di mata dia.
Setiap hasil kerja anak tiada nilai di matanya
Kritikan yang berterusan juga akan menyebabkan anak menjadi seorang yang rendah diri.

5. Suka menyindir anak dengan kata kata yang tajam

"Kan bagus kalau kau tak lahir"

"Sia sia je duit aku keluarkan untuk kau sekolah"

6. Mengabaikan anak anak

Pengabaikan dari sudut emosi akan berlaku apabila ibu bapa tidak ambil kisah langsung tentang emosi anak.

Anak sedih ke, kecewa ke semua itu dia rasa bukan masalah dia. Pandai pandailah anak tu hadap sendiri.

Anak tiada teman bercerita yang terasing dalam sendiri.

7.Memalukan anak dikhalayak ramai

Ramai ibu ayah suka hukum anak di khlayak ramai. Kalau boleh pulas telinga depan orang puas hati nampaknya.

8.Menakut nakutkan anak

9. Memaksa anak mengikut setiap arahan tanpa mengambil kira pendapat anak anak.

.

Semua contoh di atas adalah contoh perbuatan buli oleh ibu dan ayah.

Menggunakan kuasa yang ada mereka untuk melemahkan anak anak.

Menggunakan kuasa yang mereka ada untuk membuat anak anak tunduk.

Memang biasa berlaku, cuma kadang kadang bila dah jadi kebiasaan kita sudah tidak rasa bersalah. Contohnya bab ugut anak lah. Seronok ugut budak ni. Ugut sikit je dah takut. Bila nampak berkesan kita seronok guna teknik ni kan.

Tapi itulah, kita tak sedar sebenarnya kita sedang buli anak kita tanpa sedar😭

Jangan lupa 1 hal ini.

Anak anak biasa di buli akan bertukar karakter mereka dari orang yang dibuli kepada pembuli.

Kalau tak dapat buat di rumah, mereka akan buat di sekolah.

Percaya lah.

#notaparentingpuanfarhan
Jangan sia siakan waktu makan

Masa makan bersama anak anak jangan sia siakan tau. Banyak sangat benda yang boleh kita ajar ketika makan bersama.

1. Ajar anak cara makan yang betul. Kalau anak makan tumpah tumpah, bantu dia untuk makan dengan lebih baik. Kalau di ajar sampai besar pun makan bersepah sepah.

2Ajar anak untuk sabar. Sebelum makan baca doa bersama. Anak anak akan belajar untuk bersabar apabila perlu menunggu doa itu dihabiskan.

3. Ajar anak konsep sharing. Bila makan bersama, sudah tentu makanan perlu di kongsi. Katakan seekor ikan yang digoreng sudah tentu kena makan ramai ramai. Tak boleh ada sifat tamak dan makan sorang sorang. Cubit isi ikan dan kongsi sama sama.

Sikit sama sikit
Banyak sama banyak.

4.Ajar anak konsep menghargai

Ketika makan, ajar anak untuk menghargai kepenatan ibu memasak

Ajar juga anak untuk menghargai setiap biji nasi yang masuk ke dalam mulut. Jangan membazir.

5.Ajar anak konsep syukur

Bukan setiap hari kita boleh hidangkan makanan yang sedap sedap untuk anak. Kadang kadang goreng telur je mampu. Sentiasa ajar anak untuk bersyukur walaupun sekadar nikmat telur goreng

6. Ajar anak konsep kebersamaan

Bila makan sama sama, anak akan faham konsep kebersamaan. Betapa seronoknya makan bersama, dapat berbual bual ketika makan. Anak yang ada moment ini akan lebih menghargai ahli keluarga mereka. Walaupun sudah jauh dari keluarga mereka pasti akan rindu!

7.Ketika makan ini jugalah bonding akan terhasil. Cuba untuk amalkan konsep suapan pertama itu untuk orang lain.

Suami suap isteri
Isteri suap suami
Anak suap ibu
Kakak suap adik

Ini akan mengajar anak anak tentang nilai kasih sayang sesama ahli keluarga. Dalam masa yang sama anak akan lebih teruja dan bersemangat untuk makan apabila waktu makan itu membahagiakan mereka.

Jadi, jangan sia siakan waktu makan anda bersama anak.

Ketika makan bersama

Elakkan
Diam tanpa bicara
Menghadap gajet

Hargai waktu makan bersama anak anak.
Terlalu banyak perkara yang kita boleh ajar anak anak ketika waktu itu.

#notaparentingpuanfarhan
Cara tegur anak.

Bila anda mahu tegur anak, jangan mulakan dengan memberi label yang negatif kepada anak anda.

Contohnya anda kata begini
Ibu tegur kamu ni sebab kamu ni nakal
Ibu tegur kamu ni sebab kamu pemalas.

Sebaliknya fokus terus kepada kesalahan yang anak anda lakukan.

Ibu tegur kamu sebab kamu sepak adik
Ibu tegur kamu sebab kamu tak siapkan kerja sekolah.

Jom kita betulkan kebiasaan yang kita lakukan, ubah kepada yang lebih baik.

#notaparentingpuanfarhan
Apabila anak dilamun cinta.

Ada beberapa orang ibu menyatakan kerisauan mereka kepada saya kerana anak sudah masuk ke alam remaja. Mereka risau sekiranya anak terjebak dengan cinta monyet.

Sebenarnya kerisauan itu berasas kerana bermula dengan cinta monyet lah ia boleh brrakhir dengan pelbagai isu yang tidak sedap di dengar.

Cuma, sebelum ibu risau lebih lebih, satu perkara yang anda perlu tahu adalah remaja di, lamun cinta adalah satu perkara yang normal.

Sebenarnya, untuk lebih tepat ia sebenarnya bukan lah cinta pun. Ia lebih kepada suka atapun minat.

Kalau tanya remaja yang ber'cinta' biasanya tentu ada sesuatu perkara yang menarik perhatian mereka.

Contohnya si gadis itu nampak comel di matanya.

atau anak anda mungkin minat pada seniornya yang selalu berucap di hadapan ketika diitu perhimpunan.

atau mungkin juga kedua duanya saling ambil berat antara satu sama lain.

Jadi, perasaan suka itu akhirnya membawa kepada satu perasaan sayang yang bercambah di dalam hati.

Kalau masing masing tak bertepuk sebelah tangan, maka terjadilah hubungan itu.

Remaja bercinta biasalah

Kirim surat
Selalu OTP (on the phone) dengan pasangan
Beli hadiah untuk pasangan
Itu antara perkara yang biasa sangat.

Saya percaya, sebagai anda tentu risau. Anak yang selama ini kita jaga dan tatang sudah pandai menjalinkan hubungan dengan orang luar.

Biasanya perkara inI lebih senang berlaku di sekolah. Ia adalah sesuatu yang sangat normal.

Namun begitu, sekiranya anda mendapat tahu anak anda bercinta apakah yang anda perlu lakukan?

Sebenarnya, dalam situasi itu perkara yang anda perlu lakukan yang paling utama adalah bertenang. Rileks.

Jangan gopoh gapah beremosi dengan anak sehingga kita mengeluarkan kata kata seperti

"Gatal lah kau ni"

Kalau anda faham bahawa mereka inI sebenarnya sedang melalui fasa perkembangan sebagai seorang remaja anda tentu akan lebih tenang.

Kedua, pastikan anda luangkan masa lebih banyak bersama anak. Walaupun anak sudah besar, jangan abaikan bonding bersama anak anak sehingga waktu mereka banyak terisi dengan insan lain. Jangan sehingga mereka rasa orang lain boleh mengganti posisi anda.

Apabila anda kerap menghabiskan masa bersama anak, anda pasti akan lebih mudah untuk tahu apa yang anak anda lakukan. Ambil tahu setiap pergerakan anak.

Sekiranya anada tahu anak anda suka kepada seseorang, jangan marah.
Sebaliknya bertanya kepada anak, apa istimewanya orang itu dimatanya. Kenapa dalam ramai ramai orang dia suka kepada teman istimewa tersebut. Tanya bukan kerana anda mahu siasat, tetapi bertanyalah untuk menunjukkan bahawa anda sedang peka kepada anak anda.

Kemudian, berbincanglah dengan anak tentang pengurusan perasaan itu. Apa yang sepatutnya anak anda lakukan dan di had mana batas pergaulan yang sepatutnya dia patuhi.

Pada saya, lebih baik anak berkawan dengan 'teman' itu secara terang agar lebih mudah kita bantu dan beri panduan kepada mereka.
Ada anak yang mungkin di depan ibu ayahnya pijak semut pun tidak mati, namun berani di! belakang ibu dan ayahnya.

Akhir sekali, sentiasa kongsikan kepada anak anak pesanan yang baik.
Sentiasa pesan pada anak perempuan, lelaki yang baik tidak akan mudah berkata sayang kepada mereka.
Sentiasa pesan kepada anak anak perempuan lelaki yang baik tidak mudah menyentuh mereka
Sentiasa pesan pada anak lelaki anda bahawa perempuan yang baik tidak akan mudah berjanji dan melayan
Sentiasa pesan pada anak lelaki anda bahawa perempuan yang baik harus tahu batas kehormatannya.

Buka minda anak anak tentang masa depan mereka dan bagaimana mereka seharusnya bersedia sekiranya mereka benar benar suka pada seseorang.
Alirkan perasaan suka itu kepada sebuah semangat untuk mereka bangkit dan belajar sungguh sungguh demi sebuah kehidupan yang mereka akan tempuhi pada masa hadapan.💖

121018
#notapuanfarhan
Seorang anak murid saya pernah bertanya

"Cikgu kenapa mak ayah saya ni suka tanya dan cakap tentang pelajaran saja, pasal benda lain tak pernah nak tanya.Banyak lagi benda lain yang saya nak kongsi tapi pendam dalam hati je"

Saya termenung dapat soalan ni
Betul juga apa yang anak ini cakap. Memang wujud ibu dan ayah begini.

Setiap masa akan push anak anak untuk belajar sahaja. Soal lain tak penting dan tolak tepi

Tidak pernah kisah tentang emosi anak anak
Tidak pernah mahu ambil tahu masalah anak anak.

Yang dia tahu anaknya harus belajar rajin rajin dan buat ibu ayah bangga.

Gagal tunaikan apa yang mereka mahu bermakna anak itu gagal.

Kadang kadang anak nak juga share tentang perkara lain.

Gaduh dengan kawan
Terjatuh hati pada kawan sekelas
Rendah diri sebab kulit banyak jerawat
Malu nak bercakap kat depan.
Kena buli dengan kawan kawan
Ni semua antara masalah anak anak yang kita perlu untuk bertanya dan berkongsi.

Tahu tak, untuk seorang remaja kalau mereka.bergaduh dengan kawan pun dah jadi isu besar tau. Nak belajar tak masuk sebab minda tu dah asyik fikir tentang pergaduhan itu.

Banyak lagi perkara yang anak anak mahu share.
Mungkin pada kita perkara itu tidak penting pun.
Sedangkan kesejahteraan emosi dan mental anak anak itu adalah asas untuk mereka berjaya.

Silap besar kalau setiap hari kita hanya tanya pasal akademik anak anak sahaja tanpa ambil kira aspek lain.

#notaparentingpuanfarhan
Ajarlah anak untuk menghargai sesiapa sahaja di sekeliling mereka.

Kalau anda bawa anak keluar biasanya anda akan jumpa ramai orang termsasuklah tukang sapu, tukang kebun, pak cik guard. Jangan ajar anak untuk memandang rendah kepada mereka.

Ada sesetengah orang mengajar anak begini

"Haa, kamu kalau tak belajar bersungguh sungguh jadi macam mak cik tukang sapu tu, nak?"

Maka membesarlah anak menjadi manusia yang memandang rendah pada orang lain.

Maka membesarlah anak menjadi manusia yang rasa diri mereka lebih hebat dari orang lain.

Setiap manusia di atas dunia ini banyak fungsinya.

Kalau semua orang menjadi orang yang hebat maka siapa yang mahu memikul tanggungjawab yang lebih rendah.

Tanpa mereka, dunia ini tidak dapat berfungsi dengan baik juga.

Bayangkan seminggu pengutip sampah tidak datang ambil sampah yang berlonggok apa jadi? Pasti busuk dan berbau.

Bayangkan setiap sekolah tiada pak cik guard yang setia menjaga sekolah. Bagaimana keselamatan anak anak pelajar.

Jadi, setiap daripada kita ini memang sudah ada tugas masing masing. Semua tugas itu penting dan kita saling memerlukan antara satu sama lain.

Tidak perlu untuk ukur darjat masing masing.

Kalau anda ke mall jumpa mak cik cleaner, ajar anak anak untuk beri salam atau sekurang kurangnya ucap terima kasih.

Kalau di kedai makan, mudahkan urusan penjual dengan mengemas segala apa yang tumpah di meja makan sebelum beredar

Pasti mereka terkejut wujud rupanya manusia yang boleh menghargai mereka.

.

#notaparentingpuanfarhan
Ibu dan ayah, tolong jangan bergaduh di hadapan anak anak.

Kadang kadang, anda rasa tidak bersalah bergaduh di hadapan anak anak. Memang betul ada anak anak nampak cool sahaja walaupun ibu dan ayah kerap bergaduh. Tapi, sebenarnya kesannya cukup besar kepada anak anak.

Kesan ibu ayah bergaduh di hadapan anak

1. Anak akan menyerap stress kesan pergaduhan dan konflik itu. Kesannya anak akan mengalami tekanan perasaan yang teruk

2. Anak akan rasa rendah diri dengan rakan rakan lain. Apa yang ada dalam fikiran mereka-Kenapa family aku tak bahagia seperti orang lain.

3. Anak akan rasa bersalah yang teramat kerana tidak dapat membantu menyelesaikan konflik ibu dan ayah.

4. Anak akan membina rasa benci kepada ibu dan ayah apabila mereka tidak boleh memilih di antara kedua dua belah pihak

5. Anak akan berusaha untuk keluar dari suasana yang tegang dengan cara mereka sendiri (menyendiri, lari dari rumah)

6.Anak akan melakukan sesuatu untuk menarik perhatian ibu dan ayah. Biasanya apa yang mereka lakukan adalah negative behavior, contohnya ponteng sekolah

7. Anak anak akan mengalami trauma dan ketakutan. Mereka takut seandainya pergaduhan itu akan membawa kepada penceraian.

Jadi, tolong lah ibu dan ayah. Kalau ada konflik dengan pasangan anda. Selesaikan di tempat yang sepatutnya. Kadang kadang even dalam bilik pun anak dapat dengar.

Kalau boleh selesaikan isu anda berdua di luar rumah agar anak tidak dapat menangkap dan menghidu masalah anda. Seandainya anda bergaduh di hadapan anak anak, cepat cepat untuk berdamai. Terangkan kepada anak anak bahawa anda berdua sudah OK

#notaparentingpuanfarhan
Perkara yang kita selalu fokus itulah akan membentuk kehidupan kita.

Dalam hidup kita, kalau kita selalu fokus kepada perkara negatif kan.

Maka kita akan melihat kesuluruhannya negatif.

Dah tak nampak sisi lain dah.

Walau hakikatnya yang positif itu masih banyak dan tidak habis untuk dihitung.

#notakaunselor
#notaparentingpuanfarhan
Anak anak yang diberi kepercayaan untuk menjalankan apa sahaja tugas akan membina rasa percaya pada diri sendiri, mereka percaya bahawa-mereka itu hebat dan ada fungsinya di dalam dunia ini.
Beza...

Bila anak anak buat salah kita cepat nampak salah mereka kan..

Tapi, kita sebagai ibu bapa siapa yang 'berani' menegur kita?

Sebab itu kita selalu rasa kita sentiasa betul dan jarang jarang salah.

Anak anak buat salah, itu proses mereka belajar

Anak anak buat salah, itu proses mereka menjadi dewasa.

Tegur tak salah
Beri hukuman tidak salah

Yang salah itu, kita biarkan emosi kita menjadi hakim kepada kesalahan anak anak.
Biasa kan, kalau kita tengok anak orang nakal mesti terdetik dalam hati kita rasa menyampah. "Haih, budak ni nakal sungguh"

Masa tu kita akan compare anak anak kita dengan anak anak yang nakal itu. Alhmdulillah anak kita well behaved. Gitu.

Tapi kan, sebenarnya tahu tak anak anak yang 'nakal' atau bermasalah itu ujian untuk ibu bapa mereka.

Kalau kita ada melihat perkata itu di depan mata, banyak banyak kita doakan untuk ibu bapa itu untuk dipermudahkan urusan mereka.

Bukan kita judge parent tu
Bukan kita hina parent tu
Atau jangan sesekali kita umpat anak anak itu.

Sebab kita tak akan tahu ujian untuk kita nanti bagaimana.

Dan, kalau kita diuji begitu belum tentu kita mampu untuk berdepan dengan ujian tersebut.

Banyakkan berdoa untuk orang lain, kurangkan kejian dan umpatan kepada mereka yang sedang diuji...
Kata Dr Farid Ravi:Jangan selesa menyerahkan tugas mendidik dan mengajar anak kepada guru guru sahaja. Sebaliknya, biarlah kita ayah dan ibu yang menjadi orang yang memulakannya.

Kalau anak tidak mengaji, kita suruh, kita pantau, kita semak.

Biarlah kita kurang mahir, tetapi sekurang kurangnya kita usahakn dulu mengajar anak anak.
Bila kita dah jadi ibu dah ayah, kita perlu sentiasa bersedia dan cepat bertindak.

Kita bawa anak pergi rumah orang, tengok dia mula sepahkan makanan yang dihidang, cepat cepat kawal anak.

Kita bawa anak pergi rumah orang, kita tengok dia sepahkan mainan cepat cepat tegur dan kemaskan kembali bersama.anak.

Kita bawa anak pergi rumah irang, anak tumpahkan air, cepat cepat minta kain dan bersihkan sehingga selesai masalah anda.

Jangan hanya tengok saja tanpa ada perasaan.

Jangan hanya tegur saja tanpa tindakan
Ajarkan anak kita beberapa adab pada hari raya, terutamanya ketika menziarahi saudara mara

1.Buka biskut atau makanan, apa yang hendak di makan sahaja. Elakkan buka dan bermain dengan makanan. Elakkan juga buka makanan untuk tempoh yang lama. Ambil, pilih dan tutup setelah selesai memilih.

2.Elakkan bermain gajet dihadapan saudara mara. Ajar diri sendiri dan anak anak untuk tutup gajet semasa saudara datang dan ketika and meziarahi saudara mara

3. Elakkan anak anak daripada masuk ke bilik atau ruang yang tidak sepatutnya ketika menziarahi saudara mara. Jika perlu mohon keizinan terlebih dahulu.

4.Elakkan anak anak dari menyentuh dan bermain dengan barangan yang berada di dalam rumah orang yang anda ziarahi

5.Jangan sesekali ajar anak bahawa Hari Raya itu hari untuk mengutip duit raya. Jika anak anda diberi duit raya, ajarkan mereka berterima kasih. Jika tidak diberi jangan mengeluh.

6. Ajar anak untuk tidak membanding bandingkan nilai duit raya yang diberi.

Rumah A beri RM3, rumah B beri duit 5. Rumah B lagi kaya. Tolong jangan didik anak begitu ya.
Suka sangat nasihat dari Fynn Jamal ni.

Orang bagi duit raya, ambil.
Ucap terima kasih dan terus simpan.
Tak perlu intai intai jumlahnya.

Saya pun suka untuk praktikkan benda ni. Orang bagi duit raya pada anak letak je dalam beg terus. Nanti bila nak bank in kan baru buka semua, dah lupa siapa bagi yang ni yang tu.

So, selamat lah kita dari judgement.

Eh, nampak macam kaya, bagi 5 hinggit je😪

Haaa. Betul tak?

Kadang kadang secara tak sengaja kita judge orang melalui duit raya.

Selalu kalau Aufa dapat duit raya, dan dia buka terus,memang saya akan terus tegur.

"Simpan sampul tu dalam beg, jangan buka"

Jangan buka. Jangan tengok nilai dan jangan sebut jumlahnya.

Kadang kadang, anak kita siap tengok dan sebut jumlahnya depan orang yang diberi.

Kadang tu, sampul pun di buang terus di hadapan orang yang memberi😅😅

Pasal duit raya. Boleh bawa gaduh.
Berhati hati lah.