Nota Keluarga Ashikin Hashim
1.19K subscribers
250 photos
20 videos
167 links
Channel ini akan berkongsi tentang ilmu serta info pendidikan anak-anak serta keibubapaan. Semoga semua mendapat manfaat
Download Telegram
Anak-anak pun seperti kita
-------------------------------------------

Anak pun kadang kala tiada mood ke sekolah - macam kitalah yang kadang tak ada mood pergi kerja.

Anak pun kadang down - macam kita lah yang kadang down sebab masalah kerja dan sebagainya.

Anak pun kadang dia sedih - macam kitalah yang kadang sedih orang tak faham perasaan kita.

Anak pun kadang rindu tak nak lepas Mama Papa pergi - macam kitalah rindu kat mak ayah kita, rindunkat suami/isteri.

Anak pun kadang meronta nak sesuatu - macam kitalah kadang hati meronta bergelora nak kan sesuatu.

Apa yang perlu kita buat jika anak menangis jika hendak ke sekolah sedangkan sebelum ini dia ok?

1. Pujuk dengan baik

2. Iktiraf perasaan anak - Mama tahu Ahmad sedih. Ahmad suka duduk rumah kan? Tapi Ahmad suka pergi sekolah juga kan? Ahmad kata Ahmad ramai kawan kat sekolah. Bla...bla...bla...

3. Peluk dan cium anak - buat selalu. Anak suka dan rasa selamat.

4. Janji luang masa sama-sama - janji mesti ditepati.

5. Doakan anak. Hantarkan positive vibes padanya - kita jangan selalu fikir yang bukan-bukan. Fikir baik doa baik.

6. Bercerita atau buat role play untuk menaikkan semangat anak - amalkan ketika bedtime stories (30 minit sebelum anak dapat deep sleep)

Selamat mendidik dengan kasih sayang :)

Ashikin Hashim
Genius Aulad Saujana Utama
#notaparenting
Parenting Style | What's yours?

The other side of Wafa. Tak selalunya hidup kita sebagai ibu bapa ini indah belaka. Mungkin ada yang menghadapi tangis anak lebih dari tawanya.

Ada kala kita mudah pujuk mereka. Ada kala kita hold kemahuan dan kita hadap sahaja tangis itu. As long as dia menangis dalam suasana yang selamat dan under control.

Apa yang saya praktikkan mungkin tidak praktikal untuk anda. Tidak perlu tiru atau ikut semuanya. Waktu ini saya punya banyak masa untuk tunggu tangisnya reda. Di.masa yang lain, saya mungkin tidak sempat, lantas saya dukung dan pujuk. Alhamdulillah. Metod mengena pada situasi yang bersesuaian dengan masa.

Ada ibu yang pujuk terus. Ada yang let her cry it out. Ada yang co sleeping, ada yang biar anak tidur sendiri. Ada yang homeschool, ada yang hantar ke sekolah. Ada yang tak bagi tengok tv, ada yang beri dengan pengawasan.

Tiada yang benar dan salah.

It works differently to different people. As long as our children are under control, they are happy and safe, let us respect each other. Respect more, judge less.

*Situasi Wafa ketika ini: Saya minta dia tenang baru boleh masuk kedai. She followed. It wouldnt work sometimes, then pujuk and hugs. Different method at different times. Different people with different style. Apa yang penting, kita sebagai parents sentiasa ingin belajar dan menghormati cara orang lain.

Ashikin Hashim
Apa nak buat anak tahun depan dah darjah 1 tapi tak lancar baca lagi?

Ikut saranan Teacher Ashikin ni. Mudahan bermanfaat ya ☺️

1. Jangan panik. Relax tarik nafas. Set dalam minda anak kita pasti boleh baca jika anak kita normal tiada masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran ada banyak. Mohon rujuk kepada pakar seperti Occupational Therapist atau Speech Therapist untuk masalah berkaitan.

Jadi sekarang saya fokus kepada anak yang tiada masalah pembelajaran ya. Jika anak bercakap pun ok, faham arahan, fokus pun ok, maksudnya potensi untuk dia pandai baca itu ada.

2. Rangsangan apa yang anak dah terima selama 6 tahun? Jika anak dari bayi memang kita dah bacakan buku, bercakap dengan dia, banyak aktiviti, alhamdulillah anda di track yang betul. Tapi jika pada usia 6 tahun kita baru sedar yang selama ni di rumah kita tak berikan rangsangan, maka kita kena buat dari sekarang. Hadkan gajet dan mula buat jadual.

3. Metod apa yang anak guna untuk belajar baca? Yang ini mungkin ada parents yang masih tak tahu anak guna metod apa di sekolah. Ada yang guna suku kata, fonik atau mengeja. Tanya guru tadika mereka dan parents pun kena belajar guna metod tersebut supaya mudah nak ajar anak.

4. Mula dari sekarang. Sekarang dah bulan November. InshaAllah jika covid ok anak-anak akan sekolah tahun depan. Apa pun kita kena bersedia. Kita bekerja atau work from home ke, sesuaikan dengan keadaan kita. Kita kena bersedia mentally dan physically sebab anak-anak lama tak sekolah. Bayangkan mereka masuk sekolah dalam keadaan tak bersedia, maka bermulalah episod meraung dekat sekolah. (nanti saya buat posting bersedia ke sekolah pula ya)

5. Jangan guna buku sahaja. Nak ajar anak baca jangan guna buku sahaja. Suruh anak duduk lepas tu mengadap buku tanpa aktiviti. Ini yang buat anak tak nak belajar dan cepat bosan. Gunakan kreativiti kita untuk ajar anak baca. Saya selalu ingatkan ada 3 cara belajar yang berkesan:

- belajar secara visual
- belajar secara auditori
- belajar secara kinestetik (bergerak)

Belajar berkesan perlu gabung ketiga-tiga cara ini.

Jika guna buku sahaja maka kita mungkin guna dua cara sahaja iaitu visual dan auditori tapi tak ada kinestetik. Iaitu anak tak bergerak. Anak fitrahnya bermain. Jadi masukkan elemen bermain dalam pembelajaran anak. Contohnya letakkan kad imbas diserata rumah dan mibta anak cari suku kata yang kita sebut. Mesti anak suka.

6. Bersabar. Proses membaca ini adalah satu proses yang panjang dan kompleks. Anak yang baru nak belajar baca bukan terus pandai. Ia mengambil kira pelbagai faktor untuk dia pandai baca. Kalau lah umur 6 tahun baru nak mula belajar, maka jangan expect anak terus pandai. Maka bersabarlah dengan proses ini.

7. Saya bekerja, macamana nak ajar? Anak tak sekolah pula tu. Baiklah ada beberapa options yang saya boleh cadangkan.

- cari home tutor

Cuma saya agak risau bab ini jika anak kita terlalu dipaksa untuk belajar baca. Parents kena berbincang dengan tutor. Dan ambillah tutor yabg memang faham tentang pendidikan awal kanak-kanak.

Options lain, nak tak nak kita terpaksa ajar sendiri. Jika bekerja maka peruntukan waktu khas 30 minit pun dah cukup untuk belajar membaca.

Masa saya bekerja makan gaji dulu, apa yang saya buat ialah saya manfaatkan waktu sebelum tidur dan hujung minggu untuk ajar anak membaca.

Panjang sebenarnya nak cerita bab ni. Sebenarnya masa berkualiti itu lebih berkesan. Walau pun sikit tapi kita ajar dengan berkesan adalah lebih baik daripada kita paksa anak kita belajar baca berjam-jam tapi anak memberontak nak membaca.

Cukup sekadar ini dulu. Jika ada penambahan saya akan update ya.

Teacher Ashikin Hashim ❤️

*video: Wafa baca buku yang saya tulis sendiri iaitu Anakku Bijak Suku kata
• The attention span of a 3-year-old is approximately 6 to 9 minutes.
• The attention span of a 4-year-old is approximately 8 to 12 minutes.
• The attention span of a 5-year-old is approximately 10 to 15 minutes.
This means the average concentration span of a preschooler is usually less than 15 minutes. That is, 15 minutes purely focused on one task. For younger preschoolers, it is 5 minutes.
This is only a general guide and children differ in their development. Children may concentrate for longer (even much longer) if they are interested and engrossed in an activity.
It is much more effective to work on short tasks and provide frequent breaks than to try and sit through an hour with a 4-year old.
A great way to refocus your child during an activity is with movement.
Apa yang anak perlukan sewaktu kita ajar mereka membaca?

1. Doa

Mama doakan saya selalu ya. Semoga Allah mudahkan perjalanan Mama mengajar saya membaca dan saya belajar membaca. Saya yakin Allah dengar doa Mama ❤️🥰

2. Sabar

Mama sabar ya Mama semasa ajar saya membaca. Sebab kadang saya lupa. Kadang saya main. Kadang saya tak fokus. Saya yakin Mama seorang penyabar orangnya ❤️🥰

3. Metod membaca

Mama pilih metod membaca yang sesuai untuk saya ya. Dengan metod yang Mama faham dan sesuai untuk saya, saya yakin saya boleh belajar dengan baik ❤️🥰

4. Konsisten

Mama konsisten ya ajar saya membaca. Sehari 15 - 30 minit pun dah cukup. Saya yakin dengan konsisten akan dapat bantu baca dengan lebih baik ❤️🥰

5. Main dan belajar.

Mama jangan ajar guna buku sahaja ya Mama. Mama gabung cara ajar - visual, auditori dan kinestetik. Saya belajar dengan lebih berkesan bila saya gabung semua cara belajar ni. Saya belajar dengan lebih baik dengan cara bermain ❤️🥰

6. Kesan Masalah.

Mama kena peka jika saya ada masalah ketika belajar. Adakah penglihatan saya, pendengaran, percakapan, fokus saya berada dalam keadaan yang bersesuaian dengan umur saya? Adakah saya ada masalah lain yang membuatkan saya sukar belajar? Mama rujuk kepada yang pakar seperti terapis cara kerja, terapis percakapan dan doktor jika Mama rasa saya perlukan nya ya ❤️🥰

Terima kasih Mama kerana mengajar saya membaca. InshaAllah jika semua di atas diambil maklum saya berada dalam track yang betul.

Ashikin Hashim
Genius Aulad
Guru Besar
Penulis
SOFTCOPY ABM TEACHER ASHIKIN.

Pendaftaran kelas Softcopy ABM Teacher Ashikin sudah dibuka!!!! 🥰

Pelbagai softcopy ABM yang ibu bapa dan juga guru boleh dapatkan di telegram channel ini.

English
Bahasa Melayu
Matematik

Yang seronoknya kelas ini adalah untuk sekali sahaja pembayaran tetapi teacher Ashikin akan sentiasa update ABM yang terkini.

Bermakna ABM dalam telegram ini adalah unlimited!!!!! Anda boleh gunakan sampai bila-bila.

Tapi ada syarat, hanya yang telah membuat bayaran sahaja yang boleh akses ke channel ini.

Harga kelas ini adalah RM45 sahaja untuk unlimited ABM dan boleh digunakan sampai bila-bila.

Kepada yang berminat boleh gunakan link di bawah:

https://orderkelasabm.onpay.my/order/form/softcopyabmteacherashikin