Neuroversiti by Dr Rizal
42.2K subscribers
1.99K photos
219 videos
3 files
1.45K links
Tips Otak Cantik Otak Cerdik. Ilmu actionable. Neuroversiti oleh Dr Rizal Abu Bakar. https://neuroversiti.com
Download Telegram
TIPS 55 - MINDFULNESS - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Ada orang terlalu memikirkan masa lepas, sehingga menyebabkan depression.
.
Ada juga yang terlalu memikirkan masa hadapan.
.
Fikiran masa lepas dan masa hadapan membuatkan kita terlupa untuk fokus pada masa sekarang.
.
Dalam video ini saya kongsikan, teknik apa yang boleh kita buat untuk fokus pada masa sekarang.
.
Nak tahu lanjut? Tonton video ini.
.
https://youtu.be/yPpRpTKhnZ8
TIPS PERGI HAJI
.
Bila dapat panggilan haji, ada orang seronok, ada berdebar ada yang takut.
.
Takut sebab macam macam cerita dia orang dengar. Yang kaki makan risau pasal makan. Yang kurang amal risau dugaan. Yang selesa sentiasa risau pasal berhimpit, bersesak dan kongsi tandas.
.
Kerja haji ni kerja fizikal, mental dan pastinya spiritual.
.
Bila sebut fizikal dan mental mesti ada bab kesihatan yang kena jaga.
.
Ada sahabat bertanya. Apa tips kesihatan dan pemakanan semasa tunaikan Haji. Saya sendiri belum punya pengalaman berhaji. Cuma berumrah.
.
Tips pemakanan sama macam tips Otak Cantik Otak Cerdik atau ococ. Makan makan dalam kategori real food. Jenis makan begini akan tingkatkan antibodi. Insyaa Allah tidak jatuh sakit.
.
Bila sebut makanan real food fokus pada buah, sayur, kekacang. Banyakkan buah tinggi kandungan air macam oren, kiwi, tembikai, mangga, nenas dan betik.
.
Kena makan buah sebelum makan yang lain.
.
Sayur pun sama. Cari jenis banyak air juga. Kobis, bayam, timun antara contoh sayur banyak air.

Dalam jutaan manusia, berhimpit dan bersentuh, mudah terkena penyakit. Makanan yang diambil akan jadi ubat preventif.
.
Orang banyak bawa junk food. Antaranya mee segera. Sebab itulah yg diberitahu dan dipesan orang terdahulu. Takut tidak ada selera makan - itu alasannya. Kena elakkan junk food, atau makanan deep fried.
.
Makanan masin dan tinggi garam bagi kita cepat dahaga.
.
Banyak manusia takut minum air. Takut terpaksa ke tandas. Air zam zam punya daya serapan yang tinggi. Insyaa Allah tidak akan sebabkan kekerapan ke tandas. Minumlah. Berdoalah ketika agar ia jadi asbab kekuatan untuk beribadah.
.
Ambil makanan tinggi vitamin c. Macam buah yang disebut di atas. Untuk elakkan antibodi menurun.
.
Perlu pakai lip gloss dan losyen kulit untuk elakkan kulit kering dan gatal gatal.
.
Mandi pakai sabun biasa akan keringkan kulit. Kena pilih sabun yang tidak keringkan kulit. Shower gel biasanya punyai pH yang hampir sama dengan kulit iaitu 5.5.
.
Makanan yang bagi kenyang ialah kekacang. Dapat tenaga berterusan. Boleh beli kacang macam pistachio masukkan dalam beg kecil. Bagus untuk otak.
.
Boleh minum minuman dark chocolate 70% ke atas. Polyphenols dalamnya adalah antioksida penting. Kuatkan imun, beri tenaga, bagus untuk hippocampus - pusat memori otak. Boleh bawa bekal siap siap.
.
Plan aktiviti apa yang mahu dilakukan. Perlu ada agenda. Target yang mahu dicapai. Apakah hafazan ayat2 quran dan surah jadi agenda? Sekiranya ya, otak akan disibukkan dengan benda2 begini. Lebih bagus.
.
Elakkan makan makanan tinggi gula. Punca jatuhkan antibodi. Walaupun org kata ais krim Makkah sedap. Biarkan.
.
Ambil protein. Sumber ayam, daging. Akan dapat tambah kekuatan pada otot. Phytoprotein dari buah dan sayuran juga membantu.
.
Yogurt atau laban bantu kesihatan usus. Penting untuk kekalkan komunikasi otak dan usus.
.
Cuba lelapkan mata sedikit waktu tengahari. Pastikan sudah niat iktikaf. Lakukan di masjid bukan di bilik.
.
Rewire otak. Keluar dari perangkap rasa selesa berada di bilik. Pasangkan rasa lebih enak dan nyaman berada di masjid.
.
Harap ini membantu.
.
#DrRizal
Satu hari seorang guru Matematik bertanya kepada anak muridnya, Amin. Pelajar ini adalah pelajar tahun 1. Baharu mula belajar.
.
Guru ini bertanya, “Amin, sekiranya saya beri kepada kamu 2 biji epal dan tambah lagi 2 biji epal, berapa biji epal yang kamu ada?
.
Amin bangun. Dengan penuh yakin dia menjawab “5 biji cikgu.”
.
Gurunya tersentak dengan jawapan Amin. Dia tarik nafas. Dia soal lagi.
.
“Dengar betul-betul Amin. Sekarang saya ada dua biji epal” kata cikgunya sambil menunjukkan dua jari. “Saya tambah lagi dua biji epal,” dia tunjukkan dua jari lagi kepada Amin. “Sekarang berapa biji epal yang Amin ada?”
.
Amin yang masih berdiri lagi tersenyum. Dengan yakinnya dia menyebut “5 Cikgu.”
.
Wajah guru matematik berubah. Merah. Dia marah. Dia berfikir sejenak.
.
Tiba-tiba dia teringat Amin pernah sebut dia lebih suka buah pisang. Gurunya ubah strategi. Guna pisang pula.
.
“Baik Amin, tengok sini betul-betul. Sekarang saya beri kamu 2 biji buah pisang dan tambah lagi 2 biji buah pisang. Berapa biji buah pisang kamu ada?” soal guru itu sambil menunjuk pada dua jari di tangan kanan dan dua jari di tangan kirinya.
.
Sekali Amin dengan yakinnya menjawab “4 cikgu”. Gurunya gembira. Strateginya mengena. Kali ini betul jawapan Amin. Dia senyum.
.
Sebelum beralih kepada orang lain, dia mahu cuba sekali lagi kepada Amin. “Baik Amin untuk kali terakhir. Sekiranya saya beri kamu 2 biji buah epal ditambah dengan dua biji buah epal lagi, berapakah buah epal yang kamu ada?
.
Amin senyum. Dengan yakin dia menjawab “5 Cikgu!”
.
Gurunya naik angin kali ini. “Hey Amin kenapa 5?” bentak gurunya.
.
Amin dengan selamba menjawab. “Saya sudah ada sebiji epal di dalam beg. Cikgu beri 4 biji epal. Jadi saya ada 5 biji epal Cikgu.”
.
Gurunya terdiam. Dia tersentak. Kepalanya digaru.
.
Soalnya sekarang siapa yang benar dan siapa yang salah. Adakah gurunya salah. Atau Amin yang salah.
.
Apa yang guru itu tahu adalah Technically Right. Dia betul 2 tambah 2 jadi 4. Technically Right apabila kita melihat apa yang terzahir sahaja. Yang berada di depan mata.
.
Amin pula pada posisi Practically Right. Apa itu Practically Right? Melihat sesuatu menjangkaui apa yang berada di hadapan mata. Menjangkaui apa yang kita tahu. Melihat ada epal di dalam beg.
.
Dalam hidup kita sengketa dan salah sangka bermula kerana kita berada di posisi Technically Right. Hanya melihat apa yang di depan mata. Kita sangka kita betul.
.
Mendabik dada kita jadinya. Ada yang berkokok sakan. Malang kalau maklumat begini dijadikan sebagai sesuatu yang muktamad.
.
Kita gagal melihat sesuatu lebih jauh dari itu. Gagal melihat epal di dalam beg. Gagal tahu bahawa ada perkara yang kita tidak tahu. Ada perkara uang tidak betul kita sedang genggam.
.
Moleknya sebelum kita mahu komen, mahu share sesuatu, mahu hantar WA semak dahulu. Kita di posisi mana? Technically Right atau Practically Right? .
.
Yang berhikmah dan ada wisdom dapat menjangkau apa yang tidak terjangkau oleh orang lain.
.
#DrRizal
3 MAKANAN TINGKATKAN MEMORI
-------------------------------------
.
Exam dah dekat. Anak anak mula stres. Ibubapa pula susah hati.
.
Belajar perlukan memori yang baik. Banyak benda nak ingat. Banyak bemda nak kena hafal.
.
Apabila mahu tingkatkan prestasi memori, apakata ambil 3 makanan bertuah ini:
.
1. Sayur-sayuran berdaun hijau. Boleh cuba dengan bayam, kailan, kangkung atau brokoli. sayur berdaun hijau ada himpunan nutrisi tinggi. Contohnya ada folate, phylloquinone, nitrate, α-tocopherol, kaempferol, dan lutein.
.
2. Kuaci bunga matahari. Kuaci ni ada thiamin. Ada amino acids yang bantu naikkan serotonin. Dalamnya juga ada vitamin E yang bertindak melindungi otak. Satu lagi yang saya suka sebab dia ada choline yang penting untuk memori.

Ini jajan sihat untuk anak-anak.
.
3. Banyakkan ikan dalam diet. Ikan kembung, ikan siakap ada omega 3 yang boleh tahan tinggi. Otak tak dapat keluarkan sendiri omega 3. Jadi otak terpaksa bergantung dari sumber luar.
.
Pesan orang-orang tua, Alah bisa tegal biasa. Biasa-biasakan.
.
#DrRizal
Pagi pagi tengok ada anak kecil kena marah. Sadis nampak gaya si ibu marah. Memang nampak marah sungguh. Puncanya ialah anak lambat.
.
Kesian tengok si anak. Muncung jadinya. Bukan dia seorang. Yang lain termasuk si ayah pun muncung.
.
Akhirnya si ibu cubit lengan si anak selepas ayat “tak reti reti nak cepat. Menyusahkan orang saja!”
.
Saya tak nak tengok. Tak sampai hati. Tetapi tertarik ke arah itu. Si anak jerit sakit ‘aduh mama sakit’
.
Marah ni beri kesan besar pada otak dan tubuh. Selain kesihatan, marah rendah kemampuan buat keputusan dengan baik.
.
Ramai menyesal buat keputusan dalam keadaan marah.
.
Penting untuk elak buat keputusan dalam keadaan marah. Apabila marah, sistem limbik dalam otak ambil alih. Amygdala - fear centre akan turut bersama.
.
Pusat rasional iaitu PreFrontal Cortex di ”tutup”. Jadi tidak aktif. Tiada lagi logika. Tiada lagi timbang buruk baik. Yang ada hanya gelegak emosi. Panas membara.
.
Muka pun dah tak jadi macam orangkan?
.
#DrRizal
3 MAKANAN KECILKAN PERUT
-------------------------
.
Kajian saintifik pada tahun 2015. Muat dalam Journal of the American Heart Association.
.
Ambil 3 makanan ini:
.
1. Almond atau badam
.
2. Walnuts
.
3. Pistachios atau kacang cerdik.
.
Ketiganya bagus untuk OTAK. Pengganti jajan yang power.
.
SIHAT ITU JIHAD. OTAK KITA TANGGUNGJAWAB KITA.
.
#DrRizal
TIPS 56 LAKUKAN APA ORANG SUKSES LAKUKAN - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Dalam video ini saya sebut tentang satu aktiviti untuk 'rewiring' otak kita.
.
Apakah aktiviti itu?
.
Tonton video ini untuk tahu jawapannya.
.
https://youtu.be/6lZk3D_vmsA
ADA YANG BERI ANAK MAIN GADGET TIME WEEKEND?
.
Ada kawan tanya,
.
Aku tengok anak-anak kau tak de pun pegang handphone atau tablet?”
.
“Tak boleh ke pakai gajet?” soalnya bertalu-talu.
.
Nak tahu lanjut? Baca di artikel ini.
.
https://neuroversiti.com/gajet-kanak-kanak-dan-otak
Saat ini di Makkah banyak asap. Dua asap paling mengganggu. Satunya ialah dari bas yang keluar masuk ambil dan tinggalkan penumpang. Satu lagi ialah asap rokok di hotel.
.
Ekzos kenderaan keluarkan karbon monoksida
Jauhi dari menghidu karbon monoksida. Ianya tiada warna. Bahayanya tinggi.
.
Terdedah kepada asap ekzos kereta dan asap rokok boleh menyebabkan keracunan karbon monoksida.
.
Kesan pada otak sangat besar. Lemah memori adalah perkara biasa. Lupa. Tidak ingat adalah kata-kata yang meniti di bibir.
.
Kemampuan bahasa tergugat. Tutur bicara tidak teratur. Tercari-cari perkataan juga perkara biasa.
.
Prestasi otak merudum. Kadarnya biasanya sekitar 20-25%. Perubahan personaliti juga pernah direkod.
.
Kemurungan dengan mudah akan menghinggap. Penyakit resah atau anxiety turut sama berlaku. Turun naik mood juga menjadi lumrah.

Lihat kesannya pada gambar yang disertakan. Lihat yang sebelah kiri selepas terdedah dengan asap. Bayangkan itu adalah otak kita. Sanggupkah?
.
Kesan fizikalnya ialah sakit kepala, loya, lemah badan, dan denyutan jantung tidak seragam.
.
Andai berubat, kesembuhan mengambil masa antara 6-12 bulan. Lebih baik mencegah dari berubat. Otak kita adalah organ yang paling berharga.
.
Mahu otak cantik otak cerdik, jauhi asap rokok dan asap kenderaan. Kedua-duanya musuh kepada otak cantik otak cerdik.
.
Bukankah otak kita tanggungjawab kita?

#DrRizal
TIPS 57 - DUDUK DALAM KEADAAN TEGAK - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Macam mana cara Tuan Puan duduk di office? Atau di rumah?
.
Posture mempengaruhi aliran darah dan oksigen ke dalam otak.
.
Tonton video ini untuk tahu lanjut.
.
https://youtu.be/k5SUImUGiNU
TIPS 58 - BUAT LEBIH DARI APA YANG DIMINTA - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Apa berlaku pada otak apabila kita buat lebih dari apa yang diminta?
.
Tonton video ini untuk tahu jawapannya.
.
https://youtu.be/d2UWMBcJOxM
TIPS 59 - TANYA KENAPA - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Apabila kita diminta lakukan sesuatu, kita "Tanya Kenapa?"
.
Nak tanya macam mana? Bahagian otak mana yang aktif apabila kita tahu kenapa?
.
Tonton video ini untuk tahu jawapannya.
.
https://youtu.be/AOTkyOILoaI
Lepas tahallul jenuh fikir. Kepala dah botak licin. Macam mana nak cepat tumbuhkan rambut dari kepala yang dah gondol ni?
.
Balik nanti dah mula kuliah.Tak nak pula masuk kuliah pelajar ingat gangster botak mana masuk kelas.
.
Jadi mulalah aku cari jawapan. Macam mana nak cepat tumbuh dan lebatkan rambut.
.
Seronok bila tahu rupanya ada makanan yang dapat lebatkan rambut.
.
Mungkin ramai tertanya tanya apa makanan tu? Cuba angkat tangan siapa yang nak tahu apa jawapannya.
.
1. Minyak ikan atau Omega-3. Tapi Omega 3 tu bukan lumur kat atau kepala. Jenuh melekat dan meleleh. Kena makan pil minyak ikan tu.
.
Banyak kajian dapati Omega 3 ni sumber nutrisi penting untuk rambut yang sihat. Banyak kajian juga sebut kurang Omega 3 sebabkan rambut menipis.
.
Rajinlah ambil ikan yang ada sumber Omega 3 banyak macam ikan kembong. Harga pun masih mampu beli berbanding salmon.
.
2. Legumes atau kekacang macam kacang merah, kacang hitam, kacang dal dan kacang kuda. Kesemua kekacang niada Biotin yang cepat tumbuhkan rambut. Bukan itu saja, Biotin bagi rambut kuat. Susah gugur.
.
Seperkara penting lagi ialah iron dan protein dari sumber makanan ni. Dua benda ni penting sangat untuk bantu tumbuh rambut.
.
3. Dulu masa kecil orang selalu kaitkan karot dengan arnab. Sedap nampak arnab dok gigit karot krup krap bunyi. Rupanya karot ni bagus untuk rambut sebab ada beta karotene.
.
Dari beta kerotene lahir vitamin A. Rambut perlu sebum sejenis minyak di kulit kepala untuk lebatkan rambut. Sebum ni keluar sebab proses dari Vitamin A.
.
Nak lepabt rambut belajarlah jadi arnab. Pulun makan karot pula lepas ni. Dok tengok-tengok juga kat Makkah ni kat mana ada jual karot. Nak kena mengarnabkan diri juga.
.
4. Kacang macam almond dan walnut yang ada vitamin E yang penting untuk rambut.
.
5. Produk tenusu macam greek yogurt juga bagus. Teman untuk lebatkan rambut sebab sumber kalsium. Ada kajian khas bab ni dalam jurnal Menopause Review tahun 2016z
.
6. Pernah makan peanut butter? Mesti pernahkan? Peanut butter ada alpha linoleic acid bantu bentuk folikel rambut (yang lubang halus yang rambut tumbuh dari situ tu) yang sihat. Nak tahu lebih boleh baca jurnal Dermatology Practical & Conceptual tahun 2017.
.
Tapi bab peanut butter ni kena hati-hati sikit. Yang dijual secara komersil tu terlalu tinggi kandungan gula dan garam. Kalau boleh buat sendiri. Resepi berlambak dalam youtube. Cari jer.
.
Cukuplah dulu 6 tu. Bolehlah cuba ambil salah satu atau nak lebih dari satu pun ok. Janji buat. Lepas tu tengok hasilnya.
.
Semoga Allah merahmati usaha ini.
.
#DrRizal
TIPS 60 - TERANGKAN KENAPA - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Tips sebelum ini, kita "Tanya Kenapa?"
.
Kali ini kita pula yang "Terangkan Kenapa?"
.
Nampak mudah, namun ianya ada kesan positif tersendiri pada otak.

Nak tahu apa kesannya pada otak? Tonton video ini.
.
https://youtu.be/8T8L6QQhrPk
Orang dok tanya sangat saya makan apa kat Makkah. Ni ha Barli campur kuah kari. Merecik juga. Tak ambil nasi pun ok.
.
Boleh jer dapat manfaat dari phosphorus. Kalau nasi putih hanya bekalkan 1300pictogram phosphorus. Sikit sangat. Baik ganti dengan barli yang ada 485mg phosphorus.
.
Tu baharu phosphorus. Belum lagi cerita ban magnesium yang ada lebih kurang 244.7mg. Manganese untuk otak pun ada lebih kurang 3.6mg.
.
Zat besi pula ada 6.6mg. Zic ada 5.6mg.
.
Senang cerita barli ni lebih banyak nutrisi dia. Nak buat makan ganti masi pun senang. Boleh jer masuk dengan mana mana kuah. Cuma kuah tu lebihkan sikit. Kasi banjir. Baharu terangkat.
.
Cubalah.
.
#DrRizal
TIPS 61- DENGAR AUDIOBOOKS - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Tak sempat baca buku bukan alasan lagi.
.
Dengan teknologi zaman ini, kita juga boleh dengar audiobooks.
.
Waktu bila nak dengar audiobooks ni? Berapa lama boleh habis 1 buku jika kita dengar audiobooks?
.
Tonton video ini untuk tahu jawapannya.
.
https://youtu.be/cvfFcYP1udA
TIPS 62 - DENGAR CERAMAH MOTIVASI - Neurobics 101 Tips Untuk Otak oleh Dr Rizal Abu Bakar
.
Ada apa pada ceramah motivasi?
.
Bagaimana dengar ceramah motivasi ini boleh bantu meningkatkan prestasi otak?
.
Tonton video ini untuk tahu jawapannya.
.
https://youtu.be/kmgKmpP9AlM