Bagaimana Rasullullah Memadam Dominasi Ekonomi Yahudi Di Madinah.
=======================
.
Orang Yahudi merupakan kelompok elit di Madinah. Mereka menguasai kedudukan yang strategik, termasuklah bidang ekonomi melalui perniagaan.
.
Pasar pasar utama di Madinah semua dikuasai mereka. Salah satunya adalah pasar Bani Qainuqa'. Pasar paling masyhur di Madinah.
.
Untuk terlibat dalam pasar-pasar ini, penduduk Madinah perlu mengikut cara yang disukai dan digariskan oleh mereka.
.
Amalan di pasaran sangat kotor. Penuh penipuan, gharar, riba, judi dan sebagainya.
.
Pada awalnya, umat Islam berurusan di pasar ini. Namun kemudian, baginda melihat perlu untuk diwujudkan pasar khusus untuk umat Islam berniaga yang jauh dari amalan kotor kaum Yahudi ini serta membuka peluang lebih luas kepada umat Islam untuk berniaga.
.
Satu tempat dipilih.
.
Namun tidak lama kemudian tindakan ini membuatkan pemuka Yahudi marah besar dan mengganggu merosak pasar tersebut.
.
Jadi baginda dan para sahabat memilih satu tempat baru yang kedudukannya tidak jauh dari Masjid Nabawi.
.
Tempat ini kosong dan lapang. Tidak ada binaan didirikan. Siapa sahaja boleh datang berniaga dan duduk buka jualan di mana pun.
.
Siapa yang awal sampai, maka dia beruntung dapat tempat yang strategik. Tiada bayaran sewa dikutip.
.
Ini akhirnya menyebabkan barang dijual lebih murah dari yang dijual di pasar-pasar Yahudi.
.
Selesai berniaga, kawasan itu kosong seperti biasa. Tidak boleh dirosak, diganggu oleh musuh.
Ia seperti car booth sale zaman ini.
.
Selain itu, amalan muamalat Islam dipraktiskan. Jujur, amanah, tidak menipu dalam timbangan, tiada riba, berbuat baik, bantu-membantu dan lain-lain.
.
Pasar ini dikenali sebagai pasar Manakhah.
.
Lama -kelamaan pasar ini menjadi tumpuan seluruh penduduk Madinah. Baik peniaga mahupun pembeli. Kedua pihak mendapat keuntungan dari wujudnya pasar ini.
.
Tarikan ini akhirnya membawa kepada padamnya penguasaan ekonomi Yahudi Madinah menerusi pasar mereka.
.
.
Jika kita telitikan apa yang dilakukan Rasullullah dan para sahabat, inilah yang disebutkan sebagai 'Distruptive Innovation'- inovasi yang mengganggu pasaran abang besar sedia ada hingga tidak boleh berbuat apa.
.
Perkara ini kita boleh lihat sekarang dengan perkembangan banyak start-up seperti Uber, Airbnb, dan macam-macam lagi.
.
Lebih bebas dan boleh jadi lebih baik serta murah. Tidak boleh dikawal. Tanah lapang pasar Manakhah umpama tanah-tanah maya dan media sosial di internet.
.
Abang-abang besar pula hanya mampu melihat tanpa sempat berbuat apa.
.
Jadi Rasullullah telah awal lagi menggunakan kaedah Distruptive Innovation ini bagi menguasai ekonomi.
.
Apa yang pasar Rasullullah tawarkan?
.
+ Kawasan berniaga, tanpa caj.
+ Harga lebih murah.
+ Nilai-nilai baik; jujur, amanah, tolong-menolong.
+Tiada riba, judi, gharar.
.
Begitulah hebatnya Rasullullah (selawat) Rasul kita.
.
.
..
#khalifahaiskrimkatering