NakBisnes
99 subscribers
117 photos
1 video
217 links
Download Telegram
SEDEKAHKU BUAT SI PENCURI, PENZINA DAN ORANG KAYA.
πŸ™„
Alhamdulillah.

Abu Hurairah r.a menerangkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

β€œSeorang lelaki berkata: Demi Allah saya akan memberi sedekah. Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diberikannya ke tangan seorang pencuri. Maka pada keesokkan paginya, orang ramai pun memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: "Telah diberinya sedekah kepada pencuri !!". Si pemberi itu berkata: "Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah, saya akan sedekahkan satu sedekah lagi". Maka dia keluar membawa sedekahnya lalu diberikannya ke tangan seorang wanita penzina. Pada pagi keesokkan harinya orang ramai pun
memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: "Telah diberikan sedekah kepada wanita penzina !!". Pemberi sedekah berkata: "Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian. Demi Allah saya akan memberikan satu sedekah lagi". Maka dia pun keluar membawa sedekahnya lalu diberikannya ke tangan seorang kaya. Pada pagi keesokkan harinya orang ramai memperkatakan hal tersebut. Mereka berkata: "Telah diberikan sedekah itu kepada seorang yang kaya !!." Pemberi sedekah berkata: "Wahai Tuhan ku, hanya untuk Engkaulah segala puji-pujian terhadap si pencuri, si penzina dan terhadap si kaya(dalam keadaan si Pemberi sedekah tidak tahu akan perihal sebenar mereka)

Kemudian datanglah seseorang kepada si pemberi sedekah dalam tidurnya lalu ia berkata kepadanya: "Sedekahmu kepada si pencuri itu, mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada mencuri, manakala kepada wanita penzina itu mudah-mudahan ia akan memelihara dirinya daripada berzina dan kepada orang kaya itu, mudah-mudahan ia akan mengambil ikhtibar lalu menafkahkan sebahagian hartanya yang telah Allah berikan kepadanya.”
(Hadis Sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

βœ…'IBRAH:
Amalan bersedekah adalah amalan yang terpuji. Amalan ini mempunyai kedudukan yang sangat istimewa di sisi Allah kerana ia merupakan sebahagian ciri-ciri seorang yang Mukmin, Mukhlis dan Muhsin:-
πŸ”Mukmin ~ Yakin bahawa setiap rezeki itu merupakan pemberian Allah dan bukan miliknya.

πŸ”Mukhlis ~ Ia menginfaqkan hartanya semata-mata kerana Allah dengan ikhlas. Nilaian keikhlasan hatinya diserahkan kepada Allah untuk dinilai.

πŸ”Muhsin ~ Ia berbuat ihsan kepada setiap makhluk Allah sebagaimana Allah ihsan kepadanya. Hatinya mulia kerana memandang makhluk Allah yang lain juga mulia disisi Allah bahkan lebih mulia daripadanya. Maka ia memperolehi kemuliaan disisi Allah.

#sharedapatpahala
#hidayahmilikAllah