MyKelate.net
3 subscribers
7 photos
1 video
8 links
Channel MyKelate.
Layari https://mykelate.net/
Download Telegram
Channel created
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
dan Salam Sejahtera.

Selamat datang ke dalam channel MyKelate.net

Channel ini dibuat sebagai platform untuk berkongsi info-info berkaitan Kelantan Darul Naim.

📌 Beberapa hal & adab yang perlu dijaga di dalam group ini.

1. Ahli-ahli perlu saling menghormati antara satu sama lain.

2. Jika ingin bertanya sebarang soalan, pastikan anda menggunakan bahasa yang mudah difahami.

3. Tidak menimbulkan sebarang provokasi dan menyindir mana-mana pihak dengan tujuan untuk memalukan, menjatuhkan dan mengaibkan.

4. Bertoleransi dengan sebarang perbezaan pendapat yang mungkin wujud dan tidak berniat untuk melaga-lagakan antara satu sama lain di dalam group ini.

5. Anda dibenarkan untuk berniaga atau mempromosikan apa-apa jenis perniagaan tetapi jangan melampau sehingga menimbulkan ketidakselesaan ahli group yang lain.

6. Tidak dibenarkan berkongsi perkara berkenaan dengan perkara yang tiada kaitan dengan negeri Kelantan seperti politik atau lain-lain hal yang sensitif.

7. Tidak dibenarkan berkongsi perkara yang salah di sisi undang-undang seperti judi, khidmat seks dan lain-lain.


p/s : Kongsikan group ini kepada rakan-rakan, saudara mara, adik abang kakak anda dengan cara copy paste link rasmi (https://t.me/mykelate) di fb/whatsapp/telegram dan socmed yang lain.

Terima Kasih.

Admin.
JAWATAN KOSONG TUKANG MASAK

Assalamualaikum...mana yang berminat blh memohon segera, tak pandai takpe asalkan minat memasak, kami akan ajar.

Jantina : Lelaki shj
Lokasi : Kota Bharu
Kosong : 10 orang

WS :
http://www.wasap.my/60179893753
http://www.wasap.my/60129002670

#jawatankosong
Kelantan tetap laksana sekatan jalan raya

PASIR PUTEH - Polis Kelantan tetap melaksanakan sekatan jalan raya secara berkala di beberapa pintu masuk ke negeri ini meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik balik sejurus kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) berkuat kuasa hari ini.

Ketua Polis negeri, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, sekatan jalan raya di bawah Operasi Benteng Koronavirus (Covid-19) merupakan salah satu bentuk pencegahan perlakuan jenayah selain mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

"Bila peraturan ini dilonggarkan oleh kerajaan, saya percaya ada pihak yang akan mengambil kesempatan termasuklah menggunakan laluan tikus.

"Namun polis sentiasa peka dengan situasi semasa dan kawalan sempadan negeri serta Malaysia-Thailand di negeri ini tetap kita perketatkan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Tinjauan Sinar Harian di sempadan Kelantan dan Terengganu mendapati sekatan jalan raya berhampiran Balai Polis Bukit Yong masih berjalan seperti biasa meskipun larangan rentas negeri sudah ditarik balik bermula hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hasanuddin menasihatkan orang ramai yang merentas negeri dan masuk ke Kelantan bermula hari ini supaya patuh kepada peraturan jalan raya dan undang-undang.

Katanya, polis sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang didapati melanggar peraturan.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan turut membantu melicinkan pergerakan lalu lintas di negeri ini bagi memastikan ia berjalan lancar," katanya.

Ahad lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan digantikan dengan PKPP mulai 10 Jun hingga 31 Ogos.

Menerusi perlaksanaan PKPP ini, kerajaan membenarkan pergerakan rentas negeri.

Bagaimanapun kawasan yang diisytiharkan sebagai Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ditegah untuk merentas negeri.

#berita
#sinarharian
KOTA BHARU: Majlis Keselamatan Negeri (MKN) bersetuju dengan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikemukakan oleh pihak Kerajaan Negeri bahawa semua masjid dibenarkan melaksanakan kegiatannya.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata, ia membolehkan solat Jumaat dan solat fardhu berjemaah ditunaikan setiap waktu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 30 Ogos.

Menurutnya, bilangan jemaah boleh melebihi 40 orang mengikut keluasan masjid serta SOP yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat dengan menjaga penjarakkan sosial, disamping perlu merekodkan kehadiran.

MKN juga maklum beliau membenarkan kuliah Maghrib diadakan tetapi tidak melebihi waktu Isyak, manakala bagi kuliah Subuh hanya 15 minit sahaja.

Tambahnya lagi, restoran dan kedai makan berjalan seperti biasa dan dibenarkan beroperasi sehingga 10:30 malam, manakala pasaraya dibenarkan beroperasi sehingga 10:00 malam dan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Tambahnya lagi, bagi peniaga pasar malam yang ingin meniaga, mereka perlu mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu kerana ketidaksesuaian tempat wajib mengikut SOP di mana akan muktamad MKN esok. – HARAKAHDAILY 15/6/2020
Jawatan Kosong Kumpulan Farmasi Ehsan Jun 2020

Jawatan Kosong :

-> Pengurus Operasi
-> Pengurus Pembangunan ( Dalaman )
-> Pembantu Farmasi

Emailkan resume anda ke admin_kfe@farmasiehsan.com.my
Tarikh tutup permohonan pada 18hb Jun 2020.
Untuk keterangan lanjut rujuk poster

Mungkin anda yang kami cari

#jawatankosong
#pasirputeh
#machang
https://mykelate.net

Direktori Negeri Kelantan. Daftarkan maklumat premis perniagaan, masjid, surjau, intitusi pendidikan, intitusi kerajaan, taman, tempat-tempat menarik, restoran, hotel, homestay dll secara percuma.
Muat turun aplikasi MyKelate sekarang. Satu aplikasi yang memaparkan direktori tempat-tempat menarik, kedai makan, pusat beli belah, tempat penginapan, masjid, pejabat-pejabat kerajaan, perniagaan, bisnes dll di negeri Kelantan. Pautan untuk muat turun aplikasi MyKelate : https://play.google.com/store/apps/details?id=net.mykelate

Bagi yang ingin turut sama berkongsi maklumat lokasi menarik / bagi peniaga-peniaga yang ingin memaparkan bisnes/perniagaan anda di dalam aplikasi MyKelate boleh masukkan maklumat berkaitan di dalam laman web https://mykelate.net/ .

Rujuk panduan yang telah disediakan (https://mykelate.net/2021/08/24/panduan-memasukkan-premis-organisasi-di-dalam-direktori-mykelate/)