MyAqsa Defenders
18.7K subscribers
21.9K photos
10.2K videos
77 files
984 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
Asy-Syahid Yahya Sinwar:

"Kami tidak akan mengibarkan bendera putih, dan kami tidak diwajibkan untuk mati dalam diam untuk memuaskan dunia."

Sumber: TV Al-Aqsa
Pesakit di Gaza berisiko maut apabila kekurangan ubat-ubatan semakin meruncing akibat penutupan lintasan berterusan.

Selepas lebih 50 hari penutupan, lebih 37% ubat-ubatan penting dan 59% bekalan perubatan tidak lagi tersedia di Gaza.

Sejak 2 Mac, Israel telah mengenakan sekatan sepenuhnya ke atas Gaza, termasuk bekalan ubat-ubatan.

Sumber: Quds News Network
Ketua parti Yisrael Beiteinu, Avigdor Lieberman, menyatakan bahawa dia telah menghubungi pihak penguatkuasa undang-undang untuk menghentikan hasutan berbahaya yang menurutnya mengancam keselamatan negara.

Sumber: Al Jazeera
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
DOA QUNUT NAZILAH 🤲🏻

Jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin ketika ini.

Teruskan lazimi qunut nazilah! 🤲
___

Inisiatif Tent For Gaza 🇵🇸

Ribuan kanak-kanak di Gaza kini tidur di bawah runtuhan, kesejukan dan kelaparan tanpa perlindungan yang selamat. Mari bersama bantu mereka mendapatkan khemah sebagai tempat berteduh sementara menunggu Gaza dibina semula.

Hulurkan bantuan melalui pautan berikut: https://bit.ly/TentForGaza25

Perlindungan sementara, harapan selamanya 🇵🇸

#TentForGaza #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Asy-Syahid Ahmed Yassin:

"Jalan kami sukar, yang penting adalah kita tidak menyerah, tidak membiarkan semangat kami patah, dan tidak menyerahkan senjata kami."

Sumber: TV Al-Aqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Para imam masjid telah memimpin satu perarakan solidariti menyokong Palestin di Tunisia.

Sumber: Al Jazeera
Forwarded from MAPIM MALAYSIA
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Al-Fatihah

MAPIM Malaysia merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung Pertubuhan IKRAM Malaysia.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya, melimpahkan kasih sayang-Nya, dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan para solihin.

Mari kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.
Radio Tentera Pengganas Israel melaporkan mengenai Yair Lapid:

Netanyahu telah menyalahgunakan kuasanya untuk menutup siasatan dalam kes dana Qatar.

Sumber: Al Jazeera
🤔Laporan Statistik Harian Bilangan Syuhada dan Cedera Akibat Serangan Israel ke atas semenanjung Gaza sehingga 27 April 2025.

▪️51 syahid dan115 cedera dalam tempoh 24 jam yang lalu tiba di hospital-hospital Gaza.

▪️Masih terdapat beberapa mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan yang tidak dapat dicapai oleh pasukan ambulan dan pertahanan awam.

▪️Jumlah syuhada dan mangsa yang cedera sejak 18 Mac 2025 seramai 2,151 syahid, 5,598 cedera.

▪️Jumlah korban akibat serangan Israel meningkat kepada 52,243 syahid dan 117,639 cedera sejak 7 Oktober 2023.

Sumber: Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Gila!

Menteri Keselamatan Ekstremis Israel, Itamar Ben-Gvir mendakwa bahawa Parti Republikan Amerika menyokong seruannya untuk mengebom stor makanan dan bantuan di Gaza.

Menteri ekstremis itu menghadiri satu majlis makan malam di resort Mar-a-Lago milik Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Florida pada malam Selasa yang turut disertai oleh ahli Republikan dan para ahli perniagaan.

Sumber: Anadolu Agency
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Anak-anak kecil yang tidak berdosa ini dibunuh ketika tidur bersama ahli keluarga selepas serangan udara Israel menyasarkan bangunan kediaman dan khemah-khemah rapuh di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.

Sumber: Quds News Network
___

Inisiatif Tent For Gaza 🇵🇸

Ribuan kanak-kanak di Gaza kini tidur di bawah runtuhan, kesejukan dan kelaparan tanpa perlindungan yang selamat. Mari bersama bantu mereka mendapatkan khemah sebagai tempat berteduh sementara menunggu Gaza dibina semula.

Hulurkan bantuan melalui pautan berikut: https://bit.ly/TentForGaza25

Perlindungan sementara, harapan selamanya 🇵🇸

#TentForGaza #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Media Israel melaporkan: Anggaran sekitar 7000 hektar hutan telah terbakar hingga kini di kawasan Pergunungan Baitul Maqdis.

Saluran 12 Israel: Kebakaran di kawasan Beit Shemesh sekitar Baitul Maqdis telah berjaya dikawal setelah 24 jam kebakaran berlaku.

Sumber: Al Jazeera Palestin
Menurut International Organization for Migration (IOM) Lebih 90% rumah di Gaza musnah atau rosak.

Dengan bantuan untuk tempat perlindungan disekat di lintasan yang ditutup, keluarga-keluarga terperangkap dalam runtuhan. Lebih 51,000 rakyat Palestin dibunuh ketika perang genosid Israel terus memusnahkan wilayah itu memasuki bulan ke-18.

Sumber: TRT World
Jurucakap Hospital Syuhada Al-Aqsa, Khalil Al-Daqran:

Rejim Zionis telah membunuh lebih daripada 17,000 kanak-kanak dalam pembunuhan beramai-ramai di semenanjung Gaza, dan secara langsung melancarkan perang terhadap sistem perubatan.

Kami mengalami kekurangan peralatan dan bekalan perubatan, yang mengancam nyawa mereka yang cedera dan sakit.

Sumber: Seraj Sat
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Serangan peluru berpandu oleh rejim Zionis Israel di sebuah bangunan di Jalan Al-Yarmouk telah melambung penduduk Gaza dari rumah mereka ke atas bumbung rumah yang lain.

Sumber: TV Al-Aqsa
8 pekerja meletak jawatan dari cawangan syarikat Maersk di Pelabuhan Tanger Med 2 sebagai tanda protes terhadap penghantaran senjata Amerika ke Israel.

1/ Pekerja berdepan tekanan dari pihak pengurusan untuk memunggah kargo senjata walaupun mereka menolaknya, dengan pemilihan pekerja lama secara sewenang-wenangnya yang tidak bernaung di bawah kesatuan.

2/ Sebuah kapal Amerika yang sarat dengan senjata berlabuh di pelabuhan tersebut dalam perjalanan ke negara haram Israel dan pelabuhan itu terus digunakan sebagai titik transit sejak November.

3/ Kemarahan rakyat Arab terhadap sokongan Barat kepada pengganas Israel semakin memuncak, dan tindakan peletakan jawatan ini mencerminkan penolakan individu yang kian meluas terhadap penglibatan dalam perang tersebut.

4/ Langkah ini mungkin mendorong syarikat lain untuk menilai semula dasar mereka demi mengelakkan situasi serupa.

Sumber: TV Al-Aqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Hasbunallah Wa Nikmal Wakil.

Keadaan kanak-kanak di Gaza ketika ini.
___

Inisiatif Tent For Gaza 🇵🇸

Ribuan kanak-kanak di Gaza kini tidur di bawah runtuhan, kesejukan dan kelaparan tanpa perlindungan yang selamat. Mari bersama bantu mereka mendapatkan khemah sebagai tempat berteduh sementara menunggu Gaza dibina semula.

Hulurkan bantuan melalui pautan berikut: https://bit.ly/TentForGaza25

Perlindungan sementara, harapan selamanya 🇵🇸

#TentForGaza #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Asy-Syahid Dr Abdul Aziz al-Rantisi:

"Musuh kalian ini tidak memahami kecuali satu bahasa, iaitu bahasa pedang, bahasa senjata."

Sumber: TV Al-Aqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
DOA QUNUT NAZILAH 🤲🏻

Jangan lupa untuk mendoakan saudara-saudara kita di Palestin ketika ini.

Teruskan lazimi qunut nazilah! 🤲
___

Inisiatif Tent For Gaza 🇵🇸

Ribuan kanak-kanak di Gaza kini tidur di bawah runtuhan, kesejukan dan kelaparan tanpa perlindungan yang selamat. Mari bersama bantu mereka mendapatkan khemah sebagai tempat berteduh sementara menunggu Gaza dibina semula.

Hulurkan bantuan melalui pautan berikut: https://bit.ly/TentForGaza25

Perlindungan sementara, harapan selamanya 🇵🇸

#TentForGaza #SolidaritiPalestin #IsraelBacul #IsraelCuak
Berita 7 Februari 2024 lalu:

Satu pertemuan rahsia telah diadakan antara Ketua Shin Bet, Ronan Bar, Ketua Majlis Keselamatan Israel, Tzachi Hanegbi dan penyelaras aktiviti kerajaan penjajah Israel di Palestin, Ghassan Alian.

Pertemuan tersebut turut melibatkan Hussein Al-Sheikh, seorang pemimpin dalam Pihak Berkuasa Palestin. Pertemuan tersebut bertujuan untuk menenangkan keadaan di Tebing Barat sepanjang bulan Ramadan (menghalang rakyat Palestin dari bangkit berjuang).

Sumber: Saluran 12 Israel