MyAqsa Defenders
18.8K subscribers
21.6K photos
10.1K videos
77 files
950 links
MyAqsa Defenders (MyAD) merupakan gabungan NGO anak muda bersatu untuk memperjuangkan Palestin
Download Telegram
Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan, menyatakan bahawa Israel adalah sebuah negara pengganas dan tidak ada definisi lain yang sesuai untuknya. Beliau menegaskan bahawa Israel semakin biadab disebabkan oleh sikap membisu dan tidak peduli masyarakat dunia.

Sumber: RASSD
Perhimpunan solidariti di bandar Arbin, Damsyik, sebagai sokongan kepada Gaza dan mengecam jenayah pengganas Israel.

Sumber: TV Al-Aqsa
Demonstrasi di beberapa bandar dan kawasan di Maghribi sebagai tanda sokongan kepada Gaza dan pejuang, serta mengecam serangan berterusan oleh rejim Zionis Israel.

Sumber: TV Al-Aqsa
Demonstrasi besar-besaran di Aleppo, Syria, sebagai sokongan kepada Gaza dan mengecam jenayah penjajahan serta pembunuhan berterusan oleh rejim Zionis Israel.

Sumber: Al Jazeera
🤔ANAK KECIL DIBAKAR HIDUP-HIDUP AKIBAT SERANGAN ZIONIS

Sekitar jam 3 hingga 4 pagi waktu Malaysia, penduduk Gaza yang berlindung di kawasan al-Mawasi yang sebelum ini didakwa oleh rejim Zionis sebagai ‘zon selamat’ telah menjadi sasaran serangan kejam penjajah. Serangan udara yang dilancarkan telah mencetuskan kebakaran besar, membakar khemah-khemah yang menempatkan ratusan pelarian yang kehilangan tempat tinggal.

Tragedi ini menyaksikan ramai kanak-kanak dibakar hidup-hidup, manakala jenazah yang dibawa ke hospital masih mengeluarkan asap akibat tahap kebakaran yang sangat dahsyat. Beberapa khemah hangus dijilat api, memerangkap beberapa keluarga di dalamnya tanpa sebarang peluang untuk menyelamatkan diri.

Sisa-sisa mayat yang ditemui kebanyakannya tidak dapat dikenalpasti kerana terlalu rentung. Petugas perubatan menggambarkan keadaan mengerikan itu dengan berkata, 'mayat yang rentung masih mengeluarkan asap' sewaktu tiba di hospital. Antara mangsa yang dikenal pasti ialah seorang pemuda berusia 24 tahun, manakala selebihnya masih belum dapat dikenalpasti kerana tahap kecederaan yang amat parah.
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Demonstrasi besar-besaran di Tunisia sebagai sokongan kepada Gaza dan seruan untuk menghentikam sebarang bentuk normalisasi dengan rejim Zionis Israel.

Sumber: TV Al-Aqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Protes di dalam Stesen Utama Amsterdam sebagai penolakan terhadap pembantaian rejim Zionis Israel ke atas Gaza.

Sumber: Al Jazeera
UNRWA:

Selepas lebih 6 minggu sekatan rejim Zionis Israel ke atas Gaza, bekalan makanan hampir habis, roti tidak lagi dibakar kerana kedai roti ditutup, dan semua keperluan asas semakin kehabisan. Ini bermakna bayi dan kanak-kanak tidur dalam kelaparan, dan kebuluran semakin merebak.

Tindakan segera amat diperlukan untuk mengelakkan krisis kemanusiaan daripada terus memburuk.

Sumber: Quds News Network